Bab 15

" Kau tahu ke apa yang aku cari? Kau tahu ke kenapa aku curi kunci tu? Main serkap jarang je kau ni bila bercakap. Kepala aku sendiri pun, aku tak tahu betul ke tidak." Emir menembak Humaira dengan soalan sampai tergamam perempuan itu dibuatnya.Begitulah Emir, mulutnya bukan pedas cuba melebih jujur. Bukan dia tidak gemar atau kurang senang dengan Humaira.


Bahaya betul si Humaira ni bila bercakap beri maklumat sulit, main ikut sedap mulut dia je. Silap hari bulan aku ni dibuatnya pembunuh ke apa, tak ke melayang nyawa kau tu? Tapi pandai pulak dia bercakap aku kau dengan aku... Marah ke? Bebel Emir di dalam hati sambil dia memerhatikan Humaira dari atas ke bawah.


Lenggok badan Humaira bertukar tidak selesa. Bila disoal begitu oleh Emir, serta merta fikirannya jadi ragu. Emir pula menunduk kepala lalu dia gosok belakang tengkuknya dengan tuala, mengesat peluh yang tersisa. Rasa tidak selesa bila ada peluh yang mengalir ke belakang badan. Tidak lama kemudian, dia ketawa dan mengeleng lagi. Riak dia seperti saja cuba mengapi - apikan hati Humaira, semacam mempermainkan.


" Doktor Maira... Kau ni tengah nak minta tolong dengan orang yang otak dia fius rosak... Sedar tak? Kenapa kau pun dah jadi tak betul juga ke?" Dia pusing jari telujuknya membulat dengan tawa masih bersisa. Satu isyarat tangan yang menunjukkan seseorang itu hilang akal.

Humaira terdiam gusar. Wajah Emir ditatap dalam. Bibirnya keras kaku tidak berkata apa. Betul juga kata Emir. Apalah aku nak minta tolong dengan orang gila pulak. Entah - entah aku juga sama gila dengan dia~jugak~agaknya.


" S—Saya ingat... Awak —." Ayatnya dipotong.


" Ingat apa? Ingat aku ni waras? Hahahaha. Habis aku kat sini buat apa? Main wayang?" Emir ketawa lagi. Memang dia~menganjing~habis - habisan doktor perempuan itu.~


Kali ini, setelah dijamu dengan soalan - soalan sinis lagi pedas itu membuatkan hati Humaira benar - benar terguris. Mengelegak rasa darah Humaira berpusu - pusu naik ke otak. Dia sendiri dimalukan oleh pesakit mental.~Mana mahu dia sorok mukanya?


" Adoi, lucu betul. Tak takut ke? Duduk dengan pembunuh gila macam aku seorang diri macam ni? Mana tahu tiba - tiba penyakit gila aku ni datang, rabak kau Maira. Dah menghitung ajal?" Emir berganjak sedikit dari duduknya merapat ke arah Humaira. Batang tubuhnya yang tinggi dibongkok sedikit lagi dan menutup jurang kecil antara jarak mereka berdua. Bibirnya dilirik senyum pada Humaira.


Merasakan keselamatannya terancam, Humaira lekas mengalihkan tubuhnya agar tidak berlaga lutut dengan lelaki itu. Sekelip mata lelaki mengubah perasaannya jadi seriau. Hatinya dirundum seram yang takutnya sehingga ke tulang kering. Degupan jantungnya juga sudah mengasak debar yang keras. Berdegup laju mengalahkan enjin kuasa kuda! Mati aku Ya Allah! Mati Aku. Berzikir kalimah kebesaran di minda Humaira tidak putus.

Emir yang seronok melihat wajah cuak Humaira, tersengih nakal. " Aku tahu... Tak ada orang tahu kan kau ke sini? Orang tua yang kat bawah tu pun tak tahu kan?" Duga Emir dengan suaranya sedikit membisik.~Taktik menakutkan Humaira berjaya, wajah Humaira seakan - akan sudah kehilangan roh. Terbang melayang jauh mencari tempat perlindungan. Pucat lesi mukanya. Seakan redha dengan apa saja yang bakal terjadi. Baik buruk ditelan saja.


Tawa keras Emir bergegar melantun - lantun ke dinding dan berdesup masuk ke corong telinga Humaira. Humaira semakin takut. Badannya mula mengigil dan dia mula menyesali keputusannya sekali lagi. Kini sedarlah dia, dia memang manusia yang tak arif dalam membuat keputusan. Humaira memeluk tubuh. Peristiwa hitam itu kembali mengetuk peti memorinya supaya ditayangkan dan menganggu hidupnya buat kali kedua. Terasa jijik pada dirinya sendiri sehingga menitis air mata jernihnya ke pipi. Pandangan mata Humaira naik mencari bola mata Emir. Mata mereka berdua terpaut kemas.


Dari mata Emir, dia dapat baca ketakutan yang dirasai Humaira. Di sebalik mata buntar yang berkaca itu, tersimpan fikiran yang penuh kecamuk.~Mungkin perempuan ini masih tak tahu menahu pasal kegiatan sebenar institusi ni kot. Nampak jujur dan naif pulak perempuan ni. Fikir Emir. Emir pandang Humaira yang sejak tadi hanya menunduk saja. Malu dan takut barangkali. Dia jadi serba salah. Pantang betul dia bila tengok perempuan tayang muka sedih. Lemah sungguh!


Suasana bertukar hening seketika. Masing - masing diam tak berkata apa. Berfikir dan berfikir. Sehinggalah, Humaira menyuarakan sesuatu.


Bergetar bibir Humaira saat dia mengungkapkannya, " Tak kisahlah awak nak cakap apa tapi —." Humaira menelan air liur yang rasa tersangkut di kerongkong. Jari - jari mengenggam kemas pehanya. Berat sungguh dia mahu memberitahu rasa yang tersimpan di hati.


" Kali pertama jumpa awak, saya — Saya rasa s—selamat dengan awak." Humaira menunduk kepala. Malu tapi itulah kenyataannya.


" Sebab tu, saya dengan bodohnya datang sini." Menitik air mata Humaira ke peha. Dia buntu juga sebenarnya. Sekarang dia sendiri tak pasti kenapa dia perlu datang mencari Emir dan tidak detektif Firdaus. Hatinya kuat menyuruhnya ke mari.


Tercengang Emir bila mendengarnya. Wajahnya berubah merah bak udang direbus, jantungnya berdegup rancak, perutnya tiba - tiba saja rasa geli, tidak pernah dia mendengar ayat sebegitu dari seorang perempuan sepanjang dia bertugas di lapangan kerja. Inilah kali yang pertama. Selama ini, dia hidup antara seteru dan sahabat. Antara mati dan hidup. Antara dia dan satu identiti baru. Sudah selesai satu kes, dia beralih ke kes yang lain. Itu saja. 


Definisi pasangan, keluarga, bahagia, dan zuriat tiada dalam kamus hidupnya kerana perkara itu sudah lama dia kuburkan. Selama 27 tahun dia hidup, belum pernah dia punya kawan berjantina perempuan. Apatah lagi seorang yang istimewa. Orang hidup nomad seperti dia tidak punya masa untuk memikirkan dan melayan perasaan suka atau cinta tapi dengan Humaira dia lain. Ada sesuatu yang membuatkan dia tertarik dengan perempuan itu. Mendengar luahan hati Humaira membuatkan otaknya tiba - tiba saja tidak berfungsi dengan baik. Padahal bukannya perempuan itu meluahkan perasaan cinta pun.


Emir diam masih tidak tahu mahu beriak bagaimana. Riaknya kosong. Dia sendiri pun tak pasti apa yang sedang bermain di dalam hatinya. Seronok ada, risau pun ada. Dia bingung.


" Jadi sebab kau rasa macam tu, kau percayakan aku? Naif betul kau ni Maira." Eh bukan macam tu!~


Butir butir air mata jernih makin laju merenik ke pipi. Sendunya cuba ditahan - tahan. Tubuhnya dipeluk kemas seperti sedang melindungi dirinya. Emir diam tidak terkutik. Tawanya tadi sudah lama terkubur. Rasa serba salah mula membendung diri. Silap betul mulutnya tadi.


" Ya! Saya sedar keputusan saya salah. Ya! Sekali lagi, keputusan saya salah! Sa— saya memang jenis suka binasakan diri sendiri. Sa— saya benci dengan diri saya! Benci! Mungkin le— lepas ni awak akan ro—rogol saya..." Tangisannya pecah dan nyaring bila dia menyebut perkataan yang sudah membinasakan hidupnya itu. Emir kelam kabut. Pintu yang terkuak luas cepat ditutupnya rapat. Mati kalau didengari orang.


Mendengar daun pintu tertutup rapat, Humaira yakin pembunuh itu sudah membuat keputusan. Dia menutup rapat matanya sambil air matanya mengalir deras, " Lepas awak selesai... S— Saya nak awak bunuh je saya. Jangan spare me a life. I don't deserve to live in this beautiful world. "


Otaknya mula memain wayang, membayangkan bagaimana Emir akan membunuh dia dengan begitu kejam sekali. Mungkin lelaki itu akan menumbuk dan membaling tubuhnya ke dinding, tidak pun mencekik lehernya dengan tali sehingga mati. Paling kejam, lelaki itu sendiri akan merobek


Langkah Emir mati di belakang Humaira, dia tahu dia tak patut ketawa dalam situasi begini tapi mendengar kata - kata Humaira itu membuatkan dia berasa geli hati. Perutnya yang senak dipegang kemas seraya dia menyandarkan badannya pada belakang kepala kerusi yang duduki Humaira sebelum lututnya jatuh tersungkur ke lantai.


Tawanya semakin keras bila dia lihat wajah Humaira yang dicemari mata sembab dan bengkak melihatnya kehairanan. Pertama kali dalam hidupnya, seorang hamba Allah memintanya untuk dirogol dan dibunuh. Melihat bibir Humaira bergerak - gerak seperti ingin mengatakan sesuatu, Emir menghalang, supaya membenarkan tawanya surut dahulu. Usai itu, Emir menarik nafas lelah. Rasanya dah berkurun dia tidak ketawa begitu.

Sambil berbaring, Emir perhatikan bilah - bilah kipas yang seakan ghaib bila berputar laju. Jari - jarinya memutar - mutar mengikut gerakan bilah kipas.


" Kadang - kadang kau rasa macam kau nak ghaib je dari dunia ni. Tinggalkan semua masalah, memori pahit, orang yang kau sayang, orang yang kau benci... Kalau boleh kau nak padam fikiran orang perihal diri kau.


Tapi Maira, itulah kehidupan. Kau tak boleh lari dari masalah... Jadi apa perlu kau buat, kau lawan masalah tu. Macam main boxing!~ Knocked them out!" Satu penumbuk angin dilepaskan ke udara. Emir tersengih disebalik mata kanan yang tertutup dengan rambut yang jatuh.


" Biar tahu, kita ni manusia bernilai bermaruah!" Emir membuang renung pada Humaira.


" Kenapa kau cakap semua ni?"


" Kau dah puas hidup?" Soal Emir duduk menyilang kaki di lantai bersebelahan Humaira. Namun badannya menghadap ke arah pintu. Beberapa kali juga dia mendehem mencari suaranya yang hilang dek penangan tawa yang berulang siri tadi.


Humaira seakan keawangan saat dia mendengar suara lelaki itu cuba menenangkan hatinya dan mengusir rasa sakit yang membendung di dalam dirinya. Mahu saja masa berhenti seketika untuk mereka berdua, sekadar untuk dia berdua mengingati dan menghargai waktu singkat yang indah itu. 


Belum pernah sejak bertahun lamanya, hati Humaira seakan tertawan oleh seorang arjuna. Lamunannya terhenti saat dia terdengar siren kuat bergema di luar bangunan, menandakan waktu sesi bersama pesakit akan mula berjalan. Humaira sudah tidak punya banyak waktu. Sisa air mata yang semakin kering di pipi mulusnya, ditenyeh hilang.


" Tak payah nak psycho aku sangatlah. Buat je apa yang kau nak buat dengan aku cepat." Ujar Humaira geram. Giginya diketap rapat. Emir kerling pada susuk tubuh Humaira dengan ekor matanya, giginya tertayang bagaikan iklan ubat gigi seraya dia mengeleng - geleng.


Kenapalah kau jadi orang gila Emir? Masih tak diterima akal lelaki sesempurna kau boleh jadi macam ni. Getus hati kecil Humaira saat bola matanya memuji ketampanan Emir.


" Aku tanya... kau dah puas hidup?"


Humaira toleh ke arah lelaki itu. Wajah Emir ternyata serius saat mereka berdua bertentang mata. Dia diam sejenak seperti sedang berfikir.


" Dah buat apa yang kau nak buat dalam dunia ni?" Soal Emir lagi, kali ini dengan satu senyuman nipis dibibir.


" Belum." Jawab Humaira ringkas.


Emir bangun dari duduknya lalu menghela nafas pendek. Nampaknya juga dia tahu, Humaira tidak patut berada disini untuk masa yang lebih lama. Humaira mengekori susuk tubuh Emir yang tunduk semula mengutip kertas - kertas yang berterbangan dari fail tadi.


" Dah. Considered done. Kau boleh balik bilik kau dan teruskan jadi doktor gila. Aku ada banyak benda nak buat. Fail ni aku ambik. Now you can leave. " Ujar Emir menunjuk ke arah fail yang berada kemas di dalam tangannya lalu dia membuka pintu untuk Humaira. Dibibirnya tertampal satu lagi senyuman puas.

Humaira seakan tidak percaya. Dia dihalau oleh pesakitnya sendiri. Lambat - lambat Humaira bangun dari kerusi lalu menebar pandangannya ke arah figura Emir yang tegak berdiri di hujung daun pintu. Saat itu, Emir mempersilakan dia keluar.


" Aku tak jamin kau boleh keluar dari sini tapi aku jamin atas keselamatan kau kat sini. You have a precious life. Don't waste it."

Emir tarik tangan Humaira dan menyerahkannya sekeping kertas kecil. Satu tabik diberikan pada Humaira sebelum Emir menutup pintu biliknya.


BAMM!!


Pintu dihempas kuat hingga beranjak Humaira ke belakang. Wajahnya kaku terkejut sebelum dia mengalirkan air mata lalu bibirnya membuah senyum seraya dia mengunci semula bilik itu.


" Kau tak patut senyum. Kau tak patut buat aku rasa istimewa Emir..." Pintu dipandang seakan dia memandang figura Emir. Satu perkataan mula membuat dia bebas. Lega. Dia berasa amat lega bila dia mendengar kata - kata akhir Emir tadi. Seakan terlepas dari satu beban lalu Emir memberinya secebis kekuatan. Hatinya kuat mengatakan inilah gila yang sebenar - benarnya.


" Terima kasih Emir..."


Pili air dibuka laju sebelum dia menadah tangannya dan membasuh mukanya beberapa kali. Wajahnya direnung ke dalam cermin usang itu. Terkejut dia melihat kedua - dua matanya yang sembab dan bengkak. Terkocoh - kocoh tangannya mengambil beberapa alat solek dari dalam beg tangan yang diletakkan disebelah singki. 


Usai menyolek dan menutup bengkak matanya, dia mengemas alat soleknya semula sebelum bola matanya tertangkap pada surat kecil yang diberi Emir tadi. Humaira buka surat kecil itu dan dia ketawa kecil melihat contengan yang dibuat Emir.  Sebuah contengan yang selalu dibuat di dalam kelas yang bosan atau sedang menelaah mencari idea. 


Figura kayu sedang membuat pelbagai aksi lucu yang dilukis Emir mencuit hati Humaira. Melihatkan contengan itu, Humaira dapat mengagak, Emir seorang lelaki yang menyenangkan dan sedikit lucu. Tapi yang lebih menarik perhatiannya, Emir menulis satu nama di atas kertas kecil itu. Nama yang asing sekali bagi Humaira


Dr. Zhaffran.


" Dr. Zhaffran? Siapa?" Tergaru - garu tangan Humaira di kepala yang tidak gatal itu. Dipaksa otaknya untuk memproses dan mencari nama itu dari bank simpanan ingatannya namun kosong. 


Humaira mengangkat bahu, memutuskan bukan masanya untuk berfikir berat akan empunya nama itu. Kertas kecil itu dilayangkan ke dalam beg tangannya lalu tenggelam di dasar. Melihat cermin, dia mencambah senyum. Kembali sudah rasa semangatnya untuk meneruskan hari - harinya sebagai seorang doktor gila.   



Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh