Bab 11

Macam mana dia boleh terlepas dengan straitjacket tu? Bukan senang nak buka. Humaira membisik di dalam hati seraya dia menelan air liur bagi membasahkan tekaknya yang mula terasa kering. Keringat sejuk mula merindik di lantai dahi. 

Humaira dan Emir beradu pandang. Mereka berdua statik tidak berganjak dari tempat masing - masing. Cuma yang pasti, dada Humaira terasa senak semacam. Rasanya mungkin kerana darah yang mengalir dipam deras bak air terjun ke seluruh genap pembuluh darahnya. Tidak salah lagi, adrenalinnya semakin memuncak. Bibirnya juga terasa semakin kering, respons biasa untuk orang - orang yang diserang lonjakan adrenalin. Terasa mahu menjerit saja tetapi Humaira menahan. Dia mahu lihat sendiri sejauh mana keberanian Emir padanya. Dengan beraninya, Humaira menongkat kening pada pemuda itu. Ternyata, Emir membalasnya dengan senyuman herot.

Kejadian itu berlaku pantas, sepantas kilat menyambar ke bumi. Saat Emir bangun dari katil dan berlari mendapatkannya di pintu, Humaira masih lagi kejap berdiri tidak melarikan diri. Terkejut dan kaku, otaknya tidak mampu mengisyaratkan sebarang riaksi 'fight or flight'. Tapak kasut Emir mula bergegar di corong telinga. Bagaikan bahunya dipukul keras, Humaira membulat mata. Bila batinnya menjerit "Lari" barulah segala otot dan sarafnya seakan tersedar dari tidur yang lena. Tersedar, langkah pertamanya dilayangkan ke ruang legar namun tidak berjaya bila Emir terlebih dahulu menarik kemas lengan Humaira. Bergesel gigi Humaira bila lengannya terasa sakit ngilu. Seakan - akan renjatan elektrik yang luar biasa sakitnya.

" Ayah Dam!!" Pekikan Humaira gagal, hanya melantun - lantun keluar ke arah tingkap kecil, pengalir udara di atas dinding. Hampa, dia sudah redha. Pertolongan tidak mungkin akan sampai buatnya.

BAMMM!!!

Suasana diam. Tidak ada satu bunyi tertangkap ditelinga walakin bunyi nafas sekali pun. Humaira mengalirkan air mata sambil membayangkan apa yang bakal terjadi pada dirinya. Mungkin lepas ni aku dah tak boleh hidup lagi? Mungkin lepas ni aku dicacatkan Emir? Tak ada kaki, tak ada tangan. Tak pun, nanti mayat aku pun dia kerat macam orang lain juga. Mak! Maira nak balik, mak! Matanya terkatup rapat, badannya mengigil, bibirnya terkumat - kamit membaca segala surah yang dia ingat. Segala macam perasaan bergeluman di dalam dadanya. Humaira tidak tahu menahu apa yang terjadi sampailah tangannya ditarik Emir.

" Ampun Emir! Ampun! Saya janji saya takkan sakitkan hati awak lagi... Lepaskanlah saya." Humaira merayu - merayu. Tangannya mengeletar hebat. Matanya merah dibanjiri air mata. Namun, Emir langsung tidak menghiraukan sendu dan rayuannya. Tangannya Emir pegang kemas sebelum lelaki itu lalukan jarinya ke arah torehan dinding.

" Bukan.... Tak mungkin." Emir berkerut dahi dan dia bangun meramas -ramas rambutnya. Emir membawa kakinya ke hulu dan ke hilir. Lagaknya seperti memikirkan sesuatu. Rambut kusut dan dagunya digosok - gosok keras dengan harapan ada idea yang datang secara tiba - tiba.

Humaira pula kaku terdiam di atas katil. Wajah Emir dan torehan di dinding, dipandang silih berganti.

" E— Emir... Awak okay?" Tersangkut - sangkut suaranya ditekak seperti terlekat sesuatu.

Emir pandang Humaira terkebil - kebil. Aduh! Lupa pulak!

" Kau nampak aku tengah mengila ke sekarang?" Soal Emir seraya berdiri tegak memerhatikan Humaira yang sedang duduk di atas katilnya. Wajah Humaira yang sedang ketakutan membuatkan dia jadi kebuntuan. Emir pandang kiri dan kanan sebelum dia mengambil sebuah kerusi dan diletakkan di hadapan Humaira. Dia duduk menghadap kepala kerusi dan dikangkang kakinya. Kedua - dua tangannya direhatkan pada kepala kerusi. Wajah Humaira direnung seketika.

" Kau masih waras? Maksud aku, fius otak kau masih berfungsi dengan baik?" Soal Emir pada Humaira. Dari tona suara kedengaran seperti Emir mahukan satu jawapan.

" Saya doktor! Mestilah fikiran saya—."

Emir mengangkat tangannya menyuruh Humaira berhenti.

" Ya... Aku tahu! Maksud aku, kau masih boleh bezakan antara yang baik dengan yang buruk tak? Tolonglah jawab soalan aku Maira." Emir mengeluh kerana sepanjang dia bercakap dengan Humaira untuk beberapa hari ini, tiada satu pun pertanyaannya dapat dijawab Humaira dengan sempurna.

" Mestilah. Kenapa saya tak boleh bezakan pula. Contoh, membunuh. Membunuh makhluk lain itu salah, dan perlu dihukum sebab itu dah melanggar fitrah makhluk. Sama juga dengan kes awak, perbuatan awak tu salah disisi undang - undang dan agama dan awak perlu dihukum. kalau awak ada masalah otak, awak perlu dirawat." Jawab Humaira.

Emir mengangguk seakan bersetuju dengan jawapan Humaira. 

" Tapi kenapa kau perlu ikat dan gari aku macam aku duduk dalam penjara? Ini institusi orang gila. Aku tak pernah tahu, orang gila perlu digari dan dikurung di dalam sel masing - masing. Mana hak aku sebagai pesakit kat sini?" Emir menongkat kening. Wajah Humaira yang bengkak kerana menangis terlalu kuat itu dia tatap lama - lama. Minat pula dia melihat wajah comel itu.

Humaira tertunduk mencari jawapan. Kenapa ya? Kenapa aku buat macam tu? Aku takut.

" Takut? Sebab tu kau rasa macam nak gari aku kan? Jadi aku tak boleh sakitkan kau..." Soalan Emir membuatkan Humaira lekas mengangkat kepalanya.

Humaira mengangguk kecil. Emir pula sudah menongkat kepala pada kedua - dua tangannya.

" Hmm... Awalnya aku tak ada masalah dengan kau pun. Kenapa kau nak takut? Aku tak nak sakitkan kau pun."

Humaira diam lagi. Dia takut mahu menjawab. Emir yang sudah tidak sabar menunggu jawapan, mengeluh berat.

" Sebab kau nampak aku bertengkar dengan detektif Firdaus? Jadi kau rasa, kau pun boleh jadi... kena marah juga dengan aku dan kau tak nak aku sakitkan kau, kau buat keputusan untuk limitkan pergerakkan aku dengan cara... Pakaikan straitjacket ni." Emir pegang straitjacket itu dan tunjuk pada Humaira. Kemudian, pandangannya silih berganti antara Humaira dan straitjacket. Emir mengangguk kemudian dia bangun dari duduknya dan menuju ke arah Humaira.

Dia tahu apa tujuan Emir. Emir mahu mengikatnya dengan straitjacket! Ya! Dia pasti! Terasa dirinya dalam ancaman, Humaira pegang kedua - dua tangan Emir. Anak matanya meskipun takut, tetap juga naik melihat pandangan tajam Emir.

" Please Emir. Jangan buat saya macam ni?" Rayu Humaira. Bibirnya mula mengigil lagi. Bola matanya silih berganti memandang ke arah Emir dan straitjacket. Tak mungkin! Tak mungkin!

Sekali pusing, straitjacket selamat membaluti tubuh genit Humaira. Humaira meronta menjerit. Air matanya kembali jatuh berguguran. Dadanya " Maaf, Maira. Tapi aku perlu buat semua ni. Ingat aku tak ada niat nak sakitkan kau." Diam - diam, Emir menyeluk saku Humaira dan mengambil kunci bilik 404 dan bilik kerja Humaira sebelum dia masukkan kunci itu ke dalam lipatan pinggang seluarnya.

" Emir buka baju ni! Buka! Buka! Tolonglah!" Humaira masih meronta - ronta keras. Tangisan Humaira juga semakin keras. Tidak tahu apa untung nasib dirinya nanti. Degupan nadinya seakan - akan boleh terdengar dicorong telinganya sendiri. Kuat dan menunggu masa saja untuk pecah. Tidak cukup dengan straitjacket yang membalut dibadan, Emir juga ikat kaki Humaira dengan leathers. Kini pergerakan Humaira lumpuh sepenuhnya.

Emir tarik pita bungkusan kotak berwarna coklat. Di dalam bungkusan itu, terdapat barang - barang peribadinya. Dengan sekali saja sepakan kaki, bungkusan tadi bergerak jauh darinya. Humaira yang dipegangnya, dikalih.

" Sakit, tapi aku tahu kau boleh bertahan."

ZAPPP!!

Bibir Humaira ditutup dengan pita coklat. Meskipun pita itu sudah digunakan tetepi masih juga melekat kuat pada kulit Humaira. Humaira sudah tidak dapat berbicara. Dia, kemudiannya diheret Emir ke pintu keluar. Namun, dengan tenaga yang bersisa dia cuba untuk melepaskan diri. Tapi apalah sangat yang mampu dilakukan Humaira dengan kudrat sekecil itu. Emir tiba - tiba kalih ke arah Humaira dengan pandangan yang marah.

" Kan aku dah cakap! Aku tak ada niat nak sakitkan kau! Kau meronta kenapa?!!" Emir lontar tubuh genit ke bahunya dan memegang Humaira kemas. Pintu dikuak luas dan Emir berjalan menuju ke arah koridor berdekatan dengan tangga. Tiada bunyi dari bilik - bilik kiri dan kanan, kerana aras ini, hanya dihuni oleh Emir seorang saja. Humaira masih dengan tangis sendunya.

" Aku takkan tinggalkan kau kat sini sebab dia orang tak boleh cari kau..." Ujar Emir seraya kakinya terus menghayun menuju ke tingkat bawah dimana tempat penghuni banduan lain tinggal.

Usai mengetuk satu pintu besi itu, Emir duduk bertentang mata dengan Humaira. " Teruskan menangis sampai pita coklat ni tertanggal. Lepas tu, kau jerit sekuat hati kau. A help will be here for you" Pesan Emir dengan senyuman lalu dia bangun meninggalkan Humaira sendirian. Dia berlari naik, masuk ke biliknya. Humaira hanya mampu mengekori saja batang tubuh Emir yang semakin hilang dari pandangan. Tangisannya semakin kuat dan keras. Bola matanya terasa panas. Emir! Jangan tinggalkan saya! Emir!!! Tolonglah sesiapa selamatkan aku. Tolonglah! Tolong!

" Hey! Doktor gila dah kena tangkap!!! UMPAN!!!" Jerit seorang lelaki tiba - tiba. Selang beberapa saat, bunyi suara lelaki lain mula kedengaran dan menyambung apa yang disebut lelaki tadi. Suara itu menjadi semakin kuat dan bergegar di segenap ruang.

" UMPAN! UMPAN! UMPAN!"

Bola mata Humaira membulat melihat deretan mata - mata lelaki yang tidak dikenali sedang merenung ke arahnya. Habislah dia. Habis! Humaira semakin mengigil ketakutan bila tiba - tiba saja dia terdengar bunyi seperti pintu besi dirempuh berkali - kali. Dia orang nak rempuh pintu besi tu ke?! Jangan! Jangan! Pekik Humaira di dalam hati. Humaira tiada pilihan, dia harus juga menyelamatkan dirinya sendiri. Lambat sesaat lagi, nyawanya melayang.

BANGGG!! BANGGG!! BANGGG!!

Humaira meronta - ronta lagi dalam cubaannya melepaskan diri namun semakin dia bergerak lincah semakin bertambah dan semakin kuat pintu besi itu dirempuh. Sorakan yang tadinya seperti pesta bertukar kasar. Suara - suara garau lelaki yang sedang mengerang cuba merempuh pintu besi. Humaira semakin panik. Dia meronta - ronta hebat. Aku tak nak mati kat sini!!

BANG!!! BANG!!! BANGG!!!

Ya Allah selamatkanlah Hambamu ini!

BANGGG!!! BANGGGG!!!

Akhirnya pita coklat tertanggal.

" Tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Bagaikan halilintar Humaira menjerit mendapatkan pertolongan sehingga dia terdengar siren dari arah bawah berbunyi kuat. Bunyi tapak kasut yang bergegar dari arah kirinya membuatkan dia tertoleh ke arah punca. Tangisan gembira mula turun ke pipi.

" Fahrin! Firdaus... Tolong..."

***

Firdaus mundar mandir melihat Humaira yang berselimut dan memegang secawan jus yang dipercayai mampu meredakan stres yang dialami Humaira tadi. Sejak tadi, Humaira langsung tidak berkata apa - apa. Cuma kedengaran tangisan sendu yang tidak henti - henti dan datang sekejap - sekejap. Fahrin dan yang lainnya semuannya kebuntuan. Namun, kebuntuan yang terpancar dari wajah - wajah doktor - doktor itu bukanlah untuk Humaira tetapi untuk sesuatu yang lain. Firdaus seakan menghidu akan keanehan itu dan mula mendekati Humaira.

Firdaus duduk mencangkung dan membuang pandangannya pada Humaira. Dia menatap ke dua - dua anak mata Humaira, seakan - akan mencari satu kepercayaan dari Humaira untuk dirinya. Humaira pula hanya memandang wajah Firdaus lesu. Fikirannya berkecamuk. Dadanya juga masih belum reda dari perasaan takut. Dia mahu keluar dari sini tapi bagaimana?!

Firdaus memegang pipi Humaira lalu dia menoleh ke arah doktor - doktor yang sedang resah gelisah di meja kaunter. Bila doktor - doktor itu tidak memandang kearahnya, cepat - cepat dia membisik pada Humaira. " Saya tahu, awak terkejut Maira. Saya tahu apa perasaan awak sekarang. Tapi tolonglah, jangan beritahu apa yang sebenarnya terjadi pada mereka. Ya? Saya nak awak selamat. Ya?" Nasihat Firdaus.

" Detektif Firdaus? Ada apa - apa boleh saya bantu?" Firhan sudah berdiri dibelakang Firdaus. Bagai mahu luruh saja jantung Firdaus dibuatnya. Bila pula lelaki ni sampai belakang aku ni? Beberapa ketika, Firdaus bangun menghadap Firhan.

" Maira, dia terlampau terkejut. Kamu semua tak ada apa - apa yang boleh tolong dia ke? Risau saya tengok dia." Ujar Firdaus. Firhan mengerling ke arah Humaira yang dia perasan sejak tadi diam saja.

" I think we've got this. You don't have to worry about her. I suggest you should go back to the main land. Bot dah tunggu Encik Firdaus dekat jeti." Kata Firhan tegas.

Firdaus mengorak langkahnya perlahan ke arah lif. Sempat juga anak matanya melilau melihat keadaan sekeliling dan tidak ada satu perkara yang ada di dalam penthouse itu tidak membawanya rasa seram sejuk. Tempat ni ada sesuatu. Bisik Firdaus.

" Dia okay kan?" Soal Firdaus tidak sampai hati meninggalkan Humaira sendirian.

Doktor - doktor tadi masing - masing membuang pandang ke arah Firdaus.

" Ya, dia okay. Semuanya okay, detektif. Dia akan pulih esok hari. Jangan risau." Kata Qidran. Wajahnya kosong tanpa ekspresi membuatkan Firdaus tahu dia tidak diterima disini. Perlahan - lahan dia melangkah masuk ke dalam lif.

" Mesti ada sesuatu yang pelik berlaku dalam pulau ni..." 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh