Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 38

    “ Harini saya nak awak keluar dengan saya!.” Kata Faris tiba-tiba sebaik sahaja mereka habis bersarapan. Layla baru sahaja mahu bangkit dari kerusi untuk ke kolam ikan di taman itu. Dia telah siap-siap membawa sebuah novel terbaru dari Aisya Sofea. Alamak! Kacau saja! Hairan pun hairan. Kenapa pulak Faris mahu keluar dengannya? Bukankah hari itu hari Isnin? Hari kerja pulak tu?

     “ Eh awak tak kerja?” lancar saja mulutnya bertanya. Please, please biar dia pergi kerja. Layla memang tidak mahu ke mana-mana dengan lelaki itu lagi. Peristiwa di Pavilion buat dia serik. Nanti dia kena tinggal lagi.

    “ Yang awak sibuk kenapa? Ikut sayalah nak kerja ke tak. Pergi siap!” Jawab Faris kasar. Layla mencebik. Ish! Nak ajak orang tapi main paksa-paksa. Memanglah Layla tak selera langsung mahu pergi. Entah-entah Faris nak buli dia.

   “ Saya dah siaplah”. Ujar Layla selamba. Hari itu dia memakai track, baju sukan sekolahnya dan lengkap bertudung.

    “ Macam ni?!!” Faris membulatkan mata tidak percaya. Ya Allah aku siap handsome bagai dia boleh pakai baju macam itu! So hilarious betul budak kecik itu. Faris macam nak hempas-hempas kepala tak percaya yang dia kahwin dengan gadis seperti itu. Okay, sabar…sabar…sabar! Faris menarik nafas.

     “Kalau ye pun pakailah lawa sikit. Tak kan lah awak nak pergi pakai baju sukan sekolah menengah awaktu. Kalau ye pun ‘SMKS forever’ tapi janganlah bawa sampai nak bershopping! Kalau dah budak sekolah tu budak sekolahlah jugak!” bebel Faris siap sebut lagi slogan yang tertera pada baju sukan sekolah menengahnya itu. Berani sungguh lelaki itu mengutuk sekolahnya.

     “Lagi satu, tudung tu. Awak tak ada tudung yang elok sikit dari itu ke? Pakailah Fareeda ke, Al-Humairah ke, Pearl Haya ke Sugarscarf ke yang lilit-lilit macam hijab stailista tu…trendy sikit..ini asyiklah tudung kapas ni saja” sambung Faris lagi. Layla menggigit bibir geram. Apa kena dengan Faris ni? Apa kena dengan tudungnya? Dia rasa elok sahaja tudung bawal itu yang senada dengan warna T-Shirt sukan dan tracknya itu. Dia tak nampak apa-apa masalah pun? Faris memang melebih kerana saja mahu mengutuk dia. Eh tahu pulak dia jenama tudung terkenal di Malaysia ni. Sejak bila Faris ambil tahu pasal tudung pula?

      “ Bukan kapas…ini tudung bawal lah. Aidijuma lagi. Saya mana ada tudung macam tu awak. Manalah saya ada duit nak beli tudung mahal-mahal. Ini Aidijuma ni pun saya beli harga RM10 pun saya dah rasa mahal. Macamni lah… dah kalau awak tak mahu saya ikut tak payahlah nak kutuk tudung dan baju yang saya pakai. Nanti jatuh pulak standard awak jalan dengan saya. Awak pergi saja sorang-sorang.” Ujar Layla agak sedih. Mahu tak sedih kena kutuk begitu sekali. Dahlah handphone aku dia hempas! Ini kutuk pulak. Desis hati Layla.

     “ Dah jangan nak buat muka sedih berdrama pulak. Kalau dah tak ada tudung pakai jelah tudung buruk tu. Apa nak buat. Yang penting awak kena ikut saya jugak. Hah baju tu boleh tukar ke tidak?”

    “ Perlu ke saya tukar?”

    “ Saya bukan guru sukan awak. Saya tak mahu orang kata saya bawak lari budak SMKS pulak. Jenuh saya nanti kalau kena tangkap dengan budak bawah umur.” Bawah umur? Hish, tak habis-habis nak kutuk orang!.

     “ Boleh tak kalau saya tak pergi? Saya…” Layla cuba berdalih.

     “ Jangan nak mengada! Pergi tukar baju tu. Awak nak saya tukarkan ke? ” faris tersenyum nakal. Melihatkan senyum Faris itu Layla menjuihkan bibir. Huh! Sangat dia tak rela!

     “ Baju kurung boleh?”

    “ Awak ada baju lain tak?”

     “ Itu je lah. Jeans saya tinggal kat kampung.”

      “ Hah, pakai je lah as long as bukan baju sukan awak tu ataupun baju tidur awak tu…ke awak nak pakai baju saya?” sindir Faris tersenyum sinis menyebabkan Layla menjuihkan bibirnya sekali lagi. Aduh! Yang itu lagi dia tak rela!

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.