Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 17

Pagi ini Zafril rasa sedikit sihat, dia perlu selesaikan urusannya di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Johor Bahru. Dia perlu kuat untuk bersemuka dengan insan-insan yang pernah dia sayang dan hormat. Dia akan pergi jauh dari mereka semua, jauh yang tak mungkin dapat mereka temui lagi. Zafril juga akan terus merahsiakan sakitnya dari pengetahuan keluarga. Dia tak mahu mereka jatuh simpati pada dia. Biarlah dia tanggung semuanya sendiri kerana dia sudah biasa hidup sendiri.

Kedatangan Zafril di pejabat hari itu mengejutkan semua orang terutama Zahira. Sebak rasanya melihat Zafril, ada duka diwajah itu walaupun senyuman menghiasi bibir. 

“Maafkan saya Dato’, saya terpaksa meletakkan jawatan saya sebagai engineer disini. Saya harap Dato’ faham kenapa saya buat semua ni.” Surat perletakan jawatan diserahkan kepada Dato’ Azhar sendiri. Kalau ikutkan boleh saja dia berikan surat ini pada Tuan Hasnul, tapi dia mahu bersemuka dengan Dato’ Azhar ada perkara penting dia mahu bincangkan.

“Saya faham, tapi perlu ke sampai awak berhenti kerja? Tuah Emas masih dan sentiasa perlukan awak.” Dato’ Azhar masih cuba memujuk walaupun dia tahu pujukannya itu takkan berhasil.

“Perlu Dato’. Saya ada sesuatu nak tahu dari Dato’, saya harap Dato’ jujur dengan saya.”

“Tanya lah apa yang awak nak tahu Zafril.” Zafril menarik nafas dalam, sudah tiba masa rahsia ini perlu dibongkarkan.

“Dato’ tahu dimana ‘lelaki’ itu?” Ringkas soalan Zafril namun berjaya buatkan Dato’ Azhar tak senang duduk.

“Hmm, kalau awak tahu dimana lelaki itu apa awak nak buat?”

“Saya nak jumpa dia untuk saya ucapkan tahniah sebab berjaya hancurkan hidup saya.” Dato’ Azhar merenung wajah Zafril yang tenang itu. Dia tahu betapa hancurnya hati Zafril saat ini. Lelaki dihadapannya ini masih mampu mengawal riak wajahnya walau hatinya sangat terluka. 

“Maafkan keluarga saya, kami semua salah pada awak dan ibu awak. Saya mintak maaf Zafril.”

“Kenapa Dato’ yang minta maaf? Tolong bagitahu saya dimana lelaki itu sekarang.”

“Azman Bin Ramli, penjara Kajang.” Zafril terus berlalu pergi. Dia akan ke penjara Kajang selepas ini. Hatinya terasa tak mampu untuk ke situ tapi dia perlu berdepan dengan semua kenyataan ini. Ini adalah kenyataan hidupnya, kenyataan yang dia berbinkan dengan nama Abdullah.


“Zafril, tunggu!” Suara jeritan itu berjaya menghentikan langkah Zafril yang laju. Namun tubuhnya tak mampu untuk berpaling kerana dia tahu siapa insan yang memanggil namanya.

“Boleh kita bercakap sekejap.” Lembut suara Zahira menyapa telinganya.

“Cakaplah.” Zafril langsung tidak berpaling memandang muka Zahira dia hanya berdiri tegak memandang ke hadapan. Sedihnya Zahira tika ini hanya Allah yang tahu.

“Awak sihat?”

“Saya tak banyak masa untuk berbual kosong.” Fahamlah Zahira yang Zafril sudah bencikan dia.

“Saya sayangkan awak. Saya takkan pernah berhenti sayangkan awak. Tolong jangan benci saya.” Suara Zahira sebak menahan tangis. Mana mungkin dia boleh buang cinta yang telah lama ada dalam hatinya ini. Siapa pun Zafril tak pernah langsung menggugat rasa cintanya pada lelaki ini.

“Saya doakan awak bahagia. Saya minta maaf.” Zafril terus pergi meninggalkan Zahira sendirian disitu. Zahira menangis bila melihat Zafril terus melangkah pergi langsung tidak memandangnya. Benci sangatkah awak pada saya? 

Didalam kereta Zafril melepaskan rasa sedihnya. Sungguh dia tak kuat untuk terus berdiri lama dihadapan Zahira tadi. Rasa cinta yang telah ada dalam hati ini hanya untuk Zahira. Keadaan memaksa untuk dia lupakan Zahira. ‘Maafkan saya Zahira. Saya tak punya masa yang banyak untuk menyayangi dan menyintai awak. Awak berhak hidup bahagia dengan lelaki yang mampu memberikan awak kebahagiaan. Dan lelaki itu bukan saya.’ 


“Assalammualaikum, Aril jadi kan nak balik hari ni?” Suara Tuan Syarif kedengaran sedikit bimbang. Dia bimbang kalau-kalau Zafril membatalkan hasratnya untuk pulang berjumpa dengan ibunya. 

“Selepas selesai urusan dipenjara saya balik sana. Assalammualaikum.” Talian terus dimatikan Zafril kembali fokus dengan pemanduannya.

“Penjara? Dia buat apa dekat penjara? Tak pelah nanti dia balik boleh tanya.” 

“Papa kenapa cakap sorang-sorang? Papa call siapa tadi?” Imran mengambil tempat disebelah ayahnya.

“Abang Aril. Ibu dah makan?”

“Dah, Im suruh ibu berehat je. Pa, Im mintak diri dulu. Pukul 3 nanti Im ada meeting, lambat gerak nanti jalan jam.”

“Ye lah, hati-hati bawak kereta.” Tuan Syarif hanya melihat kereta Imran menghilang dari pandangannya. Dia bersyukur Imran anak yang dulunya degil dan panas baran kini berubah sepenuhnya, semua kerana Zafril. Zafril berjaya mengubah tingkahlaku buruk Imran. Dia juga tidak nafikan, kehadiran semula Suhaila juga antara penyebab anaknya berubah. Harapannya semoga perubahan ini biarlah berkekalan sampai bila-bila.







“Azman Bin Ramli ada pelawat nak berjumpa dengan awak.” Suara warder penjara mengejutkan dia yang sedang membaca buku. Dia hairan siapa pula yang datang melawat. Berpuluh tahun dia disini baru dua hari lepas adalah kali pertama dia menerima pelawat. Dan hari ini sekali lagi dia menerima pelawat. Gementar hatinya untuk berjumpa dengan pelawat itu. Semoga baik-baik saja. 

Zafril berdiri kaku bila melihat Azman. Inilah dia lelaki yang telah merosakkan hidup ibunya. Inilah dia lelaki yang darahnya mengalir dalam tubuhku. Inilah dia lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Layakkah lelaki dihadapannya ini dipanggil ayah?

Azman mengangkat ganggang telefon dan dia memberikan isyarat kepada Zafril untuk melakukan perkara yang sama seperti dia. Zafril faham isyarat itu lalu ganggang telefon ditekapkan ke telinganya.

“Saya mintak maaf encik ini siapa?” soal Azman. Zafril hanya diam tanpa sedar ada air mata yang mengalir laju dipipi.

“Zaf…Zafril Abdullah.” Mendengar sahaja nama itu Azman terus berdiri tegak. 

“Anak Aishah?” 

“Anak perogol.” Kata-kata itu bagaikan pisau yang menikam dadanya saat ini. Allah! Sakitnya. Melihat Zafril yang menangis menambahkan lagi sakit hatinya. Zalimnya aku ya Allah. Kasihan pada anakku, dia yang menanggung akibat dari perbuatan keji aku dulu.

“Ampunkan ayah. Tolong ampunkan ayah.” Azman sudah meraung ditembok sebelah sana. Dia memukul kepalanya dengan telefon ditangan. Tak cukup dengan itu kepalanya dihantukkan ke dinding. Azman seperti dirasuk. Mujurlah ada polis yang menenangkan dia. Azman dibawa masuk ke dalam penjara setelah dia mula tenang. Zafril disebelah sini masih lagi menangis. Hanya itu yang mampu dia buat sekarang ini menangis dan terus menangis. Entah sampai bila semua derita dan sakit ini akan berakhir. Mungkin bila mata ini sudah terpejam rapat, tika roh sudah berpisah dari jasad.



Seperti yang dijanjikan, Zafril pulang bertemu ibu. Kali ini kepulangannya sangat berbeza, dia bukan lagi Zafril yang dulu. Keceriaan dalam dirinya sudah hilang, dia seperti orang yang sudah hilang arah. Dia hanya memandang sepi ibu yang sedang terbaring sakit rindukan dia. Zafril hanya berdiri kaku disebelah ibu. Hatinya terasa kosong. Rasa sayang, kasih semuanya hilang. Hilang dalam kesedihan dan kekecewaan yang melanda dirinya tika ini.

“Aril, Aril dah balik? Mari duduk sebelah ibu.” Zafril hanya menurut permintaan ibunya.

“Aril marah ibu lagi? Ibu mintak maaf, ibu tak berniat nak cakap semua tu. Maafkan ibu.”

“Saya dah lupakan semuanya. Esok saya akan ke Johor, saya dapat tawaran kerja baru disana.” Puan Aishah terkejut dengan kata-kata Zafril. Sampai begitu sekali keputusan yang diambil Zafril. Dia tahu anaknya sengaja mahu menjauhkan diri dari dia, sebab itu dia terima kerja di Johor. Semua salah kau Aishah, kalau tak kerana mulut kau pasti anak kau takkan pergi tinggalkan kau.

“Jangan tinggalkan ibu. Ibu akan betulkan keadaan, kalau Aril nak kahwin dengan Zahira. Ibu..ibu akan setuju. Asalkan Aril tak tinggalkan ibu.”

“Bukan sebab itu saya pergi. Tempat saya memang dari dulu bukan disini. Walaupun saya jauh, tak pernah sekalipun saya lupakan ibu dalam setiap doa saya. Maafkan saya.” Tangan ibu dikucup penuh hormat. Walauapapun yang terjadi, inilah satu-satunya ibu aku dunia dan akhirat. Tubuh ibu terus dipeluk erat, kerana selepas ini dia sendiri tak pasti bila dia akan dapat memeluk tubuh ibunya lagi.

Imani yang menyaksikan kejadian itu menangis dibalik pintu. Tabahnya hati kau abang, kalau Imani ditempat abang belum tentu Imani akan kuat setabah abang. Imani bangga punyai seorang abang seperti abang Aril. Lelaki yang tak pernah berdendam dan seorang yang pemaaf. Ya Allah kau berikanlah kekuatan kepada abang Aril untuk terus kuat lalui kehidupan yang mendatang.




Malam itu Zafril bangun solat Tahajjud, dia mahu mengadu pada Allah tentang semua sakitnya. Tak sanggup lagi rasanya menanggung semua ini sendiri. Kebetulan Imran masih belum tidur, dia baru siapkan kerja dibilik bacaan. Dia mendengar suara orang menangis dari bilik abangnya. Tangisan itu terlalu hiba dan sayu. Imran yakin itu suara abangnya. Imran menolak daun pintu, dia nampak Zafril sedang menadah tangan berdoa diatas tikar sejadah sambil menangis. Imran menghampiri Zafril, dia simpati dengan abangnya, lelaki yang sangat baik pada pengamatannya.

“Abang…” Zafril berpaling, melihat saja Imran terus tubuh itu dipeluk erat. Zafril menangis hiba di bahu Imran. Hilang malu dan egonya. Tak tertanggung rasanya sakit ini. 

“Abang, kau kena kuat. Walauapapun yang jadi, aku akan sentiasa ada untuk kau. Kau abang aku dunia akhirat.” Zafril hanya menganggukkan kepala. Dia tahu lelaki perlu kuat, tapi dia juga manusia biasa. Kadangkala hatinya tak kuat untuk berdepan dengan semua ujian ini. Hatinya sedikit tenang dan lapang bila dia melepaskan semuanya dalam tangisan dan mengadu pada Allah yang Satu. 


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania