Home Novel Cinta CINTA BOARDING PASS (Takluki Hatiku)
CINTA BOARDING PASS (Takluki Hatiku)
Batiah Hadi
7/10/2016 23:09:50
128,378
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 41

Is this your girlfriend Thareq?” tanya seorang wanita berusia lima puluhan berbadan gempal. Wajahnya ada iras nenek Thareq, Rose. Hanna lantas dikenalkan pada wanita itu.

“Yup nana Violet. What do you think?” tanya Thareq tersenyum simpul. Hanna menjegilkan matanya. Sejak bila pulak aku jadi girlfriend dia??

She’s absolutely beautiful,” ujarnya lantas memeluk Hanna dan mencium pipinya menyebabkan Hanna tersipu-sipu. Aduhai, mak salleh ni kata aku cantik??? Hanna terasa di awang-awangan seketika. Tak pernah ada orang yang puji dia secara direct seperti itu.

Please take care of my Thareq okay….promise me,” pintanya sebelum berlalu. Hanna terpempan. Nak cakap ye ke tidak? Tapi kalau dia mengeleng, tersinggung pulak wanita itu. Nak mengangguk pula dia bukannya teman wanita Thareq. Dia hanya tersengeh sahaja. Tapi senyum Thareq padanya memang extra lebar.

Parti itu memang meriah. Kata Thareq, warga Aussie memang suka berkumpul sesama keluarga di hujung minggu berpiknik di belakang rumah mereka ataupun di taman-taman, tepi laut dan sungai. Itulah sebabnya di belakang rumah agam itu ada tiga gazebo yang mempunyai meja siap dengan bangku kayu. Di kala cuaca yang nyaman seperti itu mereka suka berpiknik dan beramah mesra dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang dijemput. Anak-anak mereka pula bermain footy dan pingpong ataupun berayun di buaian yang berada di situ. Ada juga yang bermain catur dan permainan board yang lain. Hanna juga dapat memerhatikan Thareq yang jelas memang disukai oleh semua ahli keluarga dan rakan-rakan.

Ada masa Thareq bermain footy dengan kanak-kanak yang berkunjung. Hanna diajak sama tetapi Hanna menolak. “Come on darling!” ajaknya. Hanna mengeleng-ngeleng. Darling? Thareq memang mengada. Entah bila aku jadi darling dia? Haih! desis hati Hanna. Thareq buat muka seposen mahu Hanna turut serta. Lucu pula kelihatan lantas Hanna ketawa.

Seketika kemudian, Hanna berbual-bual dengan saudara mara dan jiran-jiran yang datang sambil matanya sesekali melirik pada Thareq yang sedang galak bermain footy itu. Ketawanya juga memecah suasana sekali sekala. Hanna seronok melihat sisi Thareq yang ini.

Sesekali mata Thareq bersatu dengan Hanna beberapa kali seperti ada telepati pula. Bila Hanna angkat muka memandangnya, Thareq juga akan mengangkat muka. Pandangan mereka bersabung seketika. Setiap kali mata mereka bertaut ada senyuman di bibir Thareq sebelum dia kembali melayan kanak-kanak di sebelahnya. Khas hanya untuk Hanna. Bagaimana tak huru hara perasaan Hanna dibuatnya. Cara memandang pun buat Hanna rasa istimewa. Oh, galau hati Hanna kalau dia lama lagi di situ.

Acara renung merenung itu semakin lama menanamkan dalam jiwanya rasa untuk sentiasa berada di situ di sisi Thareq. Namun dia tahu yang itu sudah tentu hanya satu angan-angan sahaja.. Esok bila dia pulang ke tanahair dia perlu kembali pada realiti. Arghh!! Kalau boleh dia tidak mahu kembali pada realiti itu. Dia mahu tetap di situ menikmati perasaan yang membahagiakan itu. Bila hari hampir petang Hanna terpaksa meminta diri untuk pulang. Dia bersalaman dengan semua yang ada. Thareq lantas menghantar Hanna pulang ke hotelnya.

“Seronok?” soal Thareq bila mereka di dalam kereta menuju ke hotel Hanna. Hanna tersenyum memandang lelaki yang sedang memandu itu. Memang dia seronok hari itu.

“Seronok. Mesti best tinggal di kawasan yang tenang seperti kejiranan datuk dan nenek awak tu ye. I’m crazy over them.!”

And I am crazy over you!” ujarnya selamba merenung tepat ke wajah Hanna sampai Hanna hilang sekejap apa yang hendak dia perkatakan.

Thareq…please don’t start,” Hanna memberi amaran. Thareq ketawa kecil.

“Baiklah, I tak akan mula. But seriously I’m glad you like everything about the house. Itulah tempat saya membesar dan sampai sekarang saya memang pulang ke situ. At least there is something which is part of me that you like,” ujar Thareq lirih. Hanna terdiam seketika.

“Terima kasih bawa saya ke rumah datuk dan nenek awak harini. Saya suka jumpa dengan mereka,” ujar Hanna tiba-tiba.

“Mereka pun….mereka ingat awak dan saya serius tau,” balas Thareq.

“Kenapa awak tak beritahu yang kita hanya kawan,” pinta Hanna memandang wajah lelaki itu dalam-dalam.

“Hmm...itulah yang saya katakan. Tapi mereka tak percaya. Terutama Nana violet. Dia kata awak and saya ada chemistry. Awak rasa kita ada chemistry tak?” soal Thareq sedikit bergurau. Dia mengerling pada Hanna. Hanna tersentak.

“Tak ada pun..” jawab Hanna selamba. Dia tahu Thareq memandangnya tapi dia tidak membalas. Bimbang wajahnya yang menipu.

“Itulah…I ingat tak ada. Macamana mereka boleh nampak ye?” soal Thareq mengerling pada Hanna sekilas. Hanna mengangkat bahu seperti tidak tahu.

“Agaknya mereka ada kuasa luar biasa. Boleh nampak apa yang tak ada,” tambah Thareq lagi sambil mengulum senyum.

“Bunyi sangat menakutkan. Tukang sihir ke family awak ni?soal Hanna bergurau.

Thareq lantas ketawa kecil. “Kalau saya keluarga tukang sihir dah lama awak kata ya untuk tinggalkan tunang awak malam tadi. Malangnya bukan, jadi saya tak boleh sihirkan awak untuk terima saya,” sambungnya cuba mencuit hidung Hanna dengan wajah nakal. Hanna pantas melarikan hidungnya. Thareq ketawa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.