Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 10

     “ Pak Amir” jerit Faris macam singa lapar ada, macam suara gergasi hodoh pun ada. Pak Amir kelam kabut keluar. Dia terkejut. Tak pernah Faris menjerit begitu. Layla juga terkejut. Mak oi teruknya suara, tak boleh cakap baik-baik kah? desis hati Layla tidak puas hati. Memang kurang ajar. Dia serta merta perasan lelaki itu yang dia terserempak semasa di KLCC. Ya Allah! Jumpa lagi mamat sombong itu!

     “ Cepat keluar Layla. “ bisik Pak Amir resah. Layla mendengus sambil memeluk tubuh. Kalau boleh dia tak mahu keluar. Biar padan muka lelaki tersebut. Dia ingat dia siapa? Pak Amir menyuruh anak gadisnya itu keluar sekali lagi. Tapi gadis itu tidak juga keluar menunjukkan keras kepala dan egonya. Geram pula Pak Amir melihatkan. Dalam keadaan begitu anaknya boleh degil pula. Anaknya masih tidak berganjak. Mata gadis itu tidak berkelip memerhatikan Faris dengan penuh kebencian seperti Faris hendak ditelannya. Faris pula makin geram bila melihatkan gadis itu tidak berganjak. Budak perempuan mana yang degil sangat ni? Dia ingat kereta itu kereta bapak dia ke? Lantas dia terus ke tempat duduk gadis itu dan membuka pintu.

     “ Hoi! Keluarlah!” jeritnya. Layla terkejut atas tindakan lelaki itu. Faris juga terkejut bila terlihat gadis itu. Dia pandang semula gadis itu. Ha! Budak kecil di KLCC tadi? Kecilnya dunia! Apa malangnya dia berjumpa dengan gadis itu lagi? Mereka berpandangan dengan sinar mata masing-masing yang seolah ingin menelan satu sama lain. Tapi hanya sekejap cuma. Melihat gadis itu hatinya yang memang sedia panas dek Tok Zauyah seolah mahu meletup. Siapa gadis itu pada Pak Amir? Ah! Tak kisahlah! Dia menarik tangan gadis itu keluar dengan kasar. Selepas itu dia menolak gadis itu ke tepi. Gadis itu terjerit.      

Tanpa mempedulikan gadis itu yang mengaduh dia menutup pintu kereta sebelah penumpang itu dengan kasar. Layla bangun perlahan-lahan menyapu-nyapu punggungnya. Mujur dia tidak apa-apa walaupun jatuh terduduk. Ganasnya lelaki itu! Mentang-mentanglah dia tinggi dan besar. Ikut suka saja tolak-tolak orang!

     “ Maaf Encik Faris,” kata Pak Amir apabila Faris bergerak ke kerusi pemandu pula.

     “Sudahlah Pak Amir! Tak payahlah nak minta maaf. Pak Amir tahu tak apa yang Pak Amir dah buat? Menyusahkan orang saja. Lain kali jangan nak pakai kereta ni macam kereta sendiri. Sedarlah diri tu sikit. Pak Amir ingat ini kereta Pak Amir ke? Suka-suka hati saja bawa ke hulu ke hilir!” bebel Faris dengan kasar.

Pak Amir tersentak dengan kata-kata pemuda itu yang kini masuk ke dalam perut kereta kemudian menekan minyak beberapa kali menyebabkan enjin kereta tersebut menderu ganas. Seganas tuannya. Hampir saja terlanggar tembok sebelum kereta itu mengaum macam singa gila keluar dari perkarangan. Pak Amir dan Layla hanya berpandangan. Tapi sinar mata gadis bertudung itu penuh kesumat. Sungguh lelaki itu tidak ada budi bahasa melayan bapanya seperti kuli batak tiada harga diri. Memang melampau. Dan dia pulak adalah lelaki yang dia jumpa di KLCC tadi. Maksudnya dia itu anak Omar Bukhari? Patutlah berlagak sungguh! Getus hati Layla sangat geram. Kenapalah dia ditemukan dengan lelaki itu lagi? Mungkin Allah nak tunjukkkan padanya betapa miskinnya hati budi anak orang kaya macam lelaki itu. Huh! Menyampahnya dia pada lelaki itu.

    “ Layla lambat sangat keluar tadi kenapa? Kan lagi mengamuk budak tu pada ayah?” tanya ayahnya.

     “ Geram saya ayah dengan perangai orang gila tu. Memang kurang ajar. Kenapa ayah tak bagi saja sebijik kat muka dia ayah? Baru padan muka dia.”

     “ Eh Layla, kenapa Layla pulak yang lebih-lebih. Dia kan anak majikan ayah tak kanlah ayah nak buat macam tu? Lagipun Layla, sabar tu kan lebih baik” pujuk Pak Amir.

     “ Ayah, dia hina ayah macam tu pun ayah nak sabar? Itu dah buli namanya. Ish kenapalah ayah kerja kat sini dengan orang kurang ajar macam tu?” ujar Layla tidak puas hati.

      “ Selalu budak tu baik tapi ayah pun tak faham apa sebab dia berkasar dengan ayah macam tu tadi. Dia ada masalah agaknya” ujar Pak Amir berbaik sangka. Layla menjegilkan matanya tidak percaya dengan kata-kata ayahnya. Sejak dia mengenali lelaki itu sekejap sahaja bermula di KLCC sehingga di rumah besar tersergam indah itu, tiada satu kebaikan pun dia nampak dari lelaki itu. Sungguh tidak ada. Baiknya hati ayah kerana masih berbaik sangka dengan orang seperti itu!

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.