Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 35

Faris ke rumah Tunku Shafinas membawa hati yang tersinggung. Tunku Shafinas suka sahaja Faris datang ke rumahnya. Malam itu Faris cuba merawat hati yang sakit dengan menonton perlawanan bola bersama Desmond dan Tunku Shahri yang juga turut berada di situ. Selepas seketika Tunku Shahri entah kenapa tiba-tiba mengusik.

   “ Hai tak kan kat sini kot malam-malam minggu ni... tengok bola pulak tu dengan bachelors like us. Lepas tu tinggalkan isteri gorgeous you tu sorang-sorang kat rumah. Tak takut ke kena kebas?“ sindir Tunku Shahri padanya. Tunku Shahri akui. Kali pertama dia nampak wajah Layla dia terkedu juga. Walaupun bertudung, isteri Faris memang cantik. Nak-nak pula pada waktu majlis itu gadis itu disolek dan mengenakan pakaian pengantin yang ekslusif. Ada macam iras-iras Norjuma Habib. Macam puteri raja mana sahaja. Tapi dia hairan kenapa Faris asyik sibuk menghabiskan masa bersama mereka. Kalau dia lah...dia tak akan lepaskan gadis cantik dan muda sebegitu.

Faris menjuihkan bibir. Malas dia mahu melayan sindiran Tunku Shahri itu. Dia teringat bisikan Tunku Shari sewaktu nikah dulu apabila melihat wajah Layla kali pertama macam tak penah tengok perempuan. “ She is a gorgeous babe. Kalau kau tak nak bagi kat aku je la!“ 

Entah kenapa mahu sahaja dia bagi penampar pada kawannya itu kerana berkata sedemikian. Tapi mengingatkan memang dia tidak sukakan wanita itu jadi dia batalkan niat tersebut. Lagipun dia tak sepatutnya rasa marah. Pada waktu itu memang dia kawini gadis itu tanpa ada perasaan. Tetapi sekarang, dia mula rasa geram walaupun hanya namanya saja disebut lelaki lain. Apatah lagi dipandang oleh lelaki lain seperti yang dia lihat petang tadi.

Tunku Shafinas menarik muka. Tunku Shahri macam tak faham perasaan adiknya. Cakap begitu di depannya. Dia tahu Layla kalau dibandingkan dengannya memanglah dia kalah. Layla punya kecantikan asli tak perlu suntik Botox atau vitamin C di muka. Semua nampak natural sahaja. Kalau boleh dia tidak mahu Faris sedar semua itu. Kalau Faris terpikat dengan isterinya habislah dia. Dia akan kehilangan Faris untuk selama-lamanya.

       “ Memanglah Faris ni,  ikan dah ada depan mata tinggal-tinggalkan. Orang lain ambik nanti baru tahu...” ketawa Desmond pula. Faris mengeleng.

        “ Adalah sorang lagi yang nak kena penumbuk I ni” balas Faris dengan gigi yang diketapkan.

       “ Wah sudah sombong bila kawin ya...mahu tumbuk kawan. I nak tanya you, how does it feel to sleep with an innocent girl like her? Don’t tell me you never touch her before?” ujar Desmond sambil ketawa. Tunku Shahri pun. Faris hilang sabar. Hatinya yang sudah sedia sakit terasa mahu meletup.

      “ None of your damn business!” Penumbuknya singgah di tulang pipi Desmond. Desmond terjatuh ke sofa. Tunku Shahri bangun cuba meredakan.

     “ Faris you dah gila ke apa? Desmond is just joking. Like we always do, kau dah lupa ke! “ Faris terkedu. Main-main? Desmond telah lebih dari sepatutnya! 

Arghh! Apa dah jadi padanya? Desmond meraba-raba tulang pipi. Tunku Shafinas tercengang. Tunku Shahri pun. Kenapa teruk sangat Faris sekarang? Selalu mereka bergurau begitu mengenai wanita-wanita lain dan selalunya mereka semua akan ketawa selepas itu tetapi sekarang bila topik Layla dimulakan, Faris jadi terlebih sensitif.

     “ Lu gila la Faris!” ujar Desmond marah masih meraba pipinya yang kian membenjol. Faris juga hairan sendiri. Tak sangka dia boleh ringan tangan menumbuk Desmond tadi. Tanpa berkata apa-apa dia bingkas bangun dan keluar dari rumah Tunku Shahri. Hatinya tak keruan. Apakah perasaan possesif ini? Dia pun tidak mengerti. Tapi yang dia pasti dia perlu berpisah dengan gadis itu secepat mungkin sebelum dia hilang akal dan buat sesuatu yang pelik seperti itu lagi. Dia makin tidak kenal dengan dirinya sendiri.

Sebaik dia pulang ke rumah, jam sudah pun menunjukkan angka 2 pagi. Masuk-masuk bilik sahaja dia melihat Layla yang sudah lena merengkuk di atas sofa berselimut tetapi selimutnya hanya setakat pinggang sahaja. Jelas gadis itu kesejukan. 

Dia meneliti suhu di alat penghawa dingin. 15? Patutlah sejuk semacam. Dah tahu sejuk pasang alat penghawa dingin pada tahap begitu. Nak beku ke apa budak ni? Ngomel Faris sendiri. Faris menutup alat tersebut. Kemudian menyelimutkan gadis itu hingga ke leher. Semasa itu dia mengamati wajah gadis itu. Makin dipandang makin comel pula. Macam snow white dalam fairy tale dengan wajah yang putih kemerahan, rambut hitam pekat dan bibir kemerahan.

 Dia teringat senja tadi dimana dia telah mencium pipi lembut gadis itu. Merah wajah gadis itu. Masih segar di matanya reaksi gadis itu. Reaksi yang menggetarkan jiwanya. Faris tersengeh sendiri. Ingin dia rasa perasaan itu sekali lagi lalu Faris merapatkan wajahnya pada gadis itu, terdengar nafas halus gadis itu yang jelas memang tidur mati. 

Dia baru sahaja ingin meneruskan niatnya apabila tiba-tiba gadis itu terbatuk-batuk kecil. Faris terkejut dan terus ke katilnya. Terbang semangatnya. 

Faris! kau memang nak tempah nahas kalau kau cium budak kecik itu sekali lagi, desis hati kecilnya memarahi dirinya sendiri. 

Faris meraup muka dan terus ke bilik air. Kemudian ke bilik persalinan pula menukar kepada singlet dan seluar tidur separuh lutut. Selepas itu dia menghempaskan dirinya ke atas katil yang kian dia rasai terlalu besar dan sepi. Sesungguhnya sofa di depannya di mana sekujur tubuh sedang tidur lena sejak akhir-akhir itu nampak lebih menarik!

Previous: Sinopsis
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.