Home Novel Cinta SHIA
Bab 36

Bermula dari situ, tak putus-putus Nedim panjatkan doa buat Shia. Hatta ketika kaki menjejaki kawasan hutan rimba di kampung yang agak jauh dari pekan itu juga, hati masih merafa' doa. Alhamdulillah, hajatnya dikabulkan. Sebaik sahaja laungan gembira didengari, Nedim terus memecut ke arah suara tadi. Shia dah tersengguk-sengguk dalam duduk sambil berpeluk tubuh. Di samping Shia ada seorang pemuda mengerikuk terlelap di tanah. 


"Shia." Terasa suaranya hampir tersekat di kerongkong. Wajah Shia sedikit pucat. Namun gadis itu masih melemparkan senyuman menyahut sapaan Nedim. Tuala yang dah bergelumang dengan peluhnya sendiri terus diselimutkan di tubuh Shia. Perlahan sahaja Shia mententeramkan Nedim dan Rafei.

"Shia okey je Abi, Nedim. Sejuk sikit je."

Nedim menggosok-gosok bahu dan belakang Shia yang beralas tuala tadi. Tuhan sahaja yang tahu betapa leganya dia melihat senyuman Shia. Sebelum mereka bergerak pulang, gadis itu berbisik, "Nedim, jangan bagitahu Nenda pasal ni ye. Shia tak nak Nenda susah hati."

Kepala Shia diusap lembut.

"Asalkan awak berjanji tak jadi stuntwoman lagi, saya akan tutup mulut."

Ringan betul mulut Nedim nak membebel di kala itu. Butiran kejadian yang menimpa Shia jelas setelah penyaksian diceritakan oleh rakan Shia.

"Walaupun awak tu mutan, tapi dalaman sahaja tau. Luaran awak masih gadis pingitan."

Anggukan Shia nampak lemah tetapi bibirnya tetap mengungkap senyum. Shia toleh ke belakang sejenak. Tak sangka pandangan Walid mengekori jejaknya. Buat kali pertama senyuman Walid nampak begitu tulus.


Ekor mata Adam juga mengekori Shia. Buat kali pertama juga dia merasakan wujudnya Pencabar. Lelaki di samping Shia dan Walid. Redup pandangan kedua lelaki itu tadi terhadap Shia adalah sama. Tak pernah lagi jiwa terasa sesak sebegini. 


Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.