Home Novel Cinta BUKAN LAGI MIMPI
BUKAN LAGI MIMPI
NOR RAFIDAH JAMIL
16/12/2016 16:31:48
10,329
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4
Hey bro, how are you? Macamana projek kau kat Dubai tu?” Tegur Izam.

Nasrul terkejut lantas menutup laptopnya. Sejak bila Izam masuk bilik dia, langsung dia tidak sedar. Sedar-sedar Izam sudah duduk di kerusi.

“Bila kau masuk, Izam?” Soal Nasrul pelik.

“Mana kau nak sedar, Nas? Tekun giler kau buat kerja aku tengok tadi. Agaknya bunyi bom meletop, pun kau tak dengar” Perli Izam.

“Takdelah, aku busy buat finding ni. Nak hantar report projek kat Dubai pada daddy aku nanti”

“Dah settle ke?” Soal Izam sambil matanya melilau ruangan bilik Nasrul. Rekabentuk bilik dengan berkonsepkan minimalis sudah cukup sempurna dimatanya.

“Dah”

Congrate, Nas. Kau dah banggakan daddy kau. Tak sia-sia daddy kau bagi handle projek tu. Kau boleh buat semua tu” Izam memberi sokongan.

Welcome, Zam. Kau pun banyak bagi sokongan kat aku” Ujar Nasrul tersengih. Izam adalah kawan rapatnya sejak zaman universiti lagi. Mereka sama-sama dalam jurusan pentadbiran perniagaan di Uitm, Shah Alam.

No problem! Jom lunch, perut aku dah lapar ni” Ajak Izam. Nasrul masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Nasrul ni, kalau bab kerja langsung tak ingat nak makan.

“Kejap lagi aku lunch, kau pergilah dulu” Balas Nasrul menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Izam bangun dari kerusi.

“ Alah lunch kejap aje. Come on Nas, kerja kau tu bila-bila boleh settle

“Yalah, yalah” Ujar Nasrul beralah. Segera dia bangun dari kerusinya lalu membuntuti Izam dari belakang.

“Oh, mak kau!” Mak Wan melatah. Daliya mengusik Mak Wan ketika orang tua itu sedang sibuk berada di dapur. Memang dia suka mengusik Mak Wan, orang tua itu memang rajin melayannya. Tidak tahu pula yang Mak Wan kuat melatah orangnya.

“Astagfirullahalzim, Liya…nasib baik senduk elok je kat tangan Mak Wan ni, kalau tak dah lama Liya kena senduk ni tadi. Hisy budak ni. Takde penyakit, cari penyakit” Bebel Mak Wan, menggeleng-gelengkan kepala.

“Er, sorry Mak Wan” Muka Daliya serba-salah.

Mak Wan menjeling Daliya “Dah, jangan buat lagi tau. Karang Liya tak masuk hospital, Mak Wan pula kena masuk hospital sebab sakit jantung”

“Okey, Mak Wan. Lepas ni Liya tak buat macam tu lagi” Daliya mengangkat tangan gaya orang mahu berikrar.

“Mak Wan tak marah pun. Mana boleh Mak Wan marah, nanti Liya lari. Kalau Liya takde, tinggallah Mak Wan sorang-sorang kerja kat sini. Mestilah rasa sunyi”

Daliya tersengih macam kerang busuk “Mak Wan ni, ke situ pula. Liya nak lari ke mana?”

Mak Wan tersenyum lalu menyambung kerjanya semula.

“Mak Wan nak masak apa tu?” Daliya menyoal. Dari tadi dia tengok orang tua itu sibuk mengacau adunan tepung dalam mangkuk.

“Hah…Liya mesti suka kuih ni, kan?”

Daliya mengerutkan dahi. Keningnya dijongketkan. Tidak tahu kuih apa yang dimaksudkan oleh Mak Wan “Kuih apa tu, Mak Wan?” Soalnya ingin tahu.

“Nama kuih ni, kuih nona manis, Liya. Kuih ni asalnya dari Indonesia. Sedap ni Liya. Boleh datin dan datuk minum petang dengan kuih ni nanti” Ujar Mak Wan panjang lebar.

“Ye ke, Mak Wan? Macam menarik je kuih ni. Mesti sedap, kan?” Soal Daliya ingin tahu.

Mak Wan tersenyum.

“Memanglah sedap. Kalau Liya nak resepi, bagitahu aje pada Mak Wan. Nanti Mak Wan boleh bagi” Ujar Mak Wan.

“Okey, Mak Wan”

“Liya seronok kerja kat sini?”

“Mestilah seronok Mak Wan…kalau tak, dah lama Liya cari kerja lain. Kenapa Mak Wan tanya?” Soal Daliya pula.

Mak Wan tersengih “Tak ada apalah, Liya. Saja Mak Wan tanya.

Daliya mengangguk “Okeylah Mak Wan, Liya ke depan dulu ya. Nak sambung balik kerja”

Nasrul melangkah perlahan masuk ke dalam rumah dan membawa haluan ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di atas sofa lembut itu. Briefcase kulit berwarna hitam diletakkan di atas meja kecil. Dia menyandarkan badan pada sofa lalu menghela nafas lega. Sebaik saja melihat kelibat Daliya melintas, dia memanggil gadis itu.

“Kau busy ke?” Soal Nasrul sambil mata tidak berkelip merenung Daliya. Daliya berpaling ke tempat lain.

“Er, taklah. Awak nak apa?”

Nasrul merengus “Buatkan aku air. Aku nak fresh orange. Boleh kau buatkan?”

“Okey! Tunggu tau” Ujar Daliya tersengih.

“Hurm, jangan lama sangat. Aku haus ni” Nasrul menjeling. Tidak sampai lima minit, Daliya muncul dengan fresh orange di tangan. Nasrul meneguknya dengan rakus sekali. Daliya memandang kelakuan Nasrul itu.

“Ada apa-apa lagi, Encik Nasrul?”

Daliya menyoal.

Nasrul buat-buat tak dengar. Macam patung aje Daliya tunggu di situ. Dia mencapai remote astro membuka siaran televisyen membiarkan Daliya terpinga-pinga di situ.

“Encik Nasrul, awak dengar tak apa saya cakap?” Muka Daliya tidak puas hati.

“Er, apa awak tanya tadi? Saya tak dengarlah”

Daliya mencebik.

“Saya tanya awak nak apa-apa lagi tak? Kalau tak ada, saya nak ke dapur sekarang” Balas Daliya. Meluat gila dia dengan sikap Nasrul itu. Pura-pura tak dengar kononnya.

“Awak nak buat apa?” Soal Nasrul bodoh. Terkulat-kulat dia memandang Daliya.

Daliya mengerutkan dahinya. Apa punya soalanlah lelaki ni.

“Saya nak ke dapur nak tolong Mak Wan masak. Encik Nasrul, kalau nak tanya, tanyalah soalan logik sikit. Okeylah, saya nak ke dapur dulu. Kalau nak apa-apa, panggil jela ya”

Nasrul diam. Daliya sudah menghilang di dapur. Dia mengutuk dirinya sendiri. Malu juga ditegur Daliya tadi. Nasib baiklah dia pandai control macho.

“Nasrul, bila balik?” Datin Maimon menyoal. Dia melabuhkan punggung di sebelah Nasrul.

“Baru tadi, mummy. Daddy mana?” Soal Nasrul sambil matanya melilau-lilau sekeliling.

“Ada kat bilik tengah berehat. Nas pergilah berehat kat bilik. Mummy tengok muka Nas macam penat semacam aje”

Nasrul bangun “Okey, mummy. Nas naik bilik dulu. Nak solat maghrib dulu. Kejap lagi, kita turun makan sama-sama”

Datin Maimon mengangguk lalu tersenyum.

Previous: BAB 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.