Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Seluruh Cinta
kayrania
31/10/2018 02:27:12
11,604
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Pagi itu Zafril perlu menghadiri satu mesyuarat menggantikan ketuanya Tuan Hasnul yang tiba-tiba sahaja jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Mujurlah Zafril tahu tentang keseluruhan projek yang baru mereka terima, mudahlah bagi dia untuk mewakilkan Tuan Hasnul. Dalam tempoh enam bulan dia bekerja sebagai penolong kanan arkitek di syarikat Tuah Emas banyak ilmu dan pengalaman yang dia kutip. Dia beruntung punya ketua yang sangat professional, tidak pernah lokek dalam memberikan ilmu kepada orang baru seperti dia.

“Encik Zafril mari saya belanja lunch.” Pelawa Suhaila ketua jurutera syarikat Muhibbah merangkap anak kepada pemilik syarikat yang bekerjsama dengan mereka. Zafril berkira-kira mahu menolak saja pelawaan Suhaila tapi bila memikirkan projek syarikat dan Tuan Hasnul, Zafril akhirnya menerima pelawaan Suhaila. 

“Cara you present tadi tak macam orang baru. You nampak macam seorang arkitek yang professional.” Puji Suhaila, sejak dalam kereta lagi Suhaila tak berhenti memuji dirinya hingga Zafril kurang selesa. Sedangkan Suhaila tidak tahu siapa dia yang sebenarnya.

“Cik Suhaila saya rasa dah banyak sangat pujian untuk saya. Saya takut nanti saya terus lupa diri nanti.” Zafril ketawa kecil cuba untuk menyembunyikan ketidakselesaan dirinya dengan pujian Suhaila.

“Saya cakap benda betul kan? Tuan Hasnul memang tak salah orang lantik awak sebagai penolong dia. Tak semua orang macam Tuan Hasnul berani berikan jawatan penting dan besar ni pada fresh graduate macam awak. Tentu Tuan Hasnul dan Dato’ Azhar nampak sesuatu dalam diri awak.” Suhaila sebenarnya senang dengan sikap Zafril yang nampak seperti seorang lelaki yang budiman. Tidak seperti bekas kekasihnya, Imran. Seorang lelaki yang sangat panas baran. Hmm..bila mengenangkan Imran hatinya jadi sakit. Tergamak dia menuduh Uncle Muslim itu sugar daddy dia. Cemburu tak bertempat, lebam muka Uncle Muslim gara-gara ditumbuk Imran. Tebal muka Suhaila dengan sikap cemburu dan panas baran Imran yang tidak pernah berubah. Salah dia jugak kerana terlalu beri muka kepada kekasihnya itu untuk bertindak sesuka hati.

“Cik Suhaila ok tak?Dah berangan sampai mana tadi?” Soalan Zafril disambut dengan senyuman. Suhaila malu sendiri, boleh pulak buat flashback di hadapan lelaki kacak ini. Suhaila terus menjamah makanan dihadapannya bila melihat Zafril begitu berselera menjamah makanan yang baru sahaja sampai. 

“Actually saya bukan fresh graduate, Cik Suhaila dah salah faham. Saya dah tiga tahun habis belajar di UK, selepas habis belajar saya terus bekerja di sana. Dan sudah 5 bulan saya berhenti kerja dekat sana balik Malaysia untuk memberi khidmat dekat tanah air sendiri pulak.” 

“Lah patutlah nampak pro sangat. You have an experienced from UK and you’re so talented.” Puji Suhaila lagi.

“Ok Cik Suhaila, dah banyak ni puji saya. Kembang setaman dah ni. Anyway, terima kasih belanja tadi, next time my turn pulak belanja cik Suhaila.” 

“Kalau awak nak belanja saya, please no more Cik Suhaila. Just call me Suhaila, lebih mudah dan mesra.” Zafril hanya tersenyum. Dia akur jika itu kemahuan Suhaila sendiri, bukan satu isu besar pun. Kalaulah Imran macam Zafril, dialah wanita yang paling beruntung di atas muka bumi ini. Suhaila masih meletakkan harapan pada Imran, kerana Imran adalah cinta pertamanya. Tapi sayang Imran tak pandai menghargai Suhaila. Dia jadikan Suhaila seperti barang, yang boleh ditolak ke sana sini, yang hanya perlu mengikut kata dia sahaja. Itu tak boleh ini tak boleh. Satu suara keluhan kasar terkeluar dari mulut Suhaila.

“Kuat mengeluh tu. Bila kita ada masalah, jangan mengeluh. Mungkin masalah itu Allah kirimkan pada kita sebagai tanda yang Dia rindukan kita.” Suhaila malu bila ditegur Zafril tapi teguran Zafril sangat berhikmah buatkan Suhaila mahu dia meneruskan kata-kata hikmahnya itu.

“Kenapa awak cakap macam tu?” Soalan Suhaila membuatkan Zafril mengukir senyum.

“Sebab bila kita ada masalah kita akan mula ingat pada Dia dan kita mula sebut nama Dia kita mula bersujud pada Dia. Betul tak?” Suhaila tak memberikan sebarangem reaksi dengan pertanyaan Zafril. Seumur hidup dia tak pernah ada kenalan, saudara atau ahli keluarganya yang bercakap soal agama dengannya. Hidup dia selama ini bebas, tak pernah solat, puasa pun tidak, islam hanyalah pada kad pengenalan sahaja. Tapi hari ini, saat ini, sungguh dia rasa terpukul dengan kata-kata Zafril..sudikah Allah terima dia manusia yang hina malah jijik ini? Mungkin benar kata Zafril, Allah rindukan dia..Pertemuan kali pertama dengan lelaki bernama Zafril memberi kesan yang sangat mendalam dalam jiwa Suhaila. Dia berharap semoga akan ada pertemuan-pertemuan yang seterusnya selepas ini. 


Syukur pada Allah, tender yang bernilai RM 50 juta itu berjaya menjadi milik syarikat Tuah Emas. CEO mereka Dato’ Azhar begitu gembira mendengar perkhabaran tersebut. Dia mahu berjumpa dengan Hasnul dan Zafril untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam mendapatkan tender terbesar syarikat mereka. Lagipun Dato’ Azhar belum berkesempatan lagi bersua muka dengan Zafril walaupun lelaki itu telah 6 bulan bekerja dengannya. Kesibukan Dato’ Azhar dengan pembukaan syarikat baru di Johor buatkan dia sering berada di sana. Dia memberikan kepercayaan kepada Hasnul dalam menguruskan syarikat disini. Nak harapkan anaknya, hmm… macam-macam alasan yang dia bagi. ‘Pa, I’m not ready yet..’ itulah ayat klishe yang selalu dia dapat bila soal kerja dibangkitkan.

“Dato’ ini saya kenalkan Zafril. Orang yang bertanggungjawab dapatkan tender besar ini.” Zafril segan bila Tuan Hasnul berkata begitu. Dia hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan, dan semua ini adalah rezeki pemberian Allah.

“Saya cuma menjalankan tugas seperti yang diarahkan Tuan Hasnul. Ini rezeki syarikat kita dan seluruh pekerja Tuah Emas. Masih banyak ilmu yang perlu saya kutip dari Tuan Hasnul dan dari Dato’ sendiri.” Dato’ Azhar senyum bangga. Bukan mudah nak jumpa anak muda yang bersikap optimistik seperti Zafril ini. Namun bila dia terpandangkan senyuman Zafril, dia teringatkan seseorang yang sudah berpuluh tahun dia tak jumpa. Entah apa cerita dia sekarang…

“Dato’? Dato’ ok tak ni?” 

“Sorry, saya ok. Cuma, awak asal mana Zafril? Mak ayah masih ada?” Zafril sedikit terkejut dengan pertanyaan Dato’ Azhar. Seboleh mungkin dia cuba menyembunyikan riak wajah kurang senang dengan pertanyaan itu.

“Saya asal KL jugak. Ye mereka masih ada.” Ringkas jawapan Zafril. Dia harap Dato’ berpuashati dengan jawapan tersebut dan berharap takkan ada lagi soalan tentang keluarganya lagi terutama soal ibu dan ayah. Tuan Hasnul faham reaksi kurang senang Zafril dengan pertanyaan dato’ terus menyampuk dan mengubah topik perbualan mereka. Dato’ Azhar masih tidak berpuashati dengan jawapan Zafril, dia dapat rasakan yang Zafril seperti menyembunyikan sesuatu. Mungkin dia tak suka berbicara soal keluarga dengan orang luar..begitulah andaian Dato’ Azhar terhadap Zafril sehingga dia pun terus terlupa dengan persoalan yang bermain difikirannya.


Aisyah tahu Zafril masih kecewa dengan dia, sebab itu sehingga hari ini anaknya itu masih belum pernah berjumpa dengan dia. Setiap waktu solat dia berdoa semoga Allah lembutkan hati anaknya itu menerima dia sebagai ibu seadanya dan maafkan dia kerana meninggalkannya sedari kecil dulu. Sungguh hati kecilnya sangat rindukan anak lelaki yang pernah dia benci dulu. Anak yang terpaksa menanggung kata caci maki orang kerana dia dan lelaki durjana itu. “Aril, maafkan ibu. Ibu tak sekuat Aril.” Aisyah menyeka airmatanya yang mengalir lesu dipipi. Setiap kali teringatkan Zafril airmata ini pasti akan menjadi peneman setianya.

“Sayang..masak apa hari ini? Abang dah lapar la..” Tuan Syarif membuka tudung saji diatas meja sambil mulut menegur si isteri.

“Lapar?Dah..tapi saya masak ringkas je hari ini abang. Masak lemak cili padi ayam dengan kubis goreng je.” 

“Bertambah lapar saya dengar, sayang kalau ringkas..telur goreng dengan kicap, ha tu baru masak ringkas.” Aisyah tersenyum senang dengan kata-kata suaminya. Suami yang sangat penyayang dan memahami. Suaminya inilah diantara anugerah terindah yang Allah kirimkan untuk dia atas muka bumi ini. Nasi yang telah diisi penuh dalam pinggan disua kepada sang suami. Alangkah bahagianya kalau Zafril sudi menjamah makanan yang dia sediakan. Selama umur anaknya tidak pernah dia masakkan untuk anaknya itu. ‘Maafkan ibu sayang.’

“Sayang tak makan sekali?”

“Saya kenyang lagi. Saya teman abang makan.” Sejak akhir-akhir ini dia kurang selera makan. Hati dia sarat dengan rindu pada Zafril. Benci sangatkah anaknya itu pada dia? Perlukah dia berterus terang tentang semuanya pada Zafril? Tapi..dia tak mahu Zafril bertambah sedih dan kecewa bila semuanya terbongkar. Cukuplah selama ini dia menderita. 

“Mak kesian tengok dia Cah. Biarlah dia tinggal dengan mak. Kalau dia tinggal dengan kau lagi macam-macam orang hina dia nanti. Lagipun mak dah takde siapa dekat kampung ni. Sekurang-kurangnya Aril ada jaga mak.” Mak Biah berkeras bila Aisyah menyuarakan hasrat hatinya untuk mengambil Zafril kembali dan tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Sudah hampir 12 tahun Zafril tinggal bersamanya, tidak mudah hati tuanya mahu membiarkan Zafril dibawa pergi walaupun dibawa oleh ibu kandungnya sendiri. Mak Biah tekad biar dia sendiri yang besarkan Zafril.

“Tapi mak..dia anak Cah. Dia tanggungjawab Cah yang selama ini Cah abaikan. Tolong mak, Cah merayu pada mak.” Aisyah berusaha untuk memujuk ibunya. Aisyah tahu dia silap sebab tinggalkan Zafril selama ini. Tapi kalau dia tidak berbuat demikian bagaimana dia mahu mencari kerja. Sekarang hidup dia sudah stabil. Dia akan mendirikan rumah tangga dengan bos tempat dia bekerja iaitu Tuan Syarif. Sebab itu dia tekad mahu mengambil Zafril semula.

“Kalau Cah sayangkan Aril, sayangkan mak. Tolong biarkan Aril disini dengan mak.”

“Sampai hati mak buat Cah macam ni, mak kejam pisahkan Aril dengan Cah.”

“Pergilah Cah, mak tahu kau akan hidup bahagia dengan lelaki itu. Tak payah lah kau risaukan Aril dan mak disini. Kami sudah biasa hidup tanpa kau!”

“Mak!” Aisyah tersentak bila tangan suaminya memeluk bahunya. Terus hilang bayangan arwah ibu. 

“Abang, terkejut saya.” Marah Aisyah, macam nak luruh jantung dibuatnya. Syarif tersengih.

“Entah apa la yang dia menungkan, sampai abang depan mata dia buat tak tahu je.” Jawab Syarif terus berlalu meninggalkan isterinya yang masih dikerusi meja makan. Bila suaminya hilang dari pandangan baru Aisyah sedar suaminya telah pun siap makan. Makanan sudah ditudung, pinggan pun sudah dibasuh siap. Hmm..jauh dia mengelamun tadi. ‘Cah tahu apa yang mak buat selama ini semua untuk kebaikan Aril dan Cah. Cah tak pernah marah apatah lagi berdendam dengan mak. Sebab mak lah, Aril sekarang jadi orang yang baik mak.’


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania