Home Novel Cinta BUKAN LAGI MIMPI
BUKAN LAGI MIMPI
NOR RAFIDAH JAMIL
16/12/2016 16:31:48
10,335
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

Pejam celik, pejam celik sudah tiga bulan Tiara berkhidmat sebagai orang gaji di banglo mewah tiga tingkat itu. Banglo mewah itu kepunyaan Datuk Hassan dan isterinya, Datin Maimon. Kedua-dua majikannya itu seorang yang pemurah dan baik hati. Aish, beruntung sungguh dia. Makan minum dan tempat tinggal pun semua ditanggung oleh majikannya itu. Gaji pun agak lumayan. Kini dia tidak perlu lagi bersusah-payah mencari pekerjaan yang menawarkan jumlah gaji yang banyak. Mata bundar Tiara liar memandang pelosok dekorasi ruang tamu itu. Kombinasi warna biru dan dihiasi wallpaper bunga dengan gaya ruang lembut. Sofa pink berwarna pastel digabungkan pula dengan meja sudut yang unik membuat seluruh ruang tamu itu tampil cantik.

Kemudian, mata dia beralih ke arah potret besar keluarga itu yang tergantung di dinding berhadapannya. Datuk Hassan sedang tersenyum disamping isteri tercintanya, Datin Maimon. Di sebelah Datin Maimon pula berdiri seorang lelaki boleh dikatakan tampan berpakaian sut hitam lengkap dengan tali leher. Kata Kak Eda, lelaki itu merupakan anak lelaki tunggal majikannya itu. Tiba-tiba dia terdetik, sepanjang dia bekerja di situ, tidak pula dia terlihat kelibat lelaki itu di banglo mewah itu. Hisy, peduli apa aku. Aku cuma orang gaji aje dalam rumah ni. Sibuk sangat nak tahu hal orang. Kutuknya memarahi diri sendiri.

“Tiara! Tiara!” Sergah Kak Edah tiba-tiba dari belakang.

Tiara pantas berpaling ke belakang “ Ya, Kak Eda. Suka buat orang terkejut tau” Ngomelnya seraya mengurut perlahan dadanya. Mujurlah dia tak kena sakit jantung. Dijelingnya Kak Eda geram.

Makin galak Kak Edah ketawa. Comel pula rupa Tiara macam tu. Bukan selalu dia dapat usik gadis itu. Meski sudah tiga bulan Tiara bekerja, dia jadi rapat dengan gadis itu. Tiara memang mesra orangnya.

“Kau tengok apa tu, Tia? Tak berkelip mata tu dari tadi” Soal Kak Edah buat-buat tanya.

Hisy, Kak Edah ni. Macam takde kerja je nak kacau orang. Alamak! Dia perasan ke apa yang aku tengok tadi? Bukan boleh percaya sangat Kak Eda ni “ Eh, mana ada apa-apalah Kak Eda. Kak ingat tak semalam, Tia ada bersihkan pasu ni. Cepat betul pula berhabuk. Pelik pulak Tia” Tiara mencapai bulu ayam lalu berpura-pura membersihkan pasu yang terletak bersebelahan kabinet almari itu. Kak Edah memerhatikan saja perbuatan Tiara.

“Yalah tu. Eleh! Banyak betul alasannya” Kak Edah mencebik.

Tiara tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ala, macam manalah Kak Eda ni boleh perasan pula. Kak Eda ni cepat betul buat kerja. Gerutunya.

“Akak ada berita gembira nak bagitahu Tia. Tia nak dengar tak?” Keceriaan jelas terpancar dimuka Kak Edah. Tiara benar-benar rasa teruja. Agaknya berita gembira apa ya?

“Arini anak tunggal datin nak balik. So, datin pesan kat akak suruh buatkan karamel puding kesukaan anak dia. Lepas tu, asam pedas ikan tenggiri, tiram masak kicap dengan pajeri nenas. Semua tu lauk kegemaran dia” Kak Edah menyenaraikan satu-persatu pesanan Datin Maimun dengan gaya tergedik-gedik.

Melopong mulut Tiara. Eleh! Ingatkan berita gembira apa tadi. Naikkan gaji ke? Nak bagi bonus ke? Wah, banyak betul permintaan! Baik aku bukak warung makan je.

“Tia, kalau terkejut sekalipun tutuplah mulut tu. Nanti masuk lalat tau” Tegur Kak Edah. Banglo mewah itu memang sering dikunjungi tetamu. Kenapa agaknya gadis itu nak terkejut.

Kak Edah memandangnya tersengih-sengih “ Akak nak minta tolong Tia, masakkan karamel puding untuk anak datin. Lauk-lauk yang lain tu akak masak, boleh?”

Patutlah lain macam aje tersengih-sengih tadi. Ada makna rupanya “ Ala akak ni, saya bukannya terror buat karamel puding ni. Nanti terlebih keras ke, lembik ke saya pulak yang kena” Tolaknya mentah-mentah. Apalah Kak Edah ni, kalau setakat masak lauk-lauk dia bolehlah buat. Tapi, tidaklah sesedap air tangan Kak Edah.

“Tak sedap apanya Tia. Baru minggu lepas Tia buat puding karamel tu. Sedap sangat macam Chef Wan masak je” Puji Kak Edah ikhlas.

Tiara mengalah “Hurm, yalah yalah…”

“Tia jangan risau, pasal lauk-lauk tu awal-awal lagi akak dah sediakan bahan dia. Tinggal nak main campak-campak je. Kejap je tu” Ujar Kak Edah yakin.

Melebar sengih Tiara. Memang Kak Edah pakar bab-bab itu. Masak apa pun semua jadi. Dikerlingnya jam di dinding. Jam sudah angka 6.30 petang. Masih sempat lagi nak memasak puding karamel sebelum mereka pulang.

Hampir waktu maghrib, barulah kereta Toyota Vious milik Datuk Hassan, memasuk perkarangan rumah. Tiara memanjangkan lehernya mengintai ke luar tingkap. Datin Maimun baru saja menjejak kaki di lantai. Nampak pula seorang lelaki yang berusia 30-an bersut hitam turun dari kereta membuntuti orang tua itu dari belakang. Segera dia membuka pintu. Kedua-dua majikannya itu sedang berdiri di depan pintu. Mereka tersenyum memandangnya. Dia turut membalas senyuman majikannya. Kemudian, pandangan dia beralih pada lelaki yang asyik menjelingnya dari tadi. Cepat-cepat dia memandang tempat lain.

“Nasrul! Apalagi tercegat kat situ?” Tegur Datuk Hassan seusai duduk di atas sofa. Kelam-kabut Nasrul menanggalkan kasut sebaik mendengar suara papanya, segera membawa haluan ke ruang tamu. Sesudah meletakkan briefcase di atas meja, dia menghempas tubuh di sofa berhadapan papa dan mamanya. Penat pun belum hilang lagi. Tiga bulan dia ke Dubai kerana menguruskan projek di sana. Baru sekarang dia dapat pulang ke rumah.

Tiara masih setia berdiri di situ. Menunggu arahan dari majikannya.

“Kenapa kau berdiri lagi kat sini? Cepat bawakan aku orange juice” Arah Nasrul menjeling gadis itu. Geram sungguh dia. Takkanlah semua benda nak bagitahu. Orang gaji mana yang papa dan mamanya ambil kali ini.

“Hah?” Tiara terpempan seketika. Belum apa-apa lagi, dah kena marah.

Datin Maimun memandang wajah Tiara yang mulai memerah. Direnungnya wajah gadis polos situ. Kasihan, baru tiga bulan dia bekerja di situ jadi dia tidak tahu apa-apa. Nasrul memang melampau!

“Apa Nasrul bising-bising ni? Cakap elok-elok tak boleh ke? Mama tahu Nas penat, tapi jaga sikit kelakuan tu. Tak baik cakap macam tu kat orang” Tegurnya.

Nasrul mendengus. Siapa perempuan tu mama nak bela sangat? Cuma orang gaji jelah. Dah memang tugas orang gaji kena buat kerja.

Tiara menundukkan wajah. Nasrul? Ewah, nama punyalah sedap, tapi perangai hodoh. Kutuk Tiara.

Tengku Hassan menggelengkan-gelengkan kepala melihat kelakuan anak lelaki tunggalnya itu. Langsung takde perasaan bersalah. Perangai langsung tak berubah.

“Tia, pergi ke dapur bawakan dia juice orange.Karang tak pasal-pasal mengamuk lagi nanti” Perli Datuk Hassan.

Nasrul terdiam. Dengan papanya, dia memang tidak berani menjawab. Silap aribulan, tangan naik kat muka dia.

Tiara mengangguk laju “Baik datuk. Datuk dan datin nak minum apa-apa tak?”

“Tak apalah Tia. Saya nak naik bilik nak solat maghrib. Malam nanti baru saya turun” Datuk Hassan bergerak ke tangga lalu dibuntuti isterinya dari belakang.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.