Bab 12

Suasana penthouse itu sunyi tanpa sebarang bunyi. Jikalau ada sebatang jarum yang jatuh, pasti bergema bunyi itu di corong telinga. Lontaran bebola mata lima lelaki itu tepat jatuh pada Humaira yang duduk di atas kerusi. Masing - masing kebuntuan. 

Akhirnya, Qidran bangun mendekati Humaira yang dari kaca matanya masih Humaira lagi dalam keadaan terkejut. Dia membawa punggungnya melabuh di sebelah Humaira. Merasakan tubuh Qidran yang agak rapat, Humaira pula beralih punggungnya ke kiri, memberi sedikit jarak antara dia dan Qidran. Ada yang tidak kena dengan mereka berlima. Tapi apa? Hatinya berasa tidak senang sejak Firdaus meninggalkan tempat itu.

“ Humaira, dalam kerja… Maksud saya, kerja dalam melibatkan orang gila… Awak tak patut buat Emir macam seorang banduan.” Qidran memberi nasihat.

“ Tapi dia kan banduan gila. Takkan apa saya buat tu salah. Saya hanya mahu mempertahankan diri saya saja kalau tiba - tiba dia berlaku ganas. Itupun salah ke? Bukan saya cucuk dia dengan ubat penenang pun.” Terang Humaira bila Qidran mempertikaikan tindakannya.

“ Setiap perlakuan gila, ada sebabnya. Ada pencetusnya, ada trigger-nya dan perkara terakhir yang awak mahu buat bila berada disini ialah membuatkan diri sendiri menjadi menyebab kepada perlakuan gila seseorang.” Bebel Qidran. Humaira diam tidak menjawab, kepalanya tertunduk ke lantai. Dia bingung. Masih kuatkan mentalnya untuk terus berada disini? Semestinya tidak! Kerja ini terlalu mencabar buat dirinya.

“ Boleh saya balik? Saya nak berhenti kerja. Saya dah tak sanggup tinggal disini walau sesaat pun.” Humaira tiba - tiba bersuara. Wajah Qidran dipandang dengan bola mata berkaca.

Wajah Qidran yang tadinya begitu lembut kini berubah kosong dan tidak senang sebelum dia mencari - cari ekspresi yang sesuai untuk diperlihatkan pada Humaira, “ Awak nak balik? Tak boleh Maira… ” Qidran memujuk dengan satu senyuman lebar tertampal dibibirnya.

 Daripada senyumannya itu, Humaira tahu itu hanyalah satu senyuman palsu. Senyuman yang memerangkap. Tapi dia bukanlah perempuan yang mudah untuk diperbodohkan. Tidak mungkin lagi dia akan dibodohkan oleh lelaki setelah peristiwa hitam itu. Dia harus tunjukkan siapa dirinya yang sebenar pada semua kaum adam yang berada disini. Dia bukanlah perempuan bodoh!

“ Apa awak cakap?” Humaira memangkah kata - kata Qidran. Kerut didahi sudah jelas ternampak di dahi licin Humaira.

Rambut Humaira yang jatuh ke sisi, disisir Qidran ke belakang telinga. Bola mata Humaira tepat memandang dua mata Qidran. Dirinya diselubung rasa seriau. Bulu - bulu halus dibelakang tengkuknya tegak berdiri. Sentuhan Qidran terasa aneh dan membuatkan Humaira tidak selesa.

“ Awakkan doktor disini. Kalau awak tak ada, siapa lagi yang kami boleh harapkan.”

“ Buatlah interview sekali lagi. Cari orang yang lebih layak dari saya. Apa susah? Untuk pengetahuan awak, masih ada ramai graduan yang lebih kuat mental dari saya. Saya tak boleh duduk sini. Lambat laun saya pulak yang gila. Dah, saya cakap saya nak balik. Saya nak balik juga! Pekak ke apa? ” Emosi Humaira sudah tidak kuat. Seminit mahupun sesaat lebih dia disini, dia pasti, dia sendiri yang jadi gila.

“ Tak semudah macam tu. Mereka dah pilih awak, jadi awaklah yang terbaik untuk kerja disini. Mahu tak mahu, awak kena tinggal disini juga sampailah kontrak awak habis.” Ujar Omar dari meja kaunter. 

Sekejap Omar mengeluh. Cermin mata yang menongkat di batang hidung, ditarik dan diletakkan ke atas meja.

Sekali lagi dia menarik nafasnya dalam sebelum dia merenung ke dua - dua bola mata Humaira. “ Inilah masalahnya kalau gajikan perempuan buat kerja. Hati tisu, lembik, merepek je kerja. Layak jadi hamba lempias nafsu jantan aje.” Balas Omar mencerlung pada Humaira. 


Tak sangka, Omar yang terlihat kolot pada pandangan mata, rupanya seorang yang sinis sekali. Segala isi yang keluar dari bibir nipisnya semuanya berbaur benci. Humaira berpaling mencari figura Omar. Raut kosong Omar dipandang geram.

Tercalar - balar maruahnya sebagai seorang perempuan. Apa? Hamba lempias nafsu? Dasar lelaki jahanam. Rasa tersirap darah sampai ke otak.

“ Apa? Tempat melempias nafsu?” Pandangan Humaira terpancung pada Omar sejak tadi.

“ Tengoklah, itu baru cakap siket tapi dah ambil hati…” Bahu Omar terhinjut ke depan kerana ketawa kecil yang dipeluput telinga Humaira kedengaran keji sekali. Pandangan mata Omar juga berubah jelik.

Humaira mengepal tangannya geram, bahunya mengigil dek kerana marah yang amat hingga selimut yang membaluti tubuhnya terjatuh ke lantai. Rasa sakit kuku membenam ke kulit tidak dihiraukan. Penghinaan seperti itu harus dihentikan. 

Melihatkan situasi yang sedia ada akan menjadi bertambah rumah, mereka bertiga yang berada di kaunter bersama Omar segera mendapatkan Humaira.

“ Omar, kau dah melampau.”

“ Melampau? Well, Cik Humaira… Welcome to hell.” Balas Omar dengan kedua - dua tangannya didepakan. Lantas, dia bergerak ke arah tangga naik ke biliknya.

Omar sangat melampau! Nampak je muka nerd tapi puaka! Pekik hati Humaira. Fahrin disebelah sudah memegang tangannya kuat, takut - takut semangat amuknya terkeluar dari badan dan menerkam Omar. Cerlungan demi cerlungan diberi pada ketiga - tiga doktor yang mengerumuninya.

“ You should have some rest. Your emotional state tak stabil ni Maira. Have some sleep, okay?” Pujuk Fahrin serta memberi cadangan. Dua yang lain mengangguk setuju serupa burung belatuk.

“ Sekarang kau dah kenalkan Omar macam mana. Lepas ni jangan take by heart apa yang dia cakap. Savage tak bertempat jantan tu.” Kata Sufian pula, cuba meredakan api kemarahan yang sedang memuncak dalam diri Humaira. 

Perempuan kalau marah, makin diajar,makin betulkan, makin berapi. Mahu tak mahu, caranya hanya dengan memujuk saja. Lagipun, dia kenal benar dengan Omar, gaya saja macam kolot tapi bila bersuara, mulutnya pedas berbisa. Tapi dia juga tahu, itu hanya berlaku kerana Humaira yang berjantina perempuan.

Lega melihatkan Fahrin dan Sufian yang sedikit sebanyak dapat menenangkan emosi Humaira, Qidran mula berjalan menghampiri Adrian, yang sibuk mencari sesuatu dari laci hitam disebelah lif.

“ Relax, Adrian… Kau mengelabah nanti perempuan tu perasan.” Ujar Qidran seraya memegang lembut bahu Adrian supaya bertenang. Bola matanya tetap memerhatikan situasi di kerusi hitam sementara separa badannya menghadap laci yang dibuka Adrian.

“ Aku takut Qid. Kau betul nak buat rapid tranquillisation untuk dia?” Soal Adrian keliru. Tangannya mengeletar takut. Tak pernah dalam hidupnya membuat kerja sebegini keji.

Qidran mengeluh dan bertindak dengan mengambil alih kerja Adrian. Bahu Adrian ditolak menjauhi laci. Dia merengus lembut. Geram dengan perangai Adrian yang sering tunjuk baik. Kini, matanya difokuskan pada timbunan barang yang ada di dalam laci. Bagaikan helang mencari mangsa, matanya pantas bergerak - gerak seperti mencari sesuatu. Kini kanan, atas bawah dan jumpa! Picagari bersih yang masih berbalut, dikoyakkan.

“ Mana pergi Haldol tadi?” Tanya Qidran sambil tangannya dibuka seperti meminta sesuatu dari Adrian.

“ Ini…. Kau jangan sampai membunuh.” Lambat - lambat Adrian hulur sebotol cecair Haloperidol pada Qidran. Hatinya berasa tidak senang bila Qidran hanya tersenyum herot membalas ayatnya tadi.

Picagri yang terisi cecair Haloperidol dijentik - jentik sedikit bagi membuang sebarang angin. Takut bukan cecair yang masih ke pembuluh darah tapi angin kosong semata. 

Siap. 

Dia tersenyum herot lalu disorokkan picagari itu dibelakang tangannya sebelum dia berjalan kembali ke arah Humaira dan yang lainnya.

Sementara itu di bangunan banduan, 

Emir pandang kiri dan kanan, setelah merasakan gerak gerinya tidak diperhatikan dan keadaan sekeliling sudah selamat, dia mengoyak senyum. Perlahan dia mengorak langkah kakinya menuju ke tangga. Setiap hayunan dan jejak kakinya dipastikan tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Layar pandangannya silih berganti melihat pandangan hadapan dan bawah. Pergerakannya harus sempurna dan senyap. 

Akhirnya, langkahnya berjaya sampai ke tingkat bawah, sebelum anak matanya dijamah dengan simbahan lampu kuning dari luar bangunan yang berpagarkan kawat duri. Apalah kurung aku sampai tingkat atas, melambatkan kerja aku je. Bebel Emir bila dia mula mengira detik dari biliknya sampai ke ruang bawah dengan menjentik lelangitnya. Tiga minit. Dia mengeluh kecil.

Tidak mahu memakan masa yang lebih lama dan mendedahkan dirinya dari bahaya, dia memulakan langkahnya kembali. Namun, dadanya naik berombak bila kepalanya hampir saja dilihat seseorang. Sepantas kilat, dia bawa tubuhnya berselindung dibawah gerobok besi berpintu - pintu disebelah tangga. 

Malang memang sungguh tak berbau malah tak beralamat, siku Emir terhempas salah satu pintu gerobok besi.

BAM!

Emir mengetap bibir dan memejam mata. Mampus!

“ Siapa?!” Suara lelaki itu melantun - lantun ke dinding bercampur baur dengan derapan kakinya yang mula laju dan huru hara. Lampu picit di dalam tangannya, ditala rambang sampai ke tempat Emir berdiri.

KOSONG.

Dengan berani dia cuba melangkah maju melihat lebih teliti di sekitar kawasan tangga itu. Pabila, bulu roma di belakang tengkuknya berdiri, pantas dia berpaling ke belakang. Terasa seperti ada kelibat yang lalu dibelakangnya. Sungguhpun, bila dia berpaling, masih juga kosong. Tiada apa dari layar pandangannya.

KOSONG.

“ Kau masih suka ikut aku lagikan… Hahaha.” Ujar lelaki itu sambil ketawa kecil. Emir yang seperti bayang - bayang dibelakang, mengerut dahi. Dia bercakap dengan siapa? 

“ Janganlah ikut aku macam tu Lia… Nanti abang janji, abang balik dengan Lia….”

Emir segera menempatkan dirinya ke gerobok besi yang satu lagi sambil bola matanya memerhatikan gerak geri lelaki berbaju putih dan berseluar putih itu bercakap sendirian dan berlalu pergi. Dek kerana dia dipertontonkan dengan gerak dan dialog misteri itu, bulu diseluruh badannya naik menegak tinggi. Dia menelan air liur seraya anak matanya memutar memandang sekeliling, dari atas siling sampai ke lantai. Berhantu ke tempat ni? Bisik hati kecil Emir sebelum dia mengosok - gosok lengannya. Seram merinding!

“ Ish…Better hurry Mir… Kang tak pasal tamat riwayat hidup kau kat sini” Kata Emir berbisik pada diri sendiri.

Langkahnya maju lagi sampai ke bilik kerja Humaira. Dia tersenyum lebar bila dia keluarkan kunci dari lipatan seluar. Baju yang membaluti tubuh dibuka lalu tangkas tangannya membalut baju tadi pada tombol pintu. Perlahan dan cermat dia memulas tombol pintu, tidak mahu mengeluarkan bunyi pulasan pintu yang kuat. Kali ini nasibnya baik bila bunyi pulasan pintu itu tidak sekuat yang dia sangka. Sangkaannya pintu yang berusia lebih puluhan tahun itu akan mengeluarkan bunyi ensel pintu berkarat yang kuat tapi tidak. Dia sedikit lega.

Badannya yang kurus dengan jayanya melolos dari bukaan pintu yang sedikit. Bola mata Emir kini meliar ke kiri dan kanan. Kagum pula. Mewah sungguh bilik kerja Humaira. Otaknya mula membayangkan Humaira sedang tekun di meja kerja. Pasti cantik sekali perempuan itu tatkala beriak serius. Ahh, sayang betul, cantik tapi penakut macam kucing! 

Tidak mengambil masa yang lama, dibawa badannya laju ke arah meja. Perlahan - lahan, dia tarik laci meja satu persatu. Tangannya tangkas mengeledah isi laci dengan penuh cermat, tidak mahu ternampak seperti diceroboh. Disusun kertas dan barang yang dipegang ke tempat dan kedudukan yang asal. Sekian lama dia mengeledah, dia duduk terjelopok di sisi kerusi.

“ Bodohnya kau Mir… Memanglah dah kosong. Kau nak buang masa kat sini, buat apa? Ish!” Matanya dipejam rapat lalu dia menarik nafas yang panjang. Dalam hati, dia menyumpah seranah dirinya sendiri. Anak matanya memerhati lagi sekeliling, kalau diikutkan hati mahu saja dia mengeledah lagi tetapi masanya untuk merayau sudah habis. Dia harus segera naik ke bilik sebelum lelaki peronda tadi kembali lagi. Dia angkat punggungnya lalu bergegas naik semula ke biliknya.

***

ARGHHH!

Humaira menampar bahunya lalu digaru - garu tempat yang terasa sakit. Semacam digigit semut merah rasanya. Pedih.

“ Dah… Jangan risau, awak rehat dulu Maira. Saya janji, esok awak akan lupakan semua.” Soal Qidran. Picagari yang sudah hampir kosong itu ditolak jauh ke bawah kerusi. 15 minit and you out, Maira.

“ Awak cakap senang tau Qid.” Kata Humaira tidak berpuas hati.

“ Kami semua pernah lalui semua ni. Apa yang Emir buat hanya untuk bagi pengajaran untuk awak Maira. Awak tak perlu memperbesarkan hal ni pun. Kecil punya masalah je ni.” Pujuk Qidran tidak kenal erti kalah. Fahrin dan yang lainnya mengangguk - angguk, setuju saja dengan apa yang dikatakan Qidran.

“ Beri pengajaran? Awak cakap macam dia tu lebih layak beri pengajaran pada saya? Saya yang gila atau dia?” Bentak Humaira tidak mahu mengalah. Apa benda ni? Aku pulak yang disalahkan?

Qidran dan yang lainnya diam tidak menjawab. Humaira mengeluh, tidak percaya… Jadi kehadiran dia disini, apa? Patung penganti doktor Aliff? Begitu? 

“ Saya hampir mati tadi! Tahu! Hampir mati! Awak tak merasa. Saya tak boleh bergerak sebab pakai jaket bodoh tu! Nak bangun lari pun tak boleh. Telinga saya ni, masih boleh dengar dentuman pintu besi yang dia orang rempuh. Saya nampak semua banduan tu macam nak makan saya hidup - hidup tahu! Kalau pintu - pintu besi tadi pecah dan pengawal lambat sampai… Agaknya saya dah jadi daging lumat. Cuba kalau awak ada kat tempat saya ni, apa awak rasa?” Kecewa hati Humaira bila Qidran seperti tidak ambil peduli tentang apa yang terjadi pada dirinya. Semacam hal begitu, hanya perkara celah gigi saja.

“ Sudahlah… tidur dan lupakan semuanya.” Kata Fahrin memujuk Humaira. Dia perhatikan lenggok - lenggok Humaira yang sedikit aneh, seakan orang kemabukan. Kejap - kejap ke kiri, kejap - kejap ke kanan. Tidak tetap tubuhnya. Pandangannya beralih ke arah Qidran.

Dengan bola mata Qidran yang bergerak - gerak, Fahrin sudah dapat baca. Rapid tranquillisation ya…. Geliga sungguh kau Qid. Bibir Fahrin menyungging senyum lebar. Dilontarkan segera tubuhnya disebelah Humaira, seraya memangku tubuh Humaira yang sudah lembik.

“ G.G bro! G.G!!!!”

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh