Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,240
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 10

Mengejar populariti itu bukanlah sama sekali prinsip seorang Nuha Farieha. Hadirnya menyinari dunia seni hiburan tanah air adalah kerana minat semata. Bakat yang dia ada hanya itu yang dia pertaruhkan. Bertahun dalam bidang ini tidak pernah membuatkan dia mendabik dada apatah lagi riak dengan pengiktirafan yang sudah dicapainya.

            Sebut sahaja nama Nuha Farieha, pasti ramai yang ingin diberi kesempatan bergandingan dengannya baik dilayar kecil mahu pun layar lebar. Bertahun menyepi tetap tidak menggugat tangga populariti serta kredibiliti lakonan yang dimiliki. Bergelar seorang anak seni bukan mudah dan tidak seindah yang disangka.

            Kontroversi, gosip, hinaan dan tuduhan melulu acap kali menjamah mata dan mengetuk gegendang telinga. Namun, kerana impian serta minat…Nuha Farieha telan semuanya. Dia akui,  berada dalam bidang kerja seperti ini kadangkala diri tergelincir juga dengan hambatan nafsu. Tetapi, pengalaman cukup mematangkan dia sebagai seorang manusia.

            Setiap manusia bukan terlahir maksum seperti para nabi dan rasul, apatah lagi syumul dari dosa. Khilafnya Nuha Farieha sebagai seorang hamba tetap ada. Tetapi itu tidak mematahkan semangat untuknya terus bangun dan memperbaiki kelemahan diri dari hari ke hari. Dia percaya, setiap hari adalah hari baru untuk dia melalui proses pembelajaran secara langsung atau tidak.

            Nuhamembetulkan duduknya, menyisip sedikit baki jus oren yang tinggal. Sudah hampir separuh minuman disedutnya, namun kelibat Abang Johan masih belum kelihatan. Dahlia di sebelah masih fokus membelek jadual kerjanya sepanjang minggu ini. Sekembalinya ke tanah air, tawaran kerja datang silih berganti…bukti dirinya masih menjadi kegemaran ramai penerbit-penerbit filem mahu pun drama.

            Kerusidi hadapannya ditarik, Johan menguntum senyum pada Nuha serta Dahlia. Johan, pengarah yang mula menjadi sebutan sejak kerjasamanya dengan ramai pelakon baharu mendapat jumlah tontonan yang tinggi. Drama mahupun filem hasil arahannya mula digemari para penonton di Malaysia. Malah turut menjangkau sebahagian negara Asia seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

“I’m sorry Nuha. Got the urgent meeting with the producer.” Jelas Johan mengenai kelewatannya.

“No…no…no, it’s okay. Kami yang datang awal sebab nak elak traffic jam.” Balas Nuha seraya tersenyum manis.

“So sorry that I couldn’t make it during the script reading.” Sambung Nuha lagi, memohon maaf kerana tidak sempat menghadiri sesi ramah mesra bersama barisan pelakon serta krew produksi drama yang bakal dibintanginya nanti.

            Melalui seorang kenalan rapat industri perfileman, Johan menyampaikan hasratnya untuk ‘menyunting’ Nuha Farieha sebagai pelakon utama sebuah lagi drama rantaian yang bakal dikemudi olehnya. Alhamdulillah, ‘lamarannya’ diterima pelakon hebat itu tanpa banyak kerenah seperti sesetengah pelakon senior yang lain.

“Abang Jo kenapa pilih Nuha? Ramai lagi pelakon-pelakon baharu yang cantik, yang muda…yang popular. Nuha ni dah lah lama menyepi…sendu je.” Seloroh Nuha pada Johan.

“Pertama, pihak penerbit memang nak Nuha, no others…nehi. Kedua, Abang Jo memang nak sangat-sangat bekerja dengan Nuha. Ketiga, pihak stesen tv dah buat research…randomly ask, ramai pemonton yang request Nuha as heroin. They miss you a lot.” Jawab Johan, tepat dan jelas.

“Ini pun Abang Jo baharu dapat news from our producer .Ini slot paling mahal pernah ditaja. A lot of well-known brand yang berlumba-lumba nak sponsor drama ni once we announced you as the female lead.”Sambung Johan lagi.

            Sungguh dia tidak menyangka begitu hebat sekali penangan Nuha Farieha. Mana tidaknya, gadis itu kembali semula mewarnai industri seni setelah bertahun menyepi. Siapa pun yang mengikuti lakonan Nuha pasti merindukan kemunculan pelakon wanita hebat tersebut, telah Johan.

“Alamak…takut pula nanti orang letak high expectation. Saya ni dah lama berehat.” Bicara Nuha pula.

“I know you can deliver it very well. Kita sama-sama buat yang terbaik. Nuha tu yang humble sangat… padahal semua celah gigi.” Seloroh Johan yang yakin dengan kredibiliti Nuha.

            Melihatprofil seni Nuha sudah cukup meyakinkan Johan bahawa pilihannya tidak salah.Apatah lagi ramai yang mahukan penampilan pelakon itu sebagai barisan utama.Dia sendiri tidak dapat membendung rasa teruja punya kesempatan bekerjasama dengan gadis tersebut. Ramai sahabat sutradara yang dikenalinya memberikan pandangan yang baik tentang hasil kerja Nuha Farieha.

“Oh ya, Nuha…your partner would be Fathul Amri. The most popular actor nowadays.” Ujar Johan sebagai informasi kepada Nuha.

“I got it. But I heard that Abang Jo sudah banyak kali bekerja dengan dia kan? What do you think about him?” Soal Nuha pula mengenai pelakon lelaki yang bakal bergandingan dengannya.

“He’s good. Well disciplined, full of determination. Cuma…ya lah, banyak lagi kena belajar. Got some weaknesess here and there.” Balas Johan pada pertanyaan Nuha.

“Mana tahu…bila berlakon dengan Nuha nanti banyak yang dia boleh improve. Perhaps, he can learn a lot from you. Atau pun Nuha boleh bagi dia tunjuk ajar mana yang patut.” Sambung Johan lagi.

“Everything always start from zero Abang Jo. Kalau tak ada yang baharu, mana nak datangnya yang lama…right? And I don’t ever consider myself as a senior. Who knows, saya pun ada benda yang boleh saya belajar daripada dia.” Balas Nuha.

“It’s good to hear that from you. Bukan macam sesetengah artis senior…bila pelakon baharu sahaja terus dilabelnya kayu. We need more senior actress like you…optimis dan tidak prejudis.” Ujar Johan,mengagumi sikap rendah diri yang dimiliki oleh Nuha Farieha.

“Semuanya perlukan masa Abang Jo. Kalau mereka ini tidak diberi peluang…then, macam mana nak kaut pengalaman. Right? I’ve been in that place, so I knew it very well. Tak ada orang pun dalam dunia ini lahir-lahir dah pandai berlari.” Jelas Nuha panjang lebar tentang pandangannya mengenai artis baharu.

            Bukan dia tidak tahu perkembangan industri seni tanah air. Ramai muka baharu mula menghiasi kaca televisyen. Tidak kurang juga dilayar perak. Zaman berubah, selera dan citarasa penonton juga berubah. Dia tidak menolak sesetengah dakwaan yang mengatakan kebanyakan pelakon baharu yang muncul hanya bersandarkan rupa dan fizikal sahaja.

            Sedikit sebanyak ada benarnya juga dakwaan tersebut. Namun, untuk terus menghakimi bukan sekali-kali prinsip seorang Nuha Farieha. Tiap orang punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dia percaya, golongan ini akan sentiasa memperbaharui kualiti serta mutu lakonan mereka dari semasa ke semasa apabila diberi peluang bekerjasama dengan mereka yang lebih berpengalaman.

            Ramai yang mempertikaikan kredibiliti pelakon baharu yang hanya bersandarkan populariti di media sosial sahaja. Inilah realiti yang harus diterima dengan lapang dada kerana media sosial itu sendiri punya impak yang besar. Jika pandai ambil hati peminat, maka populariti lah ganjarannya.


……………..


            Pintu kaca ditolak Nuha perlahan. Gadis penyambut tetamu tersenyum penuh teruja saat bertentang mata dengannya. Jarinya dibawa ke bibir memberi isyarat supaya si gadis merahsiakan kedatangannya. Liyana, si gadis penyambut tetamu mengangguk mengiakan permintaan Nuha. Dahlia hanya menggelengkan kepala melihat gelagat sahabatnya itu.

            Pandangan Nuha jatuh pada segenap penjuru butik. Dekorasinya masih sama, cuma ada beberapa tambahan perabot yang menambahkan nilai eksklusif butik tersebut. Potretnya yang lengkap dengan persalinan gaun pengantin rona putih masih tergantung gah pada suatu sudut. Langkahnya kian mendekat. Jazlyn dan Jasmin kelihatan sedang sibuk menyiapkan tempahan mereka.

            Nuha melabuhkan punggungnya pada sofa mewah rona coklat yang terletak pada suatu sudut yang menjadi ruangan perbincangan antara Jazlyn, Jasmin serta pelanggan-pelanggan mereka.

“I nak you design baju meleret ala-ala cinderella. Kalau boleh lagi cantik daripada design yang you all pernah buat untuk Nuha Farieha.” Tutur Nuha dengan liuk-lentok jemarinya.

            Jasmin dan Jazlyn yang sedang fokus membuat kemasan terakhir pada gaun labuh rekaan mereka terhenti seketika. Keduanya mendongakkan wajah. Terus tubuh kecil Nuha Farieha dipeluk erat. Keduanya menjerit dalam kegembiraan. Dahlia serta Liyana menjadi saksi tautan kembali tiga sahabat akrab itu.

“Eeee…nak minta lempang berjemaah ke balik tak bagitahu?” Ujar Jasmin. Nuha ketawa lepas mendengar bebelan sahabatnya.

“Entahnya…Oh my god beb! So cantik…so flawless, soooo rindu.” Celah Jazlyn pula.

“Hai…Nuha sahaja ke yang korang rindu? Habis aku ni nak campak mana?” Sampuk Dahlia, berseloroh.

“Rindu kau buat apa? So kekwat!!!” Balas Jasmin, bergurau.

“Gila tak rindu? Haruslah rindu…nak kena sumpah jadi kue tiaw goreng kalau tak rindu kau.” Sampuk Jazlyn pula. Semuanya melampiaskan tawa.

            Mereka berkumpul disuatu sudut butik yang menempatkan meja panjang rona putih. Tempat yang selalu menjadi ruang lepak Jasmin, Jazlyn serta pekerja mereka terutama sekali semasa makan tengah hari. Kadang-kadang di ruang inilah mereka menjamah hidangan tengah hari jika tidak punya masa untuk makan di luar.

            Aroma mee goreng mamak dengan telur mata membuka selera semuanya. Masing-masing menikmati juadah ringkas yang dibawa oleh Nuha itu. Drama yang disiarkan dikaca televisyen langsung tidak dihiraukan. Semua sibuk mengisi perut dan kerongkongan masing-masing.

“Beb, your hero!” Tutur Jazlyn tiba-tiba sambil mengunjukkan tangannya ke arah skrin televisyen yang sedang menyiarkan iklan sebuah jenama kereta popular, Toyota.

“Aah…dia male lead drama yang you dah confirm tu kan?” Sampuk Jasmin pula, teruja.

“Seriously, we’re so happy to know that you’ve made the decision. Tambah-tambah pula bergandingan dengan abang handsome yang tengah hit, for sure this gonna be a boom.” Sambung Jasmin lagi.

“Hurmmm…you know what, bolehlah nanti both of you jadi our muse for the upcoming KL Wedding Fashion Show…kan Min?” Cadang Jazlyn, menyuarakan idea yang tiba-tiba terlintas dikotak akalnya.

“I second you. Both of you would make into a beautiful visual couple. Ya Tuhan!!!” Sampuk Jasmin, mengiakan cadangan Jazlyn.

“Hello sisturrr…statement minta kaki. I ni shoot pun belum start lagi. Jangan pandai-pandai nak request benda merepek. Nak kena rejam sampai subuh ke?” Seloroh Nuha pula. Semua melampiaskan tawa.

            Suapan demi suapan diteruskan. Rindunya pada masakan Malaysia akhirnya terlangsai jua.Sahabat-sahabatnya masih seperti dahulu. Tiada yang berubah waima keduanya sudah jauh melakar nama dan punya kedudukan tersendiri dalam industri fesyen tanah air. Siapa sangka persahabatan antara mereka bertiga sudah menjangkau hampir lima tahun. Satu tempoh yang lama untuk mereka saling memahami hati budi masing-masing. Akrabnya mereka umpama adik-beradik yang seibu dan sebapa.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru