Home Novel Cinta JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
Zura Rahman
23/3/2015 09:57:20
113,823
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

SHEN berjalan beriringan dengan Nina ke arah rakan-rakan yang sedang menunggunya di the Pool. Tangan wanita itu mengenggam erat lengan Shen, bagaikan jejaka itu enggan dilepaskan lagi. Restoran berkonsepkan kontemporari yang terletak di Jalan Ampang itu menjadi tempat berlibur mereka sejak kebelakangan ini. Dengan layanan ultra VIP, the Pool menjadi pilihan mereka buat masa kini.

Mereka berjalan melepasi meja pertama yang masih belum dihuni. Hari masih muda jadi keadaan di dalam restoran yang berkonsep terbuka dengan kolam mandi di tengah-tengahnya masih lengang. Sekurang-kurangnya sebelum sebelum parti bermula, restoran itu kelihatan menenangkan.

Megat dan empat lagi rakan mereka sedang enak berbual sesama sendiri ketika Shen sampai. Megat berpaling ke arah kedua-dua figura yang sedang berjalan menghampiri meja yang mereka duduki. Megat memandang temannya sekilas sebelum berkalih ke arah wanita muda di sebelah Shen.

You look great!” Puji Megat akan penampilan Nina yang tidak pernah gagal menata rias dirinya. Dengan gaya yang ringkas- baju ‘off shoulder’ berwarna krim bersama legging hitam menyerlahkan tubuhnya yang tinggi dan langsing. Gaya ringkas santai yang digabungkan dengan solekan wajah yang sempurna, bulu mata palsu tebal dioles, Nina kelihatan seperti Barbie doll hidup.

Wanita yang bernama Nina tersenyum senang dengan pujian Megat. “Thank you.” Kepalanya dilentokkan sedikit ke arah Shen yang berdiri di sebelahnya. Hatinya girang apabila dipuji oleh jejaka hebat yang sentiasa menjadi buruan gadis-gadis kota. Malangnya lelaki di sebelahnya itu terlalu kedekut dengan pujian. Jejaka kacak dan kaya bernama Shen itu mungkin pemurah dengan duitnya tetapi mahal dengan pujian. Berlainan dengan Megat yang begitu murah dengan pujian.

Hey buddy. Lama tak jumpa,” tegur Megat. “Happy belated birthday, Shen.” Senyumannya lebar seperti selalu. Dengan gembira Megat dan Shen berpelukan sedikit lama kerana mereka sudah lama tidak bersua.

Di sebelah Megat, Lyana tersenyum mesra. Lengan Megat melingkar pinggang Lyana yang ramping. Mereka kelihatan sungguh rapat dan mesra biarpun baru berkenalan beberapa minggu lepas. Shen hanya memerhati.

Lyana turut memberi Shen satu pelukan. Kemudian, satu kucupan ekspres dihadiahkan ke pipi Shen. Ciuman antara kawan yang berlangsung hanya untuk beberapa saat. Di kalangan mereka, ciuman sebegitu tatkala berjumpa adalah perkara biasa. “Selamat hari lahir Shen!” ucap Lyana girang.

Thank you.”

Megat tanpa segan silu melayangkan satu ciuman di pipi Lyana yang gebu. Gadis yang tak mungkin gadis itu menerima ciuman itu dan membalas dengan penuh mesra. Shen hanya memerhati. Dia tidak seberani Megat. Jika dia berkelakuan lepas laku begitu di khalayak ramai, rasanya dalam sesaat sahaja perkara tersebut akan sampai ke pengetahuan daddy. Daddy alah akan perkara sebegitu. Air mukanya harus dijaga. Walaupun dia tidak takut akan larangan TUHAN, Shen sedikit gentar dengan amaran daddy. Gentarnya bersebab.

‘Ke mana sahaja awak pergi, awak bawa nama daddy. Nama daddy akan sentiasa berada dengan awak.’ Amaran keras daddy bersama penampar di pipinya tidak akan dilupai sehingga sekarang. Biar kesan calar di pipinya sudah hilang, garis-garis luka di jiwanya masih berbekas. Peristiwa perit suatu ketika dahulu yang tidak mungkin dia lupakan sampai bila-bila. Disebabkan itu juga, dia terpaksa melalui hidupnya seperti sekarang.

So, welcome back, my best friend!” ucap Megat gembira.

Thank you.”

You’re back for good?”

Yeah.”

Finally.” Megat tersengih. “You ni memang pathetic, Shen. How could you be so cool with everyone but so timid with your own dad? Orang tua tu betul-betul berkuasa, kan? Dahlah dia kontrol bisnes serata dunia, you pun dia boleh kontrol. Itu yang I betul-betul salute dengan dia!” Megat buat tanda tabik spring yang menjengkelkan Shen.

Correction - I am not being controlled. I hanya menghormati daddy sebagai seorang ayah. Isn’t it what I am supposed to be doing?” Betul. Dia bukan takut. Tiada sebab untuknya berasa takut dengan daddy. Dia hanya menghormati daddy kerana mommy. Kerana Abang Hazri.

Yeah. Inilah anak yang baik!” Megat ketawa.

Of course!” Shen tidak akan biarkan dirinya ditertawakan oleh teman baiknya.

“I puji you untuk itu,” celah Daniel yang hanya memerhati sejak tadi.

See?” Shen menjongketkan keningnya.

Megat mencebik.

Daniel, pemuda Cina yang duduk setentang dengan Megat turut bangun dan memeluk Shen seraya mengucapkan selamat hari lahir untuknya.

“You datang seorang?” tanya Shen apabila dilihat Daniel tidak berteman. Dulu kawannya itu berpasangan dengan Amber, seorang pegawai PR di sebuah syarikat antrabangsa yang beroperasi di Kuala Lumpur. Selepas hubungannya dengan Amber terputus, Daniel pernah membawa bersama kawan wanita lain datang berlibur bersama mereka sehingga dua bulan lepas, Daniel sentiasa datang seorang.

Yup,” kata Daniel ringkas.

No replacement yet, huh?”

Daniel hanya senyum tipis.

Hey bro, you tak bosan ke datang seorang diri ke tempat macam ni?” tanya Megat selamba. Pertanyaan yang ditujukan kepada Daniel.

“Kalau you nak cari pengganti, I boleh rekomen kawan I kat you… You nak yang macam mana? Bagitau I.” Lyana, si model yang sedang naik dengan lakonan beraninya menawarkan perkhidmatan mencari pasangan percuma kepada Daniel.

Daniel hanya menggeleng dan berkata, “Thanks but no thanks.”

“You jangan malu, Daniel… I ada ramai kawan yang cantik-cantik. I boleh perkenalkan dia orang kepada you,” kata Lyana lagi.

Perbualan mereka diganggu oleh seorang pelayan yang datang mengambil pesanan. Masing-masing membuat pesanan masing-masing. Sukar juga untuk membuat pilihan kerana dengan memilih minuman sahaja, mereka sukar untuk memilih. Pelbagai jenis minuman eksotik disediakan di situ. Jus yang dididangkan dalam buah nenas, air kelapa dengan pelbagai jenis herba ala-ala Hawaii, jus tembikai yang dihidangkan dalam buah tembikar yang diukir bentuk hati yang mana, ramai yang sayang untuk meminumnya kerana terlalu cantik.

Namun, apabila tiba giliran Daniel, pemuda Cina itu hanya meminta mineral water.

“You tak nak minum ke? Makan?” tanya Lyana.

“Tak. Ini sudah cukup. Boleh dapatkan I mineral water?” Permintaan Daniel buat semua yang hadir tercengang. Pelik dengan perangai Daniel kebelakangan ini.

Come on… this is my birthday. Eat something.” Shen pula berkata.

“I tak boleh lama di sini Shen. I jumpa you kemudian… for lunch maybe?”

Betullah khabar yang didengarnya. Nampaknya ia bukan khabar angin lagi.

Shen berkata, “You dah jadi membosankan Daniel. Siapa perempuan yang dah ‘hancurkan’ kawan I ni” tanya Shen sambil ketawa mengejek. Dia merangkul bahu Megat yang duduk bersebelahan dengannya. Megat turut ketawa berdekah-dekah.

“I sokong Shen. Sejak you kenal perempuan tu, you tak macam dulu lagi. Come on. Don’t let women dictate your life!” kata Megat penuh bangga.

Mind your language okay?” Daniel kurang senang dengan tomahan Megat. Wajahnya yang putih bertukar warna sedikit. Marahnya masih terkawal.

Keriuhan suasana tiba-tiba bertukar corak. Tempat duduk mereka tiba-tiba menjadi diam, seperti keseluruhan restoran jatuh sepi.

“Habis tu? Apa yang dah jadi pada you Daniel? I dengar you pun dah lama tak jejakkan kaki ke kelab?”

“Tak ada apa-apa. I cuma kena kurangkan aktiviti clubbing and eventually tak ke sana lagi. Itu aje. Kita boleh jumpa di tempat lain, bukan?”

Megat mengejek Daniel kembali, “Apa? You tak nak join kita orang clubbing lagi? Jadi… selepas ini apa? You nak pergi masjid?” Megat ketawa berdekah-dekah. Shen dan yang lain turut tersenyum sinis dengan kata-kata Megat.

Daniel hanya membatu. Di dalam hatinya dia berkata ‘ya’.

“Jadi, betullah khabar angin tu?” Shen menukar topik perbualan mereka. Dia betul-betul tidak menjangkakan perkara sebegitu berlaku kepada Daniel.

Well… what I can say… is… yes,” ucap Daniel perlahan-lahan, memandang rakan-rakannya setiap seorang silih berganti.

“Apa dah jadi pada you Daniel?” Shen bertanya. Dia betul-betul ingin tahu.

“I dah tak mahu hidup seperti ini lagi. I want to have a purpose in my life,” kata Daniel.

Come on Daniel…kita masih muda. Tujuan hidup I, berseronok! Waktu ni ialah masa untuk berseronok! Bila dah tua nanti, I boleh bertaubat. Belum tiba waktunya lagi, ok?”

“Ikut suka you Megat. Tapi I tak boleh datang sini lagi. Lain kali kita jumpa di tempat lain ya?”

Shen mengangkat tangan kanannya seraya berkata, “Whoa… that sounds very serious.” Dia membuat mimik wajah serius.

“Ya, I tak main-main,” balas Daniel. Serius. Semua yang berada di situ memberikan perhatian kepada Daniel. Tergamam.

“Kawan, you betul-betul dah berubah!” kata Megat.

“Kita semua perlu berubah!”

“I rasa lebih baik kita berhenti di sini. Ini majlis hari lahir I okey. Jangan rosakkan ia dengan perbualan serius macam ni,” Shen memberi amaran dengan nada tenang.

“Baiklah, nampaknya I dah rosakkan mood kalian semua. I minta diri dulu. Maafkan I Shen.”

Shen hanya diam, hanya rahangnya bergerak-gerak sedikit menahan rasa tidak puas hati. Dia terpempan dengan apa yang dikatakan oleh Daniel sebenarnya.

Daniel meninggalkan Shen dan Megat bersama teman masing-masing tanpa berkata apa-apa lagi.


Previous:
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.