Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,237
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 2

“Jemput duduk Heliza, Irsyad.” Ujar Datin Aida sambil menarik kerusi. Sementara Julyana mengambil tempat di sebelah ibu mentuanya.

“Mana Kyra?” Soal Datuk Othman pada isterinya.

            Kyra menuruni anak tangga satu persatu menuju ke tingkat bawah, tangannya memaut erat tangan si kecil Indah. Baharu sahaja namanya diseru, Kyra sudah muncul. Setiap mata yang ada mula tertumpu pada Kyra. Dia yang lengkap dengan blaus ungu serta skirt moden rona sama mencuri tumpuan Irsyad.

            Dengan penuh rasa hormat, Kyra menundukkan wajah menyalami tangan Datin Heliza. Wanita berusia lewat 50-an itu tersenyum memandang seraut wajah manis milik Kyra. Kerusi yang bertentangan dengan Irsyad ditarik, Kyra melabuhkan punggungnya. Saat wajahnya diangkat, dua pasang mata saling berbalas pandangan.

“Eh,tunggu apa lagi. Jemput makan Heliza, Irsyad.” Kata Dato’ Othman, memecah sepi antara mereka.

            Kyra mengunyah setiap suapan dengan penuh tertib. Sesekali matanya bertembung pandang dengan sepasang mata milik Irsyad.Terasa dirinya diperhatikan, Kyra cuba berlagak tenang. Menyembunyikan debar dalam dada yang semakin tidak keruan. Segalanya terasa janggal walaupun dahulu Irsyad antara teman rapatnya sewaktu menuntut di University of Leeds. Masa merubah segalanya. Penampilan Kyra dahulu dengan sekarang ternyata jauh berbeza pada pandangan Irsyad.

 

“You look different now.” Tegur Irsyad dari belakang.

            Kyra yang sedang ralit memerhatikan ikan-ikan yang sedang menari riang dalam kolam mengalihkan pandangan saat disapa lelaki itu. Papa, mummy serta Datin Heliza masih berbual santai di ruang tamu rumah. Entah sejak bila lelaki itu menjejakinya hingga ke sini, dia sendiri kurang pasti.

“Apa maksud you.” Soal Kyra kembali, menagih penjelasan daripada Irsyad.

“Yeah…Beautiful and successful women. You nampak cantik dengan hijab. Way different from years ago.” Jelas Irsyad, memuji kecantikan yang dimiliki Kyra.

            Isyad sudah sedia maklum dengan kejayaan Kyra yang menjadi kebanggaan keluarganya. Mamanya sendiri tidak putus-putus memuji Kyra. Bukan dia tidak ambil tahu mengenai perkembangan wanita tersebut. Rata-rata ahli perniagaan yang berurusan dengannya pasti memetik nama Kyra yang dianggap sebagai wanita berjaya yang punya segala. Pakej lengkap untuk dijadikan permaisuri hati.

“So,how was your life?” Soal Kyra, membuka ruang untuk lebih mengenali Irsyad.

“Good, not so interesting as yours…I think.” Balas Irsyad.

“So, balik kali ini for good atau macam mana?” Soal Kyra lagi, makin selesa berbual mesra setelah sekian lama tidak bersua.

“Insyaallah. Mana tahu dalam waktu terdekat I jumpa bidadari dekat Malaysia yang boleh menjadi asbab kukuh untuk terus stay dekat sini.” Ujar Irsyad dengan kata-kata manisnya.

            Irsyad nampak lebih matang dan penuh dengan kredibiliti sebagai seorang ahli perniagaan. Jauh berbeza jika hendak dibandingkan semasa mereka menuntut di universiti dahulu. Setiap semester teman wanita Irsyad bertukar ganti, kadang-kadang Kyra sendiri naik pening memikirkan sikap sahabatnya itu suatu ketika dahulu.

            Jujur, dia sendiri pernah menaruh perasaan terhadap lelaki itu dahulu. Namun, mengenangkan sikap buaya darat Irsyad, Kyra melupakan sahaja niatnya. Dia lebih rela menjadi sahabat daripada terluka dipermainkan. Budaya hidup barat sedikit sebanyak mempengaruhi Irsyad. Kyra sendiri pun pernah hanyut dengan keseronokan alam remaja. Tetapi segalanya berubah setelah dia pulang ke Malaysia.

“Kyra,esok malam you free tak?” Soal Irsyad, memulakan langkah.

“Hmmm…free. Kenapa?” Balas Kyra.

“Esok malam I datang jemput you. I’ll talk to your mom.” Ujar Irsyad, mengoyak senyum dibibir Kyra.

            Tanpa sedar, keduanya sedang memulakan langkah perkenalan…bukan sebagai teman lama tetapi lebih kepada satu perhubungan yang baharu. Kyra menyenangi sikap ‘gentleman’ yang dipamerkan oleh Irsyad. Sungguh ketara perbezaan Irsyad yang dahulu dengan sekarang. Sedikit sebanyak, Kyra membuka ruang hatinya semula untuk lebih mengenali Irsyad. Baginya tidak salah untuk dia berkawan dengan mana-mana lelaki selagi dia masih belum memegang status tunangan mahupun isteri orang.

            Jam bergerak, masa turut berlalumenginjak ke waktu Asar. Datin Heliza serta Irsyad meminta diri untuk pulang setelah berjam-jam menghabiskan masa beramah mesra dengan keluarga Dato’Othman. Kepulangan dua beranak itu dihantar dengan senyuman dan lambaian mesra daripada mereka sekeluarga.


…………..


            Kyra mengeringkan rambutnya yangseparuh basah. Wajahnya ditatap lama di hadapan cermin, perlahan bibir mengoyak senyum bila teringatkan perbualannya dengan Irsyad petang tadi. Pintu biliknya dikuak dari luar, Indah serta Julyana terpacul di hadapan pintu. Dua beranak itu menapak masuk ke dalam bilik Kyra.

            Indah terus sahaja memanjat katil sambil memeluk patung beruang kesayangan pemberian Kyra. Julyana melabuhkan punggungnya dibirai katil, menepuk lembut ruang kosong di sebelahnya sebagai isyarat memanggil Kyra untuk menyertai mereka. Kyra melangkah sambil tersenyumke arah Indah yang sedang berceloteh dengan patung kesayangan.

“Kak July suka tengok Irsyad. Sepadan dengan Kyra. Both of you look compatible with each other.” Tutur Julyana, membuka bicara.

“You think so?” Soal Kyra, sekadar menduga pendapat kakak ipar kesayangannya itu.

“Hundred percent confident! Orang kata kalau kahwin, both of you would made into a power couple.” Puji Julyana.

“Kita…kalau nak cari calon suami biarlah yang boleh menjamin masa depan. Open minded, ada kelas tersendiri macam Irsyad.” Sambung Julyana lagi.

“Tell you what…he asked me for a date tomorrow.” Ujar Kyra pada Julyana, jelas wajahnya ceria dan berbunga-bunga.

            Perasaan yang pernah dilupakan suatu ketika terhadap Irsyad kini berputik kembali. Dan kali ini, lelaki itu sendiri mencemar duli mahu mengenali hati budinya dengan lebih dekat lagi. Bagaikan sebuah mimpi, itulah yang dia rasakan ketika ini. Malah, seluruh ahli keluarganya juga tidak membantah. Mummy terutamanya, dia lah yang paling gembira bila Irsyad meminta izin untuk membawanya keluar.

            Dalam hati dia menjerit gembira. Doanya moga esok cepat tiba, dia tidak sabar untuk meluangkan masa untuk berbicara dari hati ke hati dengan Irsyad.


……………


            Irsyad menarik kerusi, membantu Kyra untuk duduk. Restoran eksklusif sebuah hotel bertaraf lima bintang menjadi pilihan Irsyad untuk janji temunya yang pertama bersama Kyra. Wanita itu tampila nggun dengan dress labuh rona hitam dengan taburan manik-manik halus,menyerlahkan nilai eksklusif.

            Gesekan biola ditemani dengan petikan piano menambah romantis suasana makan malam mereka. Sesekali mata Irsyad menikam tepat ke arah seraut wajah Kyra. Wanita itu punya auranya yang tersendiri. Ditambah dengan selendang rona nude, menyerlahkan lagi kecantikan Kyra pada malam itu.

“I heard that you gonna fly to London at the end of this week.” Bicara Irsyad, memecah sepi antara mereka. Suapan masih diteruskan.

“Yeah…ada pertunjukan fesyen dekat sana.” Balas Kyra.

“What a coincidence. I pun nak ke sana…ada business deal.” Cerita Irsyad, ceria.

“Oh…Really?Bolehlah kita jumpa dekat sana nanti.” Jawab Kyra, semakin selesa dengan Irsyad.

“Tell you what…I ada kawan yang sangat berpengaruh dalam industri fesyen dekat sana. Perhaps I can introduce you to her.” Bicara Irsyad lagi. Perbualan semakin menarik dan rancak.

“Sounds good. Terima kasih Irsya. I really appreciate it.” Ujar Kyra, teruja dengan peluang yang dihulur oleh Irsyad.

            Nampaknya, laluan untuk dia melebarkan sayap hingga ke luar negara semakin terbentang luas di hadapan mata. Dia tidak perlu lagi melobi dengan mana-mana pihak. Dan yang pasti tidak perlu bergasak sepanjang tahun dengan pereka-pereka fesyen yang lain. Kyra yakin dengan pertolongan Irsyad, laluan mudah buatnya sedang dibuka.

            Benar kata kakak iparnya, Julyana yang Irsyad adalah pilihan tepat untuk mejadi pemangkinnya meraih impian besar. Dia wanita yang punya matlamat dan cita-cita yang ingin dicapai. Kyra bukan sejenis yang cepat berpuas hati dengan apa yang sudah diperolehnya setakat ini. Dalam dirinya sentiasa ada keinginan untuk melangkah dan melangkah lebih jauh.

            Demi menggapai impiannya, Kyra sanggup mengorbankan apa sahaja. Wang, tenaga dan buah fikiran. Masa mudanya banyak dihabiskan untuk menggapai segala hajat dan cita-cita yang pernah diimpikan sewaktu kecil dahulu. Dia mahu namanya sebaris dengan pereka-pereka fesyen bertaraf antarabangsa.

            Kyra menghentikan suapan, jus oren disisipnya sedikit. Telefon bimbit dalam beg tangannya dicapai, laju skrin telefon ditekan…mencari ikon whatsapp.

 

Fath

I’ll be away for two weeks

So,need my privacy

See you when I come back

 

            Kiriman whatsapp tersebut dihantar oleh Kyra kepada Fathul Amri. Dia tidak mahu pertemuannya dengan Irsyad di Kota London diketahui lelaki itu. Dan seboleh mungkin dia mahu merahsiakan pertemuannya pada malam ini daripada pengetahuan Fathul Amri. Suapan Kyra diteruskan dan makan malam mereka berlangsung dengan tenang dan penuh romantis.
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru