Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab35/2

Setelah tiga bulan dari tarikh yang Zafril berikan masa untuk penyiasat upahannya menyiasat dan mencari dimana Ah Peng berada akhirnya terjawab. Namun maklumat yang disampaikan sangat mengecewakan.  

“Ah Peng sekarang di Thailand bos. Dia bersembunyi dekat sana. Konco-konco dia pun hilang tanpa dikesan. Tapi bos jangan risau saya akan terus menyiasat sebab saya yakin dia pasti akan balik kesini sebab dia masih ada bisnes dan keluarga di sini.”

“Dasar pengecut! Kau tunggu Ah Peng, aku akan cari kau sampai dapat!”

“Saya balik dulu bos. Ada maklumat lain saya call bos.”

“Ok,terima kasih.”

Sedari tadi Imran memerhati abangnya yang sedang berbual dengan seorang lelaki yang kelihatan seperti seorang gangster. Siapa gangster tu? Apa kaitan dengan abang Aril? Imran malas nak berteka teki sendiri terus bangun menghampiri abangnya.

“Assalammualaikum. Abang kau okay tak ni? Muka macam stress je.”

“Waalaikumussalam,eh Im, buat apa sini?”

“Minumlah bang, takkan nak basuh baju pulak.”

“Kau ni kan, sorang je ke? Su mana?”

“Su dekat rumah la abang, dia kan dalam pantang. Abang ni okay tak? tadi siapa? Kawan ke?”

“Ya Allah lupa pulak Su dalam pantang. laki tadi? Dia tanya kerja kosong, nak jadi driver. Tapi syarikat kita mana ada jawatan driver. Eh duduklah minum sekali. Macam mana sekarang dah jadi ayah? lena tak tidur?" 

“Alhamdulillah abang, lena tak lena lah, kena gilir-gilir kalau datang masa dia mengamuk tu. Lepas ni giliran kak Ira dengan abang la pulak.”

Zafril berjaya mengalihkan topik perbualan mereka tentang lelaki tadi. Zafril tidak mahu Imran syak yang bukan-bukan. Dia mahu rancangan nya berjalan lancar. Hutang darah mesti dibayar dengan darah. Ternyata Zafril masih belum Berjaya membuang sifat dendam yang ada dalam dirinya. Dan sekarang semakin parah, kalau rancangan dia berjaya, dia bakal jadi pembunuh.

 

“Abang kenapa sejak beberapa hari ini Ira tengok abang macam resah, stress, suka termenung. Makan pun Ira tengok kurang. Abang ada masalah ke? Kongsi lah dengan Ira.”

“Takde apa sayang, abang okay je. Projek tengah jalan kan tu yang stress sikit. Jangan risau, abang okay je.”

“Okay abang, sayang selalu ada untuk abang share problem tau. Sayang abang.”

“Abang tahu, sayang isteri abang jugak.”

 Zafril menerima satu pesanan di aplikasi whatsapp, selepas membaca pesanan itu Zafril terus membuat satu panggilan telefon. Zahira yang sangat pelik dengan sikap Zafril cuba mengintai dan memasang telinga.

“Kau betul pasti itu Ah Peng? Okay kau tunggu dekat sana aku datang sekarang. Makesure dia tak terlepas.” Zafril menamatkan perbualan namun bila dia berpaling Zahira sedang berdiri tegak dibelakangnya.

“Explain please?”

“Ira takkan faham apa yang abang rasa.”

“Ya okay then cuba fahamkan Ira. Bagitahu sayang apa yang abang tengah rancangkan sekarang?”

“Tolonglah Ira jangan masuk campur dalam hal ini. Kali ini je abang mintak sangat.”

“Abang suami Ira of course Ira kena masuk campur. Abang dah janji dengan Ira taknak berdendam nak lupakan semuanya. Tapi kenapa nak cari Ah Peng tu balik? Abang nak buat apa dengan dia?”

“Hutang darah mesti dibayar dengan darah. Abang tahu apa yang abang buat.” Zafril terus meluru keluar. Zahira bimbang dengan apa yang bakal terjadi. Dia tahu Zafril tak main-main dengan apa yang dia katakan tadi.

“Hello Im, Im kena tolong abang Aril. Dia dah naik hantu.”

Selepas menghubungi Imran, Zahira bergegas keluar untuk mengejar Zafril. Namun entah dimana silap dia tergelincir dan jatuh. Terasa sakit dibahagian perut, namun dia tetap gagahkan diri untuk bangun dan mengejar kereta Zafril. Zahira trace handphone Zafril dimana dia berada supaya Imran dan pihak polis dapat mengesan dia.

Imran tak sangka abangnya akan bertindak sejauh ini. Benarlah orang kata sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Imran dan Zahira berjaya menjejaki Zafril. Sebelum mereka masuk ke dalam rumah bangle tersebut Imran menghubungi pihak polis dulu. Dia bimbang dengan keselamatan mereka bertiga. “Kak ira tunggu dalam kereta, biar Im je masuk.”

“No akak ikut. Please Im.”

Melangkah saja kaki mereka kedalam rumah banglo itu mereka melihat Zafril sedang membelasah Ah Peng. Dapat lihat tubuh Ah peng yang lembik setelah dibelasah dengan sangat teruk oleh Zafril.

“Abang sudah! Ingat Allah. Apa abang dapat kalau abang bunuh dia?” Jerit Zahira.

“Kau bunuh ayah aku! Kau bunuh ayah aku!” Zafril menumbuk Ah peng lagi, dia seperti dirasuk. Zahira cuba memeluk suaminya namun Zafril menolak tubuh kecil itu dengan kuat. Zahira menjerit kuat bila perutnya semakin sakit dan ada darah mula mengalir dari celah kakinya.

“Abang Aril apa yang abang dah buat ni? Puas ke hati abang sekarang? Nah ambil pisau ni tikam dia sampai mati.” Imran menghulurkan pisau pada Zafril. Dia tak tahu apa yang sedang merasuk fikiran abangnya sekarang.

“Encik berdua bawak bersabar, biar kami pihak polis yang uruskan hal ini.”

Zafril terduduk menangis, hatinya menangis pilu. Dia marah pada dirinya sendiri kerana mengabaikan ayahnya sendiri dulu. Dia sebenarnya marah pada diri dia sendiri namun dia cuba meletakkan semua rasa kecewa, marah dan dendam pada Ah Peng. Zafril berlari mendapatkan Zahira yang sudah terbaring lemah.

“Ira abang mintak maaf, abang tak sengaja. Abang bawak Ira ke hospital.” Lantas tubuh kecil Ira dicepung dan dimasukkan kedalam kereta untuk dibawa ke hospital.Pihak polis telah memberkas Ah Peng bersama konco-konconya.

“Encik Zafril awak juga turut ditahan untuk siasatan lanjut.”

“Tapi saya perlu selamatkan isteri saya encik.”

“Saya mintak maaf, isteri dan adik encik juga pegawai saya akan uruskan. Encik perlu ikut kami ke balai sekarang.” Zafril mula tak keruan. Melihat tubuh isteri yang sudah lemah dan berdarah dia tahu dia sudah buat kesilapan yang besar.Allahhuakbar apa yang aku dah buat ni?

“Abang kau jangan risau kak ira aku uruskan. Kau pergi balai settle kan semua nanti kau boleh jenguk kak ira kemudian. Aku akan update kau perkembangan kak ira.Tolonglah dengar cakap aku.” Akhirnya dia akur dalam keterpaksaan. Dengan berat hati dia melangkah pergi tinggalkan isteri yang dalam kesakitan. ‘Maafkan abang Ira, maafkan abang.’

 

Jam 4 pagi baru Zafril dibebaskan, setelah selesai disoal siasat. Akhirnya Ah Peng ahli kongsi gelap yang paling dikehendaki polis akhirnya berjaya diberkas. Sebab itu Zafril dibebaskan tanpa ada sebarang rekod jenayah.

Badan dan otaknya sangat-sangat penat, tapi mengenangkan isteri yang sedang dirawat dihospital dia meminta pemandu teksi membawanya ke hospital.

Imran ada hubungi dia tadi tapi dia tak dapat cakap lama. Kata Imran isterinya baik-baik sahaja. Tapi melihatkan kondisi isteri sekarang dia tahu seperti ada yang tidak kena. Isterinya dilihat lemah dan pucat.

“Awak bangunlah! Awak buat apa dekat sini?”Zahira yang baru saja bangun dari tidur pagi itu terkejut melihat Zafril sedang tertidur di atas sofa. Tanpa ada rasa kasihan dia terus bangun mengejutkan suaminya dari tidur.

“Eh sayang dah bangun? Sayang okay tak ni?” Soal Zafril terkejut melihat isterinya tegak berdiri dihadapannya sekarang.

“Saya taknak tengok muka awak. Saya nak awak pergi dari sini.”

“Sayang kenapa ni? Abang mintak maaf pasal semalam sebab ikutkan perasaan. Abang mintak maaf.”

“Tolonglah  keluar, saya tak boleh tengok muka awak. Maaf awak takkan mengubah apa-apa.”Zahira benar-benar sakit hati dengan Zafril. Ternyata Zafril memang seorang pendendam, sanggup dia nak tamatkan riwayat Peng dan anak mereka menjadi korban.

“Maaf encik boleh bagi laluan untuk doctor buat pemeriksaan?’

“Ye silakan.” Zafril undur diri untuk memberi laluan pada doctor dan jururawat yang mahu membuat pemeriksaan pada isterinya. Walaupun dia masih belum puas hati dengan sikap dingin isterinya tadi.

“Doktor macam mana isteri saya? Dia okay kan?”

“Encik jangan risau, isteri encik baik-baik sahaja. Cuma dia sedikit stress, biasalah stress ibu yang baru keguguran. Encik sebagai suami perlu bagi dia sokongan dan masa untuk dia pulih dari trauma ini.”

“Allahhuakbar!Isteri saya keguguran? Dia mengandung sebelum ni?”

“Ya encik, jangan risau encik suami isteri masih muda, insyaAllah ada peluang lagi untuk hamil selepas ini, dan buat masa sekarang biarkan dia berehat dulu.”

“Terima kasih doktor.”

Previous: Bab 35
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania