Home Novelet Cinta HADIR BAGAI TAKDIR
HADIR BAGAI TAKDIR
Tinta Biru
6/2/2018 15:27:15
46,253
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 9

At certain points
You have to be hurt
In order to be loved at another time

~TintaBiru~                                                           

 

 

            Fathul Amri melabuhkan punggungnya di birai katil. Rambutnya yang sedikit kusut disikat dengan jemari-jemari miliknya. Satu keluhan berat dilepaskan. Terselit rasa kecewa, rasa marah dan rasa terkilan. Semuanya berbaur menjadi satu. Satu rasa yang teramat payah untuk ditelannya. Perlahan kakinya menapak menuju ke balkoni bilik. Pintu gelangsar ditarik perlahan, membiarkan angin malam menerobos masuk ke biliknya.

            Dia menopang dagu, membuang pandang jauh pada langit tuhan yang kelam. Kosongnya langit tuhan tanpa taburan bintang-bintang dan bulan ketika ini sama kosong dengan fikirannya. Keluhan berat yang sarat dengan pelbagai perasaan dilepaskan untuk entah kali yang ke berapa. Air mata seorang lelaki akhirnya gugur perlahan membasahi pipi. Dalam sedih, terbit juga rasa syukur. Sekurang-kurangnya Allah tunjukkan dia sesuatu sebelum melangkah dengan lebih jauh.

            Angin malam menampar lembut pipi putih Fathul Amri. Menyedarkan dia dari lamunan yang panjang. Kilat mula kelihatan pada dada langit, menunjukkan tanda-tanda hujan bakal turun membasahi bumi. Patutlah tiada taburan bintang mahupun simbahan sinaran bulan, rupanya langit bakal ‘menangis’ sebentar lagi. Alam juga seakan mengerti perasaannya.

            Pintu gelangsar ditarik rapat. Tuala yang tersangkut pada penyidai ditarik lembut. Jam yang terletak pada suatu sudut biliknya dikerling sekilas, sudah menginjak ke angka 12 malam. Dan dia masih belum menunaikan solat isyak kerana terlalu larut dengan kesedihan sendiri sehingga lupa yang lebih utama. Kakinya menyusun langkah menuju ke bilik air. Mahu membersihkan diri, berwudhuk dan bertemu dengan tuhannya di tikar sejadah.

            Salam diberi ke kiri dan kanan, tangan pantas meraup wajahnya. Fathul Amri masih bersimpuh mengalunkan tasbih dan zikir memuji keesaan Allah. Kedua tangannya diangkat tinggi ke langit, jemari dirapatkan. Mulut mula melafazkan puji-pujian pada Yang Satu sebelum meneruskan bicara padaNya.


YaAllah…
Tiupkanlah dalam hatiku rasa cinta
padaMu dan pada kekasihMu melebihi cinta dunia dan segala isinya

YaAllah…
Kau gantikanlah rasa sakit dalam dadaku ketika ini
dengan rasa kecukupan terhadap nikmatMu
dengan rasa redha dengan tulisan takdirMu
dengan rasa ikhlas atas ujianMu padaku

YaAllah…
Yang memiliki hati dan yang memegang hati
Bantulah hambaMu yang lemah ini
mengusir pergi segala rasa yang mungkin masih belum tepat kala ini
Engkau campakkanlah segala rasa yang berlebihan dalam hatiku ini

Amin…Amin…Amin


            Helaian kitab suci Al-Quran dibuka perlahan oleh Fathul Amri. Surah al-Mukminun menjadi pilihan. Alunan ayat suci mula melatari segenap ruang bilik. Hati yang kusut mula menemui sinar ketenangan bila dihayati tiap-tiap maksud ayat Allah yang disampaikan surah Al-Mukminun.

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang yang menjauhi perbuatan lagha”(Al-Mukminun:1-3)

            FathulAmri berhenti sejenak pada baris yang ke-3 Surah Al-Mukminun. Hatinya terkesan dengan maksud ayat yang baru sahaja dilafazkannya. Ternyata mukmin yang berjaya itu adalah mukmin yang menjauhkan dirinya dari segala perbuatan lagha, atau lebih tepat lagi perbuatan yang sia-sia.

            Ya,membiarkan diri terlalu larut dengan kesedihan dan dugaan hidup tidak sepatutnya dia lakukan. Banyak masa dan tenaga yang telah dia bazirkan untuk satu hal yang entah bagaimana pengakhirannya. Dia akui, perjalanan ke destinasi utamanya sedikit tersasar kerana ‘hal’ yang satu itu. Sudahnya, apa yang dihajatkan sekadar angin sepi atau lebih tepat lagi hanya sebuah mimpi yang tampak indah pada dasarnya.

            Usai mengalunkan baris-baris terakhir Surah Al-Mukminun, kalam Allah dikucupnya lama sebelum dibawa ke dada. Jiwanya kembali tenang ketika ini jika dibandingkan beberapa jam dan beberapa hari yang lalu. Fathul Amri merebahkan badannya ke tilam empuk, kepalanya disandarkan pada kepala katil. Matanya masih segar, belum menunjukkan tanda-tanda umtuk lelap. Skrip yang dibawa pulang sebentar tadi dicapainya.

            Dia pendatang baharu yang masih mencari ruang sendiri dalam industri seni tanah air. Seboleh mungkin pada usianya ketika ini, dia mahu mencuba segenap cabang seni. Bagi Fathul Amri, segala kutukan mahupun sindiran tidak akan pernah mematikan langkahnya. Dia yakin, kejayaan akan menjadi milik setiap insan yang tidak pernah kalah mencari peluang.

            Skrip ditangannya diteliti lebih lama. Menjadi kebiasaan Fathul Amri untuk menelaah terlebih dahulu setiap watak yang ditawarkan kepadanya. Dia lebih selesa memahami terlebih dahulu isi cerita, supaya di set penggambaran nanti segalanya berjalan sesuai perancangan. Atau lebih tepat lagi, dia tidak mahu menjadi punca masalah ketika bekerja. Sementelah dia menganggap dirinya masih ‘hijau’ dalam bidang ini. Perjalanan kariernya masih jauh, terlalu banyak yang dia perlu gali dan pelajari agar dirinya relevan dengan kehendak pasaran.

            Entah pukul berapa Fathul Amri terlena dengan skrip masih setia disisinya. Fizikal dan mental yang penat membawa dia dalam lena yang panjang. Perlahan-lahan cerita luka yang dipendamnya, mula padam dari kotak memori buat seketika. Esok adalah hari baharu buatnya. Bangkit dengan semangat dan rasa yang baharu.


                                                            …………………….

 

            Aroma nasi goreng kampung menusuk rongga hidung Fathul Amri. Pasti sahabatnya itusedang beraksi di dapur. Sudah beberapa hari dia tidak menjamah sarapan pagi. Tubuhnya juga sudah semakin susut seperti yang ditegur Syahir. Mentalnya lebih kuat hari ini, lebih bersedia menghadapi apa sahaja yang bakal ditempuhi pada hari-hari mendatang. Luka itu biarlah berlalu bersama masa, dia tidak mahu memaksa diri. Masa pasti menyembuhkan segala.

            Langkah kakinya diteruskan, menuju ke ruang makan. Nasi goreng kampung bersama telur mata serta dua cawan kopi sudah siap terhidang. Kopi dan Fathul Amri, bagai isi dengan kuku…sesuatu yang pasti sukar untuk dipisahkan. Dia adalah pencinta tegar semua jenis kopi. Syahir melabuhkan punggung di atas kerusi hadapan Fathul. Air kopi diteguk sekali…dua kali dan diletakkan semula. Nafas ditarik perlahan sebelum meneruskan bicara. Wajah Fathul Amri ditenungnya lama.

“Fath, kau okay ke?” Soal Syahir memecahkan ruang sepi antara mereka.

Fathul Amri menghentikan suapan. Keningnya sedikit terjongket mendengar soalan dari sahabatnya itu. Pasti Syahir turut merasai perubahan pada dirinya semenjak beberapa hari ini.

“Yess…I’m okay. Kenapa kau tanya aku macam tu? Aku nampak tak okay ke?” Soal Fathul Amri kembali.

“Aku perasan muka kau tu sugul je lately. Kau ada masalah ke? Mind to share?” Balas Syahir. Walaupun dia sendiri tahu satu kebenaran daripada Suzy.

            Bukan dia tidak perasan, sejak kebelakangan ini Fathul Amri lebih banyak bersendiri ketika pulang ke rumah. Banyak masa dihabiskan dengan bersendiri di bilik tidur. Kalau diajak berborak pun sekadar seminit dua, selebihnya sahabat itu lebih banyak menyepi.

“I will…but not now. Insyaallah, one fine day when I’m ready to share everything with you”. Ulas Fathul sambil meneruskan suapan.

“Anyway, thanks for the breakfast. Sedap kau masak”. Sambung Fathul lagi. Sebolehnya dia tidak mahu bercakap tentang perkara lama.

            Syahir hanya tersenyum mendengar jawapan Fathul Amri. Dia kenal benar dengan sahabatnya yang seorang itu. Lebih suka untuk tidak meraih simpati orang, apalagi berkongsi kisah peribadi. Menghina dan menyindir orang apatah lagi. Itulah sikap Fathul Amri yang cukup dia sanjungi dan teladani. Lebih memilih untuk berdiam andai suatu perkara itu tidak membawa manfaat untuknya bersuara.

“Oh ya, sebelum aku lupa. Kau dah go through belum skrip next drama?” Soal Syahir, mula fokus soal kerja kerana itu yang lebih utama.

“Dah..look interesting. Kind of different daripada watak-watak sebelum ini. Consider it as a yes”. Jawab Fathul Amri, mengagguk perlahan.

“Really? I’m glad that you accept it. Kau tahu kan siapa heroin? Bukan calang-calang tu bro, even dia dah lama berehat dari duniala konan”. Syahir meneruskan bicara.

“Yeah..I know. I’m just curious macam mana dia boleh terbuka hati untuk buat comeback after such a long hiatus. Plus this is just a small job…kalau nak compare dengan karya-karya dia sebelum ni”. Ulas Fathul panjang lebar.

            Sejak semalam perkara yang sama berlegar-legar dalam ruang mindanya. Dia bakal digandingkan dengan seorang bintang yang bukan calang-calang dalam pentas lakonan. Sedikit sebanyak terbit juga rasa bimbang dalam hati akan penerimaan gandingannya nanti. Sementelah dia hanya pendatang baharu, masih terlalu banyak bahagian yang perlu digilap.

            Syahir mengangguk, mengiakan pendapat Fathul Amri. Sejujurnya, dia juga turut memikirkan perkara yang sama. Tetapi ada baiknya juga Fathul Amri digandingkan dengan mereka yang lebih berpengalaman. Sekurang-kurangnya dia boleh mencedo ksebanyak mana ilmu sepanjang penggambaran.

“Setahu aku, dia still berlakon cuma job dia lebih banyak dekat negara sebarang. And, as far as I know…dia kan sejenis yang very private person”.

“Tak suka nak menonjolkan diri pada media kalau tak ada produk yang dia nak pasarkan. Which I think was a good attitude yang patut ada dalam diri setiap selebriti kalau nak kekal relevan dalam industri”. Ulas Syahir tentang gandingan Fathul Amri untuk projek terbaharunya.

            Fathul Amri mendengar dengan penuh minat. Suatu perkara baharu yang dia tahu mengenai bakal gandingannya. Syahir memang seorang pembantu yang lebih suka mengkaji dahulu personaliti tiap gandingannya. Sekurang-kurangnya perkara itu membantu dia untuk mengenal gandingannya secara keseluruhan. Dia sendiri sedia maklum dengan heroin baharunya seorang selebriti yang cukup disegani dengan bakat dan kelas tersendiri.

“Fath, kau jangan lupa…pukul 10 pagi nanti kita ada first script reading untuk next project kau”. Syahir mengingatkan Fathul Amri akan jadual seninya untuk hari ini.

“Thanks for reminding me. Aku rasa lepas breakfast kita terus gerak lah. Tak nak lah nanti sangkut dalam jem…tak pasal-pasal orang tunggu kita”. Balas Fathul Amri, meneruskan suapan yang terakhir.

            Syahir mengangguk setuju. Itulah sikap Fathul Amri. Seorang yang cukup menghormati masa emas orang lain. Seharusnya, setiap manusia tahu menghormati tiap detik waktu orang-orang yang berurusan dengannya agar setiap pekerjaan dapat dilaksanakan sesuai masa yang ditetapkan.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tinta Biru