Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,209
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 6

“Ok Nuha…one more pose, smile…” Arah jurukamera bernama Hakimi.

“That’s good. Next pose…yes, smileee”. Arahnya lagi.

            Nuha terus tersenyum, menampakkan barisan giginya yang putih. Dari satu pose ke satu pose…tiap satunya diberikan kerjasama dengan baik. Usai satu persalinan baju, ditukar pada persalinan yang lain pula. Wajahnya masih lagi mengukir senyuman. Menghasilkan satu figura cantik pada lensa kamera. Seorang selebriti dengan wajah fotogenik, itulah jolokan rata-rata jurukamera pada seorang Nuha Farieha.

            Letaklah apa sahaja jenis fesyen baju pada tubuhnya, pasti pakaian itu terletak cantik. Raut wajah melayu asli dengan hidung yang mancung menjadikan Nuha antara barisan pelakon yang sangat digemari kebanyakan produser-produser filem, ditambah dengan bakatnya yang bukan calang-calang.

            Dalam lincahnya bergerak menggayakan busana, dalam senyumnya yang lebar membariskan susunan giginya yang cantik. Tiada siapa pun tahu atau menduga perasaan apa yang sedang menjentik tangkai hatinya tatkala ini. Sebaknya disimpan, sedihnya dikemam…hanya senyuman yang dia lemparkan demi sebuah komitmen.

            Mungkin tidak tercapai dek akal waras manusia, seorang insan yang baharu sahaja mengalami detik luka dalam hidupnya boleh memberikan senyuman selebar Nuha Farieha ketika berhadapan dengan kamera. Setiap gaya yang diarahkan jurukamera dia ikut tanpa banyak bicara.

            Dahlia hanya memerhati setiap tingkah Nuha dari jauh. Semalaman Nuha lebih banyak menghabiskan masanya bersendiri dalam bilik. Hanya keluar untuk makan atau minum. Dan kepalanya masih digayuti dengan persoalan yang belum terjawab. Bagaimana kotak yang berisi kek coklat yang dibuat Nuha untuk Nazim masih tersimpan elok dalam peti ais? Bukan ke sepatutnya mereka meraikan sambutan hari lahir lelaki itu semalam? Persoalan-persoalan ini hanya Nuha ada jawapannya.

            Hati Dahlia kuat mengatakan ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran Nuha. Ya, walaupun pada dasarnya dia tersenyum. Nalurinya sebagai sahabat dapat merasakan semua itu. Dan selama dia mengenali serta bekerja dengan gadis itu, tidak pernah sekalipun dibiarkan emosi mahu pun perasaan mempengaruhi kualiti kerjanya. Begitulah sikap Nuha apabila melibatkan soal kerja.

            Biarlah sahabatnya itu bertenang dahulu. Atau lebih tepat lagi, biarlah Nuha sendiri yang menceritakan segalanya. Kerana dia yakin, apa sahaja perkara yang dilalui Nuha tika ini bukan mudah.


……………


“Dahlia, aku rasa aku nak terima tawaran production from Indonesia that day.” Ujar Nuha pada Dahlia yang sedang fokus memandu di sebelahnya.

“Which one? Tak silap aku ada tiga offer.” Soal Dahlia kembali, meminta kepastian daripada Nuha.

“All of them.” Jawab Nuha, ringkas.

            Dahlia yang sedang fokus memandu membulatkan matanya. Seakan tidak percaya dengan jawapan yang diberikan Nuha. Sesekali wajah sahabatnya itu dicuri pandang. Bagai ada yang tidak kena dengan Nuha Farieha. Tidak pernah selama dia bekerja dengan wanita itu, Nuha sanggup menerima ketiga-tiga tawaran serentak. Dia kenal benar dengan seorang Nuha Farieha yang lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

            Hatinya yang digasak dengan soalan yang bertalu-talu tidak mampu dibendung lagi. Signal ke kiri dinyalakan, memberi isyarat untuk berhenti pada bahu jalan. Dia perlukan penjelasan daripada Nuha saat ini.

“Nuha, you owe me an explaination. You ada masalah apa sebenarnya? Sampai tiga tawaran you nak rembat sekaligus ini.” Tutur Dahlia, matanya tepat memandang sepasang mata milik Nuha Farieha.

“Why not. Lagipun setiap job tu kan ada gap, bukannya clash pun. I belum gila lagi nak gali kubur sendiri.” Jawab Nuha dengan nada seloroh.

“Yang tu I tahu. It was not about that job. It was about you. Dari semalam I tengok you banyak termenung. Wanna share something with me?” Lembut Dahlia memujuk.

“I dah break dengan Nazim. Yesterday, exactly on his birthday.” Jawab Nuha dengan satu keluhan.

“What? But why?” Soal Dahlia yang sangat terkejut dengan apa yang disampaikan Nuha padanya.

“Takdir I guess. Atau jawapan klisenya, dah tak ada jodoh. Don’t ask me why sebab the moment he ask for a separate way, I terus blah.” Jawab Nuha.

“You pun tahu kan I macam mana. Why do I need an explaination kalau ia takkan mengubah apa-apa pun? I’ll go with the flow.” Sambung Nuha lagi.

            Itulah Nuha yang dikenali Dahlia. Merayu dan menagih kasih pada yang tidak sudi bukan diri wanita itu. Maruah dan harga dirinya selalu diletakkan ditempat yang paling tinggi kerana Nuha percaya itulah pegangan yang memartabatkan wanita. Hanya kata-kata semangat serta doa yang mampu dia berikan untuk sahabatnya. Moga hari esok yang entah bagaimana perjalanan takdir mereka menjanjikan sinar bahagia buat Nuha, doa Dahlia.


……………


            Jasmin dan Jazlin hanya mampu memandang sahabat baik mereka dengan 1001 rasa simpati. Walaupun keduanya tahu, bukanlah rasa itu yang diharapkan oleh Nuha ketika ini. Menatap raut wajah Nuha Farieha sahaja sudah cukup untuk menanam rasa amarah pada Nazim. Mana tidaknya, bertahun sahabat mereka menyulam kasih dengan lelaki itu. Akhirnya, hubungan yang diharapkan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin berakhir begitu sahaja.

            Sudah berkali-kali sahabat mereka dilukai. Cinta yang dihulur ikhlas Nuha Farieha seringkali dipermain dan ditolak tepi. Sungguh, sebagai sahabat yang sudah lama bersama Nuha Farieha…Jazlin dan Jasmin tidak betah melihat bagaimana dia dilukai. Nuha mungkin terlihat kuat pada zahirnya, namun hancur dan remuk di dalam hanya Allah sahaja yang tahu.

            Sebagai selebriti, kisah cintanya sering sahaja dikejar dan dihidu media. Dan pastinya, reaksi daripada pelbagai pihak yang perlu ditelan Nuha Farieha. Ramai yang memberi kata-kata semangat,dan tidak kurang juga yang mencemuh dengan segala kata hinaan. ‘Syok sendiri’,’play girl’,’cinlok’….dan banyak lagi tuduhan-tuduhan ‘indah’ berbau bangkai yang terlalu menyakitkan untuk ditelan. Namun, sebagai anak seni…inilah cabaran yang harus ditempuh seorang Nuha Farieha.

            Keputusan Nuha untuk berehat dar iaktiviti seni, dan mahu mencari kekuatan diri jauh dari bumi Malaysia sedikit sebanyak mengejutkan Jasmin dan Jazlyn. Namun, sebagai sahabat apa sahaja keputusan yang diambil Nuha Farieha pastinya merekalah orang pertama yang kuat menyokong dari belakang. Keduanya tahu…Nuha adalaha wanita yang kuat spiritualnya dan tidak mudah mengalah.

“So…berapa lama you nak stay dekat sana beb?” Soal Jazlyn pada keputusan Nuha untuk berhijrah ke Jakarta buat sementara waktu.

“I’m not sure…perhaps two or three years. Depends…” Jawab Nuha sambil meneguk sedikit jus oren yang dihidangkan oleh Jasmin untuknya serta Dahlia.

“What??? Lamanya beb…We’ll miss you. Janganlah bawa diri lama-lama. I’m pretty sure your loyal fans would miss you so much.” Pujuk Jazlyn. Dia yakin masih ramai di luar sana yang setia dengan Nuha sejak dari awal kemunculannya sehingga sekarang.

“I know…but I have to. I perlukan masa untuk pulihkan segalanya. Deep down…here, I’m fragile.” Tutur Nuha, ada nada hiba pada lirih suaranya. Namun, ditahan airmata dari tumpah di hadapan kedua sehabatnya.

“Look…my dear, you don’t have to explain. You got us…you can count on us. You’ll always get our back.” Pujuk Jasmin sambil menepuk lembut belakang badan Nuha Farieha. Memberi sedikit kekuatan pada sahabatnya.

“Well…I nak fokus pada dunia fesyen. Maybe, this is the right time to get back on track. I’m going to involve seriously.” Terang Nuha pada keduanya. Dahlia hanya menjadi pendengar dan pemerhati sedari tadi.

“That’s a good idea…” Sampuk Jazlyn. Jasmin mengangguk, mengiakan kata-kata Jazlyn.

“And for that…I need your help. Both of you. Mana tahu…rezeki I ada dekat Jakarta.”Balas Nuha.

“Don’t worry Nuha…we’ll help you. All we need just…please comeback with an old Nuha but with a new spirit…much stronger, much matured women.” Pesan Jasmin. Ketiganya berpelukan, berkongsi kekuatan untuk hari-hari yang mendatang.

            Inilah sebahagian rencah resepi kekuatan seorang Nuha Farieha, persahabatan. Jasmin dan Jazlyn, dua insan yang selalu ada untuknya ketika suka mahu pun duka. Mereka yang sentiasa berdiri dibelakangnya, menjadi peminat setia yang terutama. Siapa Nuha dibalik cahaya lampu kamera…hanya mereka yang lebih tahu selanjutnya.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru