Bab 3

Dari jauh sudah nampak bentangan pasir putih dari Pulau Aman. Cantik sungguh permandangan ciptaan tuhan itu. Bagaikan lukisan hidup yang dilukis pelukis yang terkenal saja. Bukit yang menghijau seakan - akan mengalukan kedatangan Humaira.

Humaira mengukir senyuman. Akhirnya, sampai juga ke darat. Dari tadi dia menahan pening dan loya. Lupa pula yang dia mabuk laut. Bukan mabuk laut saja. Kalau tidak, boleh dia telan sebiji pil tahan mabuk tadi.

Sampai di pesisir, Fahrin hulur tangannya pada Humaira. Tapi Humaira terlebih dahulu terjun dari bot. Bukan susah pun. Fahrin yang masih menunggu sambutan tangan Humaira mengekek tawa.
" Boleh tahan juga awak ni ya. Tak takut ke kalau tergolek dalam air?" Ujar Fahrin. Dia membontoti Humaira sampai ke darat.

" Nak takut apanya? Terjun je la. Lagipun, bukannya dalam sangat. Cetek je tu." Terang Humaira sambil dia membetul - betulkan kain baju kurungnya yang basah. Ubun - ubun yang berdenyut dipicit lembut.

" Awak okay tak ni? Mabuk ya?" Fahrin tanpa meminta izin dan segan silu mengurut ubun - ubun Humaira. Tidak semena, tubuh Fahrin mula merapat ke tubuh Humaira. Wah! Ini memang orang tak ada insurans betul ni. Bisik hati kecil Humaira.

Tanpa berfikir panjang, Humaira tepis tangan Fahrin sebelum dia berganjak dua langkah ke belakang.
" Pening sikit je ni. Nanti eloklah." Beritahu Humaira gugup. Siapa saja selesa diperlakukan sedemikian rupa. Kenal tidak sampai sehari, sudah berani pegang sana sini.

Humaira bertentang mata dengan Fahrin. Lelaki itu hanya membuah senyum saja.

" Oh. Saya tolong pun marah ke?" Fahrin sengih mengaru kepala. Sengaja buat - buat bodoh.

" Hah?" Bulat mata Humaira dibuatnya. Apa mak bapak dia tak ajar batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ke?

Anyway, welcome to Pulau Aman." Fahrin mendepa tangannya mempelawa Humaira ke mari. Kemudian, bola mata Humaira menebar pandangannya. Dia jadi teruja melihat bangunan besar yang dikelilingi kawat dawai dihadapannya. Hilang segala curiga pada Fahrin.

Dia pasti. Melihatkan bangunan yang bercirikan Eropah itu, ia sama sekali bukan binaan moden. Hatinya mula tertanya sejak bila bangunan itu wujud disitu? Macam mana tak pernah diketahuinya selama ini. Bingung.

It looks eerie, but don't be intimidating by its look. It is a stunning building." Kata Fahrin senyum menampakkan gigi berlapisnya di belah bawah. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan kekacakan Fahrin.

" Seram memang seram. Tapi hairanlah..." Humaira mengerut dahi mencari ayat yang sebenarnya sejak tadi lagi berlegar - legar dalam benaknya. Bila dia mahu menyuarakannya, dia terlupa pula.

" Hairan kenapa?" Fahrin bertanya.

" Alamak saya lupalah doktor. Nanti saya ingat saya bagitahu doktor ya." Ujar Humaira dengan sengih. Fahrin hanya mengeleng senyum. Memang ternyata dia lupa sama sekali. Entah bila la agaknya dia boleh mengingat perkara yang dia ingin tanyakan tu.

" Nasib baik awak cantik. Kalau tak, tadi saya dah campak awak dalam air. Lepas ni, jangan lupa lagi ya." Fahrin senyum tapi ayatnya tadi bunyinya lebih kepada macam satu amaran saja. Humaira menelan air liur. Tepat ke keputusan dia kemari?

" Maaf doktor."

" Fahrin. Panggil Fahrin. Fah-rin. Boleh?" Humaira terus saja mengangguk tidak banyak bicara. Terasa seperti Fahrin yang lembut tutur katanya bertukar menjadi Fahrin yang aneh kelakuannya.

" Bagus. Good girl. Jom, saya bawa awak tour bangunan ni." Fahrin dengan berani mencuit batang hidung mancung Humaira. Humaira mahu melarang tapi mengingatkan pandangan tidak senang Fahrin tadi, dia putuskan niatnya. Mahu tidak mahu, dia mengejar juga langkah besar Fahrin kerana mahu seiiring jalan dengannya.

Humaira mengekori saja ke mana kaki Fahrin membawanya pergi. Sudah hampir seluruh bangunan Fahrin bawa dia melawat dan hampir semua tempat yang Humaira jejaki, semuanya menakutkan. Lebih - lebih lagi sewaktu Fahrin tunjuk bilik banduan gila.

Mendengarkan rekod - rekon banduan gila ini, memang membuatkan sesiapa saja tidak mahu bertemu mata dengan mereka. Kejam dan menakutkan. Lebih tepat, langsung tidak berperikemanusiaan.

Cerita terbaru yang dia dengar dari Fahrin pasal seorang lelaki membunuh seorang anggota polis dan mayat mangsa dikerat alat sulitnya sebelum ditanam di tanah perkuburan bukan Islam. Seram betul.

Humaira telan air liur bila dia tahu akan hal itu, dan lebih menyeramkan bila itulah tempat dia akan memulakan kerjanya esok hari.

" Maaf tanya Fahrin, tapi kenapa semua bangunan tadi kosong?" Soal Humaira bila dia tidak nampak seorang pun pesakit mental berkeliaran.

Its their playtime."

***

TITTT!

Pintu keselamatan terbuka. Seorang pegawai menahan mereka daripada masuk. Bila Fahrin tunjuk kad putih pada pegawai itu, dia mula menghulurkan sarung tangan getah perubatan bewarna hijau muda padanya.

Wear your gloves at anytime and at any costs." Fahrin beritahu Humaira sebelum dia menghulurkan sepasang sarung tangan padanya.

" Kenapa ya? Ada wabak penyakit ke kat sini?" Tanya Humaira ingin tahu. Kalau dah kena pakai sarung tangan 24/7 maksudnya mesti ada sesuatu yang tak enak didengar berlaku.

" Awak tengok saya macam mana cik Humaira? Sihat atau sakit?" Soalan dibalas soalan. Tapi ya ini Humaira tahu, sinis maksudnya.

Melihatkan Humaira yang masih juga bingung, Fahrin mengeluh kecil, " We take precautions here, some of these crazy butts aren't what you think. Pyschopaths aren't stupids like what you always thinking. They are gifted with creative thinking and the worst part, they didn't know what remorse is. So be careful." Terang Fahrin yang dibalas anggukan dari Humaira.

Perlahan, Humaira dan Fahrin melangkah masuk ke perkarangan. Orang ramai mula memaku pandangan mereka ke arah Humaira. Humaira mula kaget. Aneh - aneh orang gila disini. Semacam mayat hidup.
" Jalan je, jangan peduli. Anyway, this will be your everyday sights. You akan boring lepas ni." Pesan Fahrin yang tenang melangkah. Tiada riak takut dan gusar pun di wajahnya.

" Kenapa dia orang semua macam mayat hidup?" Tanya Humaira kehairanan melihat kebanyakan susuk tubuh pesakit kurus kering berkulit mengerutu dan lebih menyeramkan kulit mereka juga bertompok - tompok hitam. Bulu tengkuk Humaira naik merinding dibuatnya. Ini lebih jauh menyeramkan daripada filem yang ditayangkan di televisyen.

Humaira tangkap kerlingan Fahri padanya. Kenapa? Aku salah cakap ke?

They made themselves that way. You don't have to feel scared. When they are sedated, they are really fine." Fahrin membuka mulut.
" Oh. Maaf. I acted like I know nothing." Tanya Humaira lagi.

Fahrin memberhentikan langkahnya di hadapan pintu besar bangunan. Mungkin pintu keluar masuk utama bangunan ini agaknya. Kemasan ukiran kayu pada pintu besar itu cukup mengagumkan. Kemas dan indah sekali.
You should be. Always. Saya fikir awak dah baca syarat perjanjian yang awak tanda tangankan Maira?" Fahrin mengangkat kening.

" Hah! Oh, syarat perjanjian yang mana?" Humaira tersengih seperti orang bodoh. Ternyata dia tak tahu menahu mengenai itu. Bila dia garu kepalanya yang tidak gatal, Fahrin buat muka tidak senang.

Mereka masuk ke dalam bangunan yang serba kosong dan berwarna monochrome itu. Sebiji macam gambar - gambar bangunan tinggalan.

Listen at this once. Whatever you see, hear, smell or think I suggested that you keep all those things to yourself. No loitering in the patient lobby after lights out. No transpassing anywhere around the island. And." Fahrin berhenti untuk menekan butang lif, " Please be reminded, you can't leave this facility unless you are ought to."

Fahrin masuk ke dalam perut lif. Tapi Humaira masih lagi diluar. Dia toleh kiri dan kanannya. Dari luar bangunan, dia lihat pagar dawai yang tinggi dan berkawat. Hatinya sudah diselubungi rasa takut. Ya Allah, dia buat silap. Ini bukan sebarangan tempat. Muka Humaira pucat. Dia toleh ke arah Fahrin yang masih menunggu di dalam lif.

Come Maira. I'll meet you up with all the doctors here. I guess, everyone will be glad to see you." Pelawa Fahrin.

***

TING!

Pintu lif tingkat 15 terbuka luas. Humaira melopong luas. Tidak percaya.

Fahrin tersenyum lebar melihat perubahan wajah Humaira. Wajahnya seakan nampak hantu saja. Mana tidaknya, sepanjang dalam lif tadi, Humaira nampak tidak bermaya. Bicara pun tidak. Bukan niat dia untuk menakut - nakutkan Humaira. tapi dia cuma memberitahu apa yang benar saja.

Welcome to our secret little paradise. Hehe." Fahrin lekap jari telunjuknya di bibir.

Mata Humaira masih membulat. Tak tergambar dalam benaknya, tempat ini akan jadi sebegini rupa. Memang tak tercapai dek akal sesiapa pun. Hiasan dalaman lounge ini cantik sekali. Moden dan minimalis. Bertemakan hitam dan putih. Selesa tetapi masih professional. Tapi ini sudah macam istana buat Humaira.

Semacam penthouse, tingkat 15 dan 16 dijadikan asrama buat doktor - doktor disini manakala staff pula diberikan bangunan bersebelahan yang tidak jauh dari bangunan utama. Tingkap kaca yang terpempang di dinding kiri dan kanan bangunan, sememangnya memaparkan permandangan yang begitu indah. Humaira sempat mengamati permandangan dari luar dinding kaca, memang cantik. Teramat cantik mungkin.

" Ini tempat paling best lepas kerja. Lepak, makan, boleh tengok tv, guna internet. Yes, awak boleh je guna telefon bimbit untuk akses dunia luar. Jangan fikir kita orang kat sini pun macam orang gila jugak." Suara garau Fahrin ada nada lebih ceria dari tadi. Agaknya encik Fahrin versi lemah lembut sudah kembali kot. Humaira ketawa kecil mendengarkan gurauan Fahrin.

Dia jadi lega. Melihatkan suasana yang tidak seseram yang dia fikir. Malah, dia sendiri teruja untuk tinggal di sini. Semuanya ada. Macam one pit stop. Mini laundry dengan bar pun ada. Wah, mewah! Bisik hati kecilnya.

No lights out kat sini. Awak nak buat apa pun boleh." Kata Fahrin senang. Mereka berdua akhirnya berhenti di hadapan bilik yang akan dihuni Humaira.

Pintu bilik dibuka dan Humaira melopong sekali lagi. Apa semua ni? Macam dalam katalog IKEA saja susun aturnya. Sungguh moden dan tersusun. Apatah lagi bila bola matanya tertancap pada iMac pro di atas meja. Humaira pandang bilik dan wajah Fahrin silih berganti.

" Ini bilik saya?" Fahrin mengangguk.

" Sungguh?" Tanya Humaira lagi memerlukan kepastian. Tak percaya.

" Ya, cik Humaira yang cantik. Ini bilik awak." Ujar Fahrin lembut. Dalam fikirannya, dia mula berfikir, Humaira agak kebudak - budakan meskipun dari gaya penampilannya menampakkan kematangan.

" Saya tak pernah dapat bilik secantik ni, Fahrin." Humaira melangkah masuk ke bilik indah itu. Pandangannya melilau ke segenap inci bilik.

Dinding putih dan biru itu sungguh mendamaikan. Pemilihan perabut putih dan praktikal banyak membantu dalam memperlihatkan bilik kecil itu luas.

" Saya pun sama. Tak pernah dapat bilik secantik dan sekemas ni. Masa mula - mula datang saya pun excited sangat tengok bilik." Bual Fahrin Tapi bila Fahrin mahu menambah, kedengaran suara riuh rendah di tingkat bawah.

" Mesti dia orang tu dah balik." Ujar Fahrin. Tangan Humaira ditarik turun ke bawah.

" Hai! Guess what, kita ada budak baru!" Umum Fahrin riang.

" Whoa‼" Masing - masing bingung. Ada juga yang tunjuk riak kurang senang.

" Perempuan??" Jerit keempat - empat doktor yang berdiri dihadapannya seperti tidak percaya. Dada Humaira berombak kencang. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Humaira angkat mukanya. Semua doktor yang berdiri dihadapannya, tiada satu pun spesis dia. Mukanya serta merta merubah merah saga. Dia salah dorm ke? Tapi Fahrin yang bawa. Apa ni?

" Wah, cantik!" Beberapa orang sudah terpegun melihat Humaira. Mana tidaknya, Humaira tu putih orangnya tambah lagi dengan tubuhnya yang memang dijaga rapi olehnya. Sesiapa pun boleh bergoncang jantung dibuatnya bila melihat Humaira.

" Merah pipi dia nanti, sudahlah." Kata salah seorangnya kedengaran malas. Humaira curi - curi pandang ke arah empunya suara. Wajahnya nampak penat sekali. Jelas relung hitam dibawah matanya.

" Er, Fahrin. Dorm perempuan mana?" Tanya Humaira berani. Tak selesa sebenarnya dikerumuni orang bukan sejenis ini.

" Kat sini tak ada dorm perempuan. Awak sorang je perempuan kat sini." Bilang Adrian, doktor berbangsa cina. Humaira cari punya suara.

" Hah?! Tak mungkin." Humaira melopong lagi. Adrian yang persis artis Kpop itu mula senyum herot.

" Hmm, aku pun hairan sebenarnya bila nampak dia kat jeti tadi. Pelik juga kenapa dia kat sini." Fahrin garu dagunya yang tak gatal.

" Itulah, aku pun pelik ni." Kata Qidran yang sudah selamat menghenyak punggungnya di kerusi panjang berbalut kulit hitam.

" Kau rasa orang atasan memang nak buat revolusi ke?" Sambung Adrian penuh minat.

" Revolusi? Kau ni kelakarlah Adrian." Qidran ketawa kecil. Penggunaan kosa kata Adrian memang boleh dipuji. Tepat tapi bila didengar agak kelakar di telinga mereka.

" Eh betullah."

Pandangan Humaira terlontar jauh ke arah doktor kepenatan tadi yang sudah memanjat tangga. " Pian kau nak ke mana?" Panggil Qidran.

Langkah Pian terhenti lalu dia memalingkan mukanya malas. " Penat. Nak tidur. Anyway, hi and bye, see you later housemate baru.I Pian." Dia kembali memanjat tangga usai melambaikan tangannya pada Humaira.

" Dia masih under projek tu ke?" Akhirnya lelaki berkaca mata itu bersuara. Namanya Omar.

Masing - masing selain Humaira mengangguk menjawab soalan yang dilontar Omar. Seraya itu, Omar mengeluh.

" Aku-." Namun tidak sempat Omar meluahkan apa yang terpekung di dadanya. Qidran terlebih dahulu memotong.

" Tak perlu bincang dulu pasal tu. Yang penting, kita kena sambut kedatangan bunga dalam taman kita ni." Qidran mula tunjuk minat pada Humaira.

" Oh, tak perlulah nak sambut." Humaira mengeleng. Segan.

" Eh tak bolehlah macam tu. Awak kan dah jadi keluarga baru. Lagipun, Adrian masak umphh! Sedap." Sambung Qidran lagi.

" Ish, mana ada! Biasa - biasa ajelah." Adrian tersimpul malu mendengarnya. Dia sememangnya pakar dalam masakan. Sebut saja makanan apa yang mahu, pasti dia akan masakkan dengan baik sekali. Kadang - kadang, doktor lain hairan kenapa dia disini. Sepatutnya dia sibuk di dapur hotel - hotel mewah menyediakan sajian untuk orang - orang kenamaan.

" Betul! Dah lama betul tempat ni tak meriah. Malam ni macam mana? Cun?" Omar pula yang tiba - tiba teruja. Mungkin sebab mendengar Adrian yang akan jadi tukang masak hari ini.

Its okay Maira. This is on us. You should relax siket and kenal- kenal kita orang. Taklah kekok sangat lepas ni. Okay?" Pujuk Fahrin.

Tidak lama selepas itu, Humaira mengangguk setuju. Ada betulnya juga. Kenal - kenal dahulu, mana tahu boleh dia tengok mana yang dia harus jauhkan dirinya daripada si hidung belang atau mata keranjang. Dia pula hanya seorang saja perempuan di situ.

PLEASE RATE AND LIKE THIS NOVEL AND COMMENT DOWN BELOW IF YOU WANT TO EXPRESS YOUR OPINION. Aku bukan jenis makan orang. ❣️


Previous: BAB 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh