Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 45

Sesungguhnya hari itu kalaulah tak mengingatkan bahawa dia berada di mahligai Bukhari itu, dah lama Layla melompat kegirangan bila mendapat satu sampul surat dari Amerika Syarikat. Kelam kabut Layla buka dan seronoknya melihat jawapan yang bermula dari “ Congratulations! di dalam surat tersebut. Rupa-rupanya Layla telah diterima masuk ke University of Harvard di Boston. Teruja dan gembiranya dia Allah sahaja yang tahu. Serta-merta dia telefon Pak Amir dan Mak Mah ibubapanya. Kedua-dua mereka memang gembira tak terkira. Tok Zauyah pun menyatakan rasa bangganya meskipun Layla dapat mengesan sedikit kesedihan di mata wanita itu. Mulutnya tidak berhenti mengucapkan tahniah kepada Layla tetapi siapa tahu apa yang bersarang dalam hati wanita tua itu.

Sewaktu makan malam bila semua berkumpul termasuklah Wafiq, Nabila dan Faris, Tok Zauyah pun mengumumkan. Layla lihat Wafiq dan Nabila terpempan. Faris pula yang baru balik dari pejabat menjerit “Yes! Yes…Yes! ” dengan sangat gembiranya. Nampak sedikit over!. Hairan jugak Layla bila melihat sinar kebanggaan di mata lelaki itu. Dia tidak tersilap tengokkah? Agaknya ini satu lagi lakonan mantap Encik Faris agaknya bila berada di hadapan semua orang, getus hatinya. Kalau ya pun nak berlakon janganlah melebih-lebih, bisik hatinya lagi, menyedari wajah kurang senang adik-adik Faris melihat kegirangan lelaki atas berita itu.

Wafiq dan Nabila mengucapkan juga tahniah kepada kakak ipar mereka itu. Nabilah terasa seronok juga sebab lepas ni tentu Layla tidak ada di rumah itu beberapa tahun. Wafiq pula lagi suka kerana Faris pasti akan mengikut isterinya ke sana. Bolehlah dia menguruskan syarikat tanpa gangguan Faris seperti selalu. Faris yang teliti kadang-kadang agak merengsakan dia. Terutamanya tentang hal pekerja asing di syarikat itu.

     “ Jadi Faris, bolehlah kamu berdua rancang bila nak berpindah ke sana. Sebulan lagi Layla akan memulakan pengajiannya. Apartment ayah di sana tu kamu bolehlah duduk berdua. Tak payahlah Layla duduk di Universiti. Lagipun projek usahasama kita di Boston tu akan dilancarkan. Memang ‘good timing”lah semua ni. Sambil Layla belajar, kamu pulak kerja di sana uruskan syarikat” Ujar Tan Sri Omar sewaktu nasi telah dihidang dan masing-masing menyuap makanan. Layla terhempas ke bumi. Kegembiraannya terasa sedikit hilang serinya. Nasi yang disuap terasa tidak sedap.

     Apa? Faris akan ikut dia ke sana? Bukankah ini masanya mereka berdua berpisah? Kemudian duduk sama pulak tu?. Layla mula rasa tak senang. Sangkanya kalau dia ke sana dia akan bebas tanpa Faris. Bukan itukah perjanjiannya? Malam ini Layla akan berbincang dengan Faris. Pastikan semua itu tidak berlaku. Tolonglah. Layla tidak mahu terbelenggu dengan Faris lagi. Cukuplah beberapa bulan itu sahaja. Layla mahu bebas menjadi seorang pelajar universiti tanpa Faris. Menjalani hidup macam orang lain. Tanpa orang lain tahu Faris suaminya.

Faris memandangnya penuh makna sambil mengangguk-angguk. Kalau mereka berdua di bilik mahu saja Layla tanya lelaki itu kenapa mengangguk-angguk macam burung belatuk.Apa dia setuju dengan semua itu?. Mana janji dia dulu? Macam seronok saja mendengar cadangan Tan Sri itu. Layla membulatkan matanya pada Faris. Seolah memberi isyarat.

    “ Err…nanti saya bincang dengan Layla ayah. “ balas Faris seolah memahami apa yang terdetik di fikiran Layla.

    “ Bincang apa lagi?” Tanya Tok Zauyah tak puas hati. Bagi dia memang logik yang mereka berdua akan duduk di apartment tersebut.

    “ Duduk saja kat apartment tu. Jimat duit. Bila-bila nanti Tok boleh jenguk kamu berdua, kan Layla? “ Oh Tidak, getus hati Faris, tapi giliran Layla pula mengangguk-angguk. Tak kanlah tak angguk kalau Tok Zauyah nak datang. Layla lihat Faris yang memandangnya dengan pandangan hairan pula. Hmm…mesti dia pulak bertanya Layla dalam hati apa angguk-angguk ni?.

     “ Tapi, Faris, Tok nak ingatkan. Jaga Layla baik-baik. Kalau dah sampai sana jangan kau lupa pulak. Ingat pesan Tok ni” Tok Zauyah seolah memberi amaran kerana risau. Manalah tahu Faris kembali pada perangai lama.

    “ Mana Faris boleh lupa kat isteri Faris yang comel dan manja tu Tok…” ujarnya bergurau sambil mengenyit mata pada Layla. Layla mencebik. Ek eleh! Pandai sungguh dia berlakon. Tok Zauyah dan Tan Sri Omar ketawa. Bahagia agaknya tengok lakonan kemesraan mereka itu.

      “ Baguslah kalau macam tu Faris, tak lah Tok dan ayah risau sebab kau boleh tengok-tengokkan Layla belajar di sana. Kerja di sini biar Wafiq saja yang uruskan. Nanti bila Layla dah habis belajar bolehlah kamu handle semula. Ayah bangga isteri kamu dapat belajar di sana. Ha manalah tahu nanti bila dah sama-sama di Boston cepat ayah dapat cucu” Ujar Tan Sri Omar ditambah dengan sedikit gurauan dihujung kata-katanya. 

Layla tersentak. Cucu? Faris pula tersenyum nakal sambil mengangguk. Idea bagus juga tu, desisnya dalam hati lantas mengerling pada Layla yang jelas masuk angin satu badan. Cucu? Habis bilanya dia boleh belajar kalau dah ada anak pula? Getus hati Layla risau. Yang Faris pula bukan main suka mengangguk. Bahkan tersengeh lagi. Faris memang “happy” sangat untuk Layla. Happy kerana dia akan tinggal berdua sahaja dengan gadis itu di Boston. Rasa tak sabar dia untuk tunjukkan Bostonnya pada Layla. Dalam kepalanya sudah ada macam-macam 'plan' untuk Layla!

Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.