Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,204
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 12

There are some people
who could hear you speak a thousand words
and still not understand you
And there are others who will understand
without you even speaking a word
~Yasmin Mogahed~

 

 

Fathul Amri menghela nafas, menghirup segarnya angin pagi Desa Dairy Farm. Matanya ditumpahkan pada lautan hijau padang rumput. Sekali imbas desa yang terletak di Kundasang ini tidak ubah seperti di New Zealand. Berlatar belakangkan bukit bukau yang dilitupi kabus tebal, menghantar rasa tenang pada tiap mata yang memandang.

            Sudah tiga hari mereka berada di Kundasang untuk tujuan penggambaran. Beginilah kehidupan bergelar seorang pelakon. Perlu ke sana dan ke sini, kadang terpaksa berjauhan daripada keluarga berhari-hari demi tuntutan kerja. Perjalanan kerjaya mereka tidak semudah seperti yang disangka. Perlu berkorban masa dan tenaga, terkadang tubuh terdedah dengan perubahan cuaca yang tidak menentu.

“Fath, are you okay?” Tegur Nuha, dari kejauhan dia melihat Fathul Amri tenggelam dalam dunianya.

            Fathul Amri mengalihkan pandangan, terkejut dengan kehadiran Nuha. Entah sejak bila wanita itu muncul di sebelahnya, dia sendiri tidak pasti. Nuha sering sahaja dapat meneka apa yang terbuku dalam hatinya. Mungkin kerana keruh di wajah yang tidak mampu diselindung walau dengan berjuta lapis senyuman hingga wanita itu sering menang menelah hatinya, telah Fathul.

“I’m so depressed Nuha.” Tutur Fathul akhirnya. Meluahkan apa yang bersarang dalam dada.

            Kepalanya tertunduk memandang rerumput yang memasak bumi. Perlahan, air jernih mengalir dari sepasang mata seorang lelaki bernama Fathul Amri. Entah mengapa, setiap kali berada dekat dengan Nuha…pasti jiwanya rapuh. Dia tidak mampu membendung saratnya sebuah rasa yang ditanggung.

            Nuha tergamam seketika, buat pertama kalinya lelaki itu mengalirkan air mata. Dia tahu, selama ini Fathul Amri banyak memendam rasa. Maka, tidak hairanlah sepanjang tempoh awal-awal penggambaran dahulu Fathul Amri lebih suka menyendiri. Cuma, sejak dia berdiskusi dari hati ke hati tempoh hari baharulah lelaki itu mahu membuka mulut bercerita dengannya.

“Kalau Fath tak kisah nak cerita…I can be your listener. Mana tahu, lepas luahkan segala yang terbuku dihati…It would at least, reduce your burden.” Pujuk Nuha, mengusap lembut bahu Fathul Amri.

            Nuha menyeluk poket seluar jeans yang dipakainya lalu disuakan helaian tisu kepada Fathul Amri. Tumpah rasa simpati terhadap lelaki itu. Walaupun dia tidak mengetahui keseluruhan cerita mengenai Fathul Amri serta bekas kekasih, tetapi sedikit sebanyak dia dapat merasakan kepedihan tersebut. Setiap kali menatap wajah sugul Fathul Amri, pasti dadanya ditujal rasa sakit. Seolah dia juga turut merasa kesakitan yang dialami lelaki itu.

“It’s so hard Nuha. Honestly, I masih belum mampu untuk lupakan dia sepenuhnya.” Luah Fathul Amri, memulakan cerita.

“Dua hari lepas, she texted me…telling me that she miss me a lot.” Sambung Fathul Amri lagi.

            Dua hari lepas sebelum Fathul Amri terbang ke Sabah, dia perlu memenuhi tuntutan sebagai duta kepada beberapa pakaian rekaan Kyra, bekas kekasihnya. Saki baki tugas yang perlu dia laksanakan sebelum kontraknya tamat. Walaupun pada mulanya dia berat hati untuk pergi, namun atas dasar tanggungjawab digagahkan jua kakinya menapak ke butik wanita tersebut.

            Dan sepanjang photoshoot dijalankan, mata Kyra tidak lepas memandangnya. Wanita itu juga sengaja mencuri peluang mendampingi Fathul Amri. Berkali juga, Fathul Amri cuba menjauhkan diri dan mahu menghabiskan kerjanya dengan cepat. Tidak sanggup rasanya untuk dia menatap wajah wanita tersebut lama-lama. Hatinya masih sakit dengan apa yang telah dilakukan Kyra.

“Fath masih sayangkan dia?” Soal Nuha, mematikan lamunan panjang Fathul Amri.

“She’s someone fiance Nuha.” Jawab Fathul Amri sebaliknya. Tiada gunanya kalau pun dia masih menaruh perasaan terhadap Kyra.

“Kalau Fath tak kisah…boleh Nuha tanya, macam mana both of you separate?” Soal Nuha, cuba menyelami masalah yang dihadapi Fathul Amri.

            Jujur, dia langsung tidak tahu-menahu mengenai kisah Fathul Amri. Sebelum dia memulakan penggambaran dengan lelaki itu pun, hanya sedikit sahaja latar belakang mengenai Fathul Amri yang dia ketahui. Itu pun melalui Dahlia serta teman-teman dalam industri. Sejauh mana hubungan cinta Fathul Amri dengan Kyra tidak pula dia ambil tahu.

“Sebab harta, pangkat dan restu keluarga.” Jawab Fathul Amri sambil menghela nafas berat.

“If I have to choose between love and blessed. I would choose being blessed.” Ucap Nuha, dia berhenti sejenak sebelum menyambung kata.

“Walaupun Nuha mungkin tak tahu pasal love life Fath. But I’ve gone through similar situation like yours. I tahu, macam mana sakitnya bila cinta terpaksa mengalah kerana pangkat dan harta.” Sambung Nuha lagi.

“Mati adalah jawapan kepada kehidupan. Dan perpisahan adalah jawapan kepada pertemuan. Mungkin Allah akan temukan Fath dengan cinta yang telah Dia takdirkan. Dan paling penting direstui oleh kedua belah pihak. Tak guna kalau kita perjuangkan cinta yang ditolak oleh orang tua.” Ujar Nuha berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.

            Nuha Farieha sentiasa percaya bahawa restu dan doa daripada kedua ibu bapa itulah yang menjadi pelindung terkuat kehidupan seorang anak. Restu itu lah yang akan menyelamatkan dan menjadi peneman seorang anak sehingga ke akhir nafasnya. Apatah lagi doa seorang ibu, doa yang terus diangkat ke langit Allah.

            Dia sendiri pernah lalui apa yang dilalui Fathul Amri. Dia tahu benar akan persis apa sakitnya. Sekalipun hati menolak untuk merindu, terkadang jendela hati tetap mengetuk nama itu. Payah dan sukar pada awalnya. Hanya Allah yang tahu bagaimana dia melawan nafsu hati yang sering sahaja berbolak-balik. Dalam benci dan marah, masih tersisa rasa rindu dan cinta.

“Terima kasih Nuha. Fath rasa lega sekarang…at least.”Ujar Fathul Amri.

            Dadanya yang sebentar tadi sarat dengan pelbagai bebanan rasa terasa lapang sedikit bila berbicara dengan Nuha. Ada benarnya apa yang dikatakan Nuha, tiada gunanya memperjuangkan cinta yang tidak direstui keluarga. Cinta yang diperjuangkan pasti tidak akan ke mana. Akhirnya, dia tetap akan kecewa kalau pun bukan sekarang.

            Ya, boleh jadi perpisahannya dengan Kyra adalah jawapan kepada pertemuannya dengan insan lain suatu hari nanti. Mungkin dia harus belajar mengikhlaskan hati untuk melepaskan segalanya pergi tanpa meninggalkan jejak walau sekelumit. Nuha di sebelah dipandangnya lama. Syukur, Allah menghantar Nuha padanya disaat dia benar-benar memerlukan teman untuk berbicara dan meluahkan rasa.

            Angin pagi yang dingin terus mencengkam tubuh seorang Nuha Farieha. Dia yang hanya berbaju t-shirt dan diselimuti selendang nipis mula digigit kesejukan. Tangannya disilang kiri dan kanan, memeluk tubuh menghalau rasa dingin. Pipinya yang putih itu sudah mula kemerahan menahan sejuk dan dingin perbukitan bumi Kundasang.

            Fathul Amri menanggalkan jaket yang dipakai, pantas menutupi tubuh Nuha Farieha yang dicengkam kedinginan. Mereka saling berbalas pandangan, perlahan dua ulas bibir menguntum senyum. Hati Fathul Amri disapa tenang setiap kali anak matanya jatuh pada seraut wajah milik Nuha Farieha. Lama keduanya saling berbalas pandangan, hingga akhirnya Nuha kalah dan mengalihkan matanya menatap kehijauan Desa Dairy Farm.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru