Home Novel Cinta JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
Zura Rahman
23/3/2015 09:57:20
113,850
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Lyn hampir tercekit mi ladna yang sedang dikunyah. Dia menolak mi menggunakan otot-otot di dalam mulut dan tekaknya supaya tekaknya lapang. Kedua-dua tangan yang sedang memegang sudu dan garfu menjadi kaku.

“Hey, we meet again…” tegur si jejaka berbaju biru dengan senyuman menawan.

“Oh, hi?” balas Lyn, sedikit gabra. Jantungnya bergetar dengan pandangan tajam lelaki itu.

“You kerja kawasan sini ke?” Tanya Azman ramah. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.

“Ah’ah… “ Lyn menjawab ringkas. “You?”

“Oh, I kebetulan ada lunch appoinment kat sini. Kami tengah tunggu order.”

“Oh…” Lyn senyum sekilas.

“Ofis you kat mana?”

“Blok sebelah… tak jauh dari sini.”

“I see. Kalau next time I singgah sini bolehlah kita lunch sama-sama kan?”

“Err… boleh… no problem.” Ish, kenapa dia senang sangat menerima ajakan lelaki bernama Azman itu? Sepatutnya dia berkata ‘Insya ALLAh. Kalau I free.’ bukannya terus menerima ajakannya.

“Macam mana I nak contact you?”

“Err… I tak bawa business card pula.” Sebenarnya dia cuba mengelak. Dia tidak mahu dikatakan terlalu mudah untuk dibawa ke mana-mana.

“Kasi I nombor handset you, boleh?”

Lyn terjerat. Jika dia beritahu Azman bahawa dia tiada telefon bimbit, itu memang tidak masuk akal. Lagipun telefon bimbitnya yang bersarung Hello Kitty berwarna pink dapat dilihat dengan jelas dari meja yang diduduki Azman tadi.

“Err… beri I nombor telefon you. I key in kat dalam handphone I,” saran Lyn. Azman telefon, dia tidak perlu menjawab panggilannya jika dia tidak mahu. Itu bukan masalah besar.

“Okey, 0192298888. You miss call me please,” pintanya.

Lyn terpaksa menurut.

Wafa hanya tersengih. Sekejap tersenyum, sekejap tersengih. Hati Lyn bagai digaru.

“Oh, ini colleauge I, Wafa,” Lyn memperkenalkan Wafa untuk mengurangkan rasa berdebar di dada.

“Hi Wafa, I Azman,” balas si dia mesra. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

Wafa mengangguk dan memberikan kenalan barunya sebuah senyuman.

“You guys selalu makan kat sini ke?”

“Kadang-kadang. You kerja dekat-dekat sini ke?”

“Oh, tak… Ofis I di Petaling Jaya. I datang sini jumpa dengan supplier,”

“Ooo…” Terasa kekok untuk berbual dengan lelaki ramah bernama Azman itu. Biarpun hatinya melonjak kegembiraan berjumpa dengan si dia sekali lagi selepas perkenalan mereka yang tidak berapa menjadi tempoh hari, dia tetap rasa tidak kena. Perlakuan Azman yang masih lagi mesra sedikit sebanyak melegakannya.

“Okeylah, I jumpa you lagi selepas ini,”

Was that a promise? Lyn tertanya sendirian. Dia hanya mengangguk bersama sebuah senyuman kecil. Jangan terlalu teruja Lyn. Dia mengingatkan dirinya sendiri.

Azman berlalu dari meja mereka dan kembali ke tempat duduknya.

“What a gentleman!” Wafa sempat berbisik dan ketawa kecil.

“Shhh!”

“Alah… dia tak dengarlah.”

“Mana you tahu? Kalau dia dengar, mati kita,”

“You. Bukan I. You yang mati…” Wafa ketawa lagi. Kali ini lebih kuat dari sekejap tadi.

Lyn menyambung suapan yang terhenti tadi. Fikirannya melayang sekejap. Kemudian dia tersenyum kecil. Hanya untuk dua saat, senyuman yang baru mula terukir itu dimatikan. Dia tak mahu Wafa terus-terusan mengusiknya.

Wafa berkata tiba-tiba, “I rasa dia suka kat you.”

“Kenapa?”

“Sebab dia nampak macam dia berminat dengan you. You cuba telefon dia…”

“Apa? No way… kalau dia nak kat I, dialah yang call I,”

“Sekarang zaman modernlah, tak kisah siapa yang contact siapa dulu…”

“Memanglah… tapi I tak akan buat macam tu. Lagipun kita tak tahu sama ada dia masih bujang ataupun tak, silap-silap dia dah kahwin,”

“Kalau dia contact you macam mana?”`

“Biarlah… takkan I nak marah pula?”

“You memang tak ada boyfriend ya Lyn?”

“Tak ada…”

“Kenapa you tak ada boyfriend ya? You tak pernah ada boyfriend ke?” Soal Wafa lagi. Wafa memang suka berterus-terang begitu.

“Susah I nak jawab soalan tu… I ni memang bernasib malanglah bila cerita pasal boyfriend ni,”

“Kenapa?”

“Hmm… setakat ni, semua hubungan I tak berjaya. Ada-ada aje halangannya. Jadi, sekarang I tak nak beri harapan tinggi sangat, terutama dengan lelaki handsome,” ujar Lyn perlahan.

Angan-angannya untuk bertemankan seorang lelaki kacak dan kaya itu memang bagaikan angan-angan Mat Jenin. Bagaikan sebuah cerita dongeng Cinderella atau Snow White. Seorang gadis malang yang diselamatkan oleh anak raja yang bukan sahaja kacak tetapi baik hati dan kaya. Inilah padahnya apabila terlalu banyak membaca cerita dongen. Hatinya bagai digeletek apabila mengenangkan angan-angannya itu. Namun di dalam hatinya dia masih menaruh harapan.

Sebenarnya, jika dia ditakdirkan dengan seorang lelaki yang sederhana, mempunyai satu kerjaya yang stabil dan baik budi pekerti serta agamanya, dia akan menyusun sepuluh jarinya ke hadrat ALLAH Taala untuk anugerah itu.

Sekiranya ada seorang lelaki sederhana yang inginkannya, sudi memperisterikannya, dia akan sujud syukur untuk hadiah itu.

Jika ada seorang lelaki sederhana, tanpa wajah yang kacak atau harta berkepuk, yang sukakannya seikhlas hati, dia akan menerimanya seadanya dia.

Jika...

“Kenapa pula?”

Lamunannya terhenti lagi.

Pertanyaan Wafa dibiarkan tanpa jawapan. “Jom kita balik ofis. Dah pukul dua dah ni…”

Dia mencari seorang yang sederhana. Ya, sederhana. Sesuai dengannya yang sederhana.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.