Home Novel Cinta JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
Zura Rahman
23/3/2015 09:57:20
113,597
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 16

Selepas mematikan talian dengan emaknya, satu pesanan masuk dengan bunyi beep. Dengan pantas Lyn Jasmine melihat kandungan pesanan tersebut.

Pesanan daripada satu nombor yang tidak dikenali. Dia membuka kotak pesanan.

‘Bersedia untuk meeting esok pukul 9 pagi.’

‘Siapa pula yang mesej dia malam-malam macam ni pasal mesyuarat. Dia melihat jam di telefon bimbit. Pukul sembilan malam. Bagus! Mesyuarat pukul sembilan pagi keesokan hari, pukul sembilan malam baru dia diberitahu. Sudahlah maklumat berkenaan mesyuarat itu pun dia tidak tahu menahu.

Lyn Jasmine bangkit dari pembaringan dan keluar ke dapur. Tiba-tiba sahaja tekaknya terasa haus. 

****

Lyn Jasmine tiba di pejabat tepat pukul 8.45 pagi. Mesyuarat akan bermula pada pukul 9. Selepas makan ala kadar dan minum milo kegemarannya, pintu bilik Shen diketuk.

Kelihatan kacak, segar dan bersemangat, itulah gambaran pertama dari lensa matanya. Patutlah kesemua pekerja wanita di sini amat menyukainya. Kecuali Wafa yang pernah merungut, semua staf wanita mengkaguminya. Mr Perfect, gelar mereka. Dalam hatinya, Lyn Jasmine mencebik.

“Pagi ni kita ada meeting?”

“Ya. You ikut I.” Shen menyuruhnya duduk. Satu folder hijau dihulur kepadanya. “Sekejap nanti kita akan ada satu conference call dengan wakil dari Australia. Untuk pengetahuan you, pasaran hartanah di Australia sedang berkembang pesat dan I tak mahu sia-siakannya. I nak you study pasal syarikat ini dan semua perkara yang ada di dalam fail ini sebelum mesyuarat pukul 10 nanti.”

Dia ada lebih kurang satu jam untuk menghadam semua maklumat di dalam fail tersebut. Gila ke apa? Begitu banyak informasi dalam fail yang dia baru dengar pagi itu. Lyn Jasmine mendengus dalam hati. Dia mula tidak menyukai bos barunya.

Tanpa menghiraukan pandangan Lyn Jasmine, Shen meneruskan. “Sebenarnya I dah lama menilai pasaran di sana and I have been talking to them… dan kali ini kita akan lakukan secara rasmi. I nak you tolong I materialisasikan projek ini kerana ia terlalu penting bagi syarikat.“

This will be your first assignment for cross-border. I harap you boleh lakukan dengan baik… dengan pengalaman yang you ada.”

Walaupun dia tersenyum, Shen memberinya satu pandangan yang mencabar. Hati Lyn Jasmine mula berdetak, kurang yakin dengan kebolehan sendiri. Lyn Jasmine mengangguk perlahan dengan rasa berdebar-debar.

Okay?”

Okay….”

Lyn Jasmine memutarkan badan, mahu beredar dari situ. Sangkanya perbincangan mereka sudah habis. Shen memanggilnya.

“Bila you kerja dengan I, I expect you to dress to the occassion,” pesan Shen, bersahaja.

Terus, sorotan mata Lyn Jasmine terarah ke bajunya. Teruk sangat ke pakaianya? Ini adalah pakaian pejabatnya setiap hari. Apa salahnya dia berbaju kurung ke pejabat? Dia ingin bertanya dan membatah, tetapi dilupakan sahaja hasratnya. Lelaki itu langsung tidak memandangnya. Perhatiannya ditumpukan ke atas kertas di atas meja. Teruk sangatkah pakaiannya sehingga dia tidak sudi memandang? Air liur ditelan. Kesat.

“Kita jumpa dalam conference room nanti.” Shen memesan.

“Hmm.” Itu sahaja yang keluar dari mulut munggilnya yang tanpa secalit gincu. Hanya warna merah jambu samar menghiasi bibir aslinya. Lyn Jasmine mengetap bibir dan berlalu dari situ dengan perasaan sebal.


****

Previous: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.