Home Novel Cinta JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
Zura Rahman
23/3/2015 09:57:20
113,582
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

Panjang umur dia! Baru sahaja nama dia disebut, dia sudah memanggil. Deringan berlagu ‘Nobody’ dari Wondergirls berkumandang, khas untuk panggilan darinya.

“Hi Man! Assalamualaikum.” Sapanya ceria.

Mutia yang mendengar nama Azman disebut membuat bahasa isyarat bahawa dia akan keluar dan akan menunggu dia luar. Lyn Jasmine mengangguk seraya membuat bahasa isyarat dengan lima jarinya, menyatakan dia memerlukan sedikit masa.

“Waalaikum salam. You tengah buat apa?”

“Hmm, tak ada apa sangat. Kemas-kemas aje.”

“Oh, dah siap mengemas?”

“Dah.”

“Dah makan?”

“Belum, sekejap lagi I nak keluar makan.”

“Makan dengan siapa?”

“Dengan housemates I. Siapa lagi?”

“Mana tahu… kalau you tak ada teman, I boleh temankan you dinner."
“You dah makan ke belum?” 

“Baru lepas. You dah nak keluar ke?” Azman bertanya.

“Sekejap lagi. Kenapa?”

“I nak borak aje. Dah lama tak dengar suara you….”

Owh… lemah semangatnya mendengar bait-bait perkataan Azman. “Baru dua minggu….” Senyumnya hingga ke telinga. Tidak mampu dia mahu menahan dari tersenyum.

“Dua minggu, tapi rasa seperti dua bulan.”

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Kali ini wajah Nadia pula muncul di balik pintu. Nampaknya dia terpaksa pendekkan perbualan. “Man, I kena letak telefon ni. Kawan I dah lama menunggu.”

“You dah nak pergi ke?”

Sorry. I telefon you balik ya. ”

“Esok I jumpa you kan?” tanya Azman penuh harapan.

“Ya. Kat tempat biasa. I pergi dulu ya. Bye. Assalamualaikum.”

Lyn Jasmine menyarung tudung yang tersidai di belakang pintu. Apabila dia keluar dari bilik, Mutia dan Nadia sudahpun siap sedia menunggu di ruang tamu.”Sorry guys…. “

“Ehem… orang sedang dilamun cintalah kan….” Mutia mengusiknya. Suaranya sengaja dibuat-buat.

“Eh, mana ada? Kawanlah.”

“Habis tu, kenapa kau blushing ni?” Mutia tersengih, jarinya dihalakan ke arah wajah Lyn Jasmine yang sudah merona merah. Nadia turut tersengih. Mereka suka mengusik Lyn Jasmine begitu.

“Mana ada?”

“Ah, mengaku ajelah kau suka dia.” Mutia cuba mengorek rahsia hatinya.

Handsome ke Azman ni, Lyn?” Giliran Nadia pula bertanya.

“Oklah. Sedap mata memandang….” Lyn Jasmine tersipu.

Mutia menyambung pula, “Tak malu bawa jalan….”

“Aku takut dia yang malu nak bawa aku jalan.”

“Kenapa pula?” tanya Nadia. Hairan.

“Tak ada apalah. Aku ni macam tak sesuai dengan dia. Tapi.…”

“Tapi?”

“Aku suka dia!” Lyn Jasmine tersenyum malu.

“Ha! Kan aku dah kata kau suka kat dia. Tak mengaku konon!” Mutia berasa kemenangan berpihak kepadanya.

“Nak makan kat mana kita?” Nadia bertanya. Dia sedang memilih kasut yang sesuai. Jika mereka makan di bawah sahaja, gadis itu akan memakai flip flop atau kasut bertapak rendah sahaja. Jika mereka keluar sedikit dari wilayah mereka, Nadia akan menyarungkan boots ataupun kasut tumit tinggi.

“Kita pergi Bangsar, nak? Tak jauhpun.” Mutia menyarankan.

“Okey aje. Siapa nak drive?” Lyn Jasmine bertanya. “Aku malas nak memandu.”

“Aku boleh drive.” Mutia menawarkan diri.

Nadia memilih pump hitam berkilat, Mutia pula memakai kasut tumit tinggi hitam yang sentiasa dipakainya. Dia memilih ballerina shoes kegemarannya. Tidak kira ke mana dia pergi, dia lebih selesa memakai kasut flat atau kasut bertumit rendah.

Berbual-bual sambil berjalan mereka sudah sampai ke bawah pangsapuri.

So, Azman ni, apa yang menarik sangat pasal dia yang kau boleh jatuh cinta sama dia?” Mutia belum puas bertanya.

Lyn Jasmine tersengih, kemudian tersenyum. “Aku rasa dia sweet sangat. Gentleman. Romantik.”

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.