Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Seluruh Cinta
kayrania
31/10/2018 02:27:12
10,257
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Zafril tersenyum senang melihat wajah Zahira menahan malu, siapa sangka perempuan dihadapannya ini telah lama menyimpan rasa hati pada dia. Selama 7 tahun ini Zafril langsung tak pernah ambil pusing tentang pemberian bunga misteri cuma bila dia mula bekerja di syarikat Tuah Emas dan hadiah bunga misteri kembali menghantui hidupnya baru dia sedar ada kemungkinan besar yang menghadiahkan dia bunga misteri itu adalah orang yang sama. 

Sebab pertama dia syak Zahira, bunga misteri yang dia terima adalah sejak Zahira mula bekerja disyarikat Tuah Emas. Sebab yang kedua, Zafril pernah nampak coklat yang sama yang dia dapat bersama bunga diatas meja Zahira. Sebab yang ketiga dan terakhir Zahira pernah belajar di Politeknik yang sama dengan dia. Pandai betul Zahira menyimpan rahsia hati selama ini. 

“Awak ok tak ni? dari tadi tersenyum sorang-sorang? Sudah-sudahla nak kenakan saya.” Zahira sakit hati bila Zafril senyum seperti menyindir dia. 

“Tentu awak fikir saya ni perempuan murah kan? Bagi lelaki bunga, nasi lemak, coklat bagai.”

“Astaghfirullahhalazim, ke situ pulak perginya. Bagi saya Cik..ops sorry, awak  ni lain dari yang lain. Ada ke perempuan macam awak, mengurat seorang lelaki macam saya ni. Saya ni beruntung tau. The lucky man.” Zafril senyum lagi kali ini senyuman itu makin lebar nampak keihklasannya. Zahira tunduk malu, serius dia sangat malu. Rasa macam nak sorok muka bawah meja.

“Merahnya muka awak?Awak ok tak ni? dalam aircond pun panas ke?” Soal Zafril sengaja mengusik si gadis. 

“Ish awak ni, dah tutup cerita. Jom makan.” 

“Cantik tapi comel lebih lagi.” Muka Zahira semakin merah, dia langsung tak berani nak angkat muka. Nampaknya lepasni Zahira tak perlu pakai pemerah pipi lagi. Dia akan sentiasa blushing bila diusik nakal Zafril.




Kehidupan Zafril banyak berubah sejak dia membuka pintu hatinya untuk menerima Zahira dalam hidupnya. Dia tidak pernah rasa diri disayangi dan dicintai oleh wanita selain neneknya. Dulu hanya nenek dan ibu wanita yang ada dalam hidupnya tapi sekarang dia ada Zahira satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hatinya dan dia nampak keikhlasan Zahira. 

7 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk satu penantian yang tak pasti. Zahira setia dengan cintanya, mencintai seseorang yang tidak pernah sedar kewujudannya. Sebab itu Zafril belajar untuk menerima dan memberi cintanya pada Zahira. 

“Hai kawan aku dah angau sekarang. Bertuah la badan ada orang sayang.” Usik Zulkarnain.

“Angau la sangat. Dah lama kau tak terbang kan? Dah pencen ke?” 

“Oi mulut, awal sangat nak pencen. Aku mintak tukar jabatan, penat dah terbang sana sini. So sekarang aku sentiasa ada disisi kau. Kau takkan rindu aku lagi.” Zulkarnain memeluk lengan Zafril dengan pantas Zafril menepis.

“Ei kau ni apahal, meremang bulu tengkok aku. Duduk jauh..hish!” Zulkarnain ketawa besar. Lucu melihat muka Zafril. Sengaja dia mengusik.

“Alah gurau sikit pun tak boleh. Aku lurus ok, lurus ke jalan yang benar.” Dush. Zafril menghadiahkan satu tumbukan padu di bahu Zulkarnain. Bergurau sangat, dapatlah hadiah. 

“Sakit weh. Adui.” Zulkarnain menggosok laju bahunya, sakit betul nih bukan main-main.

“Eh sebelum aku lupa, aku nak jemput kau hujung minggu ni datang rumah aku, adik aku bertunang.”

“Zulaikha? Alhamdulillah. Abang dia ni bila pulak? asyik bercinta sana sini, kahwin tak jugak.” 

“Aku tunggu kau. Kau dah selamat kahwin nanti baru aku dengan senang hati boleh kahwin. Kalau tak nanti hati aku ni tak tenang. Hahahahha” Zulkarnain gelak besar bila Zafril pamer wajah kurang senang. Ada jugak makan penumbuk malam ni. Zafril geleng kepala dengan kawannya seorang ini, suka bergurau pelik-pelik. Kalau orang luar dengar gurauan mereka ada yang fikir bukan-bukan nanti.


Hari ini Zafril dan Zahira mewakili syarikat untuk pembentangan kertas kerja bagi mendapatkan tender projek membina bangunan kedai bernilai RM2.7juta. Mereka tidak menyangka syarikat Muhibbah juga turut serta untuk mendapatkan tender tersebut. Zafril hanya beriak tenang dan melemparkan senyuman pada Suhaila, tapi sayang senyumannya langsung tidak berbalas. Cara Suhaila seperti dia tidak pernah kenal siapa Zafril. 

Timbul rasa bersalah dalam diri Zahira, dia tahu Suhaila bersikap demikian kerana dia dan Zafril. Dia bukan perampas, dia tidak merampas Zafril dari sesiapa. Pengakuan Zafril bahawa tiada hubungan istimewa diantara mereka berdua buatkan Zahira menerima Zafril. Tapi dia juga wanita, dia faham apa yang dirasakan Suhaila sekarang. Sebab itu dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, biarlah dia mendiamkan diri dan menjauhkan dirinya dari Suhaila. 


Malam itu Zafril menerima panggilan telefon dari Suhaila, pelawaan Suhaila untuk keluar makan berdua agak berat untuk Zafril terima. Namun memikirkan Suhaila yang telah banyak membantu dia dalam projek tempoh hari dan untuk menyelesaikan masalah diantara mereka akhirnya Zafril setuju. 

“Awak jangan salah faham tentang ajakan saya malam ini. Saya faham soal hati bukan boleh dipaksa. Saya cuma nak mintak maaf atas apa yang dah saya buat pada awak, maksud saya tentang perasaan saya pada awak dan tentang kata-kata mama saya tempoh hari.” Tepat jangkaan Zafril selama ini pada Suhaila, dia memang seorang wanita yang baik. Imran sangat rugi melepaskan wanita sebaik Suhaila. 

“Tentang perasaan itu, saya yang sepatutnya minta maaf pada awak sebab saya tak dapat membalas dan memberi rasa yang sama pada awak. Ikhlas saya cakap saya memang senang berkawan dan menjadi rakan kerja awak. Imran rugi membiarkan awak pergi. Dan tentang ibu awak, saya dah maafkan. Saya dah biasa malah lagi teruk dari itu saya pernah kena.” Zafril pamer senyum. Dia tak mahu Suhaila terus rasa bersalah, Zafril sudah penat untuk rasa marah tentang statusnya. Jika itu adalah kenyataannya kenapa dia perlu menafikan, dia hanya perlu berjalan dan terus berjalan untuk meneruskan perjalanan hidupnya yang masih panjang. 

“Awak memang baik Zafril. Selain dari papa, awak adalah lelaki yang terbaik yang pernah saya jumpa. Kalau lah Imran…sorry, forget it. Jom makan, saya dah lapar.” Jauh disudut hati Suhaila, dia masih menyimpan harapan semoga Imran berubah, bukan dia mahu Imran berubah seperti Zafril tapi cukup sekadar berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik yang pandai menghargai dan menghormati dia sebagai seorang wanita. 

Timbul rasa kasihan pada Suhaila, Zafril tekad dia akan menyatukan kembali hubungan Suhaila dengan Imran. Zafril yakin mereka berdua masih menyayangi diantara satu sama lain. Dia akan minta pertolongan dari Imani dan Zahira untuk menyelesaikan misi ini. Misi bantuan cinta bermula!


Imran serba tak kena, sekejap dia berdiri sekejap duduk kemudian baring. Dia serabut. Panggilan telefon yang sedari tadi berbunyi dia langsung tak endahkan. Sudah dua hari dia tak keluar rumah. Dia takut untuk keluar rumah sebab dia yakin samseng pekerja Ah Meng ada menanti dia diluar. Nyawa dia akan melayang kalau dia keluar, menyesal pun dah tak berguna semuanya sudah terlambat. Kalau lah dia dengar cakap abah tentu semua ni tak akan berlaku. “Kenapalah aku percaya kau Nasir! Mana aku nak cari duit RM50 ribu? Mati la aku.” Dumdum. Ketukan kuat pintu hadapan rumahnya buatkan Imran cuak. Mukanya pucat tiada darah. Ya Allah selamatkan aku. Allah. Allah banyak dosa aku pada Kau, berikan aku peluang untuk bertaubat. Tanpa sedar Imran melutut menangis di hadapan pintu.

“Abang Im? Abang ada dekat dalam kan? Abang okay tak?” Suara yang kedengaran dari luar rumah tak seperti suara samseng upahan Ah Meng. Imran yakin itu bukan suara yang menakutkan dia sejak kebelakangan ini. Tombol pintu dipulas perlahan, pintu diselak sedikit untuk melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu rumahnya. Imran menarik nafas lega bila wajah Imani dan Zafril yang berada diluar rumah. Dengan pantas pintu dibuka dan dia menarik mereka berdua masuk kerumah. Pintu ditutup rapat kembali.



“Abang buat apa dengan duit banyak tu? Kenapa tak pinjam dengan abah? Kerja gila!” Imani tak boleh terima yang abangnya meminjam wang dengan lintah darat atau dengan bahasa mudahnya pinjam duit Ah long. Astaghfirullahalazim. Abang Imran memang cari susah.

“Abang kena tipu dengan Nasir. Dia cakap perlaburan tu boleh bagi untung 5kali ganda dari apa yang abang labur. Tapi sekarang dia dah hilang, dengan duit-duit tu sekali hilang. Kau kena tolong abang, kalau tak mati abang.” Zafril hanya diam membisu melihat Imran merayu pada Imani. Siapa sangka lelaki sebijak Imran boleh kena tipu. Manusia zaman sekarang, memang pantang dengan tiga benda ni. Pertama, duit. Kedua, kuasa dan ketiga adalah wanita. Berbunuhan adik-beradik pun sanggup bila ketiga-tiga ini mula merajai akal.

“Mana Imani ada duit sebanyak tu abang. Mintak tolong abah la.” Cadang Imani. 

“Abang mula-mula memang nak pinjam dari abah, tapi abah tak bagi. Abah dari awal dah larang, tapi..”

“Tapi abang degil. Sekalipun tak pernah nak dengar cakap abah dengan ibu. Ha sekarang tanggungla akibat dia. Jom abang Aril kita balik. Sendiri cari penyakit pandai-pandailah cari ubat sendiri.” Imani menarik tangan Zafril namun Zafril menarik kembali tangan Imani supaya dia duduk. 

“Abang bukan nak masuk campur urusan Imran, tapi Imran adik abang jadi abang sekadar ingin menasihati seorang adik. Duit yang banyak tak akan menjaminkan kebahgiaan. Duit yang banyak juga tak akan buatkan hidup kita tenang. Betullah apa yang orang cakap, manusia yang kaya akan diuji dengan kekayaan dia, manakala manusia yang miskin akan diuji dengan kemiskinan dia.”

“Jap, kau tolong diam boleh. Aku tengah serabut ni, kau jangan nak menambahkan serabut dalam kepala otak aku ni. Dah kau dua boleh pergi berambus. Kalau datang sini nak marah aku, nak bagi ceramah baik tak payah datang. Keluar! Cepat keluar!” Imran menolak kuat tubuh Zafril dan Imani. Zafril pantas memegang Imani dari jatuh ditolak Imran. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan tiga orang samseng sedang berdiri dihadapan pagar rumahnya.


Tumbukan demi tumbukan hinggap di badan dan wajah Imran. Zafril dan Imani dipegang kuat oleh dua orang lagi samseng. Imani sudah menangis ketakutan. Zafril kuat meronta supaya pegangan samseng itu terlerai. Sakit hatinya melihat adik dia dipukul tanpa belas ehsan. Imran terbaring lesu, mulut dan hidungnya habis berdarah.

“Hei kawan, nasihat lu punya adik kalau tak mampu bayar jangan berhutang ma..ini adik yang cantik manis ni adik lu dua orang ka atau buah hati lu?” Samseng yang mempunyai parut dibahagian kening mendekati Zafril dan Imani. Imani semakin takut bila jari lelaki itu mula memegang wajahnya. Air mata bagaikan empangan pecah.

“Kau jangan sentuh adik aku la bodoh!” Rontaan Zafril semakin kuat. Dia bimbang keselamatan Imani. 

“Itu adik lelaki wa belasah lu takda marah ha?” 

“Kalau kau berani sangat lepaskan tangan aku ni, baru kau tahu aku marah atau tak!” Bengang Zafril bila ditempelak sebegitu rupa. Bukan dia tak sayangkan Imran tetapi semua ini berpunca dari Imran. Dia sepatutmya sudah tahu akibat dari apa yang dia buat.

“Ah lu banyak cakap ha. Ini adik banyak cantik, kalau lu punya itu adik tak mampu bayar, lu kasi ini adik pada wa punya bos. Terus settle dia punya hutang.” Zafril semakin bengang bila lelaki itu semakin mendekatkan wajahnya pada wajah Imani. 

“Kurang ajar!” Samseng yang memegang tangan Zafril terus terjatuh. Samseng yang berparut dikening pula terus terdorong kebelakang bila ditumbuk kuat oleh Zafril. Tumbukan demi tumbukan dilayangkan pada wajah lelaki itu. Sungguh Zafril sangat marah. Jangan sesekali kau sentuh adik-adik aku dan keluarga aku. Memang mati aku kerjakan. 

“Sekarang yang berhutang dengan bos kau, dia! Jadi jangan sesekali kau kacau family dia yang lain. Kalau kau berani kacau lagi, kau dengan bos kau aku bunuh! Faham? Dah blah!” Samseng yang berparut dikening yang berlagak kuat tadi sudah lembik dibelasah Zafril. Imran dan Imani terkejut melihat Zafril mampu berlawan dengan baik. 

“Pasal hutang tu aku sendiri yang akan jumpa bos kau nanti. Kalau aku nampak kau kacau adik aku lagi, kau tahulah akibatnya.” Zafril melihat wajah Imran dan Imani silih berganti. Sesunguhhnya dia sangat sayangkan adik-adiknya walaupun mereka tidak rapat tapi mereka lahir dari rahim yang sama. Selagi dia hidup dia akan pastikan keselamatan dan kebajikan adik-adiknya terjamin.

Imran malu dengan Zafril. Malu yang amat sangat. Abang yang dia paling benci sudi bantu disaat dia dalam kesusahan. Lelaki yang dia pernah hina, tak pernah berkira menghulurkan tangan untuk membantu. Kalaulah tiada Zafril tadi tak tahulah apa akan jadi pada dia dan Imani. Allahhuakbar.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania