Home Cerpen Cinta Dalam Benci ada Cinta
Dalam Benci ada Cinta
Hanamooi
7/4/2016 09:32:54
9,065
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

" Hoi! Suka - suka hati je kau main baling - baling kertas ye?" Rengus Atilia geram pada lelaki yang baharu saja mencampak kertas tepat mengenai batang hidungnya yang mancung itu.

" Eh, sorry-sorry... Ingat tong sampah tadi." Khairul membuat mimik muka tidak bersalah, muka minta maaf pun ada tetapi tidak lama, berdekah - dekah lelaki itu ketawa diikuti sahabat - sahabatnya yang lain. Seronok mengusik perempuan pendek itu yang sudah merah mukanya. Seperti kereta api wap, terkeluar - keluar asap dari telinga kiri dan kanannya.

" Sedapnya mulut kau. Dah banyak sangat ke insurans mulut kau bayar hah?" Atilia tidak mampu meninggikan suaranya dek anak tekaknya yang kecil itu. Berbunyi halus saja suaranya. Itulah yang membuat Khairul tidak pernah bosan mengusik perempuan itu.

" Banyak... Urgh!" Kata Khairul sebelum dia menjerkah Atilia. Matanya dijungkil luas sebaik sahaja mukanya hanya beberapa inci sahaja daripada muka Atilia.

" Opocot! Mak kau nak terberanak!" Latah Atilia tidak semena - mena, buku Fizik di dalam rangkulannya hampir - hampir saja jatuh. Meletus tawa Khairul dan sahabat - sahabatnya. Tidak ketinggalan juga beberapa orang yang kebetulan lalu lalang berdekatan mereka. Gelak macam tak ingat mati.

Muka Atilia semakin merah, kali ini merah menyala - nyala. Fikri baru je lalu tadi. Malu-malu-malu tahap 100 juta malu!

Kaki Atilia laju melangkah meninggalkan Khairul dan kawan - kawannya yang masih dengan tawa mereka yang bersisa. Aku benci kau Khairul! Sumpah! Aku takkan lupa apa yang kau buat kat aku!

***

Khairul senyum melihat perempuan itu. Mata coklat itu selalu dia rindu. Senyuman itu selalu dia damba. Hatinya ternyata tidak keruan tatkala melihat wajah polos perempuan itu. Dari jauh dia memerhati sahaja Atilia yang sedang tekun menelaah di bawah pokok berhadapan kelasnya.

Sekali sekala dia ketawa kecil melihat mimik muka Atilia yang seperti tidak dapat menjawab soalan dari buku. Berkerut - kerut dahinya. Comel. Ahh bukannya nak datang tanya aku pun dia tu! Marah Khairul. Setahu dia, Atilia sahaja yang masih belum datang bertanya apa - apa padanya. Kadang - kadang rasa berkecil hati juga dengan perempuan genit itu.

" Khairul... Tolong ajar Wani. Wani tak faham soalan ni. Susah." Wani menghulurkan sekeping kertas A4 yang bertulis beberapa soalan matematik tambahan pada Khairul. Wani Syafiqah, budak kuat sukan itu dalam diam meminati 'The Next Einstein' kacak, si Khairul.

" Mana satu? Duduklah." Lancar saja ajak Khairul. Sudah terbiasa lagaknya. Kebiasaannya tiap kali waktu rehat pasti ada sahaja rakan - rakan sebayanya datang bertanyakan soalan - soalan yang tidak dapat dijawab padanya tetapi seingat dia tidak pernah pula dia menolak pertanyaan rakan - rakannya. Ingat pesan ibunya, ilmu untuk dikongsi bukan untuk simpanan diri sendiri.

" Eh, Fikri dengan Atilia tu ada apa - apa ke? Tak elok pula tengok duduk berdua - duaan kat bawah pokok tu." Wani mengejutkan Khairul daripada fokusnya. Berdesing telinga khairul mendengar kata - kata perempuan dihadapannya. Dikalih kepalanya ke arah meja yang diduduki Atilia. Sakitnya. Sakitnya hati melihat mereka berdua. Khairul tidak peduli siapa lelaki itu, tetapi apa yang dia peduli, senyuman itu, tawa itu. Robek hatinya.Dia cemburu dengan lelaki itu mampu membuat perempuan itu bahagia walhal dia hanya mampu menyakiti perempuan itu.

" Ini kalau Junaidi dengan Khalisah tengok ni, mahu naik nama la malam ni kat surau." Ujar Wani dengan nada sinis. Khairul menjeling pada wani sebelum dia kembali memandang wajah Atilia yang sedang berbahagia disamping Fikri, lelaki yang tidak pernah berjabat tangan dengannya itu.

" Wani, ermm, soalan ni nanti aku buat ye. Sakit kepala la tiba - tiba." Khairul meletakkan pen di atas meja sebelum dia bangun meninggalkan mejanya. Wani ditinggalkan terkebil - kebil. Loceng rehat berbunyi tidak dihiraukannya. Laju dia membawa kakinya ke bilik musik. Bilik musik yang menjadi tempat dia dan sahabat - sahabatnya berkongsi tawa dan duka.

" Argh!!!" Dia tolak kertas - kertas berisi not - not musik berteraburan di atas lantai. Ditendang - tendang bass drumnya sampai dia terjelopok jatuh menyembah lantai.

******

Rahman menepuk - nepuk lembut bahu Khairul lalu dia memuncungkan bibirnya ke arah luar jalan, menunjuk ke arah Atilia yang sedang berjogging keliling padang tidak jauh dari situ.

Dia senyum gembira. Ini untuk kau Atilia sebab buat hati aku sakit.

BUK!

Tepat bola ke kepala Atilia. Atilia mengerang kesakitan. Digosok - gosok kepalanya yang dirasakan bengkak itu. Beberapa orang rakan Atilia terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku tetapi masing - masing tidak berani masuk campur.

" Siapa yang baling ni?" Atilia lihat bola yang bergolek tidak jauh darinya.

" Atilia!! Bawa bola tu sini!" Panggil Khairul yang sudah bercekak pinggang. Atilia geram melihat lelaki itu. Ya Allah, kenapalah malang sangat nasib aku ni?

" Oi, kau tak puas hati apa dengan aku hah?!" Atilia berang, dia sudah laju menuju ke arah Khairul yang sudah ketawa berdekah - dekah itu. Jaraknya antara Khairul tidak lebih dari dua langkah.

" Uuuu, takutnya... Haha, aku ingat tiang gol tadi." Jawab Khairul sambil tangannya meminta bola dari tangan Atilia.

" Tiang gol-lah! Tong sampah-lah! Macam - macam! Aku ni manusia tahu, manusia! Aku ada perasaan! Kepala aku ni ada ilmu!" Atilia menangis teresak - esak. Khairul terdiam, rasa serba salah menyelubungi dirinya. Mahu sahaja dia memaki - maki dirinya saat itu.

"Ak-aku-aku benci kau Khairul Fahmi!!" Tangan Atilia sudah diangkat ke udara bersama bola yang dibaling Khairul tadi. Niat Atilia dia mahu membaling bola itu ke muka Khairul tetapi entah kenapa bola itu tiba - tiba jatuh dikaki Khairul. Atilia berlari menuju ke arah asrama perempuan. Khairul diam seribu bahasa.

******

Khairul duduk bersimpuh menghadap bahagian solat perempuan. Sekali sekala, dia malas juga duduk mengadap ustaz beri tazkirah maghrib. Tapi hari ini, dia bukan malas mahu mendengar ceramah ustaz tapi dia mahu curi - curi tengok si Atilia. Melilau anak matanya mencari susuk tubuh Atilia sebelum bahunya ditepuk seseorang.

“ Bang, ade orang hantar surat.”Mail, budak tingkatan 3 menghulur sekeping kertas putih padanya. Lambat - lambat dia ambil kertas putih itu. Bukan lambat malas baca, lambat lagak macho!

“ Siapa yang kasi?” Tanya Khairul sambil laju bola matanya membaca barisan ayat pendek itu.

“ Budak kelas saya, comel budaknya. Dia dah lama minat kat abang.” Bisik Mail sambil tangannya menunjuk - nunjuk ke arah budak perempuan yang dimaksudkannya. Khairul hanya mengangguk senyum setelah dia menangkap seorang budak perempuan melemparkan senyuman padanya. Nanti kalau tak balas senyum kata sombong pula. Meleret dia melemparkan senyum.

“ Minat?” Alahai, ye ke? Kau cakap dekat dia yang abang dah ada awek. Atilia namanya. Sambung hati Khairul yang tidak terluah.

“ Itu lah, baik abang terima je. Lagipun saya tengok abang dah lama single. Single time sekolah tak syok la abang. Muka handsome, bijak macam ni, tak ade awek tak lejen la bang.” Mail rancak memberi pandangan. Khairul yang mendengarnya juga terkejut. Berkerdip - kerdip anak matanya berkali. Sedap betul mulut budak ni. Naim yang duduk disebelah, menepuk - nepuk bahu Mail setelah dia ternampak perubahan air muka Khairul.

“ Ish, kau ni. Pergi dengar ceramah sana.” Tegas suara Naim menyuruh. Mail hanya akur saja, memandangkan Naim dan Khairul itu lebih senior daripadanya.

Saya dah lama perhatikan abang Khairul. Maaf sebab saya tak ada kekuatan nak beritahu perasaan saya depan - depan. Saya betul - betul minat dengan abang. Saya nak minta tolong dengan abang Khairul. Saya nak jumpa abang Khairul kat depan taman kecil masa prep, nak beri sesuatu. - Amira.

Khairul melipat kertas putih itu kembali sebelum memasukkan kertas itu ke dalam poket baju melayunya. Kalau surat dari Atilia mahu dia melompat sakan dalam surau. Sebut nama Atilia, dia hairan, batang hidung Atilia langsung tak ada di bahagian solat perempuan. Mana pula pergi perempuan ni. Desis hatinya.

“ Awek yang kau cari tu bendera merah la bro. Aku nampak dia dengan Humaira tadi.” Bisik Naim menahan tawa. Macam tahu saja siapa yang si Khairul cari. Khairul mendehem lalu perlahan - lahan dia duduk di dalam saf solat. Naim ketawa kecil sambil mengikut Khairul dibelakang.

*****

Seperti yang dijanjikan, Khairul duduk di bangku taman berdekatan makmal sains, menunggu peminatnya. Dari apa yang dibaca dari surat, ada sesuatu yang ingin diberikan kepadanya.

“ Assalamualaikum, abang Khairul.” Sapa seseorang dari belakang. Mujur tidak dia tidak melompat dari kerusi dek terkejut. Dadanya dirurut - urut perlahan sebelum dia berpaling ke arah pemilik suara.

“ Waalaikumusalam. Awak Amira ya?” Sapa Khairul kembali. Dia tersengih - sengih sumbing. Mana tidaknya, betul cakap Mail, memang comel orangnya. Hati lelaki mana tidak bergoncang melihatnya.

“ Akak Tia. Sinilah.” Panggil Amira malu - malu. Atilia yang dari tadi berdiri di sebalik tiang membuka langkah mendekati si bunga dan si kumbang. Terbuntang luas mata Khairul melihat susuk tubuh genit itu. Dia jadi diam tidak terkutik. Senyumannya hilang serta merta.

“ Saya ada barang untuk abang. Ini coklat yang saya buat kat rumah semalam. Makanlah.” Kotak hitam segi empat dihulur pada Khairul. Anak matanya silih berganti melihat dua anjing dan kucing dihadapannya. Dia tahu, Khairul dan Atilia pantang berjumpa tetapi setelah ajakannya ditolak Mastura dan rakannya yang lain, terpaksa juga dia merayu pada Atilia. Mujur Atilia sudi menemaninya.

“ Oh ye ke? Nak bagi ni je ke? Hehe. Terima kasih ya.” Kotak hitam segi empat bertukar tangan. Sengihnya ditarik hingga ke telinga. Khairul yang tadinya duduk menghuni kerusi batu itu terus berdiri dari kerusi. Tidak mahu lama - lama, nanti silap hari bulan jantungnya yang berdegup kencang berhenti berdegup pula.

“ Abang dah baca ke surat saya?” Tersimpul simpul malu Amira dibuatnya bila dia bertanya soalan sebegitu.

Khairul membatalkan niatnya untuk melangkah pergi lalu dia memalingkan badannya ke arah Amira. Tetapi sayang, orang lain pula anak matanya tangkap. Atilia yang berdiri kejung tiba - tiba saja melirik anak matanya tepat ke dalam anak mata Khairul. Makin jadi gundah gulana si teruna itu dibuatnya. Tangannya automatik naik mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“ Errr, dah. Terima kasih sebab minat saya. Emm, saya ade kerja sikit ni. Nanti kita borak lagi ya?” Cepat - cepat dia tarik pandangannya ke tempat lain. Khairul cuba mengelak dari berlama - lama disitu. Memandang wajah bujur sirih Atilia sudah cukup buat dia hilang akal.

“ Abang Khairul. Ada nombor telefon tak?” Kaki Khairul menunda lagi langkahnya. Aduh, aku dah nak demam ni! Boleh pula- Eh... Tiba - tiba, timbul pula satu idea di kepalanya.

“ Ada. Amira nak ke? Bagi nombor telefon Amira kat abang, nanti abang message.” Tersengih Khairul sambil menghulurkan tangannya. Atilia menjeling saja melihat lembik Khairul di hadapan perempuan. Meluat pula dibuatnya.

“ Emm, nanti abang message Mira ya.” Suara Amira kedengaran riang. Tidak menyangka dia bertuah hari ini.

“ Okay. Saya tunggu. Bye Amira.” Khairul mula melangkah mengundur diri. Sempat dia menjeling ke arah Atilia yang sejak tadi saja membisu. Dengan tidak semena, satu penumbuk ditala ke arah Khairul. Terhenjut terkejut Khairul dibuatnya.

***

Atilia sibuk menelaah di dalam gelap. Menelaah novel cinta sebenarnya. Baru saja pukul 11.30 tadi light off. Ditarik selimutnya menutup badannya lalu dijadikan lampu picit sebagai peneman bacaannya. Lagi dua tiga muka surat barulah dia berhenti. Air mata putih jernih yang terkeluar dari tubir matanya diseka sebelum jatuh ke pipinya. Begitulah Atilia, hatinya lembut bagai tisu. Kalau dicuit sedikit dengan ayat - ayat syahdu dari novel, pasti berjujuran air matanya jatuh.

Bunyi getaran telefon bimbitnya menghentikan bacaannya. Habis terbang segala angan - angannya berkahwin dengan CEO. Cepat - cepat dia tarik telefon bimbitnya yang disorok dalam bantal. Siapa pulalah yang mengacau malam - malam buta ni?

Aku tak leh makan la coklat kawan kau bagi. Aku elergik. - Unknown

Berkerut dahi Atilia membaca pesanan ringkas itu. Siapa pula yang salah hantar ni? Coklat? Lama dia berfikir sebelum membuat keputusan untuk membiarkan saja pesanan itu tidak berjawab.

Aku tau ko bukannya tido lagi. Duk baca novel je keje. Pegi tidur sana. - Unknown.

Hampir terlucut telefon bimbitnya dari genggaman. Dia mengigil ketakutan. Ditoleh kepalanya kiri dan kanan melihat sesiapa yang sedang bergurau dengannya. Tapi hampa, semuanya sudah selamat lena dengan mimpi masing - masing. Telefon bimbitnya cepat - cepat dimatikan. Setelah selesai dia membaca beberapa potong ayat al-quran dan doa tidur, dia paksa dirinya melelapkan mata. Meskipun di dalam hatinya, tidak putus - putus berfikir siapakah gerangan manusia yang menghantar pesanan ringkas sebegitu.

Izham, Naim, Rahman, Fuad dan Raqif sibuk melayan filem hindustan melalui komputer riba yang dipinjam dari warden. Masing - masing ketawa berdekah - dekah kecuali Khairul yang sejak tadi masih setia dengan telefon bimbitnya. Wajahnya jelas kelihatan gusar. Serupa orang hilang anak. Lampu telefon bimbit yang menyuluh sebahagian mukanya sekejap menyala sekejap padam. Entah berapa kali dia tekan butang on telefon bimbitnya.

“ Kau dari tadi duk tekan telefon tu kenapa?” Tegur Izham yang sibuk menguyah mister potato. Rakannya yang lain ikut serta menjeling ke arah Khairul. Selalunya Khairul tidak begitu. Mereka berenam pasti sama - sama mengadap filem. Tak kiralah genre apa sekali pun.

“ Tak ada apalah. Jom sambung hindustan.” Khairul tolak telefon bimbitnya ke tepi lalu merebahkan badannya dihujung katil berdekatan dengan rakannya yang menonton filem.

“ Aii, kawan. Macam tak biasa? Aku ni dah la tak berkenan rahsia berahsia ni.” Kata Rahman sambil matanya menjeling Khairul yang monyok saja mukanya.

“ Senang je nak teka problem mamat ni.” Sambung Fuad yang duduk bersimpuh di atas katilnya. Masing - masing pandang ke arahnya. Filem yang ditonton dipause sebentar.

“ Lah, apa lagi kalau bukan bab Atilia lah ni!” Fuad sambung lagi. Masing - masing serentak menjawab “Ooo! Abang handsome tengah putih mata rupannya.” Berdekah - dekah tawa mereka kedengaran hingga ke keluar balkoni bilik. Mujur mereka berenam duduk dibilik yang diberikan khas oleh cikgu memandangkan mereka semua pelajar cemerlang sekolah kalau tidak, memang boleh maki dengan pelajar lain yang sedang tidur.

“ Ahh, diam lah. Tak de ah. Aku tak suka ah die.” Merah merona muka Khairul dibuatnya.

“ Atilia, abang sayang rindu cinta sangat - sangat dekat awak.” Raqif membuat mimik suara Khairul yang geli geliman.

“ Atilia pun sayang rindu cinta sangat - sangat - sangat dekat abang.” Balas Fuad dengan mimik suara Atilia yang halus.

“ MMMMuaah! MMMuaahh!” Muncung bibir kedua - duanya menyakat si Khairul.

Khairul yang tidak mampu menahan malu terus saja menarik mukanya ke bantal. Tidur lebih baik dari melayan lima ekor beruk gila ni.

****

Pagi itu, Cikgu Halim seperti biasa sudah terpacak berdiri di hadapan tiang bendera. Murid - muridnya yang lain sudah siap sedia berdoa agar ucapannya tidak meleret panjang seperti kebiasaannya. Sudah jemu mereka mendengar ucapan Cikgu Halim yang kebanyakannya berulang - ulang seperti siaran astro. Rasanya siaran astro masih bagus dari ucapannya.

Khairul pula berbeza, perhimpunan pagi inilah perkara yang paling seronok dalam hidupnya. Mana tidaknya, setiap pagi pasti dia akan beratur disebelah Atilia. Sengaja dia mencari port dekat dengan perempuan itu dan setiap kali itulah dia akan disuruh beratur di barisan belakang.

“ Awak ni Khairul. Awak tu dah la tinggi melangit mengalahkan galah. Duk la beratur belakang. Bagi yang renek duk depan.” Tegas Rohani menjalankan tugasnya sebagai ketua pengawas perempuan merangkap ketua asrama perempuan yang garang macam singa. Siapa saja yang berani melawan cakapnya. Sebut saja nama Rohani, bermacam - macam cerita yang boleh didengar dari mulut pelajar lain.

“ Baiklah tuan puteri Gunung Ledang.” Begitulah rutinnya. Dia akan mengundur bila ditegur perempuan itu. Atilia pula yang sakit kepala melihat muka lelaki itu setiap pagi.

“ Saya ada pengumuman penting. Minggu ini, sekolah akan adakan program mentor mentee antara pelajar tingkatan lima. Kehadiran adalah wajib! Jangan nak ponteng balik rumah!” Sebaik sahaja mendengar ayat itu, semua warga tingkatan lima sekolah berasrama penuh itu mengeluh berat.

“ Kumpulan sudah diagihkan. Senarai nama saya ada tampal di notis board tingkatan lima. Anda semua boleh rujuk di sana. Pagi Sabtu saya mahu semua pelajar tingkatan lima berkumpul disini pada jam 7.30 pagi.”

“ Atilia! Macam mana? Aku nak balik.” Rengek Fateha dengan muka masam mencuka.

“ Sabar je la. Lagipun SPM dah nak dekat kan?” Senyum Atilia memujuk rakannya yang manja itu. Dia tidak kisah pun perlu balik atau tidak pada hari minggu sebabnya kalau dia balik pun, ayah pasti tiada di rumah. Sibuk dengan kerja. Dia lebih rela menghabiskan masanya di asrama.

“ Ya Allah, kau letakkanlah aku satu kumpulan dengan Khairul. Amin.” Fateha tersengih sengih seperti kerang busuk sambil mengaminkan doanya. Atilia hanya mampu mengeleng kepalanya. Macam manalah kawan aku ni boleh sukakan lelaki gila tu? Tak faham aku.

“ Aku nak satu kumpulan dengan Fikri. Hehe.” Atilia bersuara malu - malu. Sudah lama dia meminati Fikri budak sains kelas sebelahnya. Cuma perasaan hati itu disimpan tanpa diberitahu saja.

“ Eeee! Gatal! Tak malu.” Fateha mencubit pipi mulus rakannya itu tanpa menyedari ada sepasang mata yang sibuk memandang ke arah mereka.

“ Please, let her be in my team.” Doa Khairul diam - diam.

****

Fateha mengeluh berat. Namanya tiada di dalam kumpulan Khairul namun yang ada hanyalah nama Atilia. Mahu saja dia meraung disitu juga. Fateha merangkul bahu rakannya yang baru saja pulang dari koop membeli roti. Terkejut Atilia dibuatnya dek tiba - tiba saja Fateha menahan kedua - dua tangannya lalu pandangan matanya menikam ke arah mata Fateha yang hitam pekat.

“ Tukar group dengan aku please?” Rengek Fateha serupa budak darjah satu.

“ Kenapa?” Berkerut dahi Atilia memandang rakannya. Dicubit roti masuk ke dalam mulutnya. Hari - hari makan roti. Masih kurus juga si Atilia ni, sempat hati Fateha berbisik memandang badan rakannya yang sentiasa maintain saja.

“ Kau satu group dengan Khairul. Aku tahu mesti kau tak nak punya kan? Bagilah aku masuk kumupulan kau eh.”

“ Ye ke?” Muncung mulut Atilia tiba - tiba. Sesungguhnya dia memang tak suka berada dekat - dekat dengan Khairul itu. Nanti ada saja modal lelaki itu mahu menyakatnya.

“ Boleh juga. Kau group dengan siapa?” Jawab Atilia bersetuju dengan idea Fateha mahu bertukar kumpulan mentor mentee.

“ Sayang kau sangat - sangat! Eeee! Kaulah yang terbaik.” Fateha tidak semena memeluk Atilia erat. Suka amat bila pelannya menjadi. Atilia hanya tersenyum saja melihatkan gelagat Fateha itu.

Waktu prep seperti kebiasaannya, Atilia suka ke tandas seorang diri. Meskipun tandas yang selalu dikunjunginya terletak agak jauh dari kelasnya namun baginya itu tidak menjadi masalah memandangkan tandas itu satu - satunya tandas yang mempunyai cermin full body.

Atilia membetul - betulkan tudungnya di hadapan cermin. Sempat juga dia mencalit pelembab bibir di bibirnya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia melebar senyum pada pantulan cermin. Kakinya dibawa melangkah keluar dari tandas perempuan.

“ Atilia.” Panggil seseorang dengan nada berbisik. Naik tegak bulu romanya. Atilia berpaling ke arah punca suara. Ternampak kelibat manusia dari belakang tandas sekolah.

“ Siapa?” Sahut Atilia sambil kakinya perlahan - lahan melangkah ke arah menuju ke belakang blok sekolah.

HUARGGGHHHHHHHH!

Hampir gugur jantung Atilia dibuatnya melihat seseorang yang memakai topeng hodoh menjerit ke arahnya. Atilia berlari tidak jejak tanah, meracau - racau menjerit meminta tolong. Air matanya sudah berjujuran jatuh. Kainnya hampir tersingkap ke paras betis. Dia berlari serupa tidak cukup tanah.

Enam rakan itu pula seronok ketawa berdekah - dekah sehingga ditahan - tahan tawa mereka dengan perut. Khairul pula sudah bergolek - golek ketawa. Tidak dia menyangka Atilia berlari lintang pukang seperti itu. Dibuka topeng yang tersarung dikepalanya.

“ Gila la idea kau Khairul. Nasib baik tak terbang budak tu.” Izham mengesat air matanya yang jatuh dek ketawa yang melampau tadi.

“ Haa, ini korang kata aku suka kat dia? Kalau aku suka, tak adanya aku nak buat dia terkejut beruk macam tu.” Khairul juga mengesat air matanya. Tidak mahu kalah dengan rakan - rakannya itu. Lengan baju melayu hitamnya disinsing ke lengan menampakkan urat - urat tangan yang menjadi bualan para pelajar perempuan. Jam tangan Tissot di pergelangan tangannya dibetul - betulkan.

“ Apa - apa je la. Tapi memang kelakar! Kau patut tengok muka dia tadi. Hahaha.”Sambung Fuad yang juga masih bersisa dengan tawanya.

Perlahan - lahan enam sekawan itu menyusuri ke ke koridor sebelum mereka berhenti di hadapan kelas Atilia sambil ketawa berdekah - dekah. Khairul yang berdiri di hadapan pintu kelas mengejutkan seisi kelas dengan topeng hodohnya. Tangannya kemas memeluk tubuh.

“ Hahaha! April fool! Booo! Siapa yang kena tadi nasiblah.” Ketawa Khairul. Dibuka topeng hodohnya mencari Atilia.

“ Kau, Khairul.” Atilia merengus marah. Anak matanya merah dek menangis tadi. Takut bukan kepalang dia tadi. Sudahlah dia terjelopok jatuh di tangga tadi. Diketawakan pula.

“ Uuu, takutnya.” Khairul sengaja membuat mimik takut sebelum dia berjalan kembali ke kelasnya.

“ Sungguh Fateha! Aku benci dia! Aku benci dia! Sampai mati Fateha! Sampai mati aku tak nak tengok muka dia!” Jerit Atilia hingga didengari Khairul. Serta merta, tawa Khairul mati. Dadanya berdegup hebat. Suara Atilia terngiang - ngiang di cuping telinganya.

*******

Atilia terkocoh - kocoh berlari menuju ke arah kelas Fikri dengan satu bungkusan yang terbalut cantik. Hatinya masih berbunga - bunga sejak tadi. Tidak sabar rasanya mahu memberi bungkusan itu pada Fikri buat semangat atau mungkin kenangan buatnya sebelum peperiksaan SPM bermula beberapa minggu sahaja lagi.

" Atilia!" Panggil Fikri. Terukir senyuman pada bibirnya. Laju kaki Atilia mendapatkan Fikri yang berdiri di sebelah pintu kelas. Senyumannya mati sebaik sahaja dia lihat seorang perempuan berdiri di sisi Fikri.

" Apa yang awak nak bagi saya?" Tanya Fikri. Berselang seli kepala Atilia menoleh melihat Fikri dan perempuan yang entah apa namanya itu. Junior mungkin. Siapa dia ni? Janji nak jumpa berdua je. Getus Atilia yang mulai tidak selesa dengan kehadiran perempuan itu.

" Err... Ini. Buah tangan, saya beli kat Jepun dulu. Baru hari ni nak bagi awak." Ragu - ragu Atilia cuba menghulurkan bungkusan itu.

" Jepun? Apa ni? Saya buka boleh?" Senyum Fikri. Atilia sedikit senang hati melihat senyuman Fikri. Tiba - tiba sahaja hilang rasa tidak selesanya pada tetamu yang tidak diundang itu.

" Bak sini. Biar I yang bukak." Perempuan yang tadinya merampas bungkusan itu daripada tangan Fikri lalu dikoyak - koyak balutan cantik itu. Fikri tidak pula menghalang, seakan dia faham perempuan itu sedang cemburu.

" Apa ni? Music box?" Perempuan itu memulas - mulas kunci yang berada di bawah kotak musik itu. Melodi 'Itsumo Nandodemo' merdu kedengaran. Wajah perempuan itu berkerut lalu dia mengalihkan pandangannya pada Atilia.

" Eh, tak payahlah nak sweet - sweet sangat... Fikri ni aku punya! So back-off!" Tercampak kotak musik itu ke longkang. Tergamam Atilia, giginya diketap rapat menahan air mata jatuh dari tubir matanya.

" You cakap you sayang I! Apa ni Fikri?! I benci you lah!" Perempuan itu berlalu pergi tanpa menoleh.

Fikri pula seperti kehilangan kata - kata. Dipandang Atilia dan Nadhirah yang sudah menjauh ke arah kantin. Tanpa meminta maaf, Fikri berlari mengejar Nadhirah, meninggalkan Atilia terkebil - kebil.

Atilia melihat kiri dan kanannya. Ditekup mulutnya sebelum berjujuran air matanya jatuh ke pipi mulusnya. Tangisnya tidak berhenti. Tidak pernah dia duga, hatinya akan seremuk itu. Dia tidak tahu mahu menyalahkan siapa. Dia sendiri yang bodoh. Dia sendiri yang menjerat diri.

" Ibu... Ibu... Tia minta maaf... Kotak musik ibu.... maaf ibu...." Atilia menangis tanpa henti. Kotak musik peninggalan ibunya sudah hancur berkecai di dalam longkang. Itulah satu - satunya pemberian ibunya sebelum ibunya menghembus nafas terakhir kerana kanser payudara.

Atilia berlari pergi entah kemana. Hendak dikejar, dia tahu Atilia pasti makin sakit apabila tiba - tiba dia campur tangan. Lagipun sudah seminggu Atilia mengelak bertembung dengannya, dan sepanjang seminggu itu jugalah Khairul tidak keruan memikirkan Atilia. Nampak sahaja wajahnya di mata Atilia, tergopoh - gopoh gadis itu lari daripadanya.

Kotak musik di ambil dari longkang. Masih bersisa melodinya kedengaran di tangan. Atilia...

*****

Satu persatu nama dipanggil. Terpancar kegembiraan di riak muka masing - masing. Mana tidaknya, seronok rasanya melihat barisan 'A' yang mendatar berbaris pada slip peperiksaan itu. Seperti yang diramal pihak sekolah, Khairul berjaya merangkul gelaran 'Pelajar terbaik kebangsaan'. Masing - masing bersorak sorai sebaik sahaja namanya dipanggil ke pentas.

“ Fly mana lepas ni bro?” Tanya Fuad teruja. Keningnya diangkat - angkat.

“ University of Tokyo!” Laju Khairul menjawab. Dia ketawa kecil.

" Tahniah bro! And terima kasih juga, kau bagi kami hadiah ni." Sahabat - sahabatnya bangga menunjukkan slip peperiksaan masing - masing pada Khairul.

" Itu rezeki tuhan and your own effort! Aku tolong mana yang mampu saja." Masing - masing ketawa sambil berpelukan. Raqif mendapatkan Khairul lalu dipeluk kemas lelaki itu.

" Dan aku tahu kau tunggu dia. Atilia... dia on the way balik... better kau kejar dia." Bisik Raqif. Bibirnya mengulum senyum. Sahabat - sahabatnya yang lain turut memberi semangat.

Meliar matanya mencari bayang yang dia rindu itu. Dia ternampak Atilia yang berbaju kurung merah jambu baru sahaja membolos masuk ke perut teksi.

" No-no-no.... Atilia!!!" Laju langkahnya mengejar teksi yang sudah hilang ke jalan besar. Dia gagal. Gagal menarik tangan perempuan itu ke genggamannya.

******

7 tahun berlalu

Khairul tampak kacak dalam kemejanya. Kot hitam yang membaluti tubuhnya dicalit dengan semburan minyak wangi Giorgio Armani. Sesiapa yang memandangnya pasti boleh jatuh pengsan! Dia duduk semeja bersama sahabat - sahabatnya. Suasana tampak gembira tetapi dia akui Atilia juga yang dia tunggu.

" Hai, Khairul... Bila you balik dari Tokyo?" Sapa Wani yang tanpa segan silu menyentuh bahu Khairul mesra. Khairul mengerut dahinya, tidak selesa diperlakukan sebegitu.

" Couple of weeks ago... How are you?" Khairul berlagak tenang. Kalau Atilia yang sentuh, bahagia juga aku. Getus hati Khairul sambil dia cuba mengerak - gerakkan bahunya daripada genggaman Wani.

" Opss, sorry! I thought you was okay with that... I’m very fine especially when I look at you." Wani gelak acah - acah malu. Meluat tekak anak teruna yang memandangnya. Wani beralih arah membawa diri ke meja rakannya. Sebelum dia melangkah pergi, sempat Wani menghadiahkan 'flying kiss' pada Khairul. Terasa mahu pengsan saja si Khairul menerima godaan sebegitu. Badannya mengeletar kegelian.

" Mata tu, cari siapa Rul!" Khairul mengangkat keningnya, sengaja dia pura - pura tidak dengar. Fuad ketawa.

" Kau masih cari Atilia ke? Haa...Kau tak nampak ke Atilia duduk kerusi hujung meja nombor dua dari belakang?" Fuad menghalakan garfunya ke arah kedudukan Atilia. Laju sahaja mata Khairul mencari susuk tubuh perempuan itu. Tertunduk - tunduk dia mencari gadis genit itu tetapi masih kosong di layar permandangannya.

" Betul - betul la Bob!" Marah Khairul sebaik sahaja dia tahu Fuad hanyalah mereka cerita. Masing - masing ketawa melihat wajah merah Khairul.

" Dulu kemain aku ingat kau kata 'Atilia tu ketot, tak sesuai dengan kau yang tinggi'. 'Atilia tu budak blur, suare kecik, tak padan la dengan aku', alih - alih, rupanya dia yang tangkap cintan!" Masing - masing gelak lagi. Khairul hanya mengeleng - geleng kepalanya.

Dia sendiri pun tidak menyangka, sampai begitu dia menyukai gadis genit itu. Hebat sungguh aura Atilia padanya. Meskipun sudah 7 tahun, tapi getarnya masih tetap sama.

******

Matanya jatuh pada susuk tubuh kecil yang berdiri tidak jauh daripadanya. Senyuman itu, tawa itu, dia masih ingat. Ya! Itu Atalia! Atalia Qaisarah yang meragut hatinya bertahun - tahun dahulu. Wajah itu masih sama. Cantik dan polos.

Khairul bangun lalu dia berlari ke pentas. Melihatkan Khairul yang bangun menuju ke pentas tergesa - gesa, masing - masing bangun mengikut dari belakang.

TUK! TUK! TUK!

" Hey! Ketot!" Suara Khairul terdengar di setiap penjuru dari mikrofon itu. Atilia mengalihkan pandangannya ke arah pentas. Dia kenal amat dengan suara itu. Tersekima dia melihat lelaki itu. Tidak pernah dia nafikan, lelaki itu menjadi idaman ramai sewaktu di sekolah dahulu.

"Hey... Lama tak nampak. Err..." Kedengaran gugup. Atilia masih setia memandang lelaki segak itu. Nak sakat aku la ni. Siap kau Khai-

" This is for you. I've been keeping it for a long - long - long time. I know you might freak out but this is for you. Only you." Tenang saja suara Khairul. Jari - jemarinya menekan kekunci piano. Atalia kehilangan kata - kata.

She loved and left me
Still she kept me
Wanting more, but feeling empty
Did she have to go?
Will I ever know?

Love and leave me
She deceived me
The way she kissed
Was so misleading
I thought that she might stay
Then she went away

Before I closed the chapter to your name
There's a couple of things I never got to say

Your eyes are wonderful
Your smile is too
Your laugh's contagious
And your heart is true
There's beauty in your touch
And your kiss is love
You're everything that every guy dreams of
You're everything
That makes me fall in love

It's been some time
But still I find
I'm struggling with our
Last goodbye

I thought this love would last
Now I'm living in the past
Cause it's just me
And memories of how my heart
Would skip a beat
Whenever you were near
Now you're never here

Before I find the strength to let this go
There's a couple of things I need for you to know

Your eyes are wonderful
Your smile is too
Your laugh's contagious
And your heart is true
There's beauty in your touch
And your kiss is love
You're everything that every guy dreams of
You're everything
That makes me fall in love

Your eyes are wonderful
Your smile is too
Your laugh's contagious
And your heart is true
Yeah, there's beauty in your touch
And your kiss is love

You're everything
Yes
You're everything
You're everything
That makes me fall in love
Yeah, in love

Dewan bising dengan tepukan dan tempikan." I Khairul Fahmi has been quietly in love with you since last 2007. I do sound like a freak right?" Khairul sudah berada di hadapan Atalia. Atalia kaku. Tidak tahu apa yang harus dia buat.

Dari mata Khairul, dia tahu perempuan itu tadinya menangis cuma dia tidak tahu apa maksud tangisan itu.

".... And the weird part is this feeling has never change... I - love youAtalia Qaisarah." Khairul merenung mata itu. Dia bersedia menerima apa saja dari Atalia. Di-reject? Di-terima? Dia sudah tidak kisah asalkan rasa dihatinya sudah diberitahu.

" Kenapa awak suka kacau saya?" Tanya Atalia, ditahan - tahan sendunya.

" Sebab awak comel." Jawapan Khairul mengusik hati Atilia dan berjaya membuatkan penonton 'aww'ed dengan situasi tadi.

" Awak jahat..." Atilia menambah. Sesungguhnya dia juga gembira mendengar luahan sebegitu dari seorang yang dia benci.

" Atalia, will you give me a chance for me to make you happy?" Jujur pertanyaan itu dari Khairul. Masing - masing tersekima. Hello, aku sendiri pon terkejut. Tapi well, I love Atalia. Sebelum dia kena kebas... better I ask her first

Atalia angguk. Khairul seakan - akan tidak percaya dengan jawapan yang diberikan Atalia. Dia melompat kegembiraan. Lebih seronok dari mendapat keputusan SPMnya dahulu.

" Guys! I got her, men! I got her!!!" Jerit Khairul puas. Mahu sahaja dia memeluk dan mencium Atalia saat ini.

*******

" Wait a second!" Khairul bangun dari peha Atalia, isterinya. Dia keluar dari bilik membawa sesuatu ditangannya.

" Apa tu?" Tanya Atalia sambil dia membetul - betulkan posisi duduknya. Membawa budak bukanlah suatu perkara yang mudah, cepat penat. Khairul menghenyakkan punggungnya bersebelahan dengan isterinya. Bungkusan yang berada pada Khairul beralih tangan.

Atalia membuka bungkusan itu dengan penuh berhati - hati. Terkejut dia melihat kotak musik milik ibunya yang hancur dahulu berada di dalam keadaan yang baik. Matanya silih berganti, tidak percaya.

Setahu dia, tidak mudah untuk membaiki kotak musik itu di Malaysia kerana tiada yang mahir dalam pembuatan kotak musik.

" Nadhirah budak form 3 yang pecahkan remember?" Terang Khairul sambil dia mengelus rambut isterinya itu. Atalia memandang redup suaminya itu.

"You saw? Everything?"

" Yeah, everything and I was hurt as well as you." Satu kucupan mesra singgah didahi Atalia.

" Sayang..." Atalia segera merangkul kemas suaminya.

Kini dia tahu, lelaki dibencinya dulu itulah suaminya. Lelaki itu juga yang akan membawa dia menjejak kaki ke syurga. Dia sayangkan Khairul Fahmi sebagaimana dia pernah bencikan lelaki yang sama. Mereka bahagia. Moga - moga sehingga akhir hayat.

p/s : everything - chester See

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanamooi