Home Novel Cinta BUKAN LAGI MIMPI
BUKAN LAGI MIMPI
NOR RAFIDAH JAMIL
16/12/2016 16:31:48
10,333
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2
Daliya bertembung dengan Nasrul ketika lelaki itu mahu keluar dari bilik pagi itu. Bilik Nasrul betul-betul terletak dihujung tangga. Baru saja ingin ke bilik bacaan, Nasrul memanggilnya. Lantas dibatalkan niatnya itu. Lambat-lambat dia berjalan ke arah lelaki itu.

“Siapa nama kau?” Soal Nasrul bercekak pinggang. Memang dia dah tahu, sengaja dia bertanya lagi.

“Err, daliya” Jawab Daliya sepatah.

“Berapa bulan kau kerja sini?” Soal Nasrul menjengkelkan.

“Tiga bulan”

“Patutlah lembap macam kura-kura!” Perli Nasrul.

Daliya menjeling Nasrul. Amboi, sedap je mulut tu mengata orang. Memang tak sayang mulut agaknya. Ikutkan mahu dicili-cili mulut Nasrul ketika itu. Sayang muka handsome, tapi perangai menyakitkan hati. Eh, handsome ke?

“Encik Nasrul, awak ada lagi soalan ke? Hmmm kalau tak ada, saya pergi dulu. Banyak lagi kerja saya nak buat” Daliya menyindir.

“Takde, lain kali aku tanya kau. Kau tunggu sini” Tutur Nasrul lalu masuk ke dalam biliknya dan mengeluarkan bakul berisi pakaian penuh. Bakul tersebut diletakkan diletakkan di depan Daliya.

“Erk, nak buat apa ni?” Daliya mengerutkan dahi. Kenapalah perangai tu tak semengah?

Mata Nasrul mencerlang.

“Berapa lama kau tak basuh baju aku ni? Mentang-mentang aku tak ada kat sini, kau berani curi tulang ya? Macam-macam bau dah baju aku ni. Dah, pergi basuh sekarang sebab esok aku nak pakai baju ni”

Tuduhan Nasrul itu membuat Daliya rasa sakit hati.

“Tapi, bilik ni berkunci. Macamana…” Belum sempat Daliya balas, Nasrul terlebih dahulu memotong.

“Kau tahu kau bercakap dengan siapa?” Nasrul menudingkan jari ke muka Daliya.

Daliya mengangguk laju. Aish, memang sewel agaknya mamat ni!

Good!” Tutur angkuh angkuh.

Daliya menarik nafas perlahan-lahan.

“Orite. Ada apa-apa lagi nak saya buat? Iron baju? Nanti lenguh-lenguh tangan awak nak iron semua baju ni. Kan?”

Panas hati Nasrul. Daliya macam memerlinya “Kau perli aku ya?” Jerkah Nasrul.

“Eh, takdelah. Saya betul-betul ikhlas ni”

Nasrul merengus “Dahlah, aku nak keluar! Kalau mummy aku tanya, bagitahu aje yang aku keluar. Ingat, jangan lupa basuh aku baju tu. Cakap dengan kau ni sampai pagi esok pun tak abis” Bebelnya lalu membetulkan kolar baju yang dipakai. Dia kelihatan segak pagi itu walaupun hanya bertshirt belang merah dan berseluar jeans biru.

“Tuan nak pergi mana?” Becok mulut Daliya bertanya. Memang dia tidak ambil tahu. Cuma senang kerja dia nanti bila Datin Maimon bertanya nanti.

Nasrul mengerling “Itu urusan akulah! Sibuk jelah kau ni”

Hisy, perasannya. Ingat aku takde kerja lain ke nak buat? Kutuk Daliya.

Nasrul berlalu meninggalkan Daliya yang terkebil-kebil. Daliya menjelirkan lidah mengejek Nasrul dari belakang. Lagi dia suka Nasrul tak ada kat situ, kalau ada menyakitkan hati. Sesaat kemudian, Nasrul berpatah ke belakang semula. Cepat-cepat dia menutup mulut. Dia sudah kecut perut.

“Apa lagi kau tercegat kat sini?!” Jerkah Nasrul. Macam lipas kudung Daliya lari sebaik mendengar jerkahan Nasrul. Boleh lemah semangatnya kalau tiap-tiap hari macam itu.

“Liya!” Datin Maimon melaung nama gadis itu sebaik ternampak kelibat dia di ruang tamu. Tiara segera ke beranda luar. Datin Maimon sedang bersantai di situ. Sedang menikmati udara yang nyaman lewat petang itu.

“Ya, datin. Kenapa?” Soal Daliya.

“Liya ada nampak Nas? Dari pagi saya tak nampak dia. Mana agaknya dia keluar?” Soal Datin Maimon bertalu-talu. Daliya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Soalan Datin Maimon tu macam nak jawab soalan SPM pula.

“Err, entahlah datin. Dia pun tak cakap apa tadi. Dia keluar, ada hal agaknya dengan kawan dia tu” Jawab Daliya memandang wajah Datin Maimon.

Datin Maimon mengangguk-angguk.

“Hisy budak bertuah ni. Baru semalam balik, dah keluar merayau. Tak boleh lekat kat rumah langsung” Bebel Datin Maimon.

Daliya diam mendengar bebelan Datin Maimon.

“Liya, buatkan saya puding jagung boleh? Sedap sangat puding Liya buat aritu. Macam tak puas aje saya makan”

Kembang hidung Daliya mendengar pujian Datin Maimon. Aih, puji lebih-lebih ni. Tak apalah, asalkan datin gembira dia lagi senang hati “Okey, no problem datin. Saya jamin yang puding jagung ni the best in the world” Ujarnya membuat isyarat tanda bagus.

“Betul ke ni?” Usik Datin Maimon.

Daliya tersenyum lalu masuk ke dalam rumah. Lima belas kemudian, dia keluar dengan menatang sebuah dulang. Dia meletakkan mangkuk berisi puding jagung dan secawan teh o di atas meja. Melebar senyuman Datin Maimon.

“Hmm macam sedap aje bau puding jagung awak ni”

“Datin rasa dulu baru komen ya” Ujar Daliya. Belum pun menjamah lagi, Datin Maimon sudah memuji. Naik segan dia.

Thanks Liya. Sedap puding awak ni. Awak ada belajar memasak kat mana-mana ke sebelum ni?” Datin Maimon menyoal seusai merasa dua sudu puding jagung itu.

“Oh…sebelum ni saya masuk kursus memasak je, datin” Jawab Daliya.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.