Bab 9

    Humaira yang sedang leka membaca laporan pesakit, terganggu konsentrasinya bila dia mendengar ketukan pintu dari luar. Seraya itu kepalanya diangkat ingin melihat siapakah geragan orang yang masuk ke dalam bilik kecil itu setelah dia memberi izin. Firdaus.

Apa lagi dia buat disini? Dahinya berkerut saja melihat Firdaus yang dengan selamba saja duduk di kerusi bertentangan dengannya. Kaki Firdaus yang sudah bersilang dia perhatikan saja dari hujung ekor matanya. Dia malas mahu membuka mulut. Sakit hati.
    " Macam mana awak boleh terlepas masuk ke sini?" Humaira menyoal tanpa menyapa Firdaus.

    Kad Pelawat yang di dalam tangan Firdaus bergantungan di sebalik kerlingan mata Humaira yang sedang tunduk. Dia malas mahu bertemu mata dengan detektif menjengkelkan itu.
    " Nampak sangat awak tak suka jumpa saya. Janganlah macam tu, ada banyak masa yang awak akan habiskan dengan saya nanti. Senyumlah." Pujuk Firdaus dengan menayang giginya yang berbaris cantik.

    Humaira melepas lelah. Anak - anak rambutnya mula jatuh menutup sebahagian muka. Dari celahan rambut - rambut yang jatuh, dia kerling pada susuk tubuh Firdaus. Kacak sungguh dia hari ini dengan kemeja warna kuning cair yang dipadankan dengan seluar slack hitam. Tapi sayang, perangai mengada.
    " Saya sibuk. Boleh awak tunggu saya dekat bilik?"
    Kening Firdaus terjungkit seraya memberi senyuman bermakna. Kemdian, dia pandang Humaira dari atas ke bawah. 
    " Maksud saya, bilik kerja saya di tingkat bawah." Geram Humaira bila otak Firdaus ternyata tak suci.
    " Awak fikir apa?" Soal Firdaus sengaja sambil dia buat muka tidak bersalah.
    " Fikir, bila lagi awak nak angkat punggung awak tu keluar. Emir dalam perjalanan. Tolong beri kerjasama?" Humiara usir dengan sopan. Senyuman menyampah yang paling lebar diberikan pada Firdaus. Melihatkan itu, Firdaus mengeleng.
    " Awak tak faham lagi ni, cik Maira..." Firdaus mendekatkan tubuhnya ke tengah meja dan membisik.
    " Tak faham apa? Awak nak kacau saya buat kerja lagi?" Tanya Humaira. Kali ini, kening dia pula yang terjungkit.
    " Ini takkan jadi istilah kacau, kalau kita berdua dalam page yang sama. Awak kena faham apa kerja saya disini, dan saya pula... Kena fahamlah apa kerja awak disini." Firdaus buka negosiasi pertamanya.

    Melihatkan dari gerak geri tubuh Firdaus, Humaira dapat meneka apa yang bermain dibenak lelaki itu.
    " Tahu pun kena faham kerja saya, tapi ada ke awak faham?" Perli Humaira. Air muka Firdaus mula berubah. Terasa seperti terkena buah kelapa atas hidung sendiri. Dia diam sebentar, cuba memproses apa yang dia dengar dari si pemilik bibir munggil di hadapannya.
    " Okay, Maira. Awak menang. So sekarang, boleh kita jadi partner?" Firdaus mengaku kalah. Bendera putih segera dipacakkan. Tak ada masa mahu bertikam lidah lama - lama.
    " Partner?" Soal Humaira.
    " Yes. Work partner." Senyum Firdaus lebar.
    " I don't need another pair of hands, Firdaus. I work alone." Kata Humaira tegas. Dia bangun dari kerusi dan menuju ke arah pintu.

    Bola mata Firdaus mula mengekori batang tubuh Humaira yang laju berjalan menuju ke arah pintu. Dipandang lama Humaira yang sedang menunggunya bangun dari kerusi dan keluar ke pintu.

    Tidak menyangka keras kepala sungguh doktor perempuan yang seorang ini. Dia sudah mati akal. Kalau dia tak bertemu dengan Emir hari ini, dia takkan kembali lagi ke sini. Dia harus tunjukkan bukti laporan dia hari ini pada ketua unit. Jika tidak, dia harus melepaskan kes ini pada Wan. Melepaskan kes ini pada Wan bermakna dia harus melepaskan semua hasil penat lelahnya selama ini mencari pembunuh Ain. Itu takkan berlaku.

    Firdaus bangun dari duduknya. Bola matanya dialihkan pada Humaira. " Doktor Humaira. You ada adik?" Tanya Firdaus.
    Humaira pandang wajah serius Firdaus, " Ya. Adik lelaki." Jawab Humaira.
    Firdaus mendehem dek kerana nafasnya yang tiba - tiba terasa sesak, dia buka butang bajunya yang paling atas. Terserlah lekuk tulang bahunya yang seksi. Dalam diam Humaira melayangkan pandangannya pada Firdaus. Ah! Fikirannya mula nakal lagi. Humaira menarik nafas seraya menunggu soalan dari Firdaus buatnya.
    " Dia masih hidup?"
    " Ya. Alhamdulillah, sihat." Jawab Humaira. Tidak lama, dia perasan akan perubahan wajah Firdaus.
    Firdaus mengukir senyuman nipis lalu dia tunduk ke lantai, mencari kekuatan. " You're very lucky then."
    " Maksud awak?" Humaira melontar soalan lagi. Tapi dia dapat baca, apa yang bakal terkeluar dari bibir lelaki itu pasti bukan sesuatu yang enak didengar.
    " Saya ada seorang adik. Adik perempuan. Satu - satunya adik perempuan." Suaranya mula sebak.
    Firdaus bertaut mata dengan Humaira, " Ain namanya. Ain Firdaus."

    Bagaikan ada mentol menyala di kepalanya, Humaira menutup mulut, tidak dapat membendung rasa terkejutnya. Ya dia tahu Ain Firdaus. Seorang mangsa pembunuhan kejam tahun akhir 90-an. Kisah seorang kanak - kanak perempuan yang tragis sekali. Dan kisah mangsa yang sama dalam rekod pesakit bernama Emir. Rupa - rupanya itu adalah adik perempuan Firdaus?
    " S—S— Saya tak tahu. I'm sorry. Saya betul - betul tak tahu." Humaira mendekati Firdaus. Di dalam hatinya terlakar rasa serba salah yang amat.
    " She was murdered brutally, Maira...Saya pikul rasa serba salah sampai sekarang sebab pembunuh dia masih tak dapat dijejaki. Dan sekarang, Emir...." Firdaus mengeluh. Emir sudah ada di dalam tangannya, dia takkan mudah untuk melepaskan habuan itu sebegitu saja. Wajahnya berubah pilu. Pilu, mengenangkan nasib arwah adik perempuannya, Ain masih belum terbela oleh sesiapa.

    "Humaira, awak mesti faham apa yang cuba saya buat sekarang kan?." Ada ayat digantung. Humaira dipandang dia dengan penuh harap. Harap Humaira faham.
    " Yes. Saya faham." 
    Firdaus mengulum senyum. Humaira akhirnya mengalah. Hati memang sejenis yang cepat tersentuh. Apatah lagi dengan cerita Firdaus yang tragis dan menyedihkan.
    " Tapi! Awak tak boleh kacau bila saya buat kerja." Humaira memberi syarat. Firdaus mengangguk laju. Bagus, tak adalah susah mana nak beri helah pada perempuan ni.
     " Sure, Maira..." Firdaus senyum puas sebelum dia keluar dari bilik.

    Humaira mengeleng kepala tersenyum. Kagum melihat seorang abang yang begitu sayangkan adiknya. Tiba - tiba saja dia teringatkan abangnya, Huzair yang mungkin masih terlantar sakit di atas katil. Rindu di dada semakin membuak - buak. Kakinya gagah menapak ke arah meja, mencapai sebingkai gambar dia dan keluarga. Boleh ke dia pergi melawat sebentar?

    " Maira? Jom..." Panggil Firdaus namun melihatkan wajah gusar Humaira, dia jadi diam dan memerhatikan saja gerak geri Humaira. 
Keputusannya untuk mengunggu perempuan itu di pintu tepat sekali, bila tiba - tiba saja Humaira menyeka butir air mata yang hampir jatuh di pipi mulusnya. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia menarik Humaira dalam pelukannya tapi dia tahu, Humaira bukan perempuan yang mudah.
    " Oh, maaf! Jom detektif." Humaira tersedar bila dia lihat bayang - bayang Firdaus membolosi antara pintu biliknya. Dengan segara dia kembalikan gambar keluarga di atas meja dan meluru keluar untuk menghadiri sesi dengan Emir.

***
    " Wah, what a surprise! Abang polis... dan..." Emir menyapa seraya memandang Humaira dari atas ke bawah, yang kemas dengan blaus ropol biru cerah dan seluar pallazo hitam.

    " Doktor Maira." Suaranya sengaja ditekan. Masih marah dengan peristiwa semalam. Baginya hukuman itu langsung tidak adil. Mana tidaknya, sepanjang malam dia hanya duduk diatas katil saja, tanpa membuat apa - apa. Ini semua idea Humaira yang merasakan dirinya terancam. 
    " H— Hai Emir. Macam — mana awak hari ni?" Jelas kedengaran suara Humaira yang bergetar. Firdaus pandang Humaira dan Emir silih berganti.     
    " Aku nak kau buka straitjacket dan leathers lepas ni." Ujar Emir berterus terang. Rimas! Dengan segara, permintaan Emir ditunaikan Humaira, bila dia menyuruh Encik Adam membuka straitjacket yang tersarung di batang tubuh Emir. Kemudian, lelaki tua itu meninggalkan mereka bertiga di bilik.

    Emir pandang uda dan dara dihadapannya silih berganti lalu dia mematah - matakan sendi jari - jari dan tengkuknya. Terasa keras urat - uratnya dek kerana terlampau lama tidak berurut.
    " Macam mana dengan aku hari ni? Haha... It sucks! Kau tak patut gari aku semalam. Puas hati?!!" Suara Emir tiba - tiba meninggi. Dia bangun dari tempat duduknya. Bila Humaira bangun mahu menenangkan Emir, Firdaus terlebih dahulu menghalang dan mengisyaratkan Humaira supaya membiarkan saja kelakuan Emir.

    Emir mundar mandir, dari kiri dan kanan seperti seorang lelaki yang baru saja kehilangan isteri. Riak wajahnya tidak dapat dibaca.
     " Maira! Aku ingatkan kau lebih baik dari polis tu. Tapi kau tak! Kau pun sama! Binatang juga." Dijeling pada Firdaus dan kemudian pandangannya dipancung pada Humaira. Wajahnya jadi bengis.

Humaira menarik nafas, melindungi perasaan takut yang sudah menjentik pangkal hatinya. Perlahan - lahan, dia bangun dari tempat duduknya, tangannya naik mahu menenangkan Emir " Emir, maafkan saya. Saya tak patut gari awak macam tu. Saya betul - betul minta maaf. Duduk ya? Jangan sedih. Saya ada kat sini dengan awak." Humaira cuba memujuk. Firduas perhatikan saja gerak geri Emir.
    Emir pandang Humaira sejenak. Namun Humaira tahu, pandangan itu sudah merewang ke alam lain.
    " Doc, kau tolong urutkan bahu aku siket, lenguh la." Suruh Emir selamba sambil dia mengurut bahunya sendiri lalu dia duduk di kerusi.

    Humaira pandang Firdaus dan Emir silih berganti lalu dia berkeputusan untuk mendekati Emir. Bila dia berjalan ke belakang, Emir sempat mengerling ke arahnya dan memberikan satu senyuman yang manis.
    " Ahhh... Hmm... Sedapnya jari kau." Aduh Emir kenikmatan. Namun tidak lama, tanpa disedari Humaira, Emir menarik jari - jemari runcing Humaira ke bibirnya.

AHHHH!!! EMIR STOP!!

    " Mmmmmphh... You're so sweet, doktor. Aku tahu mesti kau dara lagi kan?" Teka Emir bila Humaira sudah menjauhkan diri darinya. Silap dia memberi simpati pada lelaki itu. Jantan ni memang gila!

    " Heh, tangan kau tu, urut sendirilah." Firdaus menyampuk. Pandangan mata Emir naik mencerlung ke arah Firdaus.
    " Kau bukan reti beza urut sendiri dengan orang yang urut. Sembang. Haha. Agaknya sebab tulah, kau sendiri tak reti beza nikmat perempuan bawah umur dengan perempuan cukup umur. Ahhh, mana satu lagi nikmat ya? Aku rasa kau lebih tahu, kan detektif Firdaus?" Emir menongkat dagunya di atas meja sambil layar pandangannya diberi tumpuan pada Firdaus. 
    " Kau jangan nak kurang ajar Emir!" Tinggi suara Firdaus tiba - tiba.
    " Firdaus! Stop! Ini session saya dengan Emir. Please. Awak nak dengar boleh, tapi kalau awak nak tunjuk gila awak kat sini. I prefer you walk out of that door." Larang Humaira. Emir meletus tawa. Firdaus akur lalu dia duduk bersebelahan dengan Humaira. Mata dia dan Emir masih bertikam. Mengalahkan anjing dengan kucing. Memang takkan ada istilah mesra antara mereka berdua.

    " Yelah, sesi awak berdua. Lepas sesi temuduga ni apa? Sesi berjimak?!" Firdaus menemplak Humaira. Wajah Humaira ternyata terkejut, sanggup Firdaus fikir dia perempuan sebegitu rupa?! Detektif tak bertauliah langsung. Getus hati kecil Humaira.
    " Sekarang kau nak bergaduh pasal aku pulak?" Emir mengangkat kening.

    " Well - well, bukan hari - hari. Silakan." Perli Emir sambil tangannya dilebarkan. Seperti mempersilakan Humaira dan Detektif Firdaus bertengkar dengan lebih keras. Akhirnya, Detektif Firdaus menghenyak punggungnya di kerusi duduk dan terus saja dia mengeluarkan alat perakam suara. Dibukanya satu persatu prosedur yang sepatutnya dia lakukan. Bunyi kuat helaian kertas membuatkan Humaira mengalah. Dia membetulkan posisi berdiri.

    Humaira menarik nafas mengumpul segala tenaga batin yang tersisa. Dia berkira - kira, selepas ini dia mungkin perlu mengamalkan jus herba kacip fatimah agaknya, jadi boleh sikit dia bertenang. Bola matanya segera mencari raut wajah Emir yang kini duduk malas di hadapannya. Kejadian tadi dia letak dibelakang. Bukan masanya untuk dia meraung tak tentu pasal. Silap hari bulan, dengan dia - dia jadi gila.

    " Emir... Apa kata hari ini kita mula dengan sesi perkenalan? Boleh? Saya doktor Humaira. Umur 23 tahun. Baru je habis belajar—." Humaira bersuara lembut. Bibirnya sudah terkoyak dengan senyuman manis. Malas - malas Emir angkat kepala yang tadinya menunduk tidur di meja mencari wajah Humaira. Wajahnya jelas tertera bosan.
    " Kan kau dah baca semua pasal aku dalam laporan tu. Nak aku ulang berapa ribu kali?" Kata Emir yang sudah menongkat pipi.
    " Saya nak kenal awak lebih dalam Emir. Emm, macam— hobi awak. Cita - cita awak. Apa yang awak kejar dalam dunia ni. Macam tulah."     
    " Heh. Haha. Kau ingat ni tadika? Sekolah rendah? Apalah doc, baik kau tanya aku, soalan - soalan yang berilmiah siket. Macam saiz dada kau ke? Size spender kau ke? Baru la aku seronok nak jawab." Dia menghambur tawa. Emir pandang wajah ceria Humaira yang sudah bertukar gusar. Kening Emir menari - nari memandang ke arah Humaira.

Cepat - cepat Humaira bungkus tubuhnya dengan kot lab putihnya. Firdaus yang berada di sebelah Humaira pula hanya memerhati saja, menahan tawa sinis yang hampir - hampir terkeluar dari kerongkongnya. Humaira sempat menjeling ke arah Firdaus bila dia terdengar ada tawa halus yang bocor dari Firdaus.

    Humaira telan air liur. Wajahnya yang merah kerana malu dibiarkan saja menjadi santapan mata dua jejaka kacak tak ada otak dihadapan dan dikirinya. Geram. Dua - dua sama je. Otak fius rentung.
    Dek kerana geram, terus saja Humaira bukan laporan lama Emir.
    " Schizophrenia diagnosed at three years old and then developed a psychosis Depression at fourteen..." Humaira mencari kata lalu dia mencuri pandang ke arah Emir yang sedang mendengar malas.

    " Early childhood awak..."

    Namun, lelaki itu hanya menguap saja.
    " Boringnya doc. Apa kata kita skip siket? Saya tanya doc soalan... Doc jawab dengan jujur." Emir memberi cadangan.
    Humaira mula - mula ragu namun akhirnya dia bersetuju,
    " Okay... Boleh. Bring it on!" Humaira senyum lebar. Kita tengok apa orang gila boleh tanya aku. Bisik hati Humaira.
    " Kenapa kau perempuan?"
    Terkejut, Humaira membulat mata. " Sebab saya memang perempuan lah."
    Emir mengeleng, " Kau salah."
    " Habis?" Kening Humaira sebelah kanan naik tinggi.
    " Sebab kau dah memang dijadikan perempuan oleh tuhan. Jalan hidup kau, kelahiran kau, kematian kau, semua dah disusun cantik." Tambah Emir.
    " Jadi?" Firdaus mencelah.
    " Jadi kau rasa bodoh tak, bila kau gari dan humban aku kat sini? Kematian adik kau tu, semuannya takdir. Telan la!" Pandangan Emir yang dipancung pada Humaira terus saja beralih ke arah Firdaus.

CREEEETTTTTT!!!

    " Celaka! Kau!!"

Leher baju Emir dipulas kemas, sebelum satu tangan lagi naik tinggi, berada dalam posisi sedia menumbuk. Mata Firdaus sudah hampir nampak terbelalak. Wajahnya juga sudah bertukar merah. Jelas urat - urat yang timbul dibalik leher kemejanya. Humaira tahu, dia harus meleraikan pergaduhan itu sepantas yang mungkin sebelum Firdaus benar - benar menumbuk Emir.

    Dengan kudrat yang kecilnya, Humaira menarik bahu sasa Firdaus melepaskan Emir.
    " Cukup! Firdaus, saya rasa awak tak nak perkara ni jadi lebih teruk. Jadi saya rasanya, lebih baik kita berhenti setakat ini saja. Emir, awak boleh balik ke bilik." Ujar Humaira. Titik - titik peluh sejuk merinding jelas didahi mulusnya. Dadanya jadi berombak kencang. Mujur, dua lelaki itu mahu berkompromi.

    Bunyi derapan tapak kasut Firdaus sedikit melegakan Humaira. Namun bila lelaki itu sampai di pintu, dia menghempas pintu bilik dengan kuat sekali. Bergegar rasanya seluruh bilik itu. Hampir saja, jantung Humaira tercabut dari pangkalnya. Dia menarik nafas lalu matanya dipejam rapat, meraba dan mencari sedikit kekuatan dari dalam dirinya.

    Dan entah macam mana, dia terasa seperti seseorang sedang memeluknya. Jari jemari panjang itu memagut kemas tubuhnya. Bahang tubuh seseorang itu mula menjalar ke tubuh Humaira. Rambutnya diusap lembut, membuatkan dia keawang - awangan. Terasa begitu selesa dengan dada bidang yang mengalas wajahnya. Rasa bercampur baur tadi bertukar kepada satu rasa aneh. Rasa ketenangan.
    " Everything's going to be good. Trust me, Aira..." Lemah lembut sungguh suara garau itu menyusun ayatnya. Rasanya seperti dulu. Seperti dia memeluk lelaki itu. Namun, tanpa dia sedar, lelaki yang sedang memeluknya adalah Emir.

    Bunyi pintu dibuka mengejutkan Humaira dari mimpi indahnya, seraya itu dia menolak keras dada bidang Emir. Wajahnya kini tertampal kekeliruan. Dadanya bergoncang hebat. Kakinya tiba - tiba saja terasa lemah longlai. Dia pandang wajah kosong Emir. Tak mungkin?!

    " A— Awak buat apa tadi? A— Aira?" Soal Humaira namun, Emir tetap saja dengan wajah kosongnya.

    Baru sahaja Encik Adam mahu menyarungkan Straijacket untuk Emir, Emir menghalang dengan kedua - dua tangannya. Kemudian, dia pandang Humaira dengan pandangan jelik.
    " Doc, kau ingat semua orang gila perlu diseksa seteruk ini ke? Aku ni pun manusia macam kau cuma bezanya, otak aku ni fius lain siket je. Kau nak jadi doktor kejam ke?"

    Namun Humaira tidak menghiraukan permintaan Emir. Dia pandang Emir yang memakai straitjacket dengan penuh persoalan manakala Emir pula merenung dirinya dengan perasaan yang tidak puas hati.
    " Ini! Esok kau datang ke bilik aku sendiri. Aku cabar kau doc!" Keras suara Emir seperti memecah gegendang telinga Humaira.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh