Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,252
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 1

Ia tak mudah

Ada kisah duka diawalnya

Ada hati luluh yang berbisik pd Tuhannya

 

 

Fathul Amri terus memberikan pose-pose menarik dari satu persalinan ke satu persalinan. Sudah hampir satu jam aktor berusia lewat 20-an itu disimbahi lensa kamera demi tuntutan tugas sebagai duta satu jenama pakaian. Kyra yang sedang ralit memerhati dan memastikan kualiti kerja yang dilakukan mendongak memandang Fathul Amri. Mereka saling berbalas senyuman.

            Sudah hampir dua bulan Fathul Amri serta Kyra punya hubungan istimewa tanpa pengetahuan pihak media di luar sana. Semunya bermula apabila Kyra menjadi penaja rasmi pakaian yang digunakan Fathul Amri dalam sebuah drama rantaian. Bertitik tolak daripada itu, Fathul Amri terus ‘dilamar’ Kyra menjadi model tetap untuk memperagakan pakaian yang direkanya.

            Kolaborasinya dengan Fathul Amri membuahkan hasil yang lumayan. Kebanyakan rekaannya yang dijual atas nama Fathul Amri mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Tambahan pula, lelaki itu sedang meniti tangga populariti ketika ini. Apa sahaja produk yang menggunakan nama lelaki itu pasti laku keras.

“Okay,one last shot Fath. Smile!” Arah jurukamera. Mudah untuknya bekerjasama dengan Fathul Amri yang tidak cerewet melaksanakan tugasnya.

“Done! It’s wrap. Good job everyone.” Ujar Kyra, menamatkan sesi fotografi pada petang itu.

            Fathul Amri yang baharu sahaja usai menyalin pakaian dihampiri Kyra. Senyuman paling menggoda dihadiahkan kepada lelaki itu. Semua gadis di luar sana pasti mendambakan lelaki seperti Fathul Amri. Kacak, maskulin dan paling penting tahu menghormati orang disekeliling.

“Jom dinner together.” Ajak Kyra sambil tangannya bergerak membetulkan kolar baju yang dipakai Fathul Amri.

“Hmmm…jom!” Balas Fathul Amri, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

            Kyra mencapai beg tangan jenama Chanel miliknya. Tangan disauk pada lengan Fathul Amri, mereka berjalan seiringan menuju ke tempat letak kereta setelah memastikan semua pekerjanya sudah beredar usai sesi fotografi sebentar tadi. Kyra sebolehnya tidak mahu perhubungan dengan Fathul Amri dihidu oleh pihak media.

“Suzy…I dengan Fath nak keluar makan. So, saya tak akan masuk butik balik. Apa-apa you just text me okay.” Arah Kyra pada pembantunya, Suzy.

“Ohh…ok Cik Kyra. Enjoy your dinner!” Balas Suzy sambil tersenyum pada Fathul Amri.

            Langkah kaki keduanya dihantar dengan senyuman dibibir Suzy. Dia yakin, majikannya itu punya hubungan istimewa dengan Fathul Amri. Dalam diam dia mendoakan agar jodoh keduanya dipermudahkan, dua-dua sama cantik dan sama padan. Beruntunglah Kyra dapat memiliki lelaki sebaik Fathul Amri.

            Bukannya tiada teman-teman rapat yang cuba mengorek rahsia majikannya dengan pelakon lelaki sensasi tersebut melalui Suzy, tapi dia lebih suka mengunci mulut. Dia masih tahu batas sebagai seorang pekerja. Dan semuanya dilakukan atas dasar hormat. Pasti ada sebabnya mengapa sehingga ke hari ini Kyra masih belum mengakui status perhubungannya dengan Fathul Amri.


………….


“Kenapa pandang I macam tu?” Soal Kyra pada Fathul Amri. Dari tadi lelaki itu tidak lepas dari memandangnya.

“I miss you so much!” Ucap Fathul Amri, penuh dengan nada romantik.

“Me too.” Sahut Kyra, membalas pandangan Fathul Amri yang menusuk ke hatinya.

            Suapan demi suapan diteruskan. Mereka memilih sebuah restoran yang agak eksklusif yang terletak di pinggiran ibu kota. Mereka perlukan ruang yang lebih privasi, lebih-lebih lagi keduanya adalah figura yang dikenali umum.

“Kyra,bila you nak bawa I jumpa your parents? At least, I boleh kenal-kenal dengan family you.” Ujar Fathul Amri.

            Kyra yang sedang menyisip minumannya sedikit terkejut dengan soalan Fathul Amri. Nasib baik sempat dikawalnya,jikalau tidak…pasti sudah tersembur mencium meja. Sudah banyak kali lelaki itu bertanyakan hal yang sama. Kadang timbul juga rasa tidak selesa bila dia selalu diajukan dengan pertanyaan yang sama.

            Perjalanan kerjayanya masih jauh.Masih banyak impian yang ingin dicapai Kyra. Dan yang lebih utama, dia seorang wanita yang tidak suka dikongkong. Kyra, wanita moden yang punya segala. Latar belakang keluarga yang bukan calang-calang serta taraf pendidikan yang tinggi. Dia punya kelasnya yang tersendiri.

“Look…I belum cerita apa-apa lagi pasal kita pada parents I.” Balas Kyra setelah lama mendiamkan diri mencari jawapan pada soalan Fathul Amri.

“What? Maksudnya selama hari ini…you keluar dengan I tanpa pengetahuan mereka?” Soal Fathul Amri, terkejut mendegar pengakuan Kyra.

            Fathul Amri mula berjauh hati denganKyra. Adakah dia yang terlalu mendesak atau Kyra belum bersedia…telahnya dalam hati. Selama dia berkawan dengan Kyra, sekelumit pun dalam hati tidak pernah terniat untuk mempermainkan hati wanita itu. Dia sudah bersedia bila-bila masa sahaja untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang seterusnya.

            Namun, bila Kyra bertindak begini hatinya sedikit tercuit. Ragu-ragukah Kyra dengan cintanya? Atau keluarga Kyra sendiri tidak boleh menerima kehadirannya? Persoalan-persoalan ini mula mengetuk minda, menghantar rasa kurang enak dalam dada.

“Fath…bagilah I masa. Lagipun, kita baharu kenal kan. Banyak masa lagi untuk kita kenal hati budi masing-masing. And please…don’t ask me to do something yang I tak ready nak buat.” Jelas Kyra.

            Kyra paling tidak suka jika dia dipaksa melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain. Dia jauh berbeza dengan wanita-wanita di luar sana. Dia punya pendirian yang kukuh dan cukup tegas dengan keputusannya.

“Boleh tak kalau kita discuss hal ini lain kali?” Ujar Kyra, cuba mengelak untuk terus berdiskusi soal perkahwinan dan seumpamanya.

“Okay then, as you wish.” Jawab Fathul Amri, sedikit kecewa.

“Oh ya, lagi seminggu I nak ke London. Ada pertunjukan fesyen dekat sana.” Kata Kyra pada Fathul Amri.

            Kyra antara pereka fesyen yang terpilih untuk mempamerkan hasil rekaannya pada festival fesyen Kota London. Peluang yang sudah lama diimpikan itu akhirnya berjaya disambar juga. Pasti setiap pereka fesyen tanah air mendambakan peluang yang sama. Kiranya, dia cukup bertuah mampu tampil sebaris dengan beberapa pereka fesyen terkemuka dari seluruh dunia.

            Satu lagi pencapaian hebat buat dirinya. Saban hari namanya terus dijulang sebagai pereka fesyen muda yang berbakat. Memiliki wajah yang cantik, berkerjaya, punya kedudukan dalam industri…itu semua aset yang mengangkat nama Kyra sebagai orang yang berpengaruh di Malaysia.

            Perbincangan dengan Fathul Amri berakhir begitu sahaja. Fathul mengalah untuk kesekian kalianya. Berkali dia cuba memujuk hati agar sabar menanti detik bahagianya dengan Kyra. Dia tidak mahu hubungan mereka sekadar siulan diangin lalu sahaja. Sebagai lelaki, dia mahu menoktahkan segala kerana Kyra adalah wanita yang dicintainya.


…………..


            Perlahan kereta yang dipandu Kyra memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik keluarganya. Enjin kereta dimatikan, beg tangan serta kunci kereta dicapai. Kepalanya dijengah sedikit ke arah pangkin kayu yang terletak bersebelahan kolam ikan di laman rumah. Kelihatan ibunya sedang ralit berbual-bual santai dengan kakak iparnya, Julyana.

            Pantas kaki mengorak langkah,mendapatkan keduanya. Walaupun Kyra memiliki perniagaan sendiri dan sudah mampu memiliki rumah sendiri tetapi dia memilih untuk tinggal dengan orang tuanya. Dia tidak betah tinggal bersendirian, apatah lagi dengan status dirinya yang masih bujang.

            Tangan Datin Aida disalami Kyra penuh hormat, begitu juga dengan Julyana. Jarang-jarang kakak iparnya itu bermalam di rumah mereka, kecuali abang sulungnya terpaksa ke luar negeri atas urusan kerja. Sejak papanya menyerahkan tugas mengendalikan syarikat mereka kepada Kefli, abang Kyra…lelaki itu semakin sibuk hingga terkadang tidak punya banyak masa untuk bersama keluarga.

“Mana Indah?” Soal Kyra pada Julyana, merujuk kepada anak buahnya.

“Ada kat atas tu hah, ralit duk main dengan tok pa dia.” Balas Julyana.

“Kamu dari mana Kyra? Jumpa Fathul Amri ke?” Soal ibunya.

“Aah mummy. Lepas photoshoot tadi kami terus pergi dinner.” Jawab Kyra.

“Orang dating sepatutnya happy. Ini awak balik muka muram semacam.” Seloroh Julyana.

“Rimaslah.Tak habis-habis cakap pasal kahwin lah, nak jumpa family lah. Kak July tahu kan yang Kyra tak suka dipaksa.” Jelas Kyra.

“Dari awal lagi mummy dah warn you Kyra supaya tak terlalu rapat dengan dia. Now, Kyra sendiri dah bagi harapan pada dia.” Sampuk Datin Aida pula.

            Memang dari awal lagi, Datin Aida tidak berapa berkenan bila dapat tahu anak bongsunya itu berkawan rapat dengan Fathul Amri. Taraf keluarga mereka jauh berbeza dengan pemuda tersebut. Dia tidak mahu Fathul Amri mengambil kesempatan ke atas Kyra. Dengan wajah tampan yang dimiliki Fathul Amri tidak susah untuk membuat mana-mana wanita jatuh cinta padanya.

            Bagaimana popular sekalipun Fathul Amri, tetap tidak boleh menandingi kedudukan yang dimiliki oleh mereka sekeluarga. Kyra dan Fathul Amri bagai langit dengan bumi. Dia mahukan seseorang yang boleh menjamin masa depan anaknya, bukan untuk sehari dua malah untuk selama-lamanya. Dan dia tak rasa selebriti seperti Fathul Amri mampu memberikan apa yang dimahukan oleh Datin Aida kepada anaknya.

            Kyra adalah kebanggaan keluarga mereka. Anak bongsunya itu bertatih sendiri untuk memulakan perniagaannya. Pelbagai kejayaan sudah dilakar ketika usia mudanya. Mendapat gelaran usahawan berjaya serta pereka muda berbakat antara pencapaian Kyra yang sering menjadi buah mulut teman-teman perniagaan suaminya.

“Oh ya, tengah hari esok mummy nak buat makan-makan. Datin Heliza dengan anak bujang dia nak datang.” Ujar Datin Aida, mengkhabarkan kepada Kyra tentang kedatangan tetamu istimewanya.

“Datin Heliza? Is that Irsyad’s mom?” Soal Julyana sambil menghirup sedikit kopi panas.

“Yes…Mama Irsyad. Irsyad…kawan baik Kyra masa dekat Leeds dahulu.” Balas Datin Aida, cuba memancing perhatian anaknya, Kyra.

“Maksud mummy…Irsyad dah balik Malaysia? Bukan dia uruskan perniagaan family dia dekat sana ke?” Soal Kyra akhirnya, turut teruja mendengar perkhabaran tersebut.

“Ya…He came back for good.” Jawab Datin Aida, mula tersenyum melihat reaksi positif daripada Kyra.

            Kepala mula merencana strategi untuk menyatukan Kyra dengan Irsyad. Dia yakin sekali yang Kyra bakal jatuh cinta dengan Irsyad. Bertahun-tahun dahulu pun Kyra sudah kenal rapat dengan Irsyad, jadi tidak mungkin anaknya itu akan menolak lelaki yang punya segala-galanya seperti Irsyad.

            Irsyad adalah sebahagian masa lalu Kyra. Pertemuan semula antara keduanya pasti mencambahkan satu rasa. Datin Aida tahu persis lelaki bagaimana yang diinginkan oleh anaknya. Dan Iryad juga adalah pilihan tepat untuk terus membantu Kyra melebarkan sayapnya ke luar negara. Perancangan Datin Aida tidak akan pernah gagal, itu yang ditanam dalam diri seorang Datin Aida.

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru