Home Novelet Kisah Hidup Humaira
Bab 42

Jauh perjalanan Abah dan Sahak. Ke negeri dagangan dulu. Pelabuhanterkenal Tanah Melayu zaman bater sebelum urus niaga sepenuhnya menggunakanmata wang. Mahu berjumpa dengan Pandit Ji. Bomoh India yang dikatakan terkenalseluruh negara. Artis-artis juga selalu datang ketemu. Hanya mahu ditilik nasib di tapak tangan. Syirik dan khurafat jali. Dosa syirik termasuk dalam dosa yang tak terampunkan Allah. Lagi terang dan nyata.

Mari lah Ali, kite masuk dulu. Duit ade kene bubuh dalang kaeng kuning ning. Aku ambik doh dalang pokek ning. Abah menghulurkan seratus.

Sahak lebih seratus digulung kemas masuk ke dalam saku. Dia inginmenang nombor satu nombor ekor. Mahu ditilik nombor berapa. Beli yang mana.Mabuk dengan judi yang haram. Harta tidak berkat. Jadi darah daging, mana doa mahu dikabulkan Allah. Sembahyangapatah lagi. Abah mula tidak percayakan rezeki yang telah tertulis. Bimbangdengan pertambahan anak yang baru.

Disimpan duit seratus itu hanya untuk menilik nasib. Bertembung mata untuk sepuluh minit. Jauh datang ke mari untuk kerja haram itu. Tidakboleh jamak solat untuk tujuan maksiat! Kereta bersusun-susun di depan rumahIndia itu. Pokok besar-besar dihadapan rumah menjadi tempat pemujaan. Dililitdengan bunga tahi ayam yang bewarna kuning terang dan berbau kuat menyakitkanhidung. Berantai-rantai bunga bertaut di pokok-pokok besar itu.


Asap kemenyan memenuhi muka pintu rumah. Kelihatan seperti rumahmurah sahaja. Rumah sebiji tetapi beratap rendah dan bewarna kuning yang semakin pudar. Ada kereta mewah, ada kereta buruk. Menunggu giliran. Ramaiberkaca mata hitam.

….

Humaira memegang kain batik kering di tangan membantu Mak. Makmemandikan adik-adik kembarnya. Mak mendiamkan diri sahaja meneruskantanggungjawab sebagai ibu sehari-hari. Mujurlah ada anak-anaknya sebagaipeneman. Biarpun hubungan mak dan nenek tidak lah mesra mana, namun mak masihbersyukur kerana tinggal berdekatan dengan saudara mara. Adik-adik kemabarsudah segar siap mandi, diletak bedak sikit-sikit makin bertambah wangi.


Humaira memandang satu-satu kerja buat mak. Disuruh ambil kain lampin, seterusnya minyak angin dan baju. Hanya diikut satu-satu. Suka dia membantu mak. “Kakak, tolong ambik, kaeng lapeng, bedok, baju, sikat..” Makmenyuruh. Badannya belum sihat sepenuhnya. Masih leamh namun diteruskan jua. Abahentah ke mana. Sehari semalam masih belum pulang. Katanya mahu bertemu kawan.Modal Mak buat niaga dipinjam, ada hal mahu dibuat. Mak berikan sahaja,memikirkan Abah mungkin mencari peluang pekerjaan yang baru. Anak-anak sudah siap, bersih dan harum. Giliran mak mula membersihkan diri. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh timuncine