Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab22/1

Kesihatan Zafril semakin merosot, Puan Aisyah masih bertegas untuk tidak mahu meminta pertolongan Azman. Sudah puas mereka semua memujuk, Imran dan Imani sampai tak mahu bercakap dengannya.

“Ibu lagi pentingkan dendam dan marah ibu dari nyawa anak ibu sendiri. Kalau apa-apa jadi pada abang Aril, ibu bukan saja hilang seorang anak tapi kesemua anak ibu.” Sungguh Imran sangat kecewa dengan sikap ibu sekarang. Dia tak sanggup nak tengok keadaan abangnya yang sudah tenat.

“Im sabar, tak baik awak cakap dengan ibu macam tu. Apa kata kita cuba call Zahira. Dia patut tahu keadaan Abang Aril sekarang.” Imran memandang Suhaila. Kenapa dia tak terfikir untuk hubungi Zahira, sedangkan dia tahu abangnya selalu meracau menyebut nama wanita itu.

“Awak ada nombor dia?”

“Takde, tapi tak salah kan kalau kita cari dalam handphone Abang Aril.”

“Yup,idea yang menarik. Su, mama dan papa awak jadi ke nak datang sini?” tiba-tiba Imran teringat tentang ibu ayah Suhaila yang katanya mahu datang dan bertemu ibu.

“Ye, esok mereka datang. Saya harap ibu boleh terima kedatangan mama dan papa.”

“InsyaAllah, awak jangan risau. Jom kita ada satu misi yang perlu diselesaikan.” Satu misi? Bukan satu tapi banyak misi, harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

 

Allahhuakbar, hanya perkataan itu yang mampu Zahira ungkapkan bila melihat sendiri keadaan Zafril yang sangat tenat. Kenapa awak tanggung semua ini sendiri? Benci sangat kan awak dengan saya?

“Kak Ira, kami mintak maaf baru hubungi akak. Kami curi-curi ambil nombor telefon akak dari telefon abang.Abang dia ada meracau sebut nama akak, jadi kami yakin abang perlukan akak.”Zahira terus memeluk tubuh Imani. Hatinya pilu mendengar cerita adik Zafril.

“Sabar kak, kita sama-sama doa abang Aril cepat sembuh.”

“Apa cadangan doktor untuk Abang Aril?” soal Zahira sambil mata tidak berganjak memandang Zafril yang sudah cengkung wajahnya.

“Abang perlukan penderma buah pinggang dengan kadar segera. Hanya dengan cara ini dapat sembuhkan abang. Kami berharap ibu akan setuju dengan cadangan kami untuk minta pertolongan ayah kandung abang Aril. Nyawa abang Aril bergantung dengan ibu dan ayah kandung dia sekarang.”

Zahira buntu bila doktor sahkan yang buah pinggang dia tidak sesuai untuk Zafril. Memang dia cuma ada satu jalan sahaja, dia harus hubungi ayahnya untuk memujuk bapa saudaranya Azman datang ke hospital Kuala Lumpur dengan kadar segera.

 

Berita yang disampaikan Azhar sebentar tadi sangat mengejutkan Azman. Anak lelaki dia sedang bertarung nyawa dihospital sekarang. Ikutkan hati sekarang juga dia mahu terbang ke sana untuk mendapatkan anaknya. ‘Allah Kau selamatkan anakku.’ Azman bangun kebilik air,dia mahu mengambil wudhuk dan menunaikan solat tahajud. Semoga Allah makbulkan doanya untuk jadikan dia penyelamat Zafril.

Selama Zafril hidup sejak dalam kandungan lagi dia telah berdosa pada anaknya itu, bila mendengar berita anaknya sangat memerlukannya, dia yakin inilah masa yang paling sesuai, masa yang Allah berikan dia peluang untuk menyelamatkan anaknya. Mungkin ini juga permulaan untuk dia berbaik dengan anaknya.

“Allah Engkau Maha Penyanyang lagi Maha Pemurah, selamatkanlah anakku Zafril. Berikanlah dia kesembuhan. Ya Allah berikanlah kesembuhan Mu melalui buah pinggang ku ini. Ya Allah semoga hari esok menjadi hari yang paling bermakna untuk aku. Ampunkan aku Ya Allah.Ampunkan aku hambaMu yang terlalu banyak dosa ini. Ampunkan dosa kedua ibubapaku. Tempat mereka disyurga Mu Ya Allah. Semasa hidup mereka aku tak pernah menyenangkan mereka, Kau senangkanlah mereka di syurga Mu ya Allah. Allah.Allah.Allahhuakbar.” Air mata Azman berhamburan, setiap kali berdoa air mata inipasti mengalir. Dosa-dosa yang dia lakukan dulu amatlah besar dan terlalu banyak. Menyakiti hati orang yang tidak berdosa, menyakiti hati ibu ayah yang terlalu sayangkan dia.

 

“Assalammualaikum.” Semua mata tertumpu pada si pemberi salam.

“Walaikumussalam. Encik Azman kan?”soal Tuan Syarif sambil menghulurkan tangan bersalam.

“Buat apa kau datang sini?” Puan Aisyah memandang tajam Azman. Memang dia sudah memaafkan Azman tapi untuk dia meminta pertolongan Azman dan ianya berkaitan dengan Zafril pulak membuatkan dia tidak boleh menerima semua ini dengan hati yang terbuka. Dia khuatir jika Zafril tahu semua ini Zafril akan lebih jauh dari dia nanti.

“Aisyah awak kan dah maafkan Azman,abang mintak awak tolong tolak ke tepi rasa benci dan marah awak. Sekarang kita perlu selamatkan Zafril. Awak nak tengok anak awak mati ke?” Kali ini TuanSyarif tak mampu lagi bersabar dengan kerenah isterinya. Zafril yang sedang tenat perlu diselamatkan.

“Dialah punca semua ni jadi. Jadi kenapa sekarang dia perlu datang? Saya tak nak bila Zafril tahu semua ni Zafril akan semakin benci dan tinggalkan saya abang. Saya tak nak semua tu terjadi!”Puan Aisyah terus mengatur langkah meninggalkan suaminya. Tuan Syarif kesal dengan sikap isterinya. Dia sangkakan selepas jumpa dipenjara tempoh hari semuanya telah baik-baik rupanya tidak. Tapi ada benar jugak kata-kata isterinya, apa reaksi Zafril bila tahu semua ini nanti.

“Biar Ira tengokkan Auntie.” Zahira berlari anak mengejar Puan Aisyah. Dia faham apa yang Puan Aisyah sedang lalui sekarang. Lelaki yang telah memusnahkan hidup dia selama ini tiba-tiba dating menghulurkan pertolonagn di saat dia kelemasan.

Previous: Bab21/2
Next: Bab22/2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania