Home Novel Cinta BILA HATI DAH SUKA
BILA HATI DAH SUKA
Cahaya Izzati
18/9/2013 19:02:30
48,157
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 18

“RIFDI! Dengar tak apa yang mama cakap ni?” tanya Puan Hayati memanggil anak lelakinya itu. Rifdi Riyadh pun memandang mamanya sambil mengeluh.

“Rifdi dengar mama. Cuma... Rifdi tak setuju dengan apa yang mama rancangkan ni,” terus terang Rifdi Riyadh menyatakan pendapatnya.

Puan Hayati hanya tersenyum mendengarkannya. Dia memang sudah menjangkakan penolakan anaknya itu tapi dia sudah merancang semuanya. Jadi, dia mahu juga Rifdi Riyadh bersetuju dengannya kali ini.

“Memang mama dah tahu yang Rifdi takkan setuju dengan cadangan mama ni,” ujar Puan Hayati.

“Dah tu, kenapa mama cadangkan jugak?” tanya Rifdi Riyadh menduga.

“Sebab... Rifdi setuju ataupun tak! Mama tetap nak Rifdi kenal jugak dengan anak kawan mama ni,” tegas Puan Hayati. Rifdi Riyadh mengerutkan dahinya runsing dengan kedegilan mamanya itu.

“Abah! Cakaplah sesuatu,” pinta Rifdi Riyadh cuba meraih pendapat abahnya pula.

“Rifdi... apa kata kalau kamu ikutkan saja kata mama kamu kali ni?” cadang Encik Mukhriz.

What? Are you serious, abah?” cepat sahaja Rifdi Riyadh melatah dengan kata-kata abahnya itu.

“Hemm, abah serius,” tegas Encik Mukhriz. Makin berkerut dahi Rifdi Riyadh dibuatnya. “Cuma kenal saja pun. Bukannya suruh kamu kahwin dengan anak kawan mama tu terus. Kalau tak sesuai, takkan mama kamu pun nak paksa jugak. Manalah tahu, kalau kamu memang akan berkenan ke dengan budak tu nanti” sambung Encik Mukhriz lagi. Rifdi Riyadh diam mendengarkannya.

“Betul tu Rifdi! Mama takkan paksa lagi kamu lepas ni. Untuk kali ni saja, mama nak kamu jumpa dan cuba berkenalan dengan anak kawan mama tu,” pinta Puan Hayati lagi. Rifdi Riyadh masih lagi diam. Pelbagai hal sedang bermain di fikirannya ketika itu. “Mama janji... mama takkan paksa Rifdi untuk bawa calon menantu jumpa mama dalam tahun ni kalau Rifdi tak berkenan jugak dengan anak kawan mama ni,” janji Puan Hayati cuba memujuk anak lelakinya itu. Rifdi Riyadh pantas menoleh memandang mamanya.

“Betul mama takkan paksa Rifdi?” tanya Rifdi Riyadh menginginkan kepastian mutlak.

“Ya, betul! Tapi janganlah sampai tak bawa terus calon menantu mama tu. Mama cuma bagi masa dan peluang untuk kamu cari betul-betul,” ujar Puan Hayati. Rifdi Riyadh tersenyum lega mendengarkannya.

“Okaylah kalau macam tu. Tapi... Rifdi cuma akan jumpa dan berkenalan dengan dia saja. Apa pun keputusan Rifdi lepas tu, mama tak boleh nak paksa Rifdi lagi,” Rifdi Riyadh cuba membuat perjanjian dengan mamanya.

“Ya, mama tahu,” akur Puan Hayati. Cukuplah tu. Sekurang-kurangnya, Rifdi cuba juga memberi peluang untuk berkenalan dengan gadis itu. Getusnya di dalam hati. Kemudian, dia memikirkan sesuatu. Dia tersenyum memandang anaknya itu. “Tapi ada sesuatu yang mama nak tambah!”

“Apa dia?” tanya Rifdi Riyadh sambil mengerutkan dahinya. Entah apa lagi yang mamanya ingin dia buat lagi.

“Rifdi kena setuju dengan satu saja syarat mama ni kalau Rifdi nak mama ikut kata-kata Rifdi tu,” ujar Puan Hayati. Sengaja dia menyimpan dulu syaratnya itu. Cuba memancing persetujuan dari anaknya itu. “Jangan risau! Mama takkan cuba susahkan anak mama ni,” tambahnya lagi.

“Apa dia? Mama beritahulah dulu,” pinta Rifdi Riyadh. Tak mungkin senang untuk dia bersetuju dengan apa sahaja yang mama dia sedang rancangkan.

No! Rifdi kena setuju dulu,” tegas Puan Hayati.

What? Macam mana Rifdi nak bersetuju untuk sesuatu yang Rifdi tak tahu,” tingkah Rifdi Riyadh. “Mana adil macam ni. Mama tak beri peluang untuk Rifdi buat pilihan,” tambahnya lagi.

Puan Hayati hanya diam sahaja menanti persetujuan dari anaknya itu. Dia juga tak mahu beralah kali ini. Rifdi Riyadh mengeluh melihat reaksi bisu mamanya itu. Jika mamanya membisu sebegitu, itu bermakna yang dia jugalah yang harus mengalah sebab mamanya takkan mengalah sama sekali.

Fine, you got it your way! It’s a deal, mama,” akur Rifdi Riyadh akhirnya bila mamanya masih diam membisu sahaja.

“Hemm, kan senang setuju dari awal lagi,” kata Puan Hayati sambil tersenyum puas hati.

Well, you don’t give me much choice,” balas Rifdi Riyadh sedikit merajuk. “Jadi, apa dia syarat mama tu?” tanya dia ingin tahu kemudiannya.

Puan Hayati sengaja diam dulu. Dia bertukar pandangan dengan suaminya. Encik Mukhriz hanya diam sahaja sambil mengangkat kening. Kemudian, barulah dia kembali memandang Rifdi Riyadh. Dia pasti anaknya akan melenting dengan syarat yang akan dikemukakan itu.

“Mama nak Rifdi keluar dengan dia selama 3 bulan. Lepas tu, barulah Rifdi buat keputusan,” ujar Puan Hayati.

What?! Mama jangan nak mengarutlah. Kenapa pulak Rifdi kena keluar dengan anak kawan mama tu yang Rifdi tak kenal pun selama 3 bulan pulak?” tingkah Rifdi Riyadh. Mengarut sekali syarat mamanya itu pada pendapatnya.

Well, first sekali sebab... Rifdi dah setuju dengan syarat mama tu,” ujar Puan Hayati.

“Sebab mama yang paksa Rifdi!” celah Rifdi Riyadh sedikit membentak. Puan Hayati hanya tersenyum mendengarkannya.

“Setuju tetap dah setuju. So, no argument!” tegas Puan Hayati. Rifdi Riyadh mengetap bibirnya tak mampu membantah lagi. “Dan yang kedua pulak sebab mama nak Rifdi kenal dengan dialah. Takkan jumpa sekali saja esok, boleh terus buat keputusan pulak? Lagi pun, cuma tiga bulan saja,” sambungnya lagi.

“Okay! Rifdi faham. Tapi, kenapa sampai 3 bulan. Sebulan pun cukuplah. Tak pun seminggu?” Rifdi Riyadh cuba membuat tawaran.

“Seminggu? Mana cukup nak kenal kalau seminggu saja!” tingkah Puan Hayati. Ada-ada sahaja helah Rifdi Riyadh untuk mengelak. “Lagi pun, dalam 3 bulan tu pun. Bukannya mama suruh kamu jumpa dengan dia hari-hari pun. Mama tahu yang kamu pun sibuk dengan kerja. Dia pun sama jugak. Bekerja jugak macam kamu. Kalau macam tu, kamu cuma boleh berjumpa hujung minggu sajalah. Kamu dengan dia cuti hujung minggu. Tak kisahlah sama ada hari Sabtu ataupun Ahad, kamu keluar dengan dia sehari pun, cukuplah. Kalau nak keluar dua-dua hari pun, mama tak kisah. Lagi bagus! Jadi, kalau kamu keluar dengan dia seminggu sekali. Dalam 3 bulan tu, cuma 12 belas kali saja kamu akan jumpa dia. Bukannya kerap pun,” ujar Puan Hayati panjang lebar. Sempat juga dia membuat kiraan matematik ringkas di dalam otaknya tadi mengira berapa kali pertemuan anaknya dengan gadis itu nanti.

Rifdi Riyadh diam memikirkannya. Betul jugak kata mamanya itu. Kalau seminggu sekali berjumpa, dia jugak tak ada masalah. Hemm, nampaknya mamanya menang jugak kali ini. Getus hatinya. Kemudian, dia terdiam seketika sambil meneliti kembali kata-kata mamanya tadi.

“Mama,” panggil Rifdi Riyadh. Puan Hayati pun memandangnya. “Mama kata... esok?”

“Ya, mama nak kenalkan kamu berdua esok. Nanti, kita semua makan tengah hari bersama. Dia datang sekali dengan keluarga dia. Jumpa dekat restoran yang selalu kita pergi tu,” beritahu Puan Hayati. Rifdi Riyadh kembali terdiam. “Ingat tu! Jangan Rifdi tak datang pulak. Kalau tak... tahulah mama ajar nanti!” gertak Puan Hayati. Rifdi Riyadh terus diam.
Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cahaya Izzati