Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Review terbaik Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak Ke?)
Review Novel Faris Luv Layla

"Pembuka tirai tahun 2015, Novel Faris Luv Layla yang perlu dimiliki oleh semua peminat novel. Sebuah novel yang mencapai hits 600 000 di ilham portal merupakan satu yang luar biasa kerana ada auranya novel ini. Sebuah nukilan oleh penulis baru, Batiah Hadi sesungguhnya tidak mengecewakan di ambang berakhirnya tahun 2014 dalam dunia penulisan novel.

Kisah dimulakan dengan perkahwinan paksa antara Faris seorang jutawan dengan Layla yang baru habis SPM ketika berusia 18 tahun. Kedua-duanya saling membenci antara satu sama lain. Faris kata tak cinta, Layla kata benci sehingga seperti anjing dengan kucing apabila bertemu.

Dalam marah ada rasa sayang.
Dalam benci ada rasa cemburu.
Dalam tak suka ada rasa rindu,
Dalam gaduh-gaduh keduanya jatuh CINTA!

Musim bulan madu yang baru bermula bertambah semarak apabila Layla
berpeluang melanjutkan pelajaran ke Kota Boston dengan mendapat tajaan daripada syarikat Faris. Kedua-duanya terbang ke sana dengan Faris menemani isterinya tercinta. Hubungan mereka bertambah erat dan mesra apabila Layla disahkan mengandung.

Rumah tangga mana yang tidak ditimpa ujian, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kehadiran Rafi yang mengejar cinta Layla, kehadiran Tengku Safinas yang menjadi langau mengejar Faris mengusutkan keadaan. Keadaan menjadi lebih parah apabila Rafi bertemu Layla di Kota Boston dengan perasaan untuk membalas dendam terhadap Faris sehingga menyebabkan sesuatu berlaku kepada Layla sebagai galang gantinya. SANGAT TRAGIS SEKALI!

Apakah yang berlaku kepada Layla?
Berjayakan rumah tangga mereka diselamatkan?
Mengapakah Rafi berdendam dengan Faris?
Apa yang akan berlaku kepada Rafi dan Tengku Safinas?
Berjayakah Faris dan Layla menggapai bahagia?



Untuk menjawab setiap persoalan ini. Pastikan anda semua memiliki novel Faris Love Layla ini. Sebuah kisah cinta yang penuh rasa!.

Rasa geram dengan Faris dan Layla
Rasa benci dengan Faris.
Rasa nak cekik Faris.
Rasa simpati yang amat sangat dengan NASIB LAYLA.
Rasa nak masuk dalam novel dan cakap...oiii jangan prasangka sangatlah...cuba percaya antara satu sama lain!
Dannnnn nasib
ADA RASA SWEET ala ala lori gula terbalik dekat lebuh raya nak nak masa FARIS meraih cinta LAYLA. Sangat manis berkrim! (senyum senyum jer masa baca)

Akhir tinta, tahniah kepada bakat baru, Batiah Hadi, sebuah novel yang manis, geram, sakit hati dan pelbagai rasa lagi dan tentulah KEBABOOM. Kak wan bagi berbintang bintang di langit malam yang diterangi cahaya bulan purnama. Tidak syak lagi mengapa novel ini mencapai 600 000 hits di Ilham Portal." ~Wan Burn~

Jadi, apa lagi boleh dapatkan Faris Loves Layla di pasaran dan kedai-kedai buku berdekatan anda....rugi kalau tak dapat rasa seperti yang dirasa oleh pembaca ini :)
Previous: Bab 55
Next: Bab 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.