Home Novel Thriller/Aksi #GHOST
#GHOST
Zura Rahman
21/3/2017 18:44:31
6,582
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 2

Tergesa-gesa Airina menyarung kasut dan menghidupkan kereta apabila menyedari dia telah terlewat. Kasut flat yang selalu dipakainya dikala dia memandu akan ditukar di hospital nanti. Berdesup kereta dipandu mengejar waktu. Nasib baik, dia berjaya sampai dalam waktu yang ditetapkan. 


Good morning!” Airina menyapa Doktor Lutfi dan Siti dengan ceria. Lega kerana dia tidak terlambat.


Good morning doctor. Ceria hari ni? Ada apa-apa ke?” tanya Siti dengan senyum manis melebar. Cawan kertas dari atas meja diambil dan dihulur kepada Airina. 


Airna buat signal ‘apa-ini’ dengan mata.


“Untuk doktor…” jawab Siti dengan senyuman yang masih melekat di wajah.


Thank you,” kata Airina seraya mengambil cawan tersebut.


“Untung doktor…” kata Siti lagi. Di bibirnya, masih mekar dengan senyuman. “Sampai-sampai je, kopi mahal dah menunggu…”


Airina mengekek. Faham akan kata-kata Siti. Dia tidak perlu berkata apa-apa lagi. 


Special delivery tu…”


“Iya?”


“Saya tak dapat minum kopi mahal yang sedap pun tak apa. Dah kenyang tengok muka Doktor Daniel yang handsome,” seloroh Siti yang buat Airina turut mengekek.


“Amboi… macam tu sekali.” Dia hilang kata-kata apabila Siti terus-terusan mengusik. Wajahnya yang cuba dikawal terkoyak dengan senyuman. Geli hati! Tak tertahan untuk ketawa dengan gurauan Siti saban hari, terutama apabila bercakap fasal doktor muda yang satu itu.


Setiap hari dia akan menerima cawan berisi kopi panas. Jenama yang sama, yang buat ramai yang iri hati. Airina tersenyum lebar.


Usai kerja-kerja di wad, melawat wad, layan pesakit di klinik, separuh hari sudah terbang. Perutnya sudah berkeriuk. Dia perlu makan yang secukupnya kerana malam itu akan bermula sesi ‘On Call’nya. 


Belum pun dompet ditarik dari beg tangan di dalam laci, Suzie pula datang bersama Aini. Agak serius tingkah laku mereka.


“Doktor, patient kat wad mengalami shortness of breath. Doktor boleh ke sana sekarang?” tanya Suzie dengan nafas yang tercungap-cungap.


Tanpa membuang masa, Airina telahpun melangkah meninggalkan klinik serta merta. Dia perlu lakukan pemeriksaan segera jika pesakit membuat aduan seperti itu. Jika pesakit tiba-tiba mengalami demam mendadak atau mengalami kesukaran untuk bernafas seperti tadi, dia terpaksa tinggalkan semua perkara lain yang kurang memerlukan perhatian.


*****

Airina congak-congak. 


Dari pukul 5.00 petang sehingga pukul 8.00 pagi,  semuanya 15 jam. Ini bermakna dia akan bekerja selama 24 jam dalam tempoh tersebut. Malangnya dia  perlu sambung kerja pada pukul 8.00 pagi selepas tamat on call nanti. Jadi, secara total, itu menjadikan waktu bekerjanya mencecah 33 jam tanpa henti.


Fuhh!


Letih giler. Badan disandar ke kerusi. Mata dipejam rapat. Fikiran cuba dikosongkan.


Kerja sebagai seorang doktor sudah sinonim dengan istilah ‘On Call’ atau kerja lebih masa. Terutama bagi doktor muda sepertinya yang baru beberapa tahun praktis di dalam bidang kedoktoran. Terutama sekali di sebuah hospital kerajaan di sebuah bandaraya seperti di Kuala Lumpur. HKL, antara hospital yang paling sibuk di bandaraya itu. Yang 24 jam sibuk dengan kes yang pelbagai jenis setiap hari. Keadaan seperti itu kadang-kadang sukar untuk dielak.


Mata terbuka apabila telinga menangkap bunyi sesuatu. Dikerling ke arah misi yang sedang bertugas.


“Siti, saya akan buat ward round sekejap lagi. Siapa doktor pakar yang on call malam ni? Cuba you check?”


“Dr Haryati, doktor,” jawab Siti.


Thanks.”


“Doktor akan buat ward round dengan Dr Hayati malam ni?” Doktor Hayati adalah doktor pakar yang akan membuat lawatan ke acute cubicle, di mana terdapat pesakit yang memerlukan pemantauan rapi.


“Aah.” 


“Saya balik dulu doktor. Bye!” tutur Siti ceria. Shiftnya sudah habis.


Usai pemeriksaan ke atas pesakit tadi, dia pulang semula ke klinik. Laporan juga perlu dibuat. Semua kes yang diterima pada hari itu juga perlu direview. Airina pegang perut. Perutnya sudah terasa pedih. Baru dia teringat bahawa dia masih belum makan.


*****

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.