Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Seluruh Cinta
kayrania
31/10/2018 02:27:12
10,257
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Pandangan Zahira terhenti pada satu susuk tubuh yang sudah lama dia rindu. Bertahun tidak bersua tapi dia masih dapat mengenali susuk tubuh lelaki itu walaupun lelaki itu sedang membelakanginya sekarang. Aku yakin dia…Jantung Zahira berdegup laju. Dunia terasa berhenti berputar. Zahira menghayun kaki, kata hatinya melonjak untuk memastikan benarkah dihadapannya sekarang lelaki dambaan hatinya selama ini?

“Ira! Weh kau nak pergi mana?” Suara itu mengejutkan Zahira dari mimpi. Zahira kaku. Hanya beberapa inci sahaja jarak tubuhnya dengan lelaki itu. Sungguh tak disangka, lelaki itu berpaling padanya. 

“Maaf cik, saya tak tahu cik di belakang saya.” Mata Zahira bulat. Dia tidak tahu bagaimana reaksi wajahnya sekarang. ‘Ya Allah..kau makbulkan doa aku. Syukur ya Allah.’ 

“Cik? Hmm..cik tak apa-apakan?”Soalan lelaki itu bagaikan satu suara halus yang sangat lunak sedang berbisik ditelinganya. Lelaki itu mula pelik. ‘dah kenapa perempuan ni, kena sampuk ke?’

“Maaf encik berdua, kawan saya ni salah orang. Dia ni baru je kematian boyfriend. Kebetulan muka boyfriend dia sebijik macam muka encik.” Dua orang lelaki tadi terus tergamam. Jatuh simpati pada perempuan pelik dihadapan mereka sekarang. Nayli terpaksa mereka-reka cerita bila melihat sahabat baiknya bersikap tak tahu malu macam sekarang. Nayli terus menarik tangan Zahira menjauhi dua orang lelaki itu. Dia tidak mahu berlama disitu sebab dia tak tahu nak menjawab soalan yang bakal diutarakan oleh mereka. 

“Kesian betul, muka cantik tapi sayang jiwa sakit. Aril aku lepak rumah kau malam ni, lama gila tak borak dengan kau.” Zulkarnain terus menukar topik bila perempuan pelik itu sudah dibawa pergi oleh rakannya. Manakala Zafril masih lagi kaku disitu. Dia seperti pernah melihat perempuan itu tadi. Tapi dia tidak pasti dimana. 

“Aril, jom lah. Kau jangan bagitahu aku yang kau berkenan dengan minah pelik tu.” Kata Zulkarnain disambut tawa kecil Zafril. Takkan lah baru sekali jumpa boleh terus berkenan. Hmm…tapi memang ramai yang kali pertama melihat dia jatuh hati tapi bila tahu siapa dia yang sebenarnya terus semua menjauhi.  Manusia memang selalu rasa diri mereka terlalu suci dan sempurna. Zafril terus berjalan beriringan dengan Zulkarnain dan kisah perempuan pelik tadi terus hilang dari fikirannya.

“Ira kau sedar tak apa yang kau buat? Kau kenal ke dengan mamat tu? Dah macam kena pukau aku tengok.” Zahira hanya diam. Dia rasa macam mimpi dapat bersua kembali dengan lelaki dambaannya sejak di Politeknik dulu. Lelaki itu berjaya buatkan tidur Zahira tak nyenyak, bukan itu saja lelaki itu juga telah berjaya menambat hati Zahira Azhar. Entah ubat guna apa agaknya yang lelaki itu guna.

“Lelaki tu..senior masa aku politeknik yang tak sempat habis dulu. Dah 7 tahun tak jumpa, aku rindu nak tatap wajah dia yang sangat tenang dan lembut tu.” Zahira masih dibuai dengan angan-angan.

“Oh politeknik satu semester je tu? Senior kau? Tapi kenapa dia macam langsung tak pernah kenal kau? Entah kau silap orang kut.” Nayli semakin keliru. 

“Dia memang tak kenal aku..tapi aku kenal dia. Dia..bakal suami aku.” Tersedak Nayli mendengar kata-kata Zahira yang slumber itu. ‘Bakal suami? Hai parah dah sakit kawan aku ni.’

“Betul ke kau ni Zahira yang aku kenal?macam…bukan je? Ya Allah tolonglah kembalikan sahabatku yang bernama Zahira Azhar. Aminn.” Puk..satu pukulan tepat mengenai lengan Nayli. 

“Adui!!!sakit lah.” Lengan yang menjadi mangsa pukulan Zahira disapu laju. Sakit gila wei. Dahla aku ni tulang je.

“Tahu pun sakit. Kalau kau nak tahu lelaki tadi itulah Zafril.” Nayli terus terdiam. Oh patutlah kawannya berperangai pelik tadi. Secret admire yang telah terpisah berjumpa semula. Kira tadi tu macam jejak kasih lah. Patutlah adegan tadi dah macam filem Hindustan aku tengok. Bebel Nayli dalam hati.

“So bila kau nak masuk meminang dia?” Puk…sekali lagi lengan Nayli menjadi mangsa keganasan Zahira. Nayli menyeringai menahan sakit. ‘Hampeh punya kawan, baik punya ayat kau perli ye.’ 


Pulang dari bertemu Nayli tadi Zahira terus berkurung di dalam bilik. Dia tidak mahu diganggu sesiapa, kisah 7 tahun lalu terus bermain difikirannya.


Hari ini adalah hari pendaftaran bagi pelajar baru Politeknik Ungku Omar. Zahira menarik muncung masam, dia tidak mahu belajar disini. Alasan yang dia berikan pada ibu dan ayah, kolej ini terlalu jauh dari rumah. Padahal hakikat sebenarnya dia tidak pernah berenggang langsung dengan kedua ibubapanya. Setakat Kuala Lumpur-Ipoh bukan jauh sangat pun. Dia adalah anak tunggal kepada Tuan Azhar dan Puan Liza. Dalam usia 18 tahun inilah kali pertama dia perlu berjauhan dengan ibu dan ayah. Sudah bermacam pujuk rayu dia buat, tapi satu pun tidak berjaya. Maka pagi ini disinilah dia berada. 

“Ayah ira tak nak duduk sini. Ira tak biasa..” Zahira mula mencebik, bila-bila masa sahaja air matanya akan tumpah. Anak manja…

“Ira dah besar, kena belajar hidup berdikari. Bukan lama pun dekat sini setahun setengah je. Nanti ijazah ayah akan pastikan ira dapat universiti dekat kawasan KL saja.” Pujuk Tuan Azhar lagi. Puan Liza hanya tersenyum. Biarlah suaminya yang memujuk, kalau dia yang pujuk lagi tak jalan. Semakin mengada-ngada pulak nanti.

“Ayah dengan ibu every week wajib datang sini jumpa ira. Kalau tak datang, Ira merajuk tak nak balik KL dah.” Kali ini dia guna kuasa ugutan pula. 

“Iye ayah janji. Dah pergi masuk bilik, bersiap apa yang perlu. Ibu dan ayah kena balik sekarang. Ira jaga diri, solat jangan lupa.” Zahira terus memeluk erat tubuh ibu dan ayahnya. Inilah kali pertama mereka perlu berjauhan. Doa Zahira semoga dia kuat untuk menimba ilmu disini. Doa ibu ayahnya pula semoga anaknya boleh hidup berdikari dan menjadi anak yang solehah buat mereka berdua. 

Sepanjang minggu orientasi ini mereka wajib untuk menunaikan solat secara berjemaah wajib lelaki mahupun perempuan. Dan setiap kali solat Zahira mendengar suara yang sama yang melaungkan azan. Dan suara itu sungguh indah dan lunak pada pendengarannya. Kerana suara itulah Zahira sering tertunggu-tunggu setiap kali masuknya waktu solat. Bila setiap kali keluar dari surau mata Zahira sering tertinjau-tinjau kearah kumpulan pelajar lelaki. Dia cuba meneka milik siapakah suara yang indah itu? Namun hasil tinjauannya tidak pernah berhasil. 

Malam ini adalah malam terakhir sesi orientasi mereka. Sepanjang tempoh itu Zahira sering tertanya siapakah lelaki yang melaungkan azan di surau. Mulut ini ringan sahaja mahu bertanya pada Malik iaitu ahli kumpulannya, tapi hati dia menidakkan. Akhirnya persoalan Zahira terjawab bila malam terakhir sesi orientasi, lelaki itu memberikan ucapan, kata nasihat dan menyampaikan nyanyian nasyid buat mereka semua pelajar baru. Maka terjawablah teka teki Zahira selama ini. Inilah rupanya lelaki yang mempunyai suara yang indah dan lunak. Lelaki itu juga memiliki raut wajah yang sangat menenangkan hati setiap orang yang memandangnya. Dia adalah Zafril dan ada juga orang juga memanggilnya dengan panggilan bilal. Dia hanya seorang lelaki dewasa seperti yang lain. Tapi dari sudut pandangan mata hati Zahira dia yakin Zafril seorang lelaki yang baik dan budiman. Dalam diam dia memasang angan untuk hidup bersama dengan Zafril. Gila!

Bermula dari sinilah kisah percintaan rahsia antara Zahira dan Zafril bermula. Zahira sering memerhati gerak geri Zafril tanpa lelaki itu sedar. Setiap hari jumaat Zahira pasti menghadiahkan sekuntum bunga ros dan sebungkus nasi lemak buat Zafril melalui Malik tanpa Zafril tahu siapa dirinya yang sebenar. Malik bagitahu yang Zafril kurang senang dan dia memberikan pemberian Zahira pada kawannya yang lain. Tapi lama kelamaan Zafril akhirnya terima juga pemberian itu. Zahira gembira, tapi dia masih belum bersedia untuk berterus terang pada Zafril yang selama ini dialah pemberi bunga dan nasi lemak misteri itu.

Petang itu tamat sahaja kelas, Zahira terus ke surau fakulti. Jam sudah menunjukkan 6.15 petang, jika dia terus pulang takut tak sempat untuk dia solat asar. Surau fakulti sunyi, hanya kedengaran bunyi kipas yang sedang berpusing. Ketika sedang melipat telekung Zahira terdengar bunyi telefon pintar di sebalik langsir, rupanya masih ada orang disebalik sana. 

“Assalammualaikum nek.” Suara itu menggetarkan hati Zahira. Rupanya dia dan Zafril berada didalam surau yang sama. Zahira terus memasang telinga mendengar perbualan Zafril. Bukan niat menyibuk tapi dia bahagia mendengar suara Zafril.

“Aril dah redha nek, tapi Aril belum bersedia untuk terima dan jumpa dia. Dia dah lama buang Aril anak haram dia ni nek. Sekarang buat apa dia cari Aril semula. Untuk ingatkan Aril tentang status Aril anak luar nikah?” Zahira terpempan bila mendengar suara Zafril yang terketar-ketar seperti menahan tangis gayanya. Zahira menekup mulut. Ya Allah sungguh dia tak sangka siapa Zafril yang sebenarnya. Disebalik wajah yang tenang dan ceria rupanya terselit kesedihan dan penderitaan yang ditanggung. Sejak dari itu kasih dan sayang Zahira semakin mendalam buat Zafril. 

Namun hubungan rahsia mereka terhenti bila Zafril tamat belajar. Dan dalam masa yang sama dia juga mendapat tawaran untuk sambung belajar di Uitm Shah Alam dalam kos perakaunan buatkan dia nekad untuk berhenti Politeknik dan menerima tawaran untuk belajar di Uitm Shah Alam. Zahira menyesal kerana tidak menegur Zafril untuk mendapatkan nombor telefon ataupun alamat emel. Mereka terus terputus hubungan, namun tidak pernah sekalipun Zahira lupakan Zafril. Pada semua lelaki yang mahu mendekatinya, semua dia khabarkan yang dia sudah punya bakal suami. 

Sampai sekarang dia tak pernah putus berdoa supaya Allah ketemukan dia dengan Zafril semula. Akhirnya hari ini Allah telah makbulkan permintaannya. Dia bertemu semula dengan lelaki dambaannya. Zafril semoga akan ada pertemuan lagi antara kita selepas ini. Kerana jika kita bertemu lagi, aku yakin yang kau adalah jodohku. Zahira tersenyum sendiri mengenang kisah di shopping complex tadi. Terubat rindunya selama 7 tahun ini. Biarlah orang kata dia syok sendiri, tapi hatinya yakin dengan cinta dan kasih sayang yang dia berikan pada Zafril. Semoga suatu hari nanti rasa kasih dan cinta ini berbalas. 


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania