Bab 19

Sufian melilau mencari sebatang tubuh yang berlainan spesis darinya. Berpusing kepalanya dari tadi sehingga Adrian yang kehairanan menegur.

Firhan juga sudah angkat muka membuang pandang pada Sufian yang tampak aneh pagi ini.

" Kau cari siapa Pian?"

" Kau nampak Maira? Aku dah lambat ni." Sufian angkat jam tangannya. Muka jam sudah berginjak pukul tujuh pagi dua puluh pagi tapi batang hidung Humaira pun belum dia nampak.

Pelik juga, biasanya waktu begini, dia dan Firhan pasti sudah mengekek tawa memeriahkan meja sarapan.

" Aku tak nampak dia pun sejak aku bangun tadi... Belum bangun agaknya." Firhan yang sedang menyantap bijirin berendam dengan air Milo sejuk itu memberi idea.

Apa punya oranglah makan bijirin dengan air Milo? Dah tak ada stok susu ke dalam dorm ni? Sempat hati Sufian mengomen.

Dia kemudiannya kerling dari hujung matanya ke arah bilik Humaira. Memang kena kejutlah ni, kiranya?

Usai dia menghabiskan telur dadar bersama roti bakarnya, Sufian lantas bangun dari bangku tinggi di kuanter.

Langkah yang diatur menuju ke bilik Humaira terhenti bila tangan Firhan menghalangnya dari memanjat tangga.

" Biar aku kejut dia." Pelawa Firhan.

Sufian melepas helaan rasa menyampahnya pada Firhan, makin lama makin semak pula dia dengan perangai lelaki berlagak celup ni. Dia menjeling.

" Aku tak ada kaki, tak ada tangan, tak ada mulut ke nak buat semua tu?" Terherot senyum ke kanan bibir Sufian menyatakan sindiran itu.

Sindiran tadi akhirnya mengundang Firhan untuk menarik leher baju Sufian dan melayangkan satu tumbukan tinggi yang targetnya tepat menuju pada batang hidung Sufian.

Omar yang baru sahaja turun dengan tangannya masih membetul - betulkan butang baju, bergegas memeluk belakang badan Firhan menghalang lelaki itu dari melepaskan tumbukan buat Sufian.

"Pagi - pagi pun nak tunjuk Hero ke? Eyy, malulah siket." Hentam Omar menolak tubuh Firhan menjauh dari tubuh Sufian.

Beginilah, kalau Adrian orang kanan Firhan. Omar pula orang kanan Sufian. Kadang - kadang Adrian dan Omar juga semak dengan perangai kepala angin dua ekor ni.

Suka beradu siapa hebat? Padahal dua - dua kepala batu!

Adrian dengan berat hati, terpaksa jugalah masuk campur. Takut jadi huru hara pagi - pagi buta begini.

" Eh, sudahlah. Fir, kau bagi jelah Pian kejut Maira. Kita dah lambat ni. Dia memang train Maira hari ni. Biarlah dia buat kerja dia." Pujuk Adrain sambil memegang kejap bahu Firhan.

***

" Humaira!"

Panggilan Sufian berselang selikan dengan beberapa ketukan pintu yang keras. Humaira mengerang mengeliat di atas katil. Aduh, siapalah yang kacau aku malam - malam ni?! Ketuk pintu macam nak roboh!

" Maira! Bangun."

Humaira tarik selimutnya menyelubung seluruh tubuhnya sebelum semakin kuat ketukan pintu mengoncang gegendang telinganya.

Merengus geram, Humaira paksa angkat tubuhnya untuk bangun. Matanya digosok - gosok kasar dengan satu kuapan yang besar. Bola matanya meliar ke seluruh bilik.

Apesal terang benderang semacam je bilik aku ni? Bisik hati Humaira sebelum kepalanya dikilas melihat jam locong yang diletak elok di sebelah kiri katil. Matanya dibesarkan seluas - luasnya

" Maira! Kau dah bangun belum?!"

Bagaikan mahu melompat jantung dari sarang. Berdegup kencang bak berlarinya kuda. Tanpa berfikir panjang, Humaira segera melompat turun dari katil.

Terkocoh - kocoh dia berlari masuk ke dalam bilik air bila dia tarik tuala yang tergantung pada batang sidaian.

Pili air dibuka dan terus saja dia membasahkan badannya sebelum dia dengan tiba - tiba menepuk dahi beberapa kali.

Dia menjenguk separa badannya keluar ke arah pintu bilik.

" Kejap! Saya tengah mandi!" Laung Humaira.

Sufian mendengus keras, " Cepat siket. Aku bukan orang gaji kau nak tunggu - tunggu macam ni."

" Ya Pian. Sabar kejap." Humaira mengetap bibir geram.

Kalau dia tahu beginilah perangai manusia bernama Sufian, tak adalah dia menyembang lama - lama dekat koridor tempoh hari.

Humaira mengeringkan rambutnya dihadapan cermin sebelum dia berhenti dan melihat refleksi dirinya yang berkemban. Satu garis senyum terbit tiba - tiba dibibirnya.

Jangan lepaskan rambut kau bila duduk dalam dorm.

Terngiang - ngiang suara garau milik Emir berdendang - dendang di telinganya. Asyik betul! Macam lagu berhantu. 

" Okaylah, aku dengar cakap kau Emir. Bukan sebab aku lembik tapi sebab..." Humaira tarik senyuman sama seperti dia menarik getah rambut ditangannya.

" Sebab... Aku suka kau." Tersengih - sengih macam orang gila Humaira dibuatnya.

Beberapa kali Humaira periksa baju tenun merah jambu kolar V yang dipadankan dengan seluar jeans bell bottom dihadapan cermin sebelum kasut peek-a-toe warna krim dengan tapak wedges disarung ke kaki.

Bernyanyi kecil Humaira bila dia menuruni anak tangga sebelum bola matanya naik menjamah permandangan kelam dihadapannya.

Wajah ketat Sufian terpaksa dihadap dengan riak muka seindah mungkin. Tak eloklah bertekak pagi - pagi buta pula.

Pandangan Sufian padanya turun naik sambil tubuhnya menyandar di belakang kepala sofa hitam. Tangannya dipeluk kemas seakan - akan komander yang sedang memeriksa anak buahnya.

" Tukar kasut kau. Tak sesuai." Arah Sufian lalu berdiri tegak dengan tangannya dimasukkan ke kocek seluar.

Amboi, action-nya doktor yang sorang ni. Getus hati kecil Humaira sambil dia melontar pandangan aneh pada Sufian.

Mood dia pagi ni semacam seronok pulak. Langsung dia tak ambil peduli dengan komen yang diberi Sufian.

Sudah sekian lama Humaira amati, hari ini dia mengaku, Sufian juga sebenarnya boleh tahan orangnya meskipun jelas tertampal eyebag hitam pada relung bawah mata.

Berdiri dengan tinggi 179 sentimeter, dan mempunyai dada yang bidang, Sufian memang ada ciri - ciri lelaki idaman wanita.

" Kod dress saya hari ni, kena pakai kasut ni. Boleh kita jalan, Doktor Sufian?" Sengih Humaira bila dia dengan beraninya menolak.

Tali beg galas yang yang terlucut dari bahu ditarik dan dibetul - betulkan sebelum dia pandang dua pasang mata kuyu Sufian.

Ohh, aku tak sebodoh karakter melayu lain boleh tunduk dengan telujuk lelaki. Aku tegas! Cuma blur dan penakut je siket. Bangga hati Humaira sendiri.

Sufian membolak balikkan matanya seraya dia mengeluh kecil. " Suka hati kau lah. I've warned you, Maira. Come, kita dah lambat ni."

Berjalan beriringan dengan Sufian tidak seperti berjalan dengan orang biasa - biasa. Rasanya luar biasa. Melihatkan Sufian yang bersahaja, Humaira jadi kagum.

Sekali sekala, bila dia bertembung dengan pekerja lelaki yang lalu lalang, dia membuahkan senyum dan memberikan satu tundukan kecil menandakan rasa hormat.

" Fuhh... Rasa macam berjalan dengan perdana menteri je." Eh! Terkuat pula isi hati Humaira. Cepat - cepat dia kerling ke arah Sufian sambil dia tutup mulut kecilnya.

Melihatkan Sufian yang tadi berwajah ketat tiba - tiba mengoyak satu senyum, berpusu - pusu berlari darah mengepam pembuluh darah halus disekitar pipinya dan menyebar rona merah. Humaira mengembung pipi.

" Kau jangan risau, perdana menteri ni dah bersedia sekolahkan kau cukup - cukup." Tutur Sufian sinis.

GULP!

Humaira terdiam kaku. Habislah dia.

***

" Pertama apa kau buat bila jumpa patient?" Soal Sufian pada Humaira yang duduk bertentangan dengan Zhaffran.

Humaira menarik nafas, " Apa khabar Encik Zhaffran hari ini? Rasa sihat?"

Sufian disebelah mengangguk - angguk, diam saja. Betullah kot.

" Sihat! Nampak cik Maira terus rasa saya balik zaman 20-an. Hahaha. Amacam nak jadi girlfriend saya tak?" Zhaffran berlagak macam dia berbalik usia muda.

Ditopang dagunya seraya satu kening kanannya dijungkit mengoda. Ala - ala iklan rokok zaman 60-an dulu. Menyampah betul.

Tertangkap tawa kecil di telinga kiri Humaira lalu dia menjeling ke arah punca. Dia mengetap bibir melihat riak senang hati Sufian yang sedang menghembus asap rokok sebelum dia kembalikan perhatiannya pada Zhaffran.

" Hari ini awak rasa apa? Gembira? Sedih? Ceritalah..." Tutur Humaira ceria.

" Hmm, hari ni happy! Tapi sedih juga. Eh macam mana tu ya doktor? Saya pun tak pasti. Kejap rasa happy, kejap rasa sedih." Mimik muka lelaki separuh abad itu bertukar - tukar. Sekejap tersenyum sekejap monyok.

" Eh, jangan risau.. Normallah tu. Kehidupan kan Encik Zhaffran. Ermm, apa ubat yang awak makan ya sekarang?"

Sesi laporan sudah selesai. Buku laporan Zhaffran dibelek - belek seketika dan dihafal satu persatu perihal lelaki tua itu.

Humaira tersenyum lebar. Hatinya senang sekali bila sepanjang sesi Sufian diam saja tidak menegur. Baguslah tu fikirnya.

Sufian tarik lagi satu batang rokok dari sarung rokok berjenama Dunhill. Tak sangka, Sufian rupanya seorang perokok tegar. Sekali sekala, terdengar juga batuk kering yang dilepaskan Sufian.

" Kau ingat ni blind date ke? Mana boundary kau dengan patientProfessionalism kau campak mana? Dalam tong sampah?" Tertubi - tubi bagaikan peluru berpandu soalan yang diajukan pada Humaira. Tercengang Humaira dibuatnya.

" T— Tapi saya dah ikut semua procedure dalam laporan."

Sejenak, Sufian menarik nafas pendek. " Ini bukan hospital biasa Maira. Kita jaga orang sakit otak. Betul kita kena treat dia orang macam manusia biasa tapi itu luar sesi laporan harian.

Kau tak tahu, sama ada dia dalam kondisi mana kalau kau tak tanya betul - betul. Sini." Terang Sufian panjang lebar dan dengan tutur yang tidak menyakitkan hati.

Buku laporan yang dibaca Humaira ditarik dan dia tolak punggungnya duduk sebelah menyebelah dengan Humaira.

Bau minyak wangi mahal dan asap rokok yang bercampur gaul berpusu - pusu mengasak lubang hidung Humaira. Dia garu kepala lalu berkerut dahi. Kenapa maskulin betul baunya.

Sesi bahu menyentuh bahu selama satu jam itu membuatkan hati Humaira sejak tadi jadi tak tenteram. Kepalanya merewang entah ke mana. Terbang menjauh ke langit agaknya sebab bila dia cari akalnya, semuanya hilang.

" Faham?" Soal Sufian yang satu itu memecahkan lamunannya.

Humaira mengangguk lalu laju dia mengangkat tangannya melihat jam tangan. Dia mengomel, ehh... Segan pulak jam ni nak masuk pukul satu. Aku dah lemas ni.

" Kenapa dah lapar ke?"

" Hah? Ya." Pendek saja jawapan Humaira tidak seperti selalu.

Kalau ada sepuluh menu di kantin, sepuluh yang disebutnya pada Firhan sambil berfikir - fikir mana satu yang bakal menjadi habuan perutnya.

" Jom, aku pun nak lunch juga ni." Segera Sufian bangun dari kerusi. Baju kot lab putihnya ditanggalkan dari badan. 

Humaira yang memandang gerak geri Sufian dari belakang, menelan air liur. Apa yang mengoncangkan dadanya dengan permandangan seorang lelaki membuka kot entah.

Sufian berkerut dahi bila dia melihat Humaira kejung di kerusi. Perlahan dia berjalan menuju ke arah Humaira dan memetik tangannya.

" Kenapa? Banyak sangat ke kau hadam tadi sampai jem otak kau ni? Cepat."

" Ohhh sorry!" Bagaikan spring, Humaira berdiri tidak menyempat tapi entah macam mana, kasut tumit tingginya tiba - tiba tidak seimbang.

Tubuh Humaira yang sudah senget sempat dipeluk kemas Sufian sebelum Humaira jatuh menyembam ke meja kopi bertentangan.

Spontan, kedua - dua tangan Humaira memaut leher Sufian. Humaira cuba membetulkan posisi tubuhnya sebelum pandangannya bertaut dengan Sufian.

Berlari - lari mukanya naik merah sampai ke pipi.

I've warned you, kan? Kalau kau buat lagi sekali, aku tak teragak nak buat sesuatu dengan kau, Maira " Ujar Sufian membisik di belakang telinganya.

Longlai kaki Humaira mendengarnya dek kerana kecut perut lalu sekali lagi dia terjatuh hilang imbangan.

Segera Sufian tarik tubuh Humaira ke dakapannya dan mengeluh kecil. Tubuh Humaira didudukkan di kerusi semula.

" Kau ni... Cuai betul. Macam budak - budak. "

Sufian memetik api dan menyalakan rokoknya. Sekejap saja berkepul asap mengisi ruang kerja.

Humaira mendengus tidak puas hati sebelum dia terkejut bila Sufian menghenyak punggungnya di kerusi tempat duduknya.

Kemudian, tanpa isyarat, lelaki itu angkat kaki Humaira yang terseliuh dengan penuh berhati - hati.

" Mana sakit?" Soal Sufian kedengaran risau. Humaira menjerit kecil saat buku lalinya disentuh jari - jari Sufian yang kasar.

Abu puntung rokok, diketuk - ketuk ke dalam bekas abu berbentuk tengkorak sebelum Sufian bangun mengambil beberapa ubat di dalam rak bercermin lut sinar.

Dia duduk kembali dihujung kaki Humaira. Perlahan - lahan dia mengurut buku lali Humaira yang terseliuh.

" Kau ni manja betul. Degil. Cuai. Mulut banyak. Aishh... Siapalah lelaki yang nakkan kau ni? Jangan harap muka je yang cantik." Padu! Humaira malu sendiri.

Sufian yang merasakan diam Humaira mula menjentik hati lelakinya, dia mula mendongak mencari riak wajah Humaira. 

" Merajuk? Heh..." Sufian tertawa kecil lalu dia mengeleng.

" Taklah, sakit hati. Bengkak hati. Rasa terhina." Jawab Humaira selamba.

Sufian menghambur tawa lalu dia cuit hidung Humaira tiba - tiba.

" Haa, macam nilah baru betul. Tak payah nak terasa dengan aku Maira. Aku memang macam ni." Kata Sufian sambil dia menyedut asap rokok.

Tanpa segan, Humaira tarik puntung rokok yang bersisa dari bibir Sufian sebelum dia lenyek puntung yang bersisa ke dalam bekas abu. Terbuntang mata Sufian dibuatnya. Dia mati kata - kata.

" Terima kasih. You saved me so I saved you. Tak ada hutang." Segera Humaira bangun dari kerusinya dan cepat - cepat keluar dari bilik kerja Sufian meskipun cacat cara jalannya.

Sufian ketawa kecil lalu dia menjenguk puntung rokok yang dilenyek Humaira dari luar bekas abu.

And there're always million attractions to you, Maira."

***

Firdaus mengaut rambut halusnya, lalu dia membuang pandang ke arah luar tingkap lutsinar studionya. Dia mengeluh berat.

Pandangan studio yang mengadap laut itu tidak dapat menenangkan hatinya kini. Dia rasa tersepit sebenarnya. Bila agaknya drama antara dia dan Asiyah akan tamat?

Morning darling." Sapa Aisyah memeluk tubuh Firdaus yang meniarap.

Firdaus mengeluh kecil lalu dia mengumpulkan segala semangatnya yang bersisa untuk sekeping kertas kebenaran itu.

Kadang - kadang terasa jijik dengan dirinya sendiri membuat kerja - kerja hina sebegini tapi dia mahu ke sana bersama dengan perempuan yang membuatkan otaknya bagaikan orang gila dan dekat dengan penjenayah adiknya.

Mahukan satu tiket yang paling mahal pasti ada perkara yang dia harus korbankan.

" Ermm.. So, you dah approve kan ke surat tu?" Firdaus bangun dari pembaringannya, diikuti Aisyah yang sudah melekap di badan sasanya.

Firdaus rasa kecewa. Kenapa tidak Humaira yang memeluk badannya dan berengek manja? Apa lebih membahagiakan kalau Humaira berada disini? 

Ahh, semua nak kaitkan dengan perempuan tu. Dah terkena guna - guna ke apa ni? Bebel Firdaus sendiri.

" Mhm, semalam dah approved."

Oh really?" Soal Firdaus tidak percaya. Dia mengampung tubuh Aisyah yang separuh bogel itu sebelum tangannya melingkar memeluk tubuh Aisyah. 

Yes, anything for you baby."

Kucupan berahi Aisyah disambut Firdaus dengan hati terbuka kerana Mood Firdaus tiba - tiba saja bertukar pelangi.

Thanks. You really know how much this means to me..." Firdaus mengukir senyuman puas. Ideanya menjadi. Tidak lama lagi, dia boleh menatap sepasang mata bundar itu sepuas - puasnya.



Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh