Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 19

Tinggal kurang empat bulan lagi Suhaila dan Imran akan disatukan. Mereka bahagia membuat persiapan, namun tidak bagi ayah dan ibu Suhaila. Datin Aida dan Datuk Rahman runsing, mereka tidak tahu bagaimana perlu berterus terang dengan Suhaila. Apa mereka perlu jawab bila Datuk Rahman tidak boleh menjadi walinya nanti. Dia sendiri tidak tahu dimana bekas suaminya berada sekarang, masih hidupkah lagi lelaki itu. Jika masih hidup sudah berubahkah lelaki itu? 

Lelaki itu yang dia pernah sayang sepenuh hati, sampai sanggup tinggalkan keluarga. Siapa sangka lelaki yang berjanji akan menjaga dia, akhirnya memungkiri janji. Dia dihalau sehelai sepingang dari rumah hanya kerana dia mempertahankan satu nyawa didalam rahimnya. Suhaila binti Rahman@Azman. Hatinya hiba tatkala mengenang kisah lalu. Jijik sungguh Azman dengan bayi yang dikandungnya. Walaupun Azman melarang anaknya itu berbintikan dia tapi dia tak sanggup. Sebab itu dia meletakkan nama Suhaila berbintikan Rahman@Azman. Rahman lelaki yang baik sanggup mengangkat sumpah menukar nama daripada Rahman menjadi Rahman@Azman. Semuanya dia lakukan semata-mata tak mahu Suhaila tahu siapa bapanya yang sebenar. 

“Abang saya rasa dah sampai masanya Suhaila tahu semuanya.” Datuk Rahman mendengus perlahan. Saat inilah yang paling dia bimbang sekali. Satu-satunya anak yang dia ada didunia ini walaupun hanya sebagai anak tiri tapi dia cukup bahagia. Dia sangat sayangkan Suhaila. Kasihnya pada Suhaila tak pernah berbelah bagi. Perkongsian hidupnya dengan Aida tidak dikurniakan cahaya mata. Dia redha kerana Suhaila sudah cukup membahgiakan dia juga isteri.

“Ye saya setuju, lambat laun dia akan tahu jugak nanti. Kita sama-sama berdoa semoga Suhaila terima semua ini dengan hati yang lapang. Saya rasa, Imran patut ada sama. Imran patut tahu kerana dia bakal suami Suhaila.” Akhirnya kata sepakat tercapai. Semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Doa mereka semoga Suhaila faham kenapa mereka rahsiakan perkara ini dari dia. 

“Aida awak tak nak cari Azman?” Datin Aida tidak menjawab soalan suaminya, dia terus bangun meninggalkan suaminya sendirian. Datin Aida tidak gemar dengan soalan yang diajukan suaminya. Mengapa dia yang perlu bersusah payah mencari Azman, sedangkan lelaki itu terlebih dulu membuangnya. Bimbang jika hasil pencariannya hanya menyakitkan hati dia dan Suhaila, lebih baik begini tanpa tahu dimana dan bagaimana keadaan lelaki yang merupakan ayah kandung kepada anaknya Suhaila.


Hujung minggu itu, Imran menerima pelawaan dari keluarga bakal mertuanya untuk makan tengahari bersama dirumah mereka. Imran segan pada mulanya, tapi bila bakal bapa mertuanya bagitahu ada perkara penting yang perlu dibincangkan buatkan dia setuju. 

“Papa tolong bagitahu Su semua yang mama cakap tipu! Su anak papa kan? Suhaila binti Rahman@Azman.” Suhaila sudah berdiri tegak bila mama katakan yang dia bukan anak kandung papa tapi anak tiri. 

“Su, semua yang mama cakap itulah kenyataannya. Su bukan anak kandung papa, Su anak tiri papa.” Merah padam muka Suhaila saat ini menahan rasa marah dan kecewa. Kenapa sekarang baru nak berterus terang. Berpuluh tahun dia hidup dalam penipuan. 

“Sabar Su, better awak duduk. Kalau berdiri awak akan lebih marah.” Imran cuba memujuk. Namun tarikan Imran ditepis kuat Suhaila.

“Su ni anak siapa ma? Anak luar nikah jugak ke macam mama hina Zafril dulu?” Perlahan suara Suhaila menyoal mamanya. Datin Aida sebak, dia tahu silap dia menghina status Zafril dulu. 

“Tak sayang, Su anak dari hasil perkahwinan yang sah. Mama kahwin dengan ayah Su tak sampai setahun, lebih kurang 6 bulan usia perkahwinan kami, Su hadir dalam rahim mama. Kami berkahwin tanpa restu Atuk dan nenek. Keluarga ayah juga tak tahu kami berkahwin. Bila ayah dapat tahu mama mengandung, dia marah. Dia paksa mama gugurkan, bila mama berdegil tidak mahu dia terus halau dan ceraikan mama. Hidup mama terumbang ambing. Sampailah mama jumpa papa. Papa hantar mama pulang kepangkuan keluarga. Papa ambil mama jadi isteri selepas mama habis pantangkan Su. Keluarga mama gembira dengan perkahwinan mama dan papa. Sebab itu mama dan papa disambut dengan penuh kegembiraan.” Masih terbayang dimata Datin Aida wajah kegembiraan ibu dan ayah bila dia kembali kepangkuan mereka. Siapa sangka rupanya Datuk Rahman adalah anak kepada kenalan perniagaan ayahnya. Lamaran Datuk Rahman mereka terima dengan hati yang terbuka. Kebaikan dan kasih sayang yang Datuk Rahman berikan kepada dia dan Suhaila telah membuka pintu hatinya untuk menerima lelaki itu sepenuhnya dan melupakan kisah rumahtangganya yang dulu.

“Bila papa ajak mama kahwin, mama tak nak. Tapi bila dia janji akan jadi seorang ayah yang baik untuk Su baru mama pertimbangkan samada mahu terima atau tidak lamaran Papa.” Datin Aida memandang suaminya. Airmata sudah bergenang dikelopak matanya. 

“Papa sayangkan Su seperti nyawa papa sendiri. Tak pernah sekalipun papa anggap Su anak tiri papa. Su pun tahukan papa dan mama tiada anak yang lain kecuali Su. Kami mintak maaf sebab terlalu lama rahsiakan perkara penting ini.” Suhaila pandang wajah papa dan mama bersilih ganti. Dia tak mahu ada papa dan mama yang lain. Kenapa bukan papa ayah kandungnya? Kenapa mesti orang lain?

“Su, papa dan mama awak tentu ada sebab tersendiri kenapa mereka rahsiakan dari awak. Awak kena tenang, awak tak boleh marah-marah macam ni.” Kata nasihat Imran masuk terus ketelinga dan turun ke hati. 

“Su nak tahu siapa ayah kandung Su, dan di mana dia sekarang?”

“Nama dia Azman bin Ramli. Mama tak tahu dia masih hidup atau sudah meninggal dunia. Mama cuma ada salinan kad pengenalan lama dia saja. Kalau Su nak cari dia boleh guna alamat dalam ic ni.” Salinan kad pengenalan bekas suaminya diserahkan pada Suhaila. Lama Suhaila menatap wajah lelaki dalam kad pengenalan lama itu. Ini rupanya ayah kandung dia. Dia langsung tak terfikir selama ini ayah yang membesarkan dia hanyalah ayah tiri. Wajahnya yang saling tak tumpah seperti wajah ibu menyebabkan tak pernah timbul isu anak angkat hatta anak tiri sekalipun. 

“Su akan cari dia, Su nak dia yang nikahkan Su nanti.” Tekad Suhaila membuat keputusan, tanpa dia tahu keadaan sebenar ayah kandungnya sekarang.

“Saya akan temankan awak.” Kesudian Imran untuk menemaninya sangat dihargai Suhaila. Sememangnya dia perlukan Imran untuk misi pencarian ayah kandungnya. Datin Aida dan Datuk Rahman tidak membantah dengan keputusan Suhaila, sepatutnya dari dulu lagi Suhaila tahu kebenaran ini. Kebenaran yang pahit untuk ditelan, tapi itulah kenyataan.


Hospital adalah rumah kedua Zafril sekarang, Doktor Jason adalah doktor yang merawat dia sekarang. Seorang doktor yang sangat positif, setiap kali mendapatkan rawatan pasti ada saja kata nasihat juga kata semangat yang diberikan. Tubuh Zafril semakin kurus, selera makannya hilang sama sekali. Dia sendiri tak tahu sampai bila dia boleh bertahan. 

“Zafril sampai bila kau nak tanggung sakit ni sendiri? Kau tak nak bagitahu family kau ke?” Soal Kamal yang merupakan rakan sepejabat merangkap rakan serumah Zafril.

“Selagi aku bernyawa. Aku tak nak susahkan siapa-siapa. Tapi aku mintak maaf sebab terpaksa susahkan kau.” 

“Kita baru kenal berapa bulan tapi aku nampak kau ni keras hati, ego. Cuba kau buang rasa ego tu, dalam keadaan kau macam ni kau perlukan sokongan dari keluarga. Bukan meratap sorang-sorang dekat sini. Cara kau ni seolah-olah memang kau dah tak nak hidup. Macam bunuh diri pun ada.” Kamal memang marah dengan Zafril. Lelaki yang dia baru kenal ini sangat perahsia dan sangat sukar untuk didekati. Mujurlah mereka tinggal sebumbung, kalau tidak tentu dia juga akan salah faham dengan sikap Zafril sangat pendiam dan dingin di pejabat. 

Karakter Zafril yang dingin itu membuatkan pekerja di tempat kerja mereka sangat gerun dengan Zafril. Zafril tidak pernah berbual m esra dengan sesiapapun. Dia sangat serius dengan kerjanya. Pada mulanya Kamal juga kurang senang dengan sikap Zafril seolah-olah berlagak dan sombong dengan jawatannya sebagai ketua Jurutera. Tapi bila Zafril meminta pertolongannya untuk mencari rumah sewa mengubah tanggapan Kamal terhadap Zafril selama ini. Siapa sangka sekarang mereka menjadi akrab sementelah Kamal tahu keadaan Zafril yang sebenarnya.

“Keluarga aku tak macam keluarga orang lain.” Zafril bersuara perlahan.

“Semua keluarga berbeza, mana ada yang sama. Kau nak tahu tentang keluarga aku? Dulu aku pun selalu tertanya-tanya kenapa keluarga aku macam ni? Kenapa tak macam keluarga lain? Dulu ayah aku kaki judi, mabuk dan kaki pukul. Mak, aku dan adik dah lali kena pukul. Aku dan adik jadi benci pada ayah. Pernah aku dan adik lari dari rumah. Aku dah tak sanggup kena pukul. Masa kami lari dari rumah, rupanya ayah sangat marah dan Mak jadi mangsa. Mak kena pukul teruk sampai koma. Mujurlah aku tergerak hati nak balik. Kalau tidak tentu aku akan menyesal seumur hidup tak dapat jumpa mak buat kali terakhir. Semasa hayat mak aku dia selalu pesan, seburuk ayah aku dia tetap ayah aku dunia dan akhirat. Aku tak boleh nafikan perkara tu. Mak cakap jangan benci ayah, bila besar nanti tolong selamatkan ayah dan jaga ayah. Lepas mak meninggal ayah masuk penjara 10 tahun. Alhamdulillah dah seminggu ayah aku dibebaskan, aku tahu dia dah berubah. Aku bersyukur sangat-sangat.” Sejak ayah keluar penjara dan sudah berubah Kamal dan adiknya sudahpun memaafkan ayah. Mereka menjaga ayah dengan baik. Setiap malam Kamal mendengar ayah merintih menangis berdoa pada Allah supaya ampunkan semua dosa dia dulu. Doa yang paling dia tersentuh bila ayah berdoa supaya dia dapat bertemu Mak diSyurga. Dia nak tebus balik semua salah dia pada Mak. 

“Aku mintak maaf. Aku tahu mungkin aku nampak macam hipokrit, tapi aku buat semua ni bersebab. Aku tak sepatutnya hadir dalam rumah tu. Sakit aku nak terima kenyataan aku ni anak perogol. Biarlah aku terus pergi dari dia orang sekarang supaya bila aku benar-benar telah ‘pergi’ waktu tu dia orang pun tak sedar yang aku telah pergi selamanya.” 

Situasi dia dan Kamal berbeza. Ayah yang dipanggil Kamal sememangnya ayah kandungnya, Kamal lahir dari hasil perkehwinan yang sah. Sedangkan dia? 

“Kita orang islam Zafril. Kita ada rukun iman yang Wajib kita percaya. Kenapa mesti nak pertikaikan qada’ qadar Allah. Kita juga hanya manusia biasa yang takkan pernah lari dari membuat kesilapan. Kita semua ada sejarah silam, kita semua ada aibnya yang Allah rahsiakan. Cara hidup kita memang berbeza tapi kita ada pegangan agama yang sama. Kau tahu tentang Maryam ibu kepada nabi Isa? Bagaimana dia dihina bila dia hamil sedangkan dia tak punya suami. Maryam kuat, dia benar-benar yakin dengan Allah. Dia terima semua ketentuan Allah dengan redha. Ya aku tahu kau juga aku bukan siapa-siapa, lemah bila diuji. Tapi kisah itu boleh kita jadikan iktibar dan panduan untuk kita lalui setiap ujian dan dugaan yang Allah berikan pada kita. Kau kena yakin yang Allah sayang kau, sebab tu dia uji kau.” Zafril tunduk, dia malu dengan Kamal. Walaupun pelajaran dunianya hanya sederhana, tapi lelaki dihadapannya ini punya ilmu akhirat yang tinggi. Memang dipejabat dia ketua kepada Kamal tapi dirumah mereka sahabat. Kamal banyak memberi dia nasihat dan ajarkan dia tentang ilmu akhirat. 

Dia tahu apa yang dia buat pada ibuagak keterlaluan, tapi dia punya hati. Hatinya terluka, salahkah dia membawajauh hati yang sering terluka dan tak pernah dirawat ini. Ditambah dengankeadaan kesihatan dia sekarang biarlah mereka terus jauh dari dia. Dalamhidupnya cuma ada tiga orang wanita yang sangat dia sayang, nenek, ibu danZahira. Sampai mati tiga orang wanita ini akan sentiasa berada teratas dalamhatinya walau hatinya terluka kerana mereka.

“Kamal, nanti bila balik kampungaku nak ikut.”

“Betul ke kau ni?” Zafrilmenganggukkan kepala. Kamal tersenyum senang. Semoga Zafril lembut hati untukterima semula keluarganya. Dia tak mahu Zafril terus meratapi nasib diri.Semoga usahanya menasihati Zafril membuahkan hasil. Dia mahu lihat Zafrilbahagia dengan keluarganya. Kadang-kadang ujian yang Allah berikan untuk kitaadalah satu peringatan kepada kita untuk berubah dan perbaiki kekurangan dalamdiri. Ujian yang diberi adalah tanda Allah sayang kita.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania