Bab 6

Humaira bangun dari duduknya lalu dia kemas dokumen Emir dan dibawa ke dadanya. Kakinya lekas mendapatkan Encik Adam yang terlebih dahulu meninggalkannya di belakang.

Setiap langkah yang dia ambil hanya menambahkan debar di dalam dadanya. Humaira cuba bertenang tetapi hati kecilnya tetap juga mahu menyiksanya dengan perasaan takut yang melampau.

Okay, Maira. Emir tu manusia biasa je. Macam kita juga. Dia bukan alien pun boleh culik orang suka - suka hati.

Bunyi air berkocak keras menyedarkan Humaira dari lamunannya. Tidak sedar sebenarnya sudah hampir lima belas minit dia berdiri di atas pasir putih itu. Dia pun sudah lupa bagaimana dia boleh berjalan tanpa jatuh dengan fikirannya yang masih bercalaru itu.

Dua tiga orang lelaki turun dari bot. Namun, pandangan mata Humaira jatuh pada sebatang susuk tubuh yang dibalut kepalanya. Badannya diikat ketat dengan baju straitjacket. Hanya kakinya saja yang bergerak, itupun dipandu dua orang lelaki berbaju hitam di kiri dan kanannya. Humaira kaku. Tidak pernah dia lihat seseorang yang bernama manusia harus diperlakukan sebegitu rupa.

" Detektif Firdaus. Awak?" Firdaus hulur tangannya pada Humaira yang sejak tadi hanya memandang kosong saja pada wajahnya. Tidak berkedip si mata bundar itu memandangnya seakan yang berdiri dihadapannya itu hanyalah jasad kosong tanpa sebatang roh.

" Maaf detektif. Ini doktor Humaira." Encik Adam pula berbesar hati memperkenalkan Humaira pada Firdaus.

" Ah! Maaf! Maaf! Humaira. Nice to meet you- er..." Pantas Humaira sambut tangan sasa Firdaus sebelum dia mengoyang - goyangkan tangan itu. Terlebih ramah pula.

" Firdaus." Firdaus ulang namanya seraya dia pandang Humaira dari atas ke bawah. Dia mula ragu - ragu dengan perempuan dihadapannya. Pelik.

" Oh, ya encik Firdaus. Jadi, dia tu pesakit saya ya?" Humaira tunjuk ke arah lelaki yang diapit dua lelaki tidak jauh darinya. Sekilas, Firdaus memandang ke arah punca telunjuk Humaira.

" Yep."

" Okay, kejap ya Encik Firdaus." Humaira buka dokumen Emir sebelum bertaburan kertas - kertas dan bahan bukti jatuh ke pasir.

Yes bagus Humaira. Hari pertama. Baik kau meninggal sekarang. Malunya!

Humaira yang panik mula duduk mengutip kertas - kertas yang bertaburan sebelum ditiup angin. Firdaus juga melakukan hal yang sama.

" Sorry... saya gementar siket. Ehem!" Ujar Humaira seraya tangannya mengambil kertas yang dihulur Firdaus.

" Emir Ibrahim, itu yang awak pegang tu surat kebenaran Emir untuk jadi tahanan disini." Ujar Firdaus. Namun, sekali lagi Humaira gagal memahami keadaan. Dia memandang kertas dan wajah Firdaus silih berganti sementara otaknya ligat mencari titik pemahaman.

" Cik Maira, maksud detektif, mereka akan jalankan sesi soal siasat kes Emir Ibrahim di pulau ini sebelum pihak mahkamah memberi pembicaraan terakhir." Encik Adam tampil memberi penjelasan pada Humaira. Humaira separa mengangguk sebelum dia kerut dahinya.

" Oh... Apa? De-detektif?" Humaira cuba melontar pandangannya pada Firdaus. Dia tak faham, apa kena mengena keberadaan seorang detektif pula di pulau Aman ini? Fikirnya dia hanya menerima seorang pesakit. Bukannya pakej seorang pesakit dan seorang detektif.

" Tapi ini semua penghuni pesakit mental yang sudah diberi hukuman. Bukan untuk seseorang yang masih digelar suspek." Humaira sudah cukup tahu siapa penghuni Pulau Aman meskipun perkara itu baru dia baca sejam yang lalu.

Firdaus menarik nafas sebelum dia urut kepalanya yang kian berdenyut. Ya. Dia pun mabuk laut. Tambah lagi dengan doktor Humaira yang dirasakan satu masalah ini.

" Doktor kat sini memang pelik - pelik ke? Atau dia orang memang bodoh?" Soal Firdaus lancang pada Encik Adam yang berdiri di sebelah Humaira. Tidak ada tapis, tidak ada adab sungguh. Mendengarkan itu, Humaira melopong.

Amboi, sedap mulut kau detektif. Nak aku cilikan ke? Sedap je cakap aku bodoh.

" Wah detektif... Kejap- kejap, layak ke jadi detektif mulut macam puaka ni?" Humaira meneplak tidak berpuas hati dipanggil bodoh.

Firdaus kerling ke arah wajah Humaira yang sudah merah bak mawar. Cantik. Sempat juga hati kecilnya memuji." Maaf merosakkan fantasi awak, detektif tak ada mulut bunga - bunga. Encik Adam boleh bawa Emir ke bilik tahanan dia?" Malas berbasi - basi dengan Humaira, dia suruh Encik Adam segera menunjukkan arah ke bilik tahanan.

Humaira melopong lagi. Tidak percaya. Encik Adam dilihatnya sudah jauh ke hadapan membawa Emir dan dua lelaki yang mengiringinya menuju ke bilik tahanan.

Wah - wah! Sekarang kerja aku pula dia suka hati ambil? Banyak handsome punya muka? Okay, part handsome tu... OMG! He's gorgeous gila:bangbang: Tapi! Serious:bangbang:!

Firdaus juga sudah menapak ke hadapan meninggalkannya tetapi gagah, Humaira berlari mendapatkan lelaki itu.

" Hello, Encik berlagak. Apa hak awak ambil tanggungjawab saya ni?" Humaira berdiri dihadapan Firdaus. Kononnya dia mahu membuat Firdaus berhenti tetapi lelaki itu ternyata amat pandai mengelak.

Humaira bengang. Kata - katanya langsung tidak dipedulikan lelaki itu. Rasa menyampah pada lelaki bergelar detektif sudah membuak - buak. Sudahlah nak berjalan di atas pantai berpasir itu susah dengan boot hitamnya. Macam orang bodoh pula mengejar detektif itu dari belakang.

Tidak berputus asa, Humaira tetap mengejar langkah kaki besar Firdaus.

" Saya tak boleh terima Emir sebagai pesakit disini." Ujar Humaira. Namun, perkara itu hanya sekadar angin lalu saja buat Firdaus.

" Pesakit disini semuanya sudah habis dibicarakan dan sedang menjalankan hukuman. Tapi kes Emir masih berjalan." Humaira cuba sedaya upaya mendapatkan perhatian Firdaus tapi semacam gagal saja bila lelaki itu tidak memberi respon pun.

" Mana hak Emir?" Sekilas Firdaus tertoleh ke arah Humaira. Haa... Pandang pun.

Dengan berbekalkan perihal 'hak Emir', dia cuba membuat Firdaus membuka mulut.

" Emir masih boleh dapatkan kebebasan untuk dirinya sendiri. Kesnya masih berjalan. Dan saya percaya peguamnya takkan berdiam diri." Firdaus akhirnya berhenti melangkah dan dia memancung pandangan mata tajamnya pada Humaira. Serta merta, merinding bulu Humaira dibuatnya. Itu sungguh menakutkan.

Humaira gagal lagi. Selepas pandangan tajam yang dihadiahkan Firdaus padanya, lelaki itu meneruskan langkahnya. Dia membentak geram namun, itu tidak lama selepas dia melihat pas pintu masuk berpagar di hadapannya. Dia lihat Firdaus tidak dibenarkan melepasi pengawal keselamatan.

Ah-ha! Kita tengok setakat mana berlagak kau.

" Saya detektif Firdaus. Kenapa saya tak boleh lepas gate pula?" Soal Firdaus pada pengawal keselamatan. Sudah dia tunjuk kad detektifnya masih juga dia tidak berjaya masuk. Suaranya kedengaran bengang.

" ID. Tanpa ID, siapa pun encik, tak ada siapa boleh lepasi gate ni." Terang pengawal keselamatan itu. Benar, tanpa kad identiti staf, tiada siapa yang boleh melepasi pengawal itu. Tapi dalam situasi ini, hanya seorang saja yang punya kad identiti staf.

Firdaus mengeluh lalu dia membuang pandang ke arah Humaira yang berdiri tidak jauh dari situ. Padan muka kau Firdaus! Sekarang merayulah kau.

Lambat - lambat Humaira heret boot hitamnya menuju ke arah pintu masuk. Sempat dia menjeling ke arah Firdaus yang masih berlagak tenang. Humaira tunjuk pas berharganya pada pengawal keselamatan. Beberapa ketika kemudian, pengawal itu menghulurkan sepasang sarung tangan pada Humaira. Dari ekor mata Humaira, dia menjeling melihat gerak geri Firdaus.

TITT

Lampu hijau menyinar menandakan pas masuk Humaira berjaya. Bila dia mahu melangkah masuk, dia terdengar suara Firdaus memanggilnya.

" Tunggu." Humaira memalingkan tubuhnya.

" Tunggu? Maaf? Untuk apa?" Soal Humaira sinis.

Jangan ingat aku perempuan lembik. Ikut telunjuk saja. 

" Saya perlu jumpa Emir."

" Tak apa, saya boleh sampaikan pesan awak untuk dia." Humaira senyum seraya dia berpeluk tubuh. Sengaja tunjuk siapa yang dalam kawalan.

Firdaus ketawa kecil.

" Boleh saya pilih untuk sampaikan pesan itu pada Emir sendiri?" Sinaran terik matahari yang memantul ke mukanya seakan redup. Tanpa sedar, Firdaus sudah berada dihadapannya.

" Sebagai ganti, saya akan terangkan kenapa Emir perlu ada kat sini" Firdaus pancing dengan umpannya. Dan seperi kebiasaannya, umpannya memang senang dimakan mangsa. 
Dari riak dan gerak geri Humaira, dia mula tahu umpannya bakal dimakan.

" Macam mana saya nak tahu kalau awak ni orang yang saya boleh percaya?" Oh! Menarik.

" How about... Kalau I'm not keeping my words, panggil je pengawal keselamatan. I don't mind being dragged out from here. Lagipun, saya masuk tanpa senjata api." Dua pucuk pistol Glock 17 miliknya diletakkan di atas meja bersebelahan pengawal keselamatan.

Humaira berat hati tapi bila lihat jarum jam surang menginjak pukul satu, dia mengalah. Tak mahu dia bertembung dengan pesakit mental yang akan memulakan waktu rehat mereka. Ngeri.

Mereka berdua masuk melepasi laluan menuju ke bangunan utama. Firdaus hanya membontoti Humaira dibelakang. Cantik, tapi sayang, too air headed. Dalam diam dia memuji kecantikan Humaira.

***

      Usai berjalan jauh menuju ke tempat bilik banduan, dia dan Firdaus memasuki sebuah bilik. Di dalam hanya punya sebuah meja dan dua buah kerusi. Humaira mengerut dahi. Ini bukan bilik sesi yang dia bayangkan. Sepatutnya fasiliti bilik sesi lebih baik daripada ini.

       " Surprise. Tak banyak beza pun dengan tempat kami." Ujar Firdaus tersenyum seraya bola matanya meneliti seisi bilik. Humaira pula silih berganti memandang lelaki yang berada di dalam bilik itu. Semuanya ada tiga orang termasuk Firdaus tetapi tiada satu pun mahu membuka balutan kepala Emir.

    Malas mahu bertekak, apatah lagi dengan Firdaus yang masih lagi kedengaran berlagak itu, Humaira mengambil initiatif sendiri untuk membuka balutan kepala Emir.

    Namun bila dia buka, perasaan takut dan gentar yang dia tanam pada Emir berubah serta merta. Masakan lelaki seperti ini membunuh?



Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh