Bab 5

Sambil menunggu abah,Humaira mengira gula-gulanya. Semakin banyak kerana Ikhwan mengelat dangula-gula pusingan terakhir Ikhwan diberikan kepada Humaira. Semakin galak Humaira. Jari-jari halus menolak dan menarik, menyusun gula-gula di atas meja. Perisa anggur dan epal diasingkan untuk Amin. Humaira sudah arif kegemaran abangnya itu.


Tengah hari itu, Humaira menunggu kepulangan Amin di depan pintu.Satu plastik di tangan dengan perisa anggur dan epal. Sanggup tidak mandi menunggu Amin pulang. Gi la mandi mandi dulu dik. nati abang balikla tu. die balik lambak sikit ari ni pasal ade perekse. Adik gi mandi gi ngaji Quran dulu. Nati sedang molek sudoh, abang sapa la di rumohnyer.


Mak menggelengkan kepala melihat Humaira yang setia menunggu abangnya.  Humaira terpaksa akur. Lalu pergi membersihkan diri dan bersiap untuk ke kelas mengaji Quran. Nun di Masjid baru Merchang. Agak jauh dari rumah. Jadi abah akan menghantar Humaira kebiasaannya.Humaira mengenakan baju kurung dengan seluar panjang. Dia bertudung ringkas dengan dua hujung tudung yang dibuat reben di bawah dagu. Muqaddam yang dibawa sudah kelihatan lusuh dan terdapat carik-carik halus di bahagian tepi. Warna kertas sudah agak kekuningan. Muqaddam itu diwarisi daripada nenek dan ibubapanya. Sudah pasti banyak tahun umurnya. Rehal tidak ada. Hanya dipinjam menggunakan harta wakaf di masjid.


Assalamualaikum w.b.t ustaz. Mitok maah la lambak sikit hari nih.Anok letihsang maing di skoloh tadi. Ni ade gule 2 kilo hok mok die kirengtakdi. Humaira, ngaji molek sapa panda deh. Aboh balik dulu. Karang abang mariambik adik. Aboh ade kije nok kene selesar pulok. dop dang.

Humaira hanya menganggukkan kepala. Die terus duduk bersila menanti giliran. Dicapainya rehal yang tersusun di tepi dinding. hanya tinggal yang patah kaki separuh dan usang. Rehal baru dan elok sudah digunakan orang lain.Dibuka muqaddam dan dipegang lidi yang diraut dari daun kelapa. Humaira mari sini! Duduk dekat sikit dengang ustaz. Bia derah panda buleh alih Quran besor pulok.Mari lambak sokmo mung ni. Aku ada kije laeng jugok nok buak! 


Humaira mengesot sedikit demi sedikit. Garang ustaz itu. Kecut perut dibuatnya.Humaira menunduk. Kawannya juga yang bersekolah di Pasti mencuit dari tepi.Humaira menoleh, senyum. Ain bercakap perlahan seolah-olah berbisik bimbang didengari Ustaz Baha di depan mereka. 

Humaira, nati kite gi dekat ustaz laeng arpulok. Ustaz ni bekeng sangak. Ade rumoh tok mulu dekat umoh tok mung tu, diengajo ngaji jugok. Humaira diam sekejap dan membalas. Buleh jugok tu, nati kite kabo ke aboh mitok tulung tanye buleh ke dop. Debor gop brase kalu hari-hari maroh gini.         


Humaira kembali berlatih membaca perlahan surah A-fajr. Ain tersenyum. Ustaz Baha selalu marah-marah. Mungkin terlalu ramai yang mahu belajar dengannya. Orang kampung tidak ada banyak duit. Hanya mampu membalas budi dengan sekilo atau dua kilo gula sahaja. Ain dan Humaira sudah tidak berani untuk meneruskan kelas mengaji dengan Ustaz Baha lagi. Mereka bukan orang senang. Selalu dijadikan tempat melepas marah. Anak-anak cikgu atau anak tokey kedai akan dilayan dengan baik sekali. Sekiranya salah hanya ditegur lembut begitu sahaja. Bukan seperti mereka, akan digertak dengan rotan dan bebelan di mulut. Nak beralih ke surah lain begitu lama.

Pukul 5 Amin datang berjalan kaki ke masjid. Dia datang mengambil Humaira. Humaira sangat gembira kerana abang kesayangan datang menjemputnya pulang. Anak itu sudah membawa siap-siap plastik gula-gula untuk Amin. Lalu dalam perjalanan Humaira serahkan kepada Amin. Gembira baginya melihat Amin gembira. Dalam perjalanan ke rumah Amin menceritakan kertas peperiksaan yangdijawabnya tadi. Agak susah kerana itu adalah peperiksaan akhir tahun. Susohla dik takdi prekse, erm...abang dok tau la buleh ke dop nombor satu. Budok hokduk depang skali tu bijok gok. Satu persatu pembalut gula-gula dibuang ke tanah. Humaira diam sahaja mendengar aduan abangnya itu.


Memang diakui rama ianak kampung yang bijak-bijak. Adik doa doh ke abang. Jangang bimbang labang. Nati abang buleh nombor satu. Allah tulung kite. Kite kang orang susoh.


Mulut Humaira dan Amin bertukar warna kerana perisa-perisa gula-gula yangbdimakan. Sampai di satu jalan yang bercabang tiga, Humaira menarik-narik baju Amin. Dia tunjukkan pokok buah gemia yang sedang lebat berbuah. Buah berwarna oren dan kuning itu nampak sangat mengiurkan. Amin pun memikirkan perkara yang sama dengannya. Sekejap sahaja, Amin dan Humaira sudah berada di atas pokok. Dari ranting ke ranting yang besar mereka mengutip buah yang bewarna oren gelap.Warna itu adalah yang paling manis. Humaira menggulungkan baju kurungnya kedada dan memasukkan buah menjadi kantung. Amin mengisi buah-buah di dalam kocek seluarnya. Sehingga bergembok jadinya.Getah buah tidak dihiraukan lagi asalkan dapat mengutip buah sehingga penuh.Sudah agak penat mereka akan duduk di celah dahan besar untuk petik dan makan terus di atas pokok. Sungguh manis dan sedap. 


Langit sudah hampir gelap. Amin mengajak Humaira turun dari pokok dan pulang ke rumah. Pokok itu telah lama diwakafkan. Siapa sahaja boleh mengambil buah di situ. Walaupun begitu, tidak ramai yang datang untuk mengambil buah kerana getah buah akan menyebabkan sakit tekak. Amin dan Humaira akan minum air masak banyak-banyak kerana makan buah yang tidak dibersihkan dulu di atas pokok tadi. Humaira sangat seronok kerana hari ini mereka dapat makan gula-gula dan buah gemia yang manis-manis. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh