Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab23/2

Alhamdulillah akhirnya Zafrildibenarkan keluar wad, Imran mengajak dia pulang ke rumah ibu bapa mereka tapiZafril tak mahu dia berkeras mahu pulang ke Johor. Imran mengalah, dia taksalahkan Zafril kenapa lelaki itu berkeras tak mahu pulang ke rumah ibubapamereka. Sepanjang perjalanan itu Zafril hanya mendiamkan diri. Jasadnya didalam kereta tapi hati dan jiwanya terbang entah kemana-mana.

Dia rindukan nenek, kalaulah nenekmasih ada tentu rasa sakit ini tidak sesakit ini. Ibu, ayah. Ya dia masih punyakedua-duanya itulah kenyataannya tapi realiti? Realitinya sejak dia lahir diasudah kehilangan ibu dan ayah. Mungkin orang akan kata itu kisah lama, sekarangumurnya sudah 27 tahun sudah dewasa sepatutnya dia lebih matang dalamberhadapan masalah ini. Dia juga punya hati dan perasaan, dia bukannya patungyang boleh ditolak kesana sini. Bila mahu diambil bila tidak diperlukan dibuangentah kemana.

Sepanjang dihospital dia sangatberharap lelaki yang mengaku ayah kandungnya akan memunculkan diri tapi tidak. Diatahu ayah sudah keluar penjara tapi kenapa langsung tak datang menjenguk. Katasudah berubah, kata sayang tapi kenapa biarkan dia sendirian. Ibu pula selepasperistiwa dia mengamuk, ibunya langsung tak datang menjenguk. Zafril terkilan.Ada ibu dan ayah tapi seperti tiada.

Previous: Bab23/1
Next: Bab24/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania