Home Novel Cinta TUAH
Bab 22

Bab 22. JAWAB PERTANYAANKU

Alun-alun istana malam ini lengang melainkan kehadiran para pengawal bertugas. Semenjak terpacak dekat sini, kepala aku asyik terteleng ke sisi. Kasihan aku tengok gamelan berembun di bawah sinar bulan. Sunyi dan bersendirian.

Tak apa. Meh jadi partner in crime aku.

Aku majukan langkah. Bersila di depan keromong. Tangan mencapai Penabuh. Mata melirik ke belakang Tuah sambil menabuh bonang. Tombol pada gong gangsa kecil itu aku ketuk secara rawak. Telinga menengadah dengung yang terhasil di pusat getaran bonang bagi merinci oktaf. Mendengar laras pelog dan sendro, wedok dan lanang.

Bonang Melayu atau Jawa, alat muzik idiofon itu sama sifatnya. Berdengung ketika diketuk. Mungkin bezanya pada not-not yang ditabuh yang memberi irama kepada gending.

Oleh kerana aku ketuk sesuka hati, melodi yang dihasilkan berselerakan bak kancah anak dara memberontak di dapur. Irama tak teratur sebegitu memang mudah memancing Tuah. Aku rasa Tuah tak berapa suka aku. Sebab itu dengan senang hati dia buli aku. Manakala hati pula kalau dah tak suka, akan menganggap kelemahan sebagai halwa.

Mudah sahaja teori aku.

Sebagaimana yang aku tebak, langkah Tuah terhenti. Tuah berpusing. Kedua tangannya bersilang di dada. Kepalanya tergeleng-geleng kecil. Mimik wajahnya mempamerkan bahasa yang senang aku baca. Antara skrip yang aku ada...
Amende le
Buang karan.
Mengabehkan bogheh.

Kesemua skrip tersebut bernada menjengkelkan.

Aku balas senyum herot Tuah dengan herot senyum yang sama, roman wajah yang sama. Penuh sinis.

Ala, kecewanya aku, Tuah. Aku baru baling umpan, kau terus sambar. Filem Bollywood dah berzaman pakai helah ini. Aku pinjam babak Shah Rukh Khan usha Kajol dalam filem Dilwale Dulhanieya Le Jayenggi.

Hehehe.

Macam Kajol, Tuah juga tarik muka dan berpusing. Sebelum dia beredar, aku gubah bunga-bunga melodi bonang menjadi teratur. Kini, nyaman menjentik telinga. Nada heterofoni mendengungkan irama Timang Burung. Oleh kerana aku dah bertaraf Master Ji, lagu asas gamelan Melayu ini memang dah bersimpul dengan urat saraf aku. Jadi mata aku sepanjang masa terangkat memerhati Tuah tanpa sumbangkan melodi.

Melihat langkah Tuah terhenti.
Tengok belakang Tuah kaku dan tegak.
Merenung mata Tuah yang memusat arah aku.

Aku putuskan tautan mata kami semasa Tuah berpusing sepenuhnya menghadap aku.

Dah berubah tanggapan kau dekat aku?
Aku akan pastikan kau ingat nama aku.
Aku Hanna. Bukan Kasturi!

Aku lirikkan mata sekali lagi pada Tuah. Likat dan tajamkan pandangan sepertimana yang dia selalu buat dekat aku.

Dah tarik, aku nak tambat.

Nak tambat Tuah dengan apa? Guna suara emas aku la. Walaupun tak semerdu suara Dato Siti Nurhaliza, tapi tak kalah dengan gemersik suara Wani Hasrita. Maka lirik Timang Burung bersatu dengan lagu di rangkap ke dua.

Tinggi-tinggi burung terbang
Hinggap mari di dahan kayu
Wajah tuan terkenang-kenang
Tidur tak lena, makan tak lalu

Timang burung
Ala sayang si lambang sari

Anak merbuk, anak merpati
Turun mari di atas dahan
Abang seorang kekasih hati
Tiada yang lain darimu tuan

Timang burung
Anak raja turun ke taman

Wajah Tuah masih setenang air dalam aquarium. Tiada sebarang biasan perasaan yang menyinggah di situ semasa penabuh berhenti di hujung lagu.

Aku lepaskan ketawa apabila Tuah kalihkan kepala ke sisi, menghindar renungan aku.

Dalam diam aku akui keperibadian Tuah memang sesuai dengan gelaran Pahlawan Lagenda. Citarasa Tuah tinggi. Tak mudah nak puaskan hati Sang Laksamana ini.

Chill, Tuah. Ini bukan pengakhiran. Ini hanya jeda. Dah tambat, baru senang aku tawan!
Untuk itu aku perlukan aksi yang lebih ekstrem. Dari gear satu, aku terus ke gear empat. Vrooom!

Di dalam jeda dua saat, aku ubah suhu dingin alun-alun kepada hangat. Tangan aku rancak menabuh irama Linkin Park. Badan aku yang gemalai membuai tadi mulai terhenjut-henjut.

Yeah, that's right! It's a one woman show. Tiada saron barong, saron peking, gambang, kenung, gong dan gendang yang mengiringi persembahan aku. Sama macam aksi Tuah tadi, one man show. Keromong sahaja sudah cukup buat aku naik sheikh apabila nada rock beralih K Pop.

Sekali lagi irama rancak muzik korea berkumandang di kepala. Lalu aku tabuh bonang dengan pakej lirik serta aksi penuh semangat. Bibir aku laju meluncurkan bahasa asing yang aku sendiri tak faham maksudnya.

BLACKPINK!
Ah yeah, ay yeah!
BLACKPINK!
Ah yeah, ay yeah!

Chakan eolgure geureochi mothan taedo
Ganyeorin mommae sok garyeojin volumeeun du baero
Geochimeopsi jikjin guji bojin anchi nunchi
Black hamyeon pink urin yeppeujanghan savage

Wonhal ttaen daenoko ppaetji
Neon mwol haedo kallo mul begi
Du sonen gadeukan fat check
Gunggeumhamyeon haebwa fact check
Nun nopin kkokdaegi
Mul mannan mulgogi
Jom dokae nan toxic
You hokae I'm foxy

Du beon saenggakae
Heunhan namdeulcheoreom chakan cheogeun mot hanikka
Chakgakaji ma
Swipge useojuneun geon nal wihan geoya
Ajigeun jal moreugetji
Guji wonhamyeon test me
Neon bul bodeusi ppeonhae
Manmanhan geol wonhaetdamyeon

Oh wait 'til I do what I do
Hit you with that ddu-du ddu-du du
Ah yeah, ay yeah!
Hit you with that ddu-du ddu-du du
Ah yeah, ay yeah!

Di hujung aksi, peluh merenik di dahi. Masa itu aku dah tak kisahkan hal Tuah. Kepala aku rasa ringan. Hati aku rasa lapang. Terasa segala tension aku telah hilang.

Aku lepaskan penabuh.
Aku juga lepaskan ketawa besar.
Hmh... Aku ketawa sambil pandang Tuah. Seolah-olah Tuah tu kawan baik aku dan faham kenapa aku ketawa.

Tak tahu kenapa, Tuah tidak lagi memalingkan mukanya dari aku. Dan aku paling suka apa yang sedang tertera di roman wajahnya.

Sebuah kelembutan.

Kelembutan itu seperti terpancar dari sekeping hati tanpa ditapis. Tidak perlu berhias senyuman, sekadar garis kening yang mendatar sudah cukup untuk melunakkan tampang Tuah.

Aku bangun dan berjalan ke arah Tuah. Dalam masa yang sama Tuah juga menghampiri aku. Pertembungan mata kami agak lama. Dari saat kaki kami mula menghayun ke hadapan.

"Kita boleh balik sekarang."

"Sekarang?" tanya Tuah.

"Mhm," sahutku.

Aku dah berhenti tetapi kenapa Tuah masih merapati? Apabila haruman badan Tuah dah mencecah reseptor bau aku, aku undur selangkah.

"Dari mana kau tahu perihal 'tadi'?"
Oleh kerana kaki Tuah masih mengorak ke hadapan, terpaksalah aku mengundur lagi.

Penekanan suara pada perkataan 'tadi' mendatangkan cemas aku semula. Apa aku nak jawab? Bahawa semua peristiwa itu aku tahu dari hikayat. Lagi kedengaran tipu.
Ke boleh bohong sunat?

"Soalan itu tak penting, kan? Kau patut bersyukur kau selamat. Kalau nak berterima kasih dekat aku lagi bagus."

Aku undur lagi memandangkan Tuah terus berjalan.

"Walaupun aku tidak selamat, aku tetap mahukan jawapan itu."

Lembut sahaja suara Tuah menyatakan ketegasan. Kalau aku tak nak jawab, dia pandai memujuk tak?

Aku nak langkah ke belakang lagi, malangnya sudah tiada belakang lagi buat aku. Dingin bata merah terasa meresap ke tubuh apabila badan aku melekap di pagar istana.

Kini aku terkepung oleh tangan Tuah yang tegak merintang di sisi kiri aku. Tatkala badan Tuah melengkung tunduk menyamai ketinggian aku, segala anggota wajahnya kelihatan amat jelas. Bahkan tahi lalat di atas hidungnya pun aku boleh kesan.

Apasal Tuah ni? Dia mabuk ke? Aduhai! Macamana aku nak lepaskan diri? 

Aku terpaksa tunduk bimbang tersadung hidung mancung Tuah. Kebetulan dalam akal ligat mencari jalan, sempat aku perhati kain bengkung Tuah. Ada keris terselit di situ. Soalan yang terbit bukan bertujuan untuk melencong arah fokus Tuah. Aku memang nak sangat tahu tentang perkara itu.

"Itu... keris Taming Sari ke?"

Spontan Tuah tunduk. Kepala kami berlaga.
Dia jauhkan mukanya dari aku semasa mengangkat kepala. Tuah tak jawab apa yang aku tanya. Menyedari raut wajah Tuah kembali keras, siap kening dan dahi berlipat, aku tahu aku tersalah tanya.

Jadi pilihan yang aku ada hanyalah
jawab soalan Tuah tadi atau...
Aku bakal disimbah pertanyaan demi pertanyaan lagi.

"Kasturi!" 

Panggilan nama baru aku yang dilaung Rangga menambah pilihan yang ada.
Fuh! Leganya. Penyelamat aku dah tiba.

Pap!
Tangan kiri Tuah lurus meregang di sisi kanan aku mengepung semua jalan keluar. Checkmate?

"Apa kena mengena kau dengan Tamingsari?"

Suara Rangga tidak dihiraukan. Aku lemah betul di kala Tuah mempamerkan sisi dominannya sebegini. Muka dia semakin rapat sampai aku terpaksa telengkan wajah ke sisi. Haba hembusan nafas Tuah memanaskan dingin kulit aku.

Cepat Rangga! Tolong selamatkan aku!

Ternyata lelaki Jawa itu memang boleh diharap. Tangan Rangga merintang antara muka aku dan Tuah.

Hati aku menjerit kegembiraan.
Tak sia-sia aku kenal kau, Rangga.

"Jawab pertanyaanku nescaya kau akan aku lepaskan."

Tuah langsung tidak memperdulikan kehadiran Rangga. Aku kejapkan bibir enggan mengalah.

"Hamba membawa titah dari Paduka Betara. Yang Mulia Raja mahu menemui Kasturi. Hamba diperintahkan mengiringi dia."

Rangga pegang lengan Tuah, bersedia untuk menarik tangan Tuah bagi memutuskan kepungan. Dalam gerak yang pantas, tangan Rangga pula dikunci dek tangan kiri Tuah. Tuah tampak bengis semasa dia bertempik betul-betul depan muka aku.

"Jawab soalanku, Kasturi!"

Aku pandang Rangga dan cuba mengajuk mimik sadis Puss in Boots.

Rangga! Tolong aku! Huhuhu.























Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.