Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,261
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 3

Sempurna

Bukan untuk didamba

Sebaliknya saling memberi dan merasa

~TintaBiru~

 

 

“Fath,aku tak sempat nak ambik baju-baju kau dekat butik Kyra. Aku kena teman mak aku pergi hospital hari ini.” Ujar Syahir pada Fathul Amri.

            Fathul Amri yang sedang mengunyah roti bakar mengangguk lemah. Roti yang ditelan terasa sukar sekali melepasi kerongkongan. Sejak semalam, lenanya terganggu dengan mimpi yang bukan-bukan. Semenjak beberapa hari ini, hatinya bagai disapa rasa yang kurang enak.

“Kau dengar tak ni?” Soal Syahir, setelah dilihatnya Fathul Amri seakan hanyut dalam dunianya sendiri.

“Hah?Ohhh…pasal baju itu, tak apa aku boleh ambil sendiri. Lagipun, aku dah lama tak jumpa Kyra.” Balas Fathul Amri.

            Sudah hampir seminggu dia dan Kyra tidak saling berhubungan. Wanita itu sibuk ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota London untuk menghadiri pertunjukan fesyen di sana selain mendapat beberapa jemputan lain. Bukan dia tidak merindui teman wanitanya itu, cuma dia tidak mahu Kyra merasa rimas dan terganggu. Sebolehnya, dia mahu menghormati privasi wanita itu ketika bekerja dan berada jauh di negara orang.

            Kalau diikutkan, hari ini Kyra sudah pulang ke Malaysia. Hari ini Fathul Amri sengaja mengosongkan jadual kerjanya kerana dia perlukan rehat yang secukupnya. Bukan fizikalnya yang kurang sihat, sebaliknya hati dan perasaannya ketika ini sedang diterjah pelbagai rasa. Beberapa hari lepas, seorang teman rapatnya mengkhabarkan pada Fathul Amri tentang Kyra dengan seorang kenamaan.

            Menurut temannya lagi, mereka kelihatan sangat mesra di sebuah restoran di Kota London. Temannya itu berada di sana kerana sedang membuat liputan untuk sebuah stesen televisyen. Berkali-kali dia menyedapkan hati sendiri, barangkali temannya itu tersilap pandang. Atau mungkin juga yang dilihatnya orang lain tetapi punya susuk tubuh seperti Kyra.

            Fathul Amri lebih gemar mengambil pendekatan untuk tidak percaya selagi dia tidak menyaksikan dengan mata dan kepalanya sendiri. Dan kalau boleh, dia mahu bersemuka dengan Kyra…berbincang dari hati ke hati. Sejak wanita itu mendapat tempat istimewa dalam hatinya,Fathul telah meletakkan seluruh rasa percaya terhadap Kyra.

            Manusia mungkin menceritakan apa sahaja yang mereka suka. Mungkin apa yang didengar hanya 20 peratus yang betul,manakala 80 peratus lagi hanya tokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita.Seperti masakan, pasti kurang kelazatannya tanpa penambah perisa. Begitu jugalah dengan cerita dari mulut ke mulut manusia.


…………....


          

  Fathul Amri fokus pada pemanduan, sesekali matanya membuang pandang ke arah tingkap kereta. Hujan renyai-renyai mulai turun membasahi kota metropolitan. Bosan menghadap kesesakan jalan raya,radio dipasangnya...siaran kegemaran dibuka. Celoteh tiga orang penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada Fizi, Ajaq dan Syuk mencuit hati Fathul Amri.

“Hai Kak Ello…” Celoteh Fizie dihujung radio.

“Hari ini Kak Ello nak gosip pasal seorang fashion designer yang tengah meletop ni.” Sahut Syuk pula.

“Siapa Kak Ello? Negara ita ramai fashiondesigner yang meletop.” Sampuk Ajaq. Fathul Amri memasang telinga, volume dikuatkan sedikit.

“Dia antara pereka fesyen termuda dekat Malaysia ini. Hari itu kawan Kak Ello nampak dia dengan seorang VVIP. Katanya lagi VVIP tersebut adalah kenalan rapat keluarga.” Sambung Syuk lagi.

“Apa salahnya Kak Ello kalau dua-dua masih single.” Balas Fizi pula.

“Itu yang Kak Ello musykil. Sebab ada gosip yang mengatakan si pereka fesyen ini rapat dengan salah seorang pelakon lelaki yang boleh tahan popular sekarang.Tapi, ya lah…fashion designer itu sendiri mengaku dia masih single.” Celoteh Syuk.

“Apa-apa sahajalah Kak Ello. Kita tunggu sahaja pengumuman daripada tuan empunya badan.”Sampuk Ajaq.

“Itu dia gosip Kak Ello. Kembali bersama kami Geng Pagi Hot, dengarkan ‘Asal Kau Bahagia’ dari Armada. Jumpa selepas ini…” Kata Fizi, menutup sesi gosip.

            Kerutan jelas kelihatan pada dahi Fathul Amri. Apa yang didengarnya seakan sama dengan apa yang disampaikan oleh teman rapatnya, Azad. Syak wasangka kembali mengetuk dada. Tangan kuat mencengkam stereng, kaki terus menekan pedal minyak…menambah kelajuan kereta. Dia mahu cepat tiba di butik Kyra. Hatinya sudah tidak keruan untuk mendengar segalanya daripada Kyra sendiri.

“Suzy,I ada benda penting nak discuss dengan Irsyad. So, plese don’t let anyone come in.” Arah Kyra pada pembantunya, Suzy. Gadis itu mengangguk laju tanda memahami arahan yang diberi.

            Sudah hampir dua tahun Suzy berkhidmat dengan Kyra sebagai pembantu di butik. Segala urusan temu janji antara Kyra dengan pelanggan semuanya diuruskan oleh Suzy. Langkah Kyra bersama Irsyad diperhatikan Suzy dengan rasa curiga. Sudah banyak kali lelaki itu datang menghabiskan masa bersama Kyra di butik atau lebih spesifik lagi dalam bilik kerja Kyra.

            Sedikit sebanyak timbul juga rasa simpati Suzy pada teman lelaki Kyra, Fathul Amri. Bukannya dia tidak tahu, sudah hampir dua bulan majikannya itu menjalin hubungan istimewa dengan pelakon kacak tersebut. Cuma, bilik dirisik oleh pihak media…Kyra lebih selesa mengaku mereka hanyalah sahabat baik.

            Sudah banyak kali Fathul Amri singgah di butik ini. Malah, Suzy sendiri turut menyenangi sikap merendah diri yang dimiliki oleh Fathul Amri. Semua orang disapanya mesra dan bibir lelaki itu tidak pernah lokek dengan senyuman. Jika hendak dibandingkan dengan Irsyad,dari segi pembawakan diri…jauh Fathul Amri lebih bagus, cebik Suzy dalam hati.

            Dahi Suzy berkerut menahan sakit,perutnya mula memulas. Entah apa yang dimakannya semasa sarapan pagi tadi. Pekerja yang lain masih belum sampai, hanya dia dan Kyra sahaja yang berada dibutik. Terkocoh-kocoh Suzy berlari ke arah bilik air, harapannya tidak ada pelanggan yang masuk semasa dia di bilik air.

            Enjin kereta dimatikan, kunci dicapai dan pintu ditutup rapat. Fathul Amri membetulkan sedikit rambutnya. Dengan langkah penuh kemas dan teratur, dia menjejakkan kaki ke butik Kyra. Pintu kaca butik ditolak, sunyi. Tiada walau seorang pun pada meja penyambut tetamu yang menjadi ruang kerja Suzy seperti kebiasaan.

Kalau diikutkan, kereta Kyra berada pada petak parking betul-betul hadapan butik. Mungkin, teman wanitanya itu sudah mula bekerja hari ini. Fathul Amri menapak, menuju ke bilik kerja Kyra. Kepalanya masih dijengah ke kiri dan kanan butik, masih mencari kelibat Suzy. Biasa, kedatangannya akan disambut dengan celoteh Suzy yang panjang lebar.

Tombol pintu dipulas, daun pintu dikuak perlahan. Mata Fathul Amri membutang melihat adegan di hadapan matanya. Tanpa rasa segan silu, Kyra berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Kyra yang jelas terkejut dengan kedatangannya memandang lelaki itu dengan pandangan yang serba tidak kena, liurnya ditelan.

Fathul Amri menghela nafas berat. Air liur yang ditelannya terasa pahit sekali. Kedua belah tangan dikepal kuat, menahan amarah dan kecewa dalam satu masa. Kyra cuba berlagak tenang, membetulkan duduknya.

“SorryCik Kyra. I datang nak ambil baju, but your assistant was not around. That’s why I terus masuk.” Tutur Fathul Amri, menahan rasa pilu dalam dada.

“Since you look so busy. So I better make a move first. Lain kali sahajalah saya datang ambil. You can continue with your ‘discussion’.” Sambung Fathul Amri,terus kakinya melangkah pergi meninggalkan butik Kyra.

            Suzy yang baharu sahaja keluar daripada bilik air hanya memandang Fathul Amri dengan seribu satu persoalan. Wajah lelaki itu kelihatan cukup sugul. Senyuman Suzy langsung tidak dibalasnya. Belum sempat dia membuka mulut untuk bertanya khabar, Fathul Amri sudah meninggalkan butik dengan derap kaki yang laju seolah tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

            Suzy mencuri pandang ke arah pintu bilik Kyra yang terbentang luas itu. Kedua belah tangan diangkat, menekup mulut. Mungkin Fathul Amri sudah melihat adegan yang tidak sepatutnya dilihat, telah Suzy dalam hati. Melihat pada air muka lelaki itu yang keruh semacam, andaiannya mungkin tepat.

“Suzy…where are you just know? Bukan ke I dah bagitahu, don’t let anyone from entering my room.” Marah Kyra pada Suzy. Gadis itu yang masih terpinga-pinga sedikit terkejut dengan suara Kyra yang sudah naik seoktaf.

“Maaf Cik Kyra…saya pergi tandas, sakit perut. Dah tak boleh nak tahan.” Balas Suzy,mempertahankan diri walaupun dalam hati mencebik geram bila dia menjadi tempat untuk melampiaskan amarah.

“Dah…kemas semua baju Fathul Amri. Saya sendiri akan pass pada dia. And one more thing…don’t say anything about Fath in front of Irsyad.” Tegas Kyra, tidak mahu Suzy membuka mulut.

            Langkah Kyra dihantar Suzy dengan cebikan dibibir. Jujur, dia simpati terhadap Fathul Amri. Terang-terangan lelaki itu sudah dipermainkan perasaannya oleh Kyra yang tamak antara cinta dan harta. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia ceritakan segala-galanya kepada Fathul Amri. Kyra benar-benar tidak layak mendapatkan kasih daripada seorang lelaki sejujur Fathul Amri.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru