Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,201
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 4

Kadang kau harus meneladani matahari
ia cinta pada bumi
tapi ia mengerti mendekat pada sang kekasih
justeru membinasakan

~Salim A.Fillah

 

 

Fathul Amri terduduk lemah, telefon bimbit yang dipegang hampir sahaja terhempas kelantai. Bukti apa lagi yang dia perlukan untuk meyakinkan hati yang Kyra bukan miliknya. Berkali dia menidakkan apa yang didengarnya tentang Kyra yang sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang kenamaan atau lebih tepat lagi seorangVVIP.

            Matanya masih belum buta, masih jelas untuk menilai apa yang dilihatnya di hadapan mata. Terang-terangan Kyra menduakan hatinya. Hatinya yang hancur dan remuk saat ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Berkali-kali teman sekelilingnya cuba memberitahu perkara sebenar kepada Fathul Amri, tetapi dia menolak semua itu kerasa rasa cintanya pada Kyra yang mendalam.

            Tenangnya tasik buatan Putrajaya masih belum cukup untuk menenangkan hatinya ketika ini. Pekat malam tanpa bintang seakan menggambarkan rasa hatinya ketika ini. Pedih, kecewa, terluka dan terasa dipermainkan. Tangan kanan diangkat, mencengkam kuat dadanya. Ada tujalan yang maha kuat pada sudut itu.

“Thank God! At last, I found you.” Tegur Kyra yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.

            Sebentar tadi Kyra cuba menjejaki Fathul Amri di pejabat pengurusannya, namun kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Terus, dia menghubungi Syahir untuk mengetahui keberadaan Fathul Amri

“Apa semua ini Kyra?” Soal Fathul Amri setelah sekian lama menyepi. Kyra disebelahnya direnung tajam, menagih penjelasan.

“What do you mean?” Balas Kyra, masih berdolak-dalih.

“You memang tak faham dengan soalan I atau you buat-buat tak faham sebenarnya?” Ujar Fathul Amri lagi, marah bila mengenangkan diri yang telah dipermainkan wanita itu.

“Look…kalau you nak marahkan I pasal tadi, you totally wrong. You tak ada hak untuk halang dengan siapa I nak berkawan atau berhubung.” Ucap Kyra, cuba membela diri sendiri.

“Apa dia? I tak ada hak? Habis itu, selama ini siapa I dimata you?” Soal FathulAmri, mula berjauh hati dengan Kyra.

“You’re not even my fiancé. You tahu kan I tak suka dikongkong.” Balas Kyra. Apa yang terlahir dibibirnya cukup melakar luka nan dalam dihati Fathul Amri.

“Patutlah,I ajak you jumpa family you…macam-macam alasan you bagi. Belum restu lah, tak ada masa. Bla…bla…bla…rupanya you dah ada orang lain yang lebih setaraf I guess. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.” Tutur Fathul Amri, memulangkan paku buah keras.

“Kyra…hear me out. I’m not your back up plan and not even your second choice. I dah sedar sekarang siapa I pada you.” Sambung Fathul Amri lagi walaupuan payah untuk dia tuturkan semua.

“You dah pilih jalan you. Mulai detik ini, kita dah tak ada apa-apa lagi untuk diperjuangkan. I harap you bahagia dengan pilihan you. Terima kasih untuk segala memori selama perkenalan kita. Assalamulaikum…” Akhiri Fathul Amri.

            Pantas dia memboloskan diri ke dalam perut kereta, meninggalkan Kyra sendirian memamah tiap kata yang dia lontarkan. Walaupun hatinya cukup sakit untuk mengungkap kata perpisahan, namun hanya itu pilihan yang dia ada. Tiada guna untuk dia terus memperjuangkan sebuah rasa yang hanya dia tahu menghargainya.

            Mungkin benar kata Syahir, dia dan Kyra bagai langit dengan bumi. Terlalu banyak bezanya. Dia hanya marhaen yang bertatih mengubah nasib diri dan keluarga. Manakala Kyra pula sedari kecil sudah dilimpahi dengan kemewahan. Hujan yang sebentar tadi renyai-renyai sahaja semakin lebat menghentam bumi.

            Langit bagai turut menangisi rasa kecewa yang mengetuk dada Fathul Amri ketika ini. Fikirannya menjadi kosong,hati belum mampu menerima sepenuhnya kata perpisahan yang dia sendiri ucapkan sebentar tadi. Pedal minyak ditekan, dia mahu cepat tiba di rumah. Fizikal dan mentalnya terlalu penat.


…………..


Suzy menyisip sedikit jus oren yang dipesannya sebentar tadi. Sesekali tangan mengetuk meja. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat seseorang yang sudah berjanji untuk ketemu dengannya di sini. Setelah lama menjadi saksi bisu, sudah masanya untuk dia bersuara menegakkan kebenaran yang menjadi tatapan matanya saban hari.

            Dari jauh kelihatan Syahir sedang melilaukan pandangan, mencari tempat duduknya barangkali…telah Suzy. Pantas tangan diangkat, memberi isyarat kepada Syahir. Kerusi di hadapan Suzy ditarik,Syahir melabuhkan punggungnya. Tidak pernah Suzy mengajaknya keluar sebegini sekalipun untuk menyerahkan baju-baju kepada Fathul Amri sebelum ini

“Kau nak bagi baju Fath ke?” Soal Syahir setelah selesai membuat pesanan.

“Taklah…aku jumpa kau ni sebab personal.” Ujar Suzy, separuh berbisik. Sekejap-sekejap kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan. Seolah-olah takut dirinya diperhatikan, persis pegawai detektif.

“Hah?Personal?” Soal Syahir, kurang faham.

“Aku dah tak boleh nak simpan benda ini lagi Syah. Straight to the point, Kyra tak ikhlas dengan Fath.” Jelas Suzy akhirnya. Kisah yang dipendamnya selama ini terluah jua.

“Maksud kau?” Soal Syahir lagi, masih kurang mengerti.

“Selama dia berhubungan dengan Fath, dia turut mendampingi lelaki lain. Apa yang aku boleh cakap, lelaki itu jauh lebih kaya kalau nak dibandingkan dengan Fath dari segi harta. Family Kyra pun nampaknya menerima lelaki itu dengan tangan terbuka.” Ujar Suzy

“Aku dah tak sanggup nak tengok lelaki sebaik Fathul Amri dipermainkan. Kau nasihatkanlah dia. He better back off now…or else he would be suffer.” SambungSuzy lagi.

            Syahir menghela nafas, masih sukar untuk dia percaya tentang apa yang disampaikan oleh Suzy. Liur yang ditelan terasa pahit, berpasir. Entah bagaimana penerimaan Fathul Amri nanti andai dia ceritakan semuanya. Lelaki itu terlalu cintakan Kyra, malah sudah memasang niat untuk memperisterikan wanita tersebut.

            Dia tahu, tidak mungkin Suzy akan menipu dalam hal-hal seumpama ini. Gadis itu sudah bertahun berkhidmat denganKyra, pastinya segala rahsia wanita tersebut selamat dalam tangan Suzy. Tiada kata mampu Syahir ungkap ketika ini. Kotak mindanya mula terbayangkan wajah penuh kejujuran Fathul Amri, tidak semena-mena hatinya digasak pilu.

“Selama ini, Kyra banyak berdolak-dalih dengan Fath. Kadang-kadang aku rasa macam Fathis just her back up plan.” Tutur Suzy lagi, turut merasa sakitnya dipermainkan.

            Dia sudah tidak betah untuk melihat adegan sandiwara Kyra saban waktu. Bukan sekali dua Irsyad datang ke butik.Namun, Suzy hanya pejamkan mata dan pekakkan telinga. Sungguh, hatinya sering sahaja berdoa agar Allah menggerakkan hati Fathul Amri untuk melihat sendiri kecurangan Kyra terhadapnya. Tak sangka, apa yang dihajatinya sudah termakbul.

“Sampainya hati Kyra.” Luah Syahir, satu keluhan berat dilepaskan.

            Selama ini Syahir biarkan sahaja segala spekulasi yang didengari mengenari Kyra dengan seorang lelaki. Ternyata spekulasi yang menjadi buah mulut teman-teman terdekatnya adalah kebenaran yangsungguh menyakitkan.


…………….

 

            Pintu ditolak, Fathul Amri menjengahkan sedikit kepalanya. Ruang tamu tampak sunyi dan sepi. Kakinya diatur menuju ke tingkat atas rumah oran tuanya. Fathul Amri akan pulang kerumah ibu bapanya jika punya kelapangan masa. Dia perlukan ketenangan saat ini,kepalanya terlalu berselirat dengan segala macam benda yang datang mendadak.

            Telefon bimbit dicapai dan dimatikan, dalam keadaannya sekarang sebolehnya Fathul Amri tidak mahu diganggu. Jiwanya benar-benar kosong dan kesepian. Hati dan perasaannya terlalu penat dengan bebanan rasa. Masuk sahaja ke bilik bujangnya, terus Fathul Amri merebahkan diri. Matanya dipejam rapat. Tanpa sedar, jejaka itu lena dalam basahnya air mata.

“Along,along…bangun nak. Dah senja ini, tak elok tidur.” Kejut Puan Zaharah sambil menepuk lembut bahu Fathul Amri.

Dengan terpisat-pisat Fathu Amri membukakan matanya. Jam di dinding ditolehnya sekilas, sudah menginjak ke pukul 6.30 petang. Rambutnya yang sedikit kusut disikat dengan jemari. Pantas dia menyandarkan tubuhnya di kepala katil sambil memandang wajah ibunya dengan perasaan sayu.

“Along ada masalah ke?” Soal Puan Zaharah lembut. Jelas ketara wajah Fathul Amri yang sugul. Sudah beberapa hari anak sulungnya itu tidak meluangkan masa di kafe mereka.

            Fathul Amri hanya menundukkan wajahnya. Dia tidak mampu membendung rasa yang begitu sarat menekan dada. Walau macam mana dia cuba bertahan, air matanya tetap kalah bila berhadapan dengan ibu, wanita yang paling memahami hati serta perasaannya. Air mata seoranglelaki gugur lagi.

“Kalau Along tak bersedia nak berkongsi cerita dengan Ibu…Ibu faham. Menangislah anakku, andai dengan tangisan itu mampu melapangkan dadamu.” Pujuk PuanZaharah. Tangan anaknya itu diusap penuh kasih, memujuk dalam lembut.

“Menangis tak bermaksud kita lemah, tapi menangis sebagai tanda kita kuat. Kuat untuk mengharungi apa jua dugaan sendiri.” Ujar Puan Zaharah lagi.

“Dah, Along pergi mandi. Dah nak masuk waktu Maghrib. Ceritakan segala masalah Along pada Allah kerana dia lebih mengetahui apa yang tersirat dalam hati Along. Luahkan pada Dia Yang Maha Mendengar melebihi manusia.” Nasihat Puan Zaharah sebelum berlalu meninggalkan Fathul Amri sendirian.

            Fathul Amri menghantar langkah kaki ibunya dengan ekor mata. Sedikit sebanyak hatinya seakan terpujuk dengan nasihat si ibu. Ya, hanya Allah yang lebih mengerti apa yang dirasakannyaketika ini. Dan selayaknya kepada Allah jua lah dia bercerita. Laungan azan bergema sayup-sayup dari masjid berdekatan. Fathul Amri bangkit dari tilam empuknya dan menuju ke bilik air, mahu membersihkan diri dan menyahut seruanAllah yang satu.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru