Home Novel Cinta Hatiku Not For Sale
Hatiku Not For Sale
Batiah Hadi
23/5/2015 22:35:39
374,982
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 50

“WAH…cantik rumah Hasef ni,” puji Datin Amna sebaik sahaja mereka masuk ke rumah itu dan bersalaman.

“Hmm ini dah kalah rumah ayah. Besar sungguh rumah Hasef,” gurau Datuk Husein.

“Macam English house je bang. Sofia suka. Memang cantik rumah abang ni,” puji Sofia pula.

“Hasef kebetulan dapat deal yang baik untuk banglo lama ni. Pemilik asal terpaksa balik negaranya cepat jadi dia sanggup jual rumahni below market price,” terang Hasef.

“Hmmm…Zeti bertuahlah. Nanti dah kawin Zeti boleh duduk sini,” kata Datin Amna sambil mengerling pada Zeti yang hanya tersenyum. Hasef mengangguk tetapi dahinya sedikit berpeluh. Kedatangan Zeti memang tidak disangka. Zeti tersengeh buat-buat walaupun dari matanya dia sebenarnya tidak puas hati dengan keputusan Hasef membeli banglo lama itu tanpa persetujuannya. Baginya sungguh hodoh banglo itu.

Tunggulah bila mereka bersendirian. Dia akan dapatkan penjelasan kenapa Hasef membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengannya. Sudahlah begitu, selama dua bulan Hasef menyepi dan tiba-tiba sahaja membeli rumah. Hasef ada perempuan lain ke?

“Berapa orang gaji Hasef ni??” tanya Datin Amna bila terlihat Kak Umi dan Zahra yang berada di dapur. Kedua-duanya keluar bersalaman dengan Datin Amna dan mengenalkan diri.

“Err…2 orang mama,” jawab Hasef menunjuk pada Zahra dan Kak Ummi yang berdiri di situ.

“Amboi…sampai 2 orang. Sorang tukang kemas sorang tukang masak???” tanya Datin Amna.

“Lebih kurang macam tu lah mama,” ujar Hasef sambil tersengeh. Matanya melirik pada Zahra yang kelihatan bersahaja. Mata mereka bagaimanapun bertemu. Zahra menundukkan kepala.

“Wow…hebat abang sampai dua orang gaji. Mama tu pun kat rumah ada sorang je. Abang Hasef sampai 2 sekali,” sampuk Sofia. Dia tersenyum ramah pada Kak Umi dan Zahra. Zahra dia lihat seperti sebaya sahaja dengannya. Tinggi mereka pun lebih kurang.

“Mudah sikit nak jaga rumah besar ni,” ujar Hasef berdalih. Matanya terlekat lagi pada Zahra yang menoleh seketika. Pandangan itu dapat dikesan oleh Zeti. Kenapa Hasef berpandangan begitu dengan gadis bertudung yang sejak tadi berada di dapur itu? Mereka ada apa-apakah? Tapi tak mungkin Hasef ada sesuatu dengan gadis seperti itu. Orangnya tinggi lampai dan bertudung litup. Wajahnya separuh tertutup dengan tudung itu. Sukar untuk Zeti nampak wajah sebenar gadis itu.Tapi secara kasarnya nampak seperti orang kampung sahaja.

“Emm..Zahra ni umur berapa? Nampak macam sebaya sahaja dengan saya,” ujar Sofia. Tiba-tiba bertanya. Datin Amna mengangguk. Memang nampak gadis itu sebaya dengan Sofia.

“19 tahun,” jawab Zahra pendek.

“Memang sebayalah. Saya Sofia. Dah lama kerja dengan abang Hasef?” soal Sofia.

“Hmmm baru je,” jawab Zahra agak malu-malu terutama bila semua mata memandang padanya menanti jawapan. Hasef mula rasa tidak selesa.

“Maaf kalau saya tanya. Kenapa awak jadi orang gaji ye? Selalunya orang sebaya awak dan saya suka bekerja di kilang, supermarket dan sebagainya kalau mereka tidak melanjutkan pelajaran. Awak pulak pilih jadi orang gaji. Orang gaji biasanya orang dari tanah seberang sahaja,” soal Sofia menyebabkan hati Hasef tak keruan.

“Dah rezeki saya kat sini cik,” jawab Zahra. Hasef yang sedang berada di situ tegak sahaja telinganya. Memastikan Zahra tidak berkata sesuatu yang akan memecahkan rahsia mereka berdua. Dia lega Zahra menjawab seperti itu.

“Amboi Sofia…sempat lagi menyoal siasat orang gaji abang??? Dia ni orang susah. Ada nenek yang buta lagi. Abang ambil dia bekerja supaya dia tak merempat dengan nenek dan adik dia. Dahlah tu. Jom kita makan. Abang dah lapar ni,” kata Hasef cuba mengelak Sofia dari bertanya lebih lanjut. Dia tahu Sofia agak pemerhati orangnya dan sering bercakap ikut apa yang terlintas di fikirannya. Dia tidak mahu Sofia menyoal siasat Zahra pula. Silap hari boleh terbongkar rahsianya.

“Baiknya abang ni…dari dulu cepat bersimpati kat orang…cuma Sofia harap tak ada orang yang sengaja ambil mesempatan pulak bila abang baik sangat macam tu,” kata Sofia memandang tepat pada Zahra. Zahra menundukkan kepala. Dia sedar kata-kata itu ditujukan khas untuknya. Geram bertakhta di hati. Mahu saja dia berkata, siapa yang mengambil kesempatan? Akukah atau abang kau? Tapi, pasti tidak berbaloi untuk mengucapkannya di saat itu. Biasalah, orang yang berada memandang sangsi pada orang sepertinya. Memanglah pelik seusianya dia rela menjadi orang gaji pula sedangkan rakan-rakan lain suka bekerja di tempat yang lebih komersial.

Seketika kemudian makanan malam dihidangkan. Nasi beriani ayam dengan acar beserta papedom. Mereka anak beranak makan dengan berselera sekali.

“Mari sini Zahra dan Umi makan sekali,” ajak Datin Amna mesra. Zahra dan Kak Umi berpandangan seketika.

“Tak mengapa Datin. Datin dan semua makanlah dulu. Kami berdua makan selepas ni,” jawab Kak Umi sopan.

“Wah sedapnya beriani ni,” puji Dato Hussein. Hasef tersengeh. Sedikit sebanyak ada rasa bangga di hati. Memang sejak dua bulan itu masakan Zahra memang kena dengan tekaknya. Dan hari itu keluarganya memuji pula. Hah! Bini aku memang pandai masak, bisiknya bangga.

“Betul…memang sedap. Siapa yang masak ni??” tanya Datin Amna. Kak Umi menyenggol Zahra sedikit.

“Err…saya Datin,” jawab Zahra sambil tersenyum.

“Wah sedap nasi beriani awak ni…awak ada belajar masak di mana-mana ke? Lebih sedap dari di kedai ni,” puji Datin Amna.

“Tak…saya hanya belajar dengan arwah mak saya. Terima kasih Datin,” kata Zahra sopan. Datin Amna tersengeh. Zeti di sebelah hanya tersenyum nipis. Dia memandang Zahra tajam. Ada rasa sedikit cemburu di hati. Bakal ibu mertua memuji gadis lain di hadapannya sedangkan dirinya masak nasi pun tak pandai. Bila dia melirik wajah Hasef pula dia dapat lihat ada sedikit senyuman di bibir. Hasef ni kenapa??? Ada hati pada orang gaji? Hati Zeti rasa terbakar tapi di situ dia perlu pandai jaga kelakuannya. Malu kalau nampak cemburu dengan orang gaji. Dah tentulah orang gaji itu tidak setaraf dengan Hasef.

Selepas itu mereka berehat-rehat seketika sebelum menjamah pula apple pie yang disediakan oleh Zahra. Memang lazat menikmati apple pie itu bersama dengan air kopi.

“Sedapnya apple pie ni Zahra. Awak buat ini juga??” soal Datin Amna kagum.

“Ye Datin. Kalau Datin suka, tambahlah lagi,” pelawa Zahra sewaktu dia menuang air kopi kepada Datin Amna. Datin Amna menganguk-angguk. Memang bertuahlah Hasef mendapat orang gaji seperti Zahra yang pandai memasak. Datin Amna meneguk air kopi yang dihidangkan. Kopi pun sedap sahaja dihirup, desis hati Datin Amna.

“Dah tentu. Tak pernah saya makan apple pie sesedap ini,” puji Datin Amna lagi menambah lagi apple pieitu ke pinggannya.

“Nanti bagi saya resepi apple pie ni. Saya nak cuba buat sendiri di rumah,” pinta Datin Amna.

“Tiada masalah Datin. Nanti saya tuliskan dan berikan pada Datin,” ujar Zahra dengan sopan.Datin Amna tersenyum. Suka dia pada gadis tukang masak itu. Orangnya nampak masih muda tapi sudah pandai memasak dengan lazat sekali.

“Hmm…ambik resepi tu tapi tak payahlah awak buat. Tu suruh anak dara awak tu. Cuti-cutini baik awak ajar dia memasak. Tak kan lah esok harapkan orang gaji sahaja,” Tiba-tiba bapa Hasef bersuara. Sofia menjuihkan bibir. Bapanya memang suka mengusik dia begitu. Seumur hidupnya dia jarang ke dapur kerana sudah ada orang gaji yang pandai segala. Justeru dia tidak nampak penting baginya untuk pandai memasak.

“Ayah…Sofia tak diciptakan untuk memasak. Ada banyak lagi kerja lain yang lebih penting dari masak,” Sofia pantas menjawab. Hasef mengeleng-ngeleng begitu juga Puan Amna.

“Baguslah tak pandai masak…esok-esok kalau suami lari baru tahu,” usik Hasef sengaja.

“Owh….carilah suami yang moden. Tak kisah isteri pandai masak atau tak. Kak Zeti…akak kena belajar masak. Tu abang Hasef dah bersungguh nak isteri dia pandai masak,” Zeti yang dipanggil terpempan. Jenuh kalau Hasef suruh dia memasak. Memahami Zeti juga seperti adiknya Hasef pantas berkata,

“Kak Zeti tak apa…nanti abang yang masakkan untuk dia,” jawab Hasef menyebabkan hati Zeti berbunga. Dia melirik pada Hasef yang tersenyum padanya. Pandangan mereka bersatu dan mereka berdua ketawa. Ada kemesraan terpancar di antara Hasef dan tunangnya itu.

“Huh! Double standard!! Mentang-mentanglah Kak Zeti tunang dia…cepat je dia backing!” sela Sofia bergurau. Mereka semua ketawa. Zahra hanya tersenyum nipis. Namun hatinya semacam bila melihat Hasef yang berpandangan dengan Zeti. Ada rasa kurang senang melihat kemesraan yang terpancar di mata Hasef terhadap gadis sofistikated yang bernama Zeti itu.

Tunang dia rupanya. Memang sesuai. Agaknya kalau perempuan itu sudah tentu Hasef tidak malu kalau jadi isterinya. Oh, aku jealous ke? Mustahil!! Tapi kan aku isteri dia?? Sudah dua bulan menyediakan semua keperluan dia dan kemesraan pula sedikit sebanyak wujud biarpun Hasef belum betul-betul menerimanya sebagai isteri.

Zahra melirik pada Hasef dan dia terkedu bila Hasef juga memandang padanya seketika. Pandangan bertaut, sebelum panggilan Zeti di sebelah menarik perhatiannya. Dia segera mengalih pandangan kepada Zeti. Melihat mereka berbual mesra hati Zahra terusik juga sedikit sebanyak. Dia pun bergerak ke dapur kalau-kalau ada yang perlu dikemas atau dibasuh. Tak sanggup dia melihat mereka berdua. Hatinya seperti dipalu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.