Home Novel Cinta Hatiku Not For Sale
Hatiku Not For Sale
Batiah Hadi
23/5/2015 22:35:39
376,088
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 10

    “Siapa nama you?” soal Hasef sewaktu mereka dalam perjalanan ke tempat parkir. Langkah mereka terhenti dan mata Hasef mencari anak mata Zahra. Tangan Hasef masih di pinggang. Hangat terasa. Pelukan di pinggang sedikit kuat bila lelaki itu bertanya namanya membuatkan Zahra sedikit gugup. Serba-salah untuk memberikan namanya. Namun dia tahu kalau dia berdegil, hanya ada dia dan lelaki itu sahaja di tempat parkir. Apapun boleh berlaku.

     “Zahra.” jawabnya pendek menundukkan kepala. Tidak tahan renungan lelaki itu bila serapat itu dan tangannya masih di pinggang. Dia merungkai pelukan lelaki itu. Hasef tersentak namun melepaskan jua pelukannya itu. Mungkin gadis itu rasa tidak selesa.

     “Okay Zahra…nice to meet you. Saya Hasef..” ujarnya memperkenalkan diri sambil tersenyum sebelum langkah diteruskan. Pasti ke kereta lelaki itu. Zahra tidak mengikut menyebabkan Hasef berpatah dan menarik tangan gadis itu. Dia hairan.

     “Eh..jom lah..” ajaknya. Lantas tangan Zahra ditarik.

     “Encik nak bawa saya ke mana ni?” soal Zahra takut-takut bila lelaki itu membawanya ke sebuah kereta Range Rover Evoque berwarna merah. Lelaki itu merenungnya seketika. Matanya meneguk wajah jelita gadis itu. Rapat sehingga boleh dengar tarikan dan helaan nafasnya. Tangannya tiba-tiba menyelitkan anak rambut yang sedikit terlepas ke belakang telinga Zahra. Kemudian jejarinya mengusap sedikit pipi gadis itu. Zahra makin gugup. Jantungnya berdetak laju. Perlakuan seperti itu menggetarkan hati perempuannya. Sedikit senyum di bibir terpamer di bibir lelaki itu namun lelaki itu tidak menjawab. Bahkan dia membukakan pintu kereta di bahagian penumpang dan memberi isyarat supaya Zahra masuk ke dalam. Zahra tercangak-cangak.

     “Masuklah,” suruhnya lembut lantas menutup pintu penumpang. Lelaki itu ke tempat pemandu pula. Hati Zahra terasa cair. Ah, gentleman pulak lelaki itu. Berbeza sungguh dengan lelaki yang bergaduh dengannya di bus stand dan di restoran.

    “Awak dah makan?” soalnya. Matanya memandang sekilas pada Zahra. Zahra mengeleng-ngeleng.

    “Apa kata kita pergi makan?” cadang Hasef dengan matanya masih di wajah gadis itu. Mata hitam pekat berkening lebat. Renungan yang mempesonakan. Suara yang dalam dan garau bila mengajak. Arghh! Zahra cuba fokus kembali dan tidak mengikut perasaan. Dia sepatutnya tidak tergoda dengan lelaki itu. Zahra, you are stronger than this!.Yes, you are!

     “Hmm…saya dah kenyang.” jawab Zahra tiba-tiba bila mendapat suaranya semula.

      “Tadi awak kata belum makan?” ujar Hasef memandang gadis itu tidak lepas-lepas. Aduhai…kenapa cantik sangat perempuan ni?? Matanya bundar berwarna coklat, hidung mancung dan bibir penuh bersalut lipstick merah saga. Rambutnya panjang ikal dan bersinar itu berwarna perang. bukan perang celup tetapi asli.

Sewaktu dia memeluk gadis itu pula terasa rambutnya yang lembut dan seharum sutera. Siapapun boleh hilang pertimbangan melihat wanita secantik wanita itu. Hasef berdehem rasa tak selesa berduaan sahaja. Dia juga terbayang semasa memaut pinggang gadis itu tadi dia dapat merasa rampingnya pinggang gadis itu. Sesuatu yang sepatutnya dia tidak fikirkan tetapi itulah yang asyik bermain di fikirannya saat itu. Justeru, matanya terus degil mahu memandang wajah gadis itu sahaja.

      “Sorry…saya dah makan sebenarnya.” jawab Zahra gugup sambil membetulkan rambutnya yang terjuntai di dahi dan lebihan rambut diselit ke tepi telinga. Mata Hasef mengikut arah jari jemari Zahra yang membetulkan rambut. Perlakuan seperti itupun sudah buat dia terpana melihat jari runcing itu. Argh!! aku ni dah kenapa? Zahra pula berdehem tidak selesa bila direnung begitu menyebabkan Hasef tersedar.

     “Mana satu ni? Dah makan ke belum?” soal Hasef. Enjin kereta dihidupkan.

     “Dah…saya dah makan,” jawab Zahra pantas.

      “Hmmm…tak apalah kalau dah makan pun…tapi saya belum. Awak teman saya makan ye?.” ajak Hasef menatap mata coklat itu lagi. Menunggu jawapan gadis itu. Zahra menggigit bibir seketika.

    “Sure.” jawab Zahra mengangguk menyebabkan Hasef tersengeh lebar memancarkan deretan gigi yang rata. 

     “Great!” katanya lega lantas kereta itupun bergerak keluar dari perkarangan bangunan kelab itu. Perutnya yang sejak tadi asyik memakan kentang goreng terasa sebu. Hasef mahu makan sesuatu untuk menghilangkannya.

   Mereka tiba di sebuah restoran berdekatan. Apabila membawa seorang gadis seperti itu sudah tentu pasangan itu jadi perhatian. Semua memandang pasangan yang kelihatan sepadan itu dari serba-serbi dan segi ketinggian. Ditambah dengan wajah dan gaya gadis itu yang kelihatan vogue. Silap haribulan seperti bintang filem atau supermodel pula.

    Hasef memesan makanan dan minuman untuk dirinya manakala Zahra bertegas hanya mahu minum jus epal sahaja. Patutlah slim, desis hati Hasef. Agaknya gadis itu sedang berdiet seperti gadis-gadis yang berpotongan badan seperti Zahra itu. Namun, satu pandangan ke susuk tubuh gadis itu Hasef terfikir yang Zahra baginya terlalu kurus.

      “Hmm betul awak tak lapar? Sedap ni..” ujar Hasef kepada Zahra sambil menunjuk pada Zahra spaghetti olio yang dimakannya. Wajah gadis itu direnung lagi menyebabkan Zahra agak gugup.

    “Tak apa encik…” Zahra menolak. Dalam keadaan seperti itu seleranya memang hilang.

    “Panggil saya Hasef. Cubalah rasa Zahra…sedap ni.” ujarnya lalu menyua satu garpu terlilit spaghetti itu kepada Zahra.

    “Tak apa. Hasef makanlah.”

     “Open your mouth…awak kena rasa spaghetti ni…rugi kalau tak makan..” suruh Hasef tegas. Mahu tak mahu Zahra terpaksa membuka mulut dan memakan apa yang disuakan oleh Hasef. Hasef merenung gadis itu makan seketika. Memang terpana melihat kejelitaan gadis itu.

     “So?” tanya Hasef sambil merenung anak mata gadis itu. Zahra mengangguk-angguk. Terpejam-pejam matanya merasa keenakan spaghetti itu.

    “Betul kata awak..memang sedap,” ujar Zahra sedikit tersenyum sambil menjilat bibir. Hasef terkedu sekejap. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Bahaya.

    “Err…that’s what I told you,Zahra…memang sedap.” ujar Hasef acuh tak acuh menahan getaran di dada. Zahra mengangguk lagi.

    “Nah..ambiklah lagi.…dengan I tak payahlah diet. Lagipun you tu kurus sangat. Makan sikit lagi biar berisi. Lagipun bagi I, perempuan kalau gemuk sikit tak apa. Barulah comel!,” ujar Hasef tersenyum sangat manis. Zahra terlongo. Biar benar lelaki itu suka kalau perempuan gemuk sikit? Selalunya lelaki suka potongan badan yang sempurna. Hasef direnung tak percaya.

    “Kenapa Hasef cakap macam tu? Pelik saya dengar. Kebanyakan lelaki nak pasangan atau isteri yang kurus. Kalau tidak tak kan lah laku ubat kurus dan suplemen untuk kurus tu semua. Ada yang jadi rendah diri bila badan mereka gemuk sebab susah cari pasangan dan kadang-kadang dicemuh pulak,” ujar Zahra. Hasef tersengeh lagi.

    “Itu orang lain tapi bagi saya yang penting bukan potongan badan tapi hatinya. Buat apa badan cantik tapi hati tak ikhlas. Biarlah badannya tak cantik, tak sempurna tapi hatinya baik dan ikhlas. Bentuk badan tu nanti berubah juga lama kelamaan tapi kalau kita ikhlas sampai dah kerepot dan gemuk macamana pun masih cantik di jiwa. Lagipun nak cari yang hatinya ikhlas bukannya mudah zaman sekarang ni. Wanita sekarang ni makin materialistik disebabkan oleh desakan hidup.” kata Hasef panjang lebar. Zahra terdiam.

     Betul juga. Keikhlasan yang paling penting dan bukannya bentuk badan. Namun, berapa ramai yang fikir begitu? Kebanyakan lelaki tergoda dengan bentuk badan kemudian selepas itu baru lihat keikhlasan. Betulkah kata-kata Hasef itu? Entah-entah sekadar menyedapkan hati? Dia pun berada di situ sebab lelaki seperti Hasef yang mahukan peneman sepertinya. Yang sanggup membayar dia sebab rupa dan potongan badannya.

    Dia memang tiada masalah berat badan kerana disebabkan kemiskinan makanannya sering tidak cukup dan dia juga terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Manalah sempat lemak mahu melekat di tubuhnya. Kata Hasef, dia terlalu kurus dan Hasef suka kalau dia sedikit berisi?. Kenapa dia terasa seperti di awang-awangan pula bila lelaki itu berkata begitu. Arghh Zahra, kau jangan berangan pula! marahnya pada diri sendiri.

    “Mungkin sebab itu realitinya. Kalau tak dapat suami yang kaya dan berpendapatan tinggi tak terjamin pula masa depan. Siapa nak hidup susah Hasef?,”

    “Setiap perkahwinan ada rezekinya tersendiri. Itu janji Allah. Mungkin lelaki itu tidak kaya tetapi bila dia berkahwin rezeki tetap ada untuk isteri dan anak-anaknya. Dan kalau dia berusaha dia juga akan kaya. Lagipun kaya tak jamin bahagia,”

    “Mungkin untuk orang berduit seperti Hasef fikir macam tu tapi golongan miskin yang serba kekurangan tak fikir begitu. Bagi mereka wang boleh membawa bahagia walaupun bukan sepenuhnya,”

     “Talking from your own experience?” soal Hasef penuh makna.

    "Encik Hasef….pengalaman saya berbeza. Saya bercakap ni lebih kepada pemerhatian saya. Saya juga tak percaya wang itu punca dan puncak kebahagiaan tetapi kita perlu wang untuk bahagia. Mana cukup dengan cinta dan kesetiaan sahaja,” Hasef terdiam. Matanya merenung riak wajah gadis itu. Cinta dan kesetiaan sahaja tidak cukup? Dia memerhatikan gadis itu.

    Argh!! Aku bercakap dengan siapa? Gadis escort yang bekerja meneman lelaki kerana wang. Dan ada masa pula sanggup mengikut pelanggan pulang atau ke bilik hotel. Untuk apa? Untuk wang! Pastilah pandangannya begitu! Seleranya terbantut. sah, gadis itu juga seperti wanita lain.

    “Well…saya dah kenyang. Zahra nak apa-apa lagi?.” kata Hasef tiba-tiba dan mempelawa kalau-kalau Zahra mahu memesan apa-apa lagi. Pantas Zahra mengeleng. Seketika kemudian bil dibayar dan mereka kembali ke perut kereta Hasef. 

   Hasef ingin terus menghantar gadis itu pulang tetapi akhirnya dia membawa gadis itu ke sebuah hotel lima bintang di ibukota. Entah kenapa dia masih belum mahu menghantar gadis itu pulang. Dia mahu berlama dengan Zahra malam itu walaupun hanya berada di sisi.

    “Hasef nak bawa saya ke hotel ke?” soal Zahra cuak apabila kereta berhenti di tempat parking sebuah hotel 5 bintang. Hasef lantas membukakan pintu penumpang.

    “Ye..kenapa? Kita masuk hotel dulu. Ada privacy sikit kalau kita nak berbual-bual. I still want to know you better,” kata Hasef namun sedikit hairan kenapa gadis itu cuak semacam. Dia kan gadis escort pasti sudah biasa meneman lelaki sehingga ke hotel. Apa masalahnya? Bukankah dia sudah dibayar?

      “Tapi..” tanpa mengendahkan kata-kata Zahra, Hasef lantas menarik tangan gadis itu dan masuk ke lobby hotel tersebut. Hasef mengambil sebuah bilik dan kemudian membawa Zahra naik ke bilik yang telah ditempah itu. Cadang Hasef hanya untuk berbual-bual sahaja untuk pastikan duit yang dibayarnya untuk harga escort gadis itu semalam jadi berbaloi.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.