Bab 8

Senyuman yang tertampal dibibir Emir semakin hilang saat Humaira mendekati susuk tubuhnya. Takut - takut bola mata Humaira naik menemui dua pasang tajam Emir. Terasa merinding tegak bulu - bulu halus dibadannya bila mata itu menikam dua pasang mata bundar miliknya. Sekali lagi Humaira hilang kata - kata.

" Jalan." Arah Encik Adam memecah diam Humaira yang tak ubah seperti tunggul kayu itu. Segera Humaira melangkah seiring dengan Emir yang dipandu Encik Adam. Terasa jauh pula bilik 404. Ini sudah tangga ke berapa dia panjat pun dia sudah lupa. Kakinya sudah terasa mahu patah. Tak mampu dia bayangkan hari - harinya akan mendatang, rasa sudah merangkak kalau begini jauhnya.

Sedang sibuk kepalanya memikirkan hal itu, Emir kemudiannya bersiul senang. Siulan itu kemudiannya melantun - lantun disegenap ruang. Aneh dan begitu mengasyikkan. Apatah lagi bila banduan - banduan gila yang lain mula menjenguk muka mereka ke luar tingkap pintu kecil bersegi empat. Pasti ingin memerhati si siulan indah itu. 

Bila saja susuk tubuh Emir melepasi pintu bilik mereka, mereka senang melebarkan satu senyuman beserta isyarat aneh pada Emir. Isyarat yang begitu memusykilkan. Bukan isyarat 'peace' yang sering terpapar di instagram mahupun di laman sosial lain tapi isyarat rahsia. Bahkan lebih misteri dari isyarat tangan untuk orang kurang upaya. Bingung. Emir pula kelihatan membalas isyarat mereka itu dengan anggukan yang pasti. Semacam anggukan Kim Jong Il ingin melepaskan bom nuklear ke Amerika saja.

Humaira yang melihat aksi mereka sejak tadi hanya diam membisu. Takut untuk bertanya. Nantikan bala, susah pula hidupnya nanti. Tadi, Sempat juga dia mengerling ke arah Encik Adam yang tidak memberi sebarang riak pun. Jadi, dia terus saja membuat konklusi yang dia juga tidak harus memberi sebarang riak aneh pada kelakuan banduan - banduan ini.

" Doc, sekarang tempat ni dalam kuasa aku. Dan bukan kau." Ujar Emir bila mereka bertiga sudah menghampiri satu bilik yang paling hujung dan paling akhir.

Humaira cuba berlagak berani meskipun dadanya sudah berombak kencang bagaikan mahu pecah saja bila lelaki kacak itu menatap dua pasang matanya dalam sebelum mata itu mengerling ke arah Encik Adam yang sudah mahu meninggalkan bilik itu. Bila Encik Adam hilang dari pandangannya, dia mengalihkan perhatiannya pada Humaira yang berdiri tegak dihadapannya.

" Maksud awak? Maaf, saya kurang faham."

Emir sengih sinis, " Kurang faham atau takut nak faham." Leathers yang membalut tangan Emir, Humaira biarkan berbalut. Biar lelaki ini sudah benar - benar masuk ke dalam biliknya, baru dia berkira mahu membuka leathers itu. Tak mahu kalau tiba - tiba Emir membuat sesuatu perkara diluar jangkaannya.

CREEEKKKK!

Pintu besi bilik yang bakal Emir huni itu dikuak luas. Humaira terpaku. Bilik itu langsung tidak sama dengan apa yang dia gambarkan. Bilik kecil itu nampak begitu selesa sekali dengan hiasan tradisional Melayu. Namun, masih juga berbaur misteri dengan susunan barang - barang antik yang menghiasi di tepi - tepi dinding. Semacam di dalam set pengambaran filem seram.

At least, aku dapat bilik selesa. Nanti, datanglah bilik aku selalu doc. Boringlah sorang - sorang." Emir mendahului langkah Humaira lalu dia menghempas punggungnya pada katil bujang berbalut kain putih. 

Kepalanya tertoleh kiri dan kanan, seakan - akan anak kecil yang teruja dengan bilik barunya. Jelas riak senang yang tergambar pada wajahnya. Humaira yang berdiri tidak jauh jadi asyik memerhatikan gelagat jejaka kacak itu. Namun tidak lama, dia cuba hentikan keasyikan anehnya pada suspek pembunuhan kejam itu.

" Apa maksud awak bila awak cakap tempat ni dalam kuasa awak?" Humaira memberanikan diri bertanya. Namun, Emir masih juga sibuk menilik segenap ruang bilik yang bakal dihuninya itu. Langsung tidak mempedulikan dia.

Dek kerana geram soalannya tidak berjawab, tangan Humiara pantas menarik tombol pintu besi yang hanya beberapa inci jauh darinya. Dan sepantas itu juga, Emir berlari ke menerpa ke arah Humaira menghalangnya dari menutup pintu. Lengan Humaira ditarik keras Emir dengan tangannya dari belakang. 

Bila tubuh Humaira sudah sepenuhnya masuk ke dalam bilik, Emir sendiri menghempas pintu besi sehingga tertutup rapat. Semacam mahu gugur saja jantung Humaira bila Emir sudah selamat mengepung tubuhnya. Kuat sungguh kudrat lelaki tinggi lampai itu, mengalahkan Badang barangkali, kerana pintu besi itu sememangnya amat berat. Bila Humiara mahu meloloskan diri, Emir terlebih dahulu menyekat pergerakkan Humaira dengan kakinya. Tubuh Emir mula merapati dada Humaira hingga membuatkan Humaira jadi segan untuk menarik nafasnya yang sudah teramat semput sejak tadi.

" Hebatkan. Walaupun tangan aku diikat, kau tetap tewas dengan aku. Nak bergerak pun susahkan?" Suara Emir menghembus lembut anak - anak rambut di dahi Humaira. Dada Emir ternyata juga hebat turun naik, mencari oksigen yang tersisa di dalam bilik kecil itu. Diam Emir kerana mencari nafas sebelum dia kembali menambah. Humiara yang berada di dalam kepungannya, jelas sudah hilang kewarasan. Dia tak ubah seperti tunggul kayu buruk yang sudah mati dan kering. Tegak tidak bergerak.

" Dah lemas belum doc? Heh... Kau tak suka ke aku buat macam ni dekat kau?" Emir ketawa kecil dengan ayatnya sendiri bila ternyata, dia boleh merasa getaran nafas gementar Humaira.

" Gila!" Terasa bergerak - gerak halkum Emir pada ubun - ubun Humaira bila lelaki itu melempias tawa nipis. Ketakutan, Humaira memejam matanya rapat. Rasa suram sudah menyasak ganas dalam dirinya. Lelaki ini memang merbahaya.

" Macam tu la aku rasa doc, bila kau langsung tak nak buka gari bodoh ni dari tangan aku. Lepaskan tangan aku. Aku janji aku takkan apa - apakan kau." Emir mengundur setapak ke belakang membenarkan Humaira bernafas semula. 

Wajah Emir segera dia cari. Ah! Boleh pula dia senyum macam orang gila dekat aku. Kata hati kecilnya melihat Emir yang sudah tersungging senyum sinis. Humaira sudah lupa agaknya yang Emir itu sememangnya seorang pesakit gila.

" Tak boleh ke awak cakap elok - elok dengan saya? Minta izin baik - baik?" Tinggi suara Humaira melantun tepat ke corong telinga Emir. Emir tidak membuat muka, dia hanya membelakangkan badannya lalu dia tunjukkan leathers yang masih ketat membalut pergelangan tangannya pada Humaira.

Humaira mara membuka balutan leathers yang melekat antara dua pergelangan itu lalu dia tarik tubuh Emir menuju ke hujung katil dan dudukkan punggung Emir diatasnya. Emir pula hanya mengerakkan saja kakinya mengikuti arah pembawaan Humaira. Belum sempat dia berkata sesuatu, bunyi rantai besi yang sudah kemas dikunci pada leathers pergelangan tangan kirinya membuatkan dia lekas bangun dari duduknya. 

Humaira sudah mengundur beberapa tapak ke belakang. Wajah tenang Emir sudah bertukar bengis. Beberapa kali dia cuba meloloskan diri dari leathers itu dengan rantai besi tetapi tidak berjaya. 

Humaira menapak lagi sehingga dia berada di luar pintu bilik. Bola matanya masih juga tertancap pada sepasang mata bengis itu. Mereka berdua bertaut mata. Masing - masing tidak ada tanda mahu menoleh ke tempat lain meskipun dada masing - masing sudah berombak amuk. Bunyi tarikan besi yang membataskan pergerakan Emir itu bergema disegenap ruang legar. Menyeramkan bunyinya, serupa lembu sedang amuk.

" Tak, saya takkan buka. Itu hukuman awak hari ini. Muhasabahkan diri awak dulu Emir, baru saya buat keputusan untuk buka leathers tu atau tak. " Humaira tunjuk kunci yang sudah kemas dan selamat masuk ke dalam saku seluarnya pada Emir. Tangannya yang bergetar kerana takut jelas ternampak dari kornea Emir.

" Berani—."

Ayatnya dipotong. Giginya diketap geram.

" Ya! Saya doktor awak. Saya berhak lakukan apa saja pada awak selagi perkara yang saya buat tu tak menyakitkan fizikal awak. Jangan fikir apa - apa, awak baru saja sampai. Saya akan bantu awak macam yang saya pernah cakap pada awak. Saya akan sembuhkan awak, Emir. Rehat dulu ya, esok kita jumpa lagi. Selamat malam. " Satu senyuman kecil dan ikhlas kembali merangkak di kedua - dua hujung bibir Humaira. Perlahan pintu bilik ditutup.

" KAU FIKIR AKU GILA YA MAIRA?!! MAIRA?!! HUMAIRA?!!!"

Panggilan Emir sengaja dia biarkan berlagu tanpa sahutan. Humaira sudah cukup kuat untuk membuatkan Emir tergari di katilnya, dia sudah tidak mampu untuk berdepan dengan Emir yang kebarangkalian bertindak lebih dasyat dari tadi, jika dia menyahut panggilan itu. Sudahnya, dia beredar dari situ.

ARGHHHHHHH!!!!!! KACHINGGG!!! ARGHHHHHHHH!!!!! KACHHINGG!!!

Setapak saja kaki Humaira melangkah, kedengaran raungan Emir terpekik - pekik dari dalam bilik 404. Bunyi erangan keras Emir berselang seli dengan bunyi dentingan rantai besi, membuahkan seakan lagu yang sememangnya dapat menegakkan segala bulu halus di belakang tengkuk sesiapa pun yang mendengarnya. Keras dan derita bunyinya. Jauh di sudut hati Humaira, dia dijerut rasa serba salah. Patutkah cara dia buat begitu pada Emir? Atau pun, patut saja dia berikan ruang untuk lelaki itu Dia mempercepatkan langkahnya, mahu lari dari sahutan menyeramkan itu.

***

Humaira mengambil tempat di atas kerusi biliknya lalu dicapai tumit kakinya yang terasa lenguh. Tumit yang sakit, diurut -urut lembut dengn losyen yang dibekalkan ibunya. Mana tidaknya, hari ini dia banyak berjalan ke hulu ke hilir. 

Kalau dulu, dia hanya keluar dari rumah untuk menghadiri temuduga saja dan kemudiannya dia balik ke rumah untuk mengisi borang pekerjaan kemudian rutinnya beralih ke memasak lalu makan dan tidur. Itu saja. 

Berbeza sungguh kehidupan setelah bekerja, kejap - kejap dia harus ke blok A, kemudian ke blok B pula. Satu blok ke satu blok bukannya dekat. Rasa berbatu jauhnya, apatah lagi dengan kasut boot hitam yang dipakainya tadi. Lama - lama boleh tercabut kakinya di tengah susur tu.

" Nasiblah Maira. Kau kena tabah dan buat yang terbaik saja. Kontrak pun kau dah ikat."

Sejenak fikirannya tiba - tiba saja terganggu.

' KAU FIKIR AKU GILA YA MAIRA?!! MAIRA?!! HUMAIRA?!!!'

Terngiang - ngiang suara Emir menepuk gegendang telingannya. Teringat badannya merinding bila Emir memekik memanggil namanya.Garau dan kasar sungguh bunyinya. Memang marah betul Emir dengan dia, fikirnya sejenak. 

Masih ingat dia berdiri kejung memandang riak serius Emir waktu itu. Seakan - akan dia itu yang menjadi tahanan dan bukannya Emir. Paling dia bengang, dia hanya turutkan saja permintaan lelaki itu. Kejadian itu seakan - akan relung filem yang berulang - ulang saja di dalam benaknya. Tiada tanda mahu tamat. Beberapa kali juga dia memejam rapat matanya, menahan malu akan kebodohan diri sendiri.

" Kau kena ada ketegasan juga Humaira. Kau kan doktor! Apa yang kau buat tadi tu, memang betul! Biar dia tahu siapa yang dia perlu hormat." Pesan hatinya pada diri sendiri. Dia juga punya tanggungjawab dan hak dalam hal ini. Dia ada kuasa untuk bersuara dan membuat keputusan juga. Bukannya sewenang - wenangnya ditarik dan diguna pakai Firdaus ataupun Emir!

Kemudian, datang pula fikirannya yang lain dan lagi tidak munasabah. Wajah yang tadinya masam mencuka mula melingkar satu senyuman orang perempuan gatal.

" Tapi ya robbi! Handsome sungguh si Emir tu. Alahai... Boleh sakit jantung aku hari - hari bertemu dengan dia nanti." Ketawa halus mula mengisi bilik. Kerisauan akan hak dan kewibawaan dia sebagai seorang doktor sekelip mata lenyap begitu saja. Pipinya yang tiba - tiba saja merayap merah mula ditepuk - tepuk. Kononnya mahu menghentikan rebakan rona merah di pipinya.

Pui. Handsome tapi otak pulak tak center. Sayang sungguh. Apehal lah anak Pak Jas kat kampung tu, tak gila juga. Muka dia tu, dah nampak macam orang gila dah, tapi sayang, orang kuat masjid pulak. Ini kes pulak, punyalah handsome, eh— Gila pulak! Kenapalah orang yang sesempurna Emir tu perlu jadi gila? Rugi - rugi. Keluh sebahagian hati kecilnya yang cukup menyukai Emir.


" Maira, you busy ke?" Panggil seseorang dari luar. Bunyi ketukan pintu halus yang seiring itu sayup - sayup ditangkap lubang telinga. Humaira mengeluh lalu dia mengaru - garu rambutnya yang tiba - tiba saja dirasakan seperti dihurung kutu khinzir. Mandi pun belum lagi, berangan je lebih. Perli hatinya sendiri.

" Er maaf, Maira nak mandi ni. Kenapa ya?" Sahut Humiara sementara kakinya lekas mencapai tuala putih yang tergantung kemas di belakang dinding pintu. Masa beginilah baru tersedar bau badan sudah masam.

Mind if I come in for a minute, I nak jumpa you." Suara Firhan seakan - akan bunyi berbisik. Humaira semakin mengaru kepala. Apa tak faham bahasa ke si Firhan ni? Aku nak mandilah. Bentak hatinya membisik.

" Lepas shower boleh tak?" Laung Humaira memberi waktu. Namun, jauh di sudut hatinya, negosiasi itu tidak akan berjaya kerana masakan Fahrin mengetuk pintu biliknya waktu - waktu senja begini melainkan ianya perkara yang penting.

I promise you, sekejap je Maira. I boleh tunggu you kalau you dah buka baju." Mendengarkan itu, automatik mata Humaira melurut pada baju yang membaluti tubuhnya. Dia memeluk tubuh seperti merasakan Fahrin sedang memerhatikan tubuhnya tanpa seurat benang. Mukanya memerah.

" Ma— mana ada! Saya masih belum buka bajulah! Nak buat apa jumpa ni Fahrin? Lepas dinner tak boleh ke?"

Please..."

Malas berbasi - basi, Humaira akhirnya akur.

" Er, okay." Lambat - lambat Humaira melangkah ke arah pintu biliknya.


Bila saja pintu bilik terkuak, Firhan segera meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik dari diceroboh orang luar. Gayanya tak ubah seperti perom[all Humaira yang terkejut segera mengundur ke belakang dan tangannya laju mencapai pasu berisi bunga tulip yang berada di atas meja . Bila Firhan menghadap dia, Humaira cuba melayangkan pasu itu tepat pada kepala Firhan tapi lelaki itu lebih pantas menyambut pasu itu ke tangannya. Wajah pucat Firhan membayangkan betapa parah lukanya kalau pasu yang berada di dalam tangan Humaira benar - benar melayang ke kepalanya. 

Relax love! You nak hempuk kepala I dengan pasu ke? I takkan buat apa -apalah dengan you. Okay? Kita letak pasu ni dekat atas meja balik ya? " Firhan tangkas mengambil pasu yang dipegang Humaira dan diletakkan kembali pasu itu ke atas meja.

" Awak nak apa ni Firhan? Kenapa kunci pintu?" Kerut di dahi Humaira sudah seribu. Tak faham dengan tindak tanduk Firhan yang cukup aneh. Lebih - lebih lagi waktu petang begini. Tangkas, Humaira bergegas ke arah pintu dan ingin memulas tombol pintu semula namun gagal bila Firhan terlebih dahulu menarik tangannya dari berbuat demikian.

Mata bertentang mata. Seorang mencerlung, seorang lagi dengan pandangan minta faham situasi dia.

" I tahu, I tak patut menceroboh masuk dalam bilik tidur you but I've something important to ask you." Terang Firhan.

" Lepaskan tangan I dulu kalau ya pun.Kalau nak tanya sesuatu yang penting pun, kenapa perlu dalam bilik..." Humiara mencebik seraya memeluk tubuhnya tanda protes masih tidak berpuas hati.

Firhan menarik nafas seperti berkira - kira mahu menjawab soalan yang dilontarkan Humaira atau tidak.

" Ada tak soalan - soalan pelik yang Emir tanya you?"

Humaira membuang pandangannya pada riak wajah Firhan. Ada sesuatu yang dia sembunyikan padanya. Cuma tidak terluah saja. Lama mereka berdua membalas renungan. Humaira mencari ayat yang paling sesuai untuk

" Soalan pelik yang macam mana?" Duga Humaira.

" Soalan pelik yang you tak boleh jawab." Firhan cuba bermain kata.

" Banyak cabang soalan pelik ni Firhan."

" Contoh yang macam si Emir tanya you?" Firhan pula yang berpeluk tubuh. Kalau bab main tarik tali dia memang mahir. Humaira masih belum kenal siapa dia.

" Yang macam mana yang you nak?"

Firhan senyum herot.

" Yang Emir tanya you. Don't make me repeat the same thing again, Maira." Humaira melepas keluh, tanda sudah menyerah kalah. Dia bukannya pandai bab beradu soalan ni.

" Apa yang you nak dengar sebenarnya Firhan?"

" Soalan yang you tak boleh jawablah." Firhan menapak mendekati batang tubuh Humaira yang melekap di pintu bilik. Jantung Humaira berdegup kencang bila bau minyak wangi Firhan sudah menceroboh ruang rongga hidungnya.

Nothing. Tak ada apa - apa. He says nothing." Humaira berterus terang. Bola matanya dilarikan ke arah bilik mandi.

" Look, love. You can tell me anything. I'll protect you. I swear... Damn, you're so—." Lembut suara Firhan memujuk. Dagu runcing Humaira ditarik jarinya lalu didonggak muka Humaira naik melihat dua pasang matanya. Hujung ibu jari mengelus bibir bawah Humaira yang munggil kemerahan. Humaira jadi kejung.

" Firhan. Saya dah bagitahu, dia tak cakap apa - apa." Tangan Humaira sudah naik ke dada Firhan ingin menjauhkan tubuh bidang itu menjauh dari tubuhnya, tapi tidak sempat, tangannya dipagut Firhan. Mata mereka berdua bertaut.

" Kalau awak nak buat sesuatu pada saya, jangan Firhan!" Tegas Humaira saat dia merasakan Firhan kini sudah bertukar motif.

Keluh berat dilepaskan Firhana seraya dia mengangguk.

Sorry, love. Ehem, if he says nothing, then we're good." Kata Firhan usai mengusap rambut bersanggul Humaira. Tombol pintu dibuka Humaira supaya Firhan cepat - cepat beredar dari situ.

Langkah Firhan terhenti di antara bukaan pintu lalu dia melirik ke arah Humaira.

Be careful dengan Emir."

Menarik nafas Humaira mengangguk. Sebaris senyuman paksa diberikan pada lelaki tinggi lampai itu.

***

Keluar saja dari bilik tidur Humaira, Firhan ditahan Qidran dengan lirikan mata yang menikam dari ruang legar bawah. Memahami dengan lirikan itu, Firhan turun ke bawah mendekati lalu melabuhkan punggungnya di sisi lelaki berkulit sowo matang itu. 

Qidran meskipun bersowo matang dek kerana darah Jawa yang mengalir dalam tubuhnya, dia bukanlah kategori lelaki biasa - biasa. Dia merupakan seorang bekas doktor anggota askar maritim Malaysia yang disanjungi satu ketika dahulu meskipun diusianya yang begitu muda. Lihat saja dari susuk tubuhnya, sudah pasti orang dapat meneka ketahanan fizikalnya dan mentalnya. Bergaya dan matang. 

Qidran sememangnya merupakan kumpulan lelaki yang paling matang dalam kalangan doktor yang tinggal di asrama itu. Kalau dalam kumpulan di sekolah, masing - masing pasti setuju tanpa mengundi untuk menjadikan Qidran sebagai seorang ketua kumpulan yang akan memandu organisasi kumpulan supaya berjalan lancar kerana pandang saja, aura kepimpinan jelas terpancar dari aura Qidran. Itulah sikap yang tergambar dari fizikal Qidran. Namun, sejujurnya dia punya banyak rahsia dan muslihat. Cuma belum diketahui orang saja.

" Kau buat apa dalam bilik perempuan tu?" Soal Qidran meskipun bola matanya setia menonton siaran televisyen yang sudah ditetapkan kerajaan.

Sayang, meskipun mereka punya akses dengan dunia luar, akses itu teramatlah sulit dan sedikit. Semacam Astro, tetapi lebih teruk dari itu. Siaran mereka akan ditukar hanya tiga bulan sekali. Kalau ada cerita yang seronok, barulah mereka turun berkumpul beramai - ramai di bawah. Kalau tiada, masing - masing lebih memilih untuk berkurung di dalam bilik masing - masing.

" Aku tak buat apa - apa pun, borak kosong je." Jawab Firhan. Bola matanya juga dialihkan ke arah siaran televisyen yang ditonton Qidran. Dirty Money tersiar dengan episod ke berapa entah. Sepanjang dia berada disini, rancangan inilah yang selalu ditonton Qidran sewaktu senggang.

Qidran sengih tanda tidak percaya, " Jangan kau sentuh dia..." Nasihat Qidran. Matanya masih juga setia pada skrin televisyen.

" Tak adalah." Firhan memprotes. Dicuba sedaya upaya untuk fokus pada rancangan yang tersiar tetapi otaknya masih ligat mencari idea untuk menjawab soalan - soalan bernas yang bakal Qidran lontar padanya. Takut kantoi nanti kalau Qidran nampak kesungguhannya menipu.

" Kau jangan jadi macam kerbau berkubang, nanti habis semua kena luluknya. Aku dah bagi nasihat, jangan kau buat." Kali ini nasihat Qidran sudah berbaur lebih dalam dan bermakna. Firhan disebelahnya kelihatan seperti menahan sabar yang sudah senipis bawang.

 " Hati aku, biar aku yang jaga. Aku masuk tidur dulu." Tanpa menunggu Firhan segera mengangkat punggung lalu bergegas memanjat tangga. Tidak sampai dua minit, bunyi pintu tertutup bergegar di peluput telinga Qidran.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh