Home Cerpen Cinta TRAIN
TRAIN
Hanamooi
10/1/2018 16:10:34
1,854
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

3 September 


Gemersik lagu La Vie En Rose ditelingaku. Setiap kali aku lihat dia, pasti ditelingaku mendendang lagu itu merdu. Entah apa yang mengusik hati kecilku. 


Hold me close and hold me fast

The magic spell you cast

This is la vie en rose


When you kiss me, heaven sighs

And though I close my eyes

I see la vie en rose


When you press me to your heart

I'm in a world apart

A world where roses bloom


And when you speak, angels, sing from above

Everyday words seem

To turn into love songs


Give your heart and soul to me

And life will always be

La vie en rose  


Dia selalunya berdiri di hujung, sibuk dengan buku - buku ilmiahnya. Kadang - kadang tidak ku faham apa judulnya. Ulat buku agaknya fikirku. Rambutnya seharian tampak kusut seperti memikirkan sesuatu yang berat. Entah apa aku pun tak tahu. Hidungnya yang mancung itu terselindung di balik buku. Matanya yang dalam itu sungguh tajam dan menghairahkan. Bibirnya yang nipis itu merah bak delima. Pastinya bukan si perokok. 


Hari isnin sampai khamis, dia pasti ada. Tidak pernah sekali pun dia tidak ku nampak. Bajunya juga, dari isnin sampai khamis, tetap sama. Berkot hitam berseluar hitam. Tiada sense of fashion mungkin. Kadang - kadang aku tergelak sendiri melihat dirinya yang senyum melebar tatkala matanya setia membaca bait - bait butir tulisan buku di tangannya. Entah apa yang lucu masih juga aku tidak tahu. 


Tapi dari hari ke hari, aku lihat ada rerambut meliar tumbuh di bawah dagu dan bibirnya. Tidak pernah ku menyangka, dia tampak maskulin begitu. 


Dia naik dan turun di stesen yang sama. Dari Seremban ke KL Central. Jadualnya juga sama, tidak pernah dia gagal menturuti urutan masanya. Aku pula yang setia menanti dia. 


aku hanya memerhati dari jauh, kadang - kadang tersenyum sendirian. Seperti apa ya? Seperti orang gila barangkali. 


Seronok juga jadi pemerhati. Membuat aku memikirkan halnya dengan lebih keras dan dalam. Bermacam - macam andaian kubuat. Mengisi masa terluang di dalam kereta api. Lama - lama aku tersuka dengan lelaki berkot hitam itu. 


10 Januari.


Tidak selalu begini. Dia yang kucari tiada. Kemana dia pergi entah aku pun tidak pernah tahu. Terdetik juga mahu bertanya jika ada sesiapa mengenalinya tetapi apakan daya, tidak mampu aku berbuat begitu. 


Aku sunyi. Tiada apa yang menarik di mataku tanpa dia. Hari - hariku kosong. Lagu La Vie En Rose juga sudah terdengar sumbang di telingaku. Hilang maknanya. Sudah tiada senyuman yang terukir dibibirku kini.  


Aku pulang dengan keluhan berat. Setiap kali. 


Dimana dia?  Sihatkah dia? Berpindah mungkin? 


Aku buntu, iya? Entahlah, aku rindu sebenarnya. 


15 Ogos


Hujan renyai diluar meninggalkan butir - butir air hujan yang jernih di tingkap kereta api. Menurut ramalan, hujan renyai - renyai akan membasah bumi hari ini. Aku masih duduk di kerusi yang sama, tidak pernah aku mahu mengubah posisi itu. Selesa disitu. 


Aku menoleh ke tempat duduknya seperti selalu. Masih juga kosong. Aku kembali pandang ke hadapan. 


 La vie en rose 


Aku skip pada ipodku. 


" I love that song. Mind I hear it too?" Tegur seorang lelaki yang tidak aku tahu gerangannya. Tanpa curiga, aku hulurkan earphones kepunyaanku padanya. 


" Thanks. And by the way, sorry for not taking the train for months. I got transferred to Amsterdam. I know this sounds stupid but will you come with me, mrs. stranger? " Dia buka bukunya lalu dia menikmati lagu di telinga. Tiba - tiba aku menangis. Menangis semahu - mahunya melihat sebentuk cincin berlian betul - betul berada di antara bukaan buku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanamooi