Home Novel Cinta SHIA
Bab 53
Bab 53


Tidak jauh mereka berjalan, satu insiden yang mengejutkan berlaku. Ketika itu Shia dan Nedim sedang menanti di hadapan lif. Hajat mereka mahu naik ke tingkat 3. Sebaik sahaja pintu besi terbuka, Shia dan Nedim melangkah masuk dengan tenang. Tubuh berpusing semula menghadap pintu yang sedang tertutup. Namun pintu lif itu terbuka semula. Sepasang suami isteri dengan dua anak mereka  sedang menanti untuk masuk. Sebaik sahaja pandangan kedua-dua kanak-kanak itu menghala ke arah Shia, pekikan bergema. 

Mata kanak-kanak itu bulat dan besar. Sama besar dan luas dengan mulut yang menganga mengeluarkan jeritan nyaring. Air mata berjujuran dalam tangisan. Ibu dan bapa kanak-kanak itu tahu punca jeritan bak histeria. Cuma mereka turut tergamam. Terkaku, anak-anak diselindungkan di belakang tubuh. Seorang pengawal keselamatan berlarian menghampiri mereka. 

"Ada apa Encik? Kenapa?"

Oleh kerana tiada sesiapa yang menjawab soalannya, lelaki muda itu menjenguk ke dalam lif. 

"Ya, Allah!" kejutan dilepaskan. 

Wajah lelaki itu serta merta berkerut tatkala ternampak Shia. Orang ramai berhampiran lokasi  berkejaran ke situ mengerumuni gawang lif.


Nedim nampak tangan Shia yang menggeletar menahan kegigilan. Wajah Shia juga pucat sams seperti mereka yang berada di luar lif. Nedim tak fikir panjang. Dia merapati Shia. Dengan belakang tubuh dia menghalang mata-mata liar yang cuba mengintai Shia. Topi di kepala segera dipakaikan pada Shia dengan muncung cap dilondehkan. Setelah itu tangan segera menekan punat lif. Sebaik sahaja pintu terbuka semula, Nedim iringi Shia keluar. Langkah kakinya lurus menuju ke ruang kosong yang terdekat. 


Bahu Shia digosok lembut. Nedim boleh meneka perasaan Shia. Sekali lagi dia menyalahkan diri. Seharusnya situasi sebegitu dapat ditebak dari awal. Sesalan terasa tak bertepi. 

"Awak macamana Shia?"


Bahagian cap yang melindungi muka Shia ditarik ke atas. Wajah Shia masih dibayangi ketakutan. Bulu matanya basah. Begitu juga dengan pipi Shia. Warna merah merona di hidung dan seluruh wajah. Dada Shia berombak kuat. Desahan nafas gadis itu, kasar bunyinya. Walaupun tiada tangis yang terkeluar, air mata tetap berjuraian.

"Saya minta maaf banyak-banyak Shia. Saya tak sangka perkara buruk macam ni akan berlaku."


Ikutkan Nedim, nak je dia peluk Shia, biarkan Shia tenang di dalam dakapan. Tapi Nedim tahu, Shia tegas dengan batasan hubungan mereka. Shia dibiarkan tenang seketika. Agak lama juga, barulah Nedim dapat mendengar suara Shia.

"Jangan salahkan diri Nedim. Mungkin saya dah bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat di luar, tapi mereka belum lagi. Itulah yang terjadi tadi. Selebihnya hanya reaksi kelemahan manusia biasa. Panik, cemas, takut. Itu sahaja."

Suara Shia tenang, setenang rautnya ketika itu. 

"Saya nak ke bilik air sekejap. Apa kata awak tapau je makanan."

Sekilas, anak mata Nedim membaca wajah Shia. Gadis itu telah kembali menguasai keadaanya. 

"Awak tunggu di sini okey."


Senyuman Shia menghantar pemergian Nedim. Lelaki itu berlari-lari anak semasa meninggalkan Shia. Shia aturkan langkah menuju ke bilik air. Kedudukan pintu bilik air bersebelahan pintu keluar ke belakang bangunan. Malang masih mengekorinya. Ada tangan yang menekup kuat mulut lalu tubuh kecil Shia ditarik keluar dari bangunan.


Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.