Home Novel Cinta BILA HATI DAH SUKA
BILA HATI DAH SUKA
Cahaya Izzati
18/9/2013 19:02:30
50,839
Kategori: Novel
Genre: Cinta
SINOPSIS

Auni Liyana seorang gadis yang ceria dan agak nakal. Dia senang menuturkan apa yang tersirat di hatinya. Hanya satu rahsia sahaja yang sengaja dipendamnya. Dia tak pasti apakah esok masih akan ada untuknya. Lantaran itu, dia nekad untuk membahagiakan orang di sekelilingnya yang telah membahagiakannya. Cinta bukan lagi pilihan dalam hatinya!

Rifdi Riyadh seorang lelaki yang tampil berkarisma dan agak ego pada gadis itu. Kehadiran semula lelaki yang pernah disayanginya sejak dari sekolah lagi sedikit menggoyahkan pendirian hatinya. Namun, ternyata lelaki itu masih menyimpan rasa yang sama terhadapnya. Tetapi ternyata, rasa mereka berdua jauh berbeza sekali.

Hadir pula Doktor Hazim sebagai doktor pelatih. Doktor muda itu menunjukkan sikap prihatin yang menyenangkan hatinya. Auni Liyana gembira bila dia punyai seorang kawan yang mengetahui keadaan sebenarnya. Semakin hari, dia makin berasa lemah. Semangat dan fizikalnya. Mujur, doktor muda itu tak pernah jemu memberinya semangat.

Bagaimanakah kesudahan hidup Auni Liyana? Apakah keajaiban hanya wujud dalam cerita dongeng? Adakan Rifdi Riyadh akan terus membencinya hingga akhir nanti? Apakah Auni Liyana takkan menyedari perasaan sayang yang tersembunyi dalam setiap pandangan Doktor Hazim?
Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cahaya Izzati