Bab 7

Humaira melopong. Masakan, suspek pembunuhan itu kacak orangnya. Mata dan dagunya tajam. Kulitnya mulus meskipun warna kulitnya sedikit gelap dari kulit Humaira yang putih kemerahan. Humaira mengamati lagi wajah Emir. Sah, anak campuran. Seketika dia pegun melihat jejaka itu. Tapi masakan lelaki seperti ini menjadi suspek? Sepatutnya Emir lebih layak berada di layar kaca televisyen berlakon sebagai hero telenovela, meragakan pakaian pereka busana mewah ataupun, jadi CEO gah macam dalam novel melayu. Tapi! Ini, dia jadi tahanan banduan. Banduan gila!

Ya Tuhan.

Humaira masih tidak percaya, matanya silih berganti memandang ke arah Firdaus dan Emir. Dia mula mengukir senyuman. Kemudian, senyuman itu bertukar dengan rasa geli hati. Dah macam filem daaa... Bukan detektif je kacak, banduan dia pun alahai... koyak la dada aku kalau hari - hari macam ni. Bisik hati kecil Humaira. Humaira toleh kiri dan kanan. Mana tahu kot - kot dia sebenarnya berada di set filem. Dan dia itu salah seorang pelakonnya. Dengar kata filem aksi dan horor memang seperti goreng pisang sekarang ni. Alamatnya nanti, bukan dia menjadi doktor gila disegani tapi menjadi seorang pelakon wanita yang begitu popular meniti dibibir peminat. Sengihnya masih lagi melekat dibibir. Tiada tanda mahu surut.

Namun, tidak sempat dia mahu mengembangkan angan - angannya jauh sampai ke Antartika, suara Encik Adam memutuskan lamunannya. Lelaki tua itu berdiri dengan satu fail berwarna coklat yang berselit gambar Emir.

" Doktor Maira? Ada masalah?" Soal Encik Adam. Suara garau Encik Adam mula bekerja menyedarkan otak sedar Humaira yang tadinya dalam keadaan beku seketika.

" Oh tak - tak! Saya okay je. Err, hi Emir. Apa khabar?" Humaira serta merta senyum pada Emir. Anak matanya nakal sekali merenung bola mata Emir yang berwarna hijau itu. Berani sungguh untuk hari pertama dengan pesakit pertamanya. Tapi sayang, sapaannya yang mesra hanya dibalas jelingan dari lelaki itu.

Humaira terkejut dengan perangai kurang sopan yang ditunjukkan lelaki tampan itu. Benar kata orang, kalau yang cantik itu biar kita tengok perangainya macam mana? Takut buruk, nanti kita sendiri yang termakan hati. Tidak pernah dia berjumpa manusia yang sebegitu sombong. Kalau yang paling sombong yang pernah dia jumpa pun, anak pak Leman hujung kampung yang kini sudah menempa nama dalam dunia kewartawanan di kota. Kalau yang itu, jangan ceritalah. Kerja pun slot berita kecil saja, tapi gayanya mengalahkan artis Hollywood.

Hmm, mungkin ada banyak perkara yang bercelaru dalam benaknya sampaikan Emir tidak mahu mengembalikan sapaan mesranya. Humaira sedikit berkecil hati tetapi dia harus kuatkan hatinya, memandangkan itu sudah memang kerjanya. Membantu orang seperti Emir untuk - kembali perfikiran normal mungkin.

Its okay Emir. Saya kat sini akan tolong awak. Fikirkan saya macam kawan awak." Satu persatu ayat dalam buku dia suarakan. Satu persatu, tidak ada penambahan langsung. Bunyi gerak kaki Emir membetulkan duduknya, memeranjatkan Humaira sehingga terdorong badannya ke belakang menjauhi tubuh lelaki itu. Firdaus yang berada di sebelah hanya menahan tawa melihat gelagat Humaira.

" Hmm, kenapa? Takut?" Tanya Emir. Sepotong senyuman sinis dihadiahkan buat Humaira. Dia sendiri geli hati melihat riak wajah terkejut Humaira tadi. Fikirnya perempuan itu tegas, kerana pemakaiannya begitu mengambarkan keperibadian seorang doktor yang matang dan berwibawa. Ternyata, jangkaannya meleset. Humaira hanyalah seorang doktor yang lembik. Dia mula menghintung hari - harinya berada di situ, pasti membosankan. Kalau Humaira lebih tegas dan lantang, mungkin dia lebih senang dikendalikan oleh Humaira berbanding Firdaus yang panas baran dan tidak sabar.

Humaira berdiri semula dengan kakinya yang tegak. Dia mengerling ke arah Firdaus dan yang lainnya. Dia buntu sebenarnya apa yang harus dia lakukan untuk membuatkan Emir bekerjasama dengannya.Di Pulau Aman, banduan tidak seharusnya berkelakuan tidak baik. Jadi mahu tidak mahu, Emir harus juga menunjukkan satu tanda yang dia waras atau mempamerkan perwatakan yang baik sebelum dia dihantar ke bilik menjadi tahanan di sini. Terlintas juga di benak Humaira, macma mana orang gila tak boleh berkelakuan tidak baik, sedangkan itulah tujuan hospital ini ditubuhkan, untuk mengendalikan orang yang kurang baik seperti Emir.

" Kita bukan ada sepanjang hari... Awak semua boleh pergi. Tinggalkan saya dan Doktor Humaira saja disini." Arah Firdaus tegas. Seraya, Encik Adam dan yang lainnya segera melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan mereka bertiga saja. Humaira pula terpingga - pingga. Firdaus membuang pandang ke arah susuk tubuh Humaira. Dia mengamati sesuatu dan dia tarik dua tiga butang baju bajunya.

I'm sorry Maira. I've got to do this." Buntang mata Humaira bila Firdaus mendekati dirinya. Selangkah demi selangkah, Humaira mengundur ke belakang. Apa ni? Gila?! Emir pula hanya memerhatikan saja pergerakan Firdaus. Dia herot satu senyuman nipis seperti menantikan sesuatu yang 'istimewa' bakal berlaku.

Well - well, aku dah lama ready." Sengih Emir semakin melebar bila dua makhluk itu semakin dekat antara satu sama lain dan berdiri betul - betul dihadapannya.

" Encik Firdaus. Awak dah kenapa ni?" Soal Humaira tenang mencabar rasa gementar yang berselubung. Firdaus memandang Humaira dengan penuh nafsu.

BUK!

ARGHHHHHH!

Satu tumbukan keras tepat mengenai batang hidung lurus Emir. Dia mengeran kesakitan menahan perit yang mencucuk pada bahagian mukanya. Beberapa kali dia mengeleng kepalanya seperti mambuang rasa sakit yang mencengkam tapi gagal kerana padu sungguh tumbukan yang dihadiahkan Firdaus padanya. Selintas dia terfikir, adakah sudah patah batang hidungnya itu.

Humaira yang tadinya menjerit kecil, mula panik. " Apa awak buat ni?!" Terus saja dia mendapatkan Emir tetapi sayang, lelaki itu merengus marah, isyarat untuk tidak mendekatinya. Setapak ke belakang dia mengundur bila Firdaus yang nyata amuk meluru mendapatkan Emir dan menyentap rambut lelaki itu ke belakang.

" Firdaus, awak dah gila ke tumbuk dia sesuka hati? Ini satu kesalahan berat, awak tak boleh -."

Ayat Humaira dipotong Firdaus, " Tak ada kamera lintas pintas, tak ada alat dengar, dan tak ada saksi. Awak takkan sanggup buka mulut untuk apa yang terjadi hari ni. " Firdaus merenung dua bola mata Humaira seakan memberi amaran.

" Kau jangan ingat kau boleh lepas kali ni Emir. Aku akan korek bukti yang kau memang pembunuh. Jangan ingat sebab kes tahun 2000 kau boleh lepas... Kali ni aku akan pastikan kau ke tali gantung!" Kata Firdaus. Jelas urat hijau menegang pada tengkuk tanda marah yang amat. Humaira di belakang hanya memerhati saja kerana dia tahu, jika dia masuk campur, lebih parah jadinya.

" Kes tahun 2000? Ah... Kau silap orang ni Firdaus." Sengih Emir.

" Kau suspek yang utama Emir! Semua bukti yang ada memang lead pada kau tapi sebab kau anak orang berada, kau beli dari majistret sampai ke polis - polis bodoh. Ingat aku tak tahu mainan kotor kau."

" Heh. Detektif ke kau ni? Kau siasat betul - betul, atau sebab adik perempuan kau, kau terus tunding jari pada aku?" Sinis bunyi suara Emir memberi suasana aneh menyelubungi segenap bilik itu.

" Kau-."

" Dari mana kau percaya aku yang buat semua tu? Aku ada alibi yang kukuh untuk buktikan aku tak salah. Dan aku rasa aku takkan ulang dua tiga kali, sebab kau akan dengar aku cerita benda yang sama berulang - ulang kali." Ayatnya disambung lagi.

"Kau tahu Firdaus, kau buat kesalahan yang besar menunding jari pada aku, sedangkan pembunuh adik kau masih terlepas di luar sana. Mungkin sudah hampir berpuluh mangsa dia kerjakan dan setiap kali, dia pasti akan terlepas sebab kerja sloppy macam kau. Kau masih mentah de-tek-tif Firdaus. " Soal Emir tanpa membenarkan Firdaus menghabiskan ayatnya. Renungan dibalas renungan. Firdaus mula mengepal satu buku lima namun tanpa sempat dia menghayun satu lagi tumbukan pada Emir bunyi pintu dibuka memeranjatkan mereka bertiga. Seraya itu, genggaman rambut Emir dilepaskan Firdaus. Begitu juga dengan buku limanya. Dia meraup - meraup mukanya membuang semak yang berkecamuk di dalam kepalanya.

Is everything alright here?" Firhan yang berdiri dipintu kelihatan tertanya - tanya dengan situasi yang bermain di layar kaca matanya. Namun masing - masing hanya diam tidak terkutik.

" —Dah puas? Kalau dah, baik kau berambus sekarang. Semak je muka kau kat sini." Herdik Emir pada Firdaus.

Everything is fucking fine." Ujar Firdaus. Emir dijeling sebelum dia bawa kakinya keluar dari bilik itu.

***

Firhan buka straitjacket yang membalut batang tubuh Emir. Bunyi dentingan penyangkut besi yang membalut Emir membawa sebaris senyuman pada Emir. Ya, akhirnya dia bebas juga. Sudah agak lama dia tidak mampu merasa nikmat bergerak. Usai membuka straitjacket dari badannya, Emir lekas bangun dan mengeliat senang.

" Doc, kau tahu, aku rasa macam nak mati je kena ikat macam aku ni orang hilang akal." Emir membuah senyum pada Firhan dan Humaira. Tidak lama kemudian, dia mematah - matahkan jari - jarinya. Lega. Tergambar jelas wajah senang pada riak muka Emir.

" Emir Ibrahim, pesakit 245121, anda sebagai penghuni baru di Pulau Aman diwajibkan mengikuti segala peraturan yang sudah tertakluk oleh badan rumah pesakit mental Pulau Aman tanpa bantahan. Jika anda gagal mengikuti segala peraturan yang tertera, anda akan dihantar untuk satu latihan -." Pembacaan Firhan ditahan.

" Oh ubah sikit, dihantar untuk menjadi bahan spesimen projek X. Betulkan?" Emir membetulkan ayat Firhan. Firhan yang mendengarkan itu, mula berkerut dahi.

" Latihan intensif dengan doktor bertugas, doktor Humaira." Firhan menangkal ayat Emir. Riaknya masih juga sama, pandangan meragukan dilontar pada Emir.

Emir mengangguk seraya berkata, " Oh... I see... Berapa kali aku perlu jalankan latihan insentif sebelum aku boleh jadi bahan uji kaji?" Soalan Emir tidak dijawab. Diselang diam yang singkat, Emir menyambung.

" Its true kan?" Kening Emir terangkat. Tetap juga dia mahukan satu jawapan dari Firhan atau Humaira. Wajah kedua - dua doktor itu dipandang silih berganti.

Firhan yang tadinya merenung Emir, mula membuang pandangnya pada Humaira. " No there're no such thing. Maira, awak bawa dia ke bilik 404. Ini kuncinya." Kunci bertukar tangan dan Firhan segera keluar dari bilik itu namun langkahnya mati.

There're? So kiranya banyak jenis projek rahsialah Pulau Aman ini jalankan?" Emir membuka soalan pasal projek misteri lagi. Humaira masih terpingga - pingga. Sungguh, dia tidak tahu apa pun mengenai projek yang disebut - sebutkan Emir.

" Projek apa Emir?" Tiba - tiba entah datang dari mana kudrat itu, Humaira membuka soalan. Firhan dan Emir menoleh ke arahnya serentak. Yang seorang sudah mengukir satu senyuman, dan yang seorang lagi seperti tidak senang dengan soalan yang dilontarkannya. Aneh sungguh, hinggakan habis bulu - bulu halus tubuhnya tegak berdiri.

" Itulah Emir, projek apa yang awak maksudkan ni? Kami tak pernah dengar pulak." Soalan bertambah namun kali ini dari Firhan pula sambil dia berpeluk tubuh. Emir merenung dua pasang mata Firhan. Humaira dapat merasakan yang mereka berdua seperti memegang satu rahsia besar saja.

" Sudahlah, Maira, waktu kerja kita sudah nak habis. Cepat - cepat balik." Firhan terus saja hilang dari pandangan.

Tidak lama kemudian, Emir toleh ke arah Humaira pula. Wajahnya kosong, tiada senyuman di bibirnya. " Kau tak tahu?" Soal Emir. Humaira segera mengeleng, tidak mengerti apa yang ditanya Emir. Melihatkan pergerakan Emir yang sudah bebas, dan langkah lelaki itu sudah mendekatinya, Humaira segera memeluk tubuhnya. Debaran di dada Humaira semakin kuat. Debaran yang bukan bersulam seram, tapi bersulam satu perasaan yang begitu asing. Perasaan yang tidak pernah dia alami. Terasa seperti bersarang kupu - kupu berterbangan di dalam perutnya. Saat Emir sudah berada dihadapannya, bola matanya naik mencari sepasang mata tajam itu. Kepalanya terdonggak. 
Aneh! Perasaan itu sudah meremuk - remuk. Nafasnya seakan hilang. Lelaki kacak itu semacam sudah meracuni dia. Otaknya berputar ligat mencari punca masalah namun masih kosong. Akhirnya, dia berdiri kejung menanti sesuatu.

" Oh, jadi kau tak tahu? Doktor baru?" Emir menyoal lagi. Dimata Humaira, Emir nampak begitu selesa meskipun tempat ini begitu asing baginya.

" Ya. Saya baru berkhidmat disini.se-malam." Lambat - lambat saja kedengaran perkataan yang terakhir itu. Seakan berbisik. Dia segan sebenarnya. Lebih - lebih lagi dengan pesakitnya sendiri. Mendengarkan itu, Emir terus saja meletus tawa. Perutnya yang geli, ditahan supaya tawanya tidak merebak ke seluruh ruang. Patutlah naif sangat perempuan ini. Fikir hatinya.

" Patut aku cakap tahniah atau takziah? Kau rasa yang mana? Hmm, aku simpan dululah dua tiga bulan so apa yang aku cakap nanti, tak jadi sia - sia. Aku nak ke bilik. Nak rehat." Ujar Emir yakin. Langkah kakinya sudah keluar dari bilik dan dia berhenti di pintu menunggu Humaira mengikutinya.

" Jom, doktor Humaira. Tak elok buat Encik Adam menunggu." Sekilas Emir memandang wajah Encik Adam yang sudah mengari kedua - dua tangannya dengan sepasang leathers.

Humaira masih juga berdiri di situ, cuba memproses ayat - ayat Emir. Bingung sungguh dia bila memikirkan ayat - ayat yang keluar dari seulas bibir nipis itu. Begitu misteri dan penuh muslihat. Kenapa dua tiga bulan? Apa yang akan terjadi pada dirinya selepas tiga bulan? Dia akan jatuh cinta pada Emir dan mengajaknya kahwin lari ke? Oh, mungkin bukan Emir. Mungkin dengan Firdaus? Atau dengan Firhan?


Berangan yang bukan bukan je la kau ni, Humaira. Tak ada siapa nak kahwin dengan kau. Get it off! Tak tahu malunya. Apatah lagi kau ter-sukakan si gila yang tengah tunggu kau kat pintu tu. Nauzubillah!

Kutuk hatinya sendiri tetapi sungguh hatinya juga sudah mula berasa tidak sedap hati namun bila dia lihat senyuman Emir yang menunggunya di pintu begitu mempesonakan, membuatkan hatinya hilang rasa gentar. Seakan jerat. Jerat yang begitu indah meskipun sebenarnya ia begitu menakutkan. Oh ya! Lelaki itu menunggunya di pintu. Bila dia tersedar layar pandangannya sudah dipenuhi dengan aura Emir walaupun susuk tubuh Encik Adam jelas dibelakang. Emir yang setia menunggunya itu masih lagi memakai senyuman itu.

" Habislah aku."



Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh